Showing posts with label kit siang. Show all posts
Showing posts with label kit siang. Show all posts

Monday, May 31, 2010

TPM - Anwar hina Kit Siang dan DAP!


Lim Kit Siang seharusnya rasa terhina dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang hanya mahu memberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada DAP. Dengan jumlah kerusi Parlimen dan masalah yang dihadapi PKR hari ini, Kit Siang sepatutnya menjadi Presiden pertama Republik Malaysia.

Kata Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, PKR wajar menjadi ketua dan memimpin Pakatan Pembangkang (PR) kerana PKR mempunyai ideologi terbaik (klik). Mungkin dalam ajaran sosialis PKR, ada kasta-kasta tertentu dan kasta fahaman sosialis DAP lebih rendah berbanding PKR. Pada waktu yang sama ideologi Pas mungkin paling rendah, kerana hendak dikata Islam pun tidak Islam, hendak dikata sosialis memang bukan sosialis. Tidak tahulah apa agama Zuraidah, jelasnya Mohd Nur Manuty gagal dalam tugas mentarbiah penganut Islam dan Melayu dalam PKR, sehingga ramai yang keliru seperti yang dialami oleh Anak Muda Keliru (AMK) hari ini.

Anwar pula nampaknya menipu lagi kata Hadi Awang beliau tidak tahu menahu tentang ini (klik) dan kata Zahrain Hashim, Anwar sebenarnya janjikan Pas kerusi TPM, bukan DAP (klik).

Wednesday, May 12, 2010

Kes Aminulrasyid - Kit Siang terdesak!



Sejak malam Rabu minggu lepas, melalui twitter, saya telah mendesak Lim Kit Siang untuk menyatakan dengan jelas bila dan di mana, pertamanya, Ketua Polis Negara (KPN) dan kedua, Ketua Polis Selangor menyatakan dan menuduh dengan jelas bahawa mangsa, Aminulrasyid dan saksi utama, Azamuddin adalah penjenayah. Sehingga tadi, apabila ditanya soalan yang sama, Kit Siang masih gagal menunjukkan dengan jelas bila dan di mana melainkan sekadar membuat andaian.

Walaupun hasrat ibu Allahyarham adalah supaya kes Allahyarham tidak dipolitikkan, malangnya ia telah pun dipolitikkan sebegitu rupa. Malangnya tanpa keluarga Allahyarham sedari, mereka sebenarnya telah pun dipergunakan.

Kenyataan menuntut maaf semalam adalah antara buktinya. Saya berasa sedih kerana keluarga Allahyarham termakan pujuk rayu dan pandangan yang kononnya `profesional' serta membiarkan kes Allahyarham dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Kenyataan semalam untuk menuntut permohonan maaf daripada Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia adalah agak pra-matang, lebih-lebih lagi semasa panel khas siasatan sedang meneliti kes tersebut. Ia adalah nasihat yang teruk dan dilihat mempunyai kaitan dengan kempen untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Sibu. Saya percaya fakta kes dan permintaan keluarga telah pun diambil perhatian oleh panel khas yang terdiri dari sejumlah aktivis sosial serta pakar dalam bidang jenayah dan kepolisian yang lebih ikhlas motivasinya.

Sekali lagi, tanyalah Kit Siang di mana dan bila KPN dan Ketua Polis Selangor menyatakan dengan jelas bahawa Allahyarham dan rakannya adalah penjenayah. Saya percaya Kit Siang akan berputar-putar dan berpusing-pusing untuk menerangkannya kerana dia tidak mempunyai fakta dan bukti yang jelas melainkan andaian semata-mata.

Bagi menutup perasaan malu kerana tidak dapat membuktikan tuduhan ini, Kit Siang melalui twitter dan blognya telah mencuba berkali-kali memberi tekanan dan menuntut agar KPN, Ketua Polis Selangor, Jemaah Menteri dan Perdana Menteri agar meminta maaf kepada keluarga Allahyarham supaya dia tidak lagi terbeban untuk membuktikan kenyataannya yang berbau penipuan, manipulasi dan fitnah.

