Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

#KeluargaPenipu - @AnwarIbrahim tipu pasal jalan, @DrWanAzizah tipu pasal Bazaar Ramadhan


Jenis WAKIL RAKYAT tak ada standard macam ni la.. Dapat pulak admin yang tak berapa cerdik macam ni... Kerja main taici taici la pulak. Ni la masalah pemimpin PKR, kerja malas jawatan nak. Sebelum ni suami dia, Anwar Ibrahim pun buat kesalahan yang sama. Terus tuduh jalan yang rosak dalam kawasan Permatang Pauh tu Jalan Persekutuan. Laki bini kaki kelentong, laki bini jarang tengok kawasan, laki bini gila jawatan. Tu kita belum cerita pasal anak dia juga. Sampai orang kat Lembah Pantai pun komplen dia jarang turun. Sibuk memanjang la kononnya, tapi sebenarnya buat apa pun kita tak tau... yang kita tahu, anak beranak ni memang huru hara, satu keluarga...


Ni kes Anwar kantoi taici dan menipu pasal Jalan Persekutuan di Permatang Pauh.



Wednesday, March 26, 2014

Klout Score Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang @NajibRazak @Shaberyc @KhairyKJ



Klout Score Perdana Menteri - 79



Klout Score beberapa orang pemimpin kerajaan









Klout Score pemimpin pembangkang













Klout Score saya sendiri selepas PRK Kajang


Klout Score @TunFaisal - 78


Klout Score Tun_Faisal - 76



Monday, March 24, 2014

#PRKKajang: 2300 undi hilang, peniaga PDM Sg Sekamat ajar PKR dan Wan Azizah

Photo: #PRKKajang Apa kelas Presiden PKR dpt majoriti kurang dr PRU13; parti Kerajaan Negeri pulak, bkn parti pembangkang

Apa kelas Presiden parti Kerajaan Negeri Selangor dapat undi majoriti yang kecil dan menurun? Kalau ahli biasa ok la, ada maaf juga. Ini Presiden parti. Takkan setakat itu je boleh tarik sokongan? Sokongan PKR meningkat sedikit saja, iaitu sebanyak 1.54% berbanding sokongan terhadap BN yang walaupun kalah tetapi meningkat sebanyak 2.7%. Malulah Wan Azizah...


Peniaga Pasar Malam Kurang 2,310 Undi Wan Azizah Di Kajang



Jika disemak pada jumlah undi yang diterima Wan Azizah di PDM Sungai Sekamat, Wan Azizah memperolehi sejumlah 1,667 undi berbanding 3,977 undi yang diperolehi oleh calon PKR terdahulu dalam PRU13. Berkurang sejumlah 2,310 undi di PDM tersebut.

Faktor faktor berikut adalah dikatakan menjadi punca Wan Azizah hilang 2,310 undi di Sungai Sekamat.

1) Kes penutupan pasar malam itu telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat dan menyebabkan mereka memprotes PKR di atas kertas undi.

2) Insiden Wan Azizah dihalau oleh penggerai makan yang pernah dihalau di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP.

3) Wan Azizah berkempen di pasar di Sungai Sekamat tetapi enggan bersalam dengan peniaga ikan di situ.

4) Nurul Izzah juga turut dihalau oleh peniaga gerai makan di Sungai Sekamat.

Photo: Ingat peniaga Melayu benci @DrWanAzizah je, rupanya Nurul Izzah pun mereka tak suka.. Tu la, khianati amanah rakyat lg #PRKKajang


5) Pada hari pengundian, di situ juga tercetusnya kejadian SAMM yang didakwa menggugut penggerai makan di situ.


6) Kempen berlebihan Anwar dan pakatan pembangkang dengan slogan “ayam seringgit” dikatakan cukup mengguris hati peniaga peniaga pasar malam di situ. Jangan dipermainkan kuasa rakyat. Peniaga pasar malam juga ada harga diri dan maruah. Mereka boleh mengurangkan undi Presiden PKR dengan kuasa yang mereka ada. PKR dan DAP usah lagi memperkecilkan kuasa sebenar peniaga peniaga pasar malam.




