Showing posts with label MB malas. Show all posts
Showing posts with label MB malas. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Dilema Kedah: Exco malas, #MBmalas - bila mau selesaikan masalah rakyat? #saveKedah






Apa punya Menteri Besar la yang Kedah ada. Tak selesai-selesai masalah bas ni. Blogger Media Kedah sudah mengamuk. Saksikan video di blog Media Kedah.

Kerajaan Negeri masih gagal selesaikan masalah rakyat Sungai Petani

Sehingga ke hari ini masalah ketiadaa pengangkutan awam (Bas antara kawasan)di Bandar Sungai Petani belum dapat kerajaan Negeri selesaikan,Sekiranya permasalahan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesulitan,lebih-lebih lagi ketika musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi.kerana ada antara pelajar akan menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan ke sekolah.

Amat menyedihkan apabila satu tempat yang bertaraf Bandar sudah tiada pengangkutan awam yang utama (Bas Awam).jika perkara begini masih belum dapat Kerajaan Negeri masih gagal cuba menyelesaikan,,tiada guna juga Sungai Petani di iktiraf sebagai Bandar..sekiranya tiada pengankutan awam yang utama,(Bas Awam)

Dalam permasalahan ini Pisau Kedah juga tertanya-tanya,kemana perginya Exco kerajaan Negeri Kedah yang di pertanggungjawapkan ke atas kerja-kerja ini?kenapa tiada plan tindakan yang di ambil Exco berkenaan?apakah Exco berkenaan beranggapan Parti PAS ini masih menjadi pembangkang di Kedah??sehinggakan lupa apa kerja yang perlu di utamakan..sekiranya masih gagal selesaikan masalah rakyat, Pisau Kedah cadangkan gugurkan slogan Sejahtera Rakyat,,kerana rakyat sekarang sengsara di bawah pemerintahan PR...

Baca artikel penuh di



Friday, December 16, 2011

#MBmalas Selepas Yayasan Selangor, PR rosakkan KUIN di Kedah pula? #SaveKedah


BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!!

Dalam artikel yang lepas, Mc pernah mempersoalkan tentang hutang berjuta Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Namun selepas Mc difahamkan rakan blogger Sungguh Ka pernah membuat pendedahan ini. Mc pun dengan sukacitanya mendedahkan apa yang patut rakyat Kedah hatta Malaysia baca mengenai hal ini.

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan :

KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan.
  1. Difahamkan projek pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00.
  2. BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00



Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00.

Kalau macam ni la gayanya, boleh BANKRUPT. SAH BANKRUPT…….

Renung-renungkanlah…….

Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikaiq”.

Adakah mungkin terlalu asyik tengok RM ni, kebajikan rakyat serta pembangunan Negeri Kedah terlalai. Bukit mana, denai mana, paya mana, sungai mana, lurah mana, hutan mana pulak perlu dirobek bagi menyelesaikan masalah-masalah lain. Janganlah pula rumah terbakar kampung tergadai…….

Fikir-fikirkanlah…….

Friday, December 9, 2011

PR Kedah malas, rakyat tersiksa bila perkhidmatan bas awam terhenti #MBmalas #GantilahJanganTido


MB malas terus buat hal?

TERPANAS!! PERKHIDMATAN BAS DIHENTIKAN, RAKYAT SUNGAI PETANI TERANIAYA!!

Stesen bas sungai petani..


Masuk hari ni sudah lebih 10 hari perkhidmatan bas tempatan yang membawa penumpang sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan taman-taman perumahan disekitar Sungai Petani telah dihentikan.

Rasanya beribu-ribu penguna perkhidmatan bas mengalami kesusahan dan derita untuk bergerak dan ke tempat kerja, apabila 'tiada' lagi perkhidmatan bas untuk mereka gunakan.

Sungai Petani bukan seperi Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk bergerak. Bagi yang berduit, teksi boleh jadi pilihan. Namun bagi yang berpendapatan rendah, hanya bas la menjadi 'pengerak' utama mereka disekitar bandar Sungai Petani.

Namun sejak perkhidmatan bas 'tiada' lagi. Hampir beribu rakyat Sungai Petani menderita, malah kos kehidupan mereka juga meningkat apabila terpaksa menyewa teksi atau mengunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.

Kerajaan negeri dan exco yang terlibat mengetahui perkara ini. Namun hingga sekarang masih tiada jawapan atau tindakan yang mereka lakukan.

Sekurang-kurangnya, bantulah rakyat. Kurangkan bebanan mereka dengan memberikan pilihan yang lain. Kerajaan negeri patut membawa masuk syarkat Bas lain untuk meneruskan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Bukan dengan hanya tengok saja rakyat dok susah ni.

Orang nak memerintah, hangpa pun nak perintah. Tapi orang lain dok buat kerja, hangpa boleh dok tengok saja.

Jika nasib rakyat masih tidak terbela, Mc percaya sesuatu yang lebih besar akan berlaku!!

Tuesday, September 13, 2011

Seleweng dana rakyat - Khalid perlu letak jawatan #saveSgor #MBmalas





Blogger Cucu Tok Selampit tinggal di dalam negeri selangor dan sudah semakin muak dengan penipuan Pakatan Penyamun Rakyat (PR). Baca di bawah untuk mengetahui kenapa -



Hari ini Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor. CTS amat kecewa dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor di bawah naungan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap. CTS akan cuba mengulas