Ustaz saya pernah mengingatkan, apabila nyawa sudah berada di hujung rambut; syaitan akan datang membuat pelbagai tawaran. Berhati-hatilah, katanya. Teguhkan iman dan jangan sampai terpedaya sehingga mengikut jalan syaitan.

Dalam hal ini, semaklah latar belakang peguam yang ada. Jika selama ini motivasi mereka untuk melibatkan diri dalam kes ini adalah politik (bukan keikhlasan bagi membela nasib dan hak dalam erti sebenar), maka ia akan tentu saja akan dipolitikkan.

Kes Teoh Beng Hock adalah bukti nyata bagaimana ia dipolitikkan begitu sekali sehingga mayat terpaksa diautopsi semula semata-mata kerana kenyataan yang kononnya
`profesional ' berdasarkan penilaian terhadap gambar mendiang sahaja. Dijajalah gambar Teoh Beng Hock ke mana-mana sahaja, terutama semasa pilihan raya kecil - matlamatnya satu, bagi kemenangan pilihan raya. Bukan untuk membela. Akhirnya termalu sendiri apabila keyakinan 80% bahawa Teoh Beng Hock dibunuh gagal dibuktikan -http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/autopsi-kedua-teoh-beng-hock-tidak.html.

Monday, March 29, 2010

Kuli, twitter dan Kit Siang!


Anwar Ibrahim baru sahaja melancarkan tagline Selamatkan Malaysia sebagai slogan baru untuk menghidupkan semangat Pakatan Pembangkang yang semakin pudar akibat kepimpinan Anwar yang semakin tidak dipercayai (klik). Anwar nampaknya tidak mempunyai idea yang bernas untuk menentang gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan melainkan terpaksa mencuri tagline saya, yang pernah saya gunakan di dalam blog saya di sini (klik).

Begitupun yang lebih menarik untuk dibincangkan bukan tentang Anwar, tetapi apa yang disebut dalam artikel sebelum ini (klik) , iaitu perbualan twitter di antara Lim Kit Siang dan Kuli amat mencurigakan.

Para pembaca boleh menilaiannya sendiri. berikut adalah perbualan twitter di antara LKS dan Kuli;

limkitsiang: @razaleigh All Malaysians of goodwill support genuine efforts 2revive Tunku’s legacy and memory which must not smack of tokenism

05:46 PM

razaleigh: YES RT @limkitsiang: @razaleigh All Malaysians of goodwill support genuine efforts 2revive Tunku’s legacy and memory..no tokenism
05:51 PM

razaleigh: @limkitsiang wd u say key elements r constitutionalism, federalism, pluralism, fairness n integrity
06:00 PM

limkitsiang: @razaleigh country must return 2basics of Merdeka Constitution with good governance Annul Emergency Proclamations Abolish draconianh laws
06:07 PM

razaleigh: @bongkersz perhaps u wd like to lead a campaign for 10%? :) I have long called for the % to be raised
06:17 PM

razaleigh: @limkitsiang Agreed. This is beyond politics. We need a movement to save this country.
06:19 PM

limkitsiang: @razaleigh Yes all patriots in the country and worldwide Malaysian Diaspora must come together to save Malaysia

Selepas perbualan twitter ini, yang menghairankan selepas beberapa hari, Selamatkan Malaysia disambut oleh Anwar di salah satu ceramahnya. Seterusnya Selamatkan Malaysia juga digunakan oleh Lim Kit Siang di Sabah. Baru-baru ini, Anwar melancarkan pula Selamat Malaysia sebagai talian hayat kepada pakatan mereka yang semakin reput.

Dari pandangan mata kasar saya, Kuli bukan seorang yang jujur kerana telah `ditangkap' secara `red-handed' temberang di dalam wawancaranya dengan sebuah portal berita (klik). Mungkin Kuli mahu dibuang dari UMNO supaya dia boleh dianggap sebagai hero. Saya berharap kepimpinan parti tidak memberikan jalan mudah kepadanya kerana itu yang dikehendakinya apabila berulang kali membuat kenyataan tidak berdisiplin dan bercanggah dengan parti.

Disebabkan itu - jangan berikan apa yang Kuli kehendaki! Ramai yang berpendapat mungkin lebih baik jika Kuli dibiarkan`rotten' di dalam UMNO.

Popular Posts