#PRKKajang: Fuad Hassan - @LimKitSiang GAGAL pastikan BN hilang deposit @Fuhas_Tweet



Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? - Fuad Hassan


PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN


PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. 

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.




#PRKKajang Kenapa Wan Azizah PERLU menang? Jawapannya.... #KajangMove



"Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu...."

Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang

Kesiaaan.. Wan Azizah perlu menang PRK Kajang. Kalau Wan Azizah kalah, malulah PR. Sebab untuk DUN Kajang, PR adalah Kerajaan, BN adalah Pembangkang. Malulah kalau kerajaan negeri kalah kerusi ini, lebih-lebih lagi ini adalah kerusi yang dimenangi oleh PKR semasa PRU13, ADUN PKR yang meletak jawatan dan mereka menang semula kerusi PKR ini. 

Harga kemenangan ini mahal kerana, pertama - Wan Azizah tidak mendapat majoriti yang jauh lebih tinggi seperti yang disasarkan, iaitu sehingga calon BN HILANG DEPOSIT. 

Kedua - Wan Azizah ditangkap menipu sebanyak 3 kali di sepanjang kempen. 



Penipuan pertama - Pasukan SAR MH370 Malaysia menggunakan bomoh



Penipuan kedua - Anwar tidak kenal Juruterbang MH370



Penipuan ketiga - Jumlah pengundi awal PRK Kajang


Ketiga - dalam kempen kali ini Wan Azizah telah dihalau dan dimalukan oleh peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dengan mereka. Bukan Wan Azizah sahaja dicemuh dan dimalukan, Nurul Izzah juga mengalami nasib yang sama hari berikutnya.


Mula-mula Wan Azizah kena halau


Lepas tu Nurul pula...


Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang. Hanya disebabkan Wan Azizah menanglah, SPR hari ini didapati ADIL. Jika Wan Azizah KALAH, mungkin ESOK penyokong PR akan menganjurkan HIMPUNAN BLACKOUT KAJANG dan himpunan ini akan diteruskan sehingga seorang lagi ADUN atau Ahli Parlimen PR meletak jawatan dan disambung sehingga PRU14. 

Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu....


Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang Manifesto @DrWanAzizah untuk siapa? Untuk kutuk @Khalid_Ibrahim? #ManifestoBukanJanji



Embedded image permalink

Sejak tahun 2008, tak boleh selesai masalah sampah? Selangor berbangga dengan rizab RM 2.28 bilion, tapi apa kata Majlis Perbandaran kajang?




50% kes demam denggi pada tahun 2012 datang dari Selangor, salah satu faktor kerana sampah tidak dikutip seperti dijadualkan. Tahun 2012, 55% kes denggi datang dari Selangor. Tahun 2014, 107 daripada 115 hot spot denggi atau 93% datang dari Selangor.





Apa cerita jalan rosak pula? Tiada dalam manifesto Wan Azizah?


Jadi, apa sebenarnya manifesto Wan Azizah ni? Lihat di bawah untuk memahaminya....



Demi rakyat atau demi suami?




Embedded image permalink

Demi Rakyat atau Demi Suami?



Pertalian dengan Juruterbang #MH370: Calon #PRKKajang @DrWanAzizah kantoi menipu kali ke-2?



Puncanya di sini. Saya tidak peduli tentang kaitan Juruterbang MH370 dengan Anwar Ibrahim ataupun dengan PKR. Bagi saya yang penting di sini KENAPA WAN AZIZAH BERBOHONG?!! Dalam tempoh seminggu ini calon PRK Kajang Wan Azizah telah dua kali ditangkap berbohong. Pertama, apabila memperlekeh Pasukan SAR MH370 Malaysia dengan mengatakan "Malaysia guna bomoh". Kedua, apabila menafikan Anwar kenal juruterbang MH370.



Tahniah Mazidul kerana telah membongkar penipuan ini, pertamanya melalui pendedahan rakaman video di bawah...




Keduanya, melalui pembongkaran tweet anak saudara Juruterbang MH370, iaitu menantu Anwar dan Wan Azizah...






Baca blog Mazidul "Mustahil Anwar tidak mengenali Kapten Zaharie kerana..." 


Apa dah jadi dengan ingatan pemimpin pembangkang? Sebelum ini kita dimaklumkan berdasarkan kes khalwat Mat sabu - Norma, ingatan Mat Sabu hanya bertahan selama 3 hari sahaja. Tapi itu Mat Sabu, logik lah.

Adakah daya ingatan Dr Wan Azizah, seorang doktor, lebih teruk daripada daya ingatan Mat Sabu?

Apa pun, calon PRK Kajang ini telah terbukti kantoi berbohong sebanyak dua kali, tidak konsisten langsung dengan imej bertudung dan isteri "mithali" yang dibawa beliau.




Sunday, March 16, 2014

[Video] Bomoh: Penipuan, Fitnah dan Sikap Tidak Patriotik @DrWanAzizah wajar diselar! #PRKKajang


Komander Angkatan Tentera Laut AS, William Marks puji Malaysia dan 
Search and Rescue (SAR) Team Malaysia


Hakikat sebenar kekuatan pasukan negara-negara di dalam SAR Team MH370, Tidak ada sebarang kenyataan dan maklumat rasmi bahawa Kerajaan Malaysia menggunakan bomoh dalam SAR Team MH370


Selain itu para pemimpin UMNO/BN turut mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah swt agar penumpang dan anak kapal MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat


Malangnya, di sebalik pujian Komander Angkatan Tentera Laut Malaysia, jumlah kekuatan anggota SAR yang diumumkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia, solat hajat oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, ada sejenis makhluk yang menipu dan memfitnah UMNO, BN dan kerajaan Malaysia. Makhluk ini juga mempersenda pasukan SAR Malaysia, dengan mengatakan "Malaysia guna bomoh". Penipuan dan fitnah yang dilakukan langsung tidak konsisten dengan imej bertudung yang beliau peragakan selama ini.

Kenyataan ini dibuat oleh wan Azizah dalah salah satu daripada ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kajang. Berita ini pada mulanya disiarkan oleh Malaysian Insider, namun didakwa oleh sesetengah pihak telah dipadam mungkin kerana mahu melindungi Wan Azizah..




Perbuatan menipu dan memfitnah serta sikap tidak patriotik Wan Azizah wajar diselar. Kerajaan Malaysia juga wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Wan Azizah di atas penipuan yang dilakukan serta sikap tidak patriotik dan penghinaan terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan SAR MH370 Malaysia.


baca lagi blogger yang mengutuk penipuan dan sikap tidak patriotik Wan Azizah di bawah..


Takut Wan Azizah 'Dibelasah' Lebih Teruk... TMI Tarik Balik Artikel #PrayForMH370


Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.

Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.

Pihak TMI tersebut cuba dihubungi oleh Selangor Press, namun panggilan tidak dijawab.

Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.

Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.

Semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. [SUMBER]

baca juga...


TERKINI ! WAN AZIZAH MESTI JAWAB ISU #MH370 INI !! #PRKKAJANG 


Portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider melaporkan kenyataan Wan Azizah. Di ataranya :
"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.seterusnya




MiM percaya ramai rakyat Malaysia yang marah dengan kenyataan Wan Azizah yang menuduh Malaysia 'pakai bomoh, naik tikar' dan membandingkannya dengan negara-negara lain yang membantu negara kita untuk menjejaki pesawat MH 370.

Pada hal, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak Malaysia melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). baca sini

Kepada Wan Azizah, lihat foto-foto di bawah :



baca lagi di Blog Dr MIM



Thursday, March 13, 2014

#PRKKajang Poster Wan Azizah tanpa tudung dan hijab didedahkan.... #KajangMove


Embedded image permalink

Letak jawatan kerana prinsip moral, atau letak jawatan kerana suami yang ada isu moral?



Adakah Wan Azizah lakukannya DEMI Rakyat atau DEMI Suami?



Apa yang pernah SUAMI ISTERI ini katakan mengenai perletakan jawatan?



Nampak macam Wan Azizah, tapi BUKAN Wan Azizah... hakikatnya IA HANYA TENTANG ANWAR!! PKR hanya Parti Anak Beranak untuk Anwar dan Anak Beranak...






Popular Posts