Wednesday, July 13, 2016
Puad Zarkashi - Tidak faham Laporan PAC, punca Muhyiddin dan Ezam desak tukar status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB
Saturday, November 5, 2011
Akhbar Cina kritik KSN & Pegawai Kerajaan membazir, cuai jaga aset

28 Oktober 2011 (Jumaat)
Berharapkan Tiada Pembaziran Lagi
Chew Siew Yang
Sudah setahun berlalu, kembali lagi laporan Jabatan Audit Negara dibentangkan, apa yang kita lihat jabatan dan agensi kerajaan sekali lagi menjadi bengang.
Pengalaman saya berpindah rumah baru-baru ini, saya minta beberapa orang tukang ubah suai rumah datang membuat penilaian kos, saya cuba dapatkan tukang yang mana yang lebih sesuai dengan harga saya; semasa membeli batu mozak juga saya pergi ke tiga tempat untuk bandingkan hasil serta harga barang itu, memilih alat elektrik rumah juga saya pergi banyak tempat, jika ia tidak sesusai saya tidak akan membelinya, jika ia terlalu mahal saya juga tidak akan fikirkannya lagi, sekurang-kurangnya saya mahu siapkan semua itu mesti dalam bajet saya, saya percaya rakyat biasa mampu untuk kendalikan perkara seperti ini, kerana wang yang kita perolehi adalah hasil titik peluh keringat kita sendiri, mungkin pada pandangan orang lain angka itu tidak membebankan mereka, tetapi pada orang biasa dan rakyat biasa itu perlu dikira dengan rapi dan teliti.
Cuba kita lihat kembali apa yang jabatan kerajaan telah buat, menjaga duit yang berjuta-juta ringgit dan angka yang begitu besar, mungkin wang itu terlalu banyak, sebab itu apabila hadapi angka-angka yang kecil mereka tidak ambil pusing dan tidak begitu sensitif.
Sebab itu jika rakyat yang punyai RM400 ringgit di kocek, mereka akan lebih teliti untuk memilih dan membeli barangan yang diperlukan itu (bandingkan barangan itu lebih daripada 3 buah kedai, kedai mana yang lebih murah dan sesuai dengan harga barangan itu) dengan harga itu boleh dapat beli sebuah ketuhar, namun apabila agensi kerajaan beli ketuhar yang sama kenapa harganya menjadi RM1,200 ringgit (adakah ketuhar yang mereka beli itu hasil daging panggang dari ketuhar itu lebih sedap?) perbezaannya hanya RM800 ringgit, kenapa kita begitu sibuk mahu ambil tahu?
Mereka Bukan Kerana Tidak Tahu Harga Di Pasaran
Pada tahun 2005 Jabatan Kaji Cuaca membeli 3 alat pengesan Tsunami, dua daripadanya telah hilang, satu lagi tidak diusik langsung, dua buah yang hilang itu kita tidak tahu ke mana ia lesap? Adakah alat itu telah ditenggelamkan oleh Tsunami? Jika benar-benar berlaku sekali lagi Tsunami seperti tahun 2003, adakah Jabatan Kaji Cuaca dapat membantu penduduk yang tinggal di pesisiran pantai? Adakah mereka mahu melihat sekali lagi kehilangan banyak nyawa penduduk barulah mereka ingat sekali lagi mahu berjaga-jaga untuk keperluan itu?
Setiap tahun laporan Audit kita nampak pihak kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan membeli sesuatu dipancung harga (ditipu) oleh orang, rakyat bukan budak kecil berumur 3 tahun tidak tahu apa-apa, pihak kerajaan mahu rakyat percaya pegawai-pegawai mereka membeli sesuatu benar-benar "tidak tahu harga barang", sedangkan membuat penyelidikan harga pun mereka tidak tahu? Adakah kerana duit yang dibazirkan itu bukan duit dari kocek sendiri, mungkin mereka rasa buat apa mereka perlu fikirkan sangat? Ataupun pada masa sama ada orang-orang yang ambil kesempatan cari untung duit masuk ke kocek sendiri, sebab itu mereka laporkan angka yang lebih tinggi? Mahu paksa rakyat mempercayainya, memberi alasan kerana dikatakan mereka tidak tahu harga di pasaran, sebab itu memberi alasan terbeli barang mahal.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj. Hassan 2 hari lepas memberi jaminan kepada orang ramai, akan ambil tindakan dalam pengurusan kewangan yang kurang efisien itu supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.
Kami sanggup percaya kepada keikhlasan Tan Sri, hanya disebabkan agensi dan jabatan kerajaan terlalu banyak maka tidak terurus, kecuali semua pegawai-pegawai itu mahu bersatu hati dan bekerjasama, dan membuat pengurusan yang betul dalam pengeluaran peruntukan itu, jika tidak, pembentangan audit tahun depan nanti, perkara yang sama akan berlaku semula, apa yang berbeza nanti mungkin agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat akan ada sedikit perubahan sahaja!
Jabatan atau agensi kerajaan dikatakan terlebih perbelanjaan, jika ia digunakan ditempat yang sepatutnya, dimana rakyat yang mendapat manfaatnya, saya rasa rakyat tidak akan rasa ia keterlaluan; jika wang yang digunakan itu menjadi projek gajah putih, tidak ada kegunaannya tetapi untuk perlatan-peralatan itu sahaja telah membazirkan ruang dan kawasan, ini hanya buat orang ramai akan terfikir, kenapa pihak kerajaan anggap rakyat begitu mudah diperbodohkan, sanggup beli banyak peralatan-peralatan yang tidak berguna, pada laporan audit tahun depan nanti, adakah kita akan mengharapkan mereka lagi, sama ada mereka ditipu lagi, ataupun tidak lagi membazirkan duit rakyat!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, October 26, 2011
Laporan Audit: Penang hancur di bawah PR. Loya apabila Harakahdaily jilat @cmlimguaneng #PenipuRakyat

- Pulau Pinang telah terlebih bayar seramai 37 orang pegawai negeri sebanyak RM109,170 dan juga terkurang bayar 13 orang pegawai sebanyak RM13, 500.
- Jalan Raja Uda telah diperbesarkan untuk menampung lebih banyak kereta tetapi tidak boleh digunakan kerana tempat letak kereta digunakan secara haram untuk meletak kereta.
- Kerajaan Persekutuan telah memberikan 868,000 kepada Pulau Pinang untuk penanaman semula pokok bakau. Walau bagaimanapun, hanya 24.5% daripada pokok-pokokyang masih hidup.
- Hutang negeri Pulau Pinang hutang telah meningkat secara drastik dari 2006 hingga 2010 iaitu 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) dan 2010 (RM688M).
- Pulau Pinang tidak meluluskan RM1M untuk menaik taraf dan menyelenggara Jalan Permatang Rawa, walaupun audit mendapati 18 jalan berlubang dan membahayakan pengguna.
- Pulau Pinang membelanjakan 18% lebih rendah untuk perumahan kos rendah pada tahun 2010 berbanding 2009.
Popular Posts
-
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
posting dari bugati veyron HUIIYOOOOO..TGK..!!! ANAK SAPA NI??... NI LA AKAUN ANAK NUAR LAKI JIJAH MADUNYA AZMIN NIH..!!!.. KAYA..!!! JUTA,...
-
Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di d...
-
1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hi...
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMN...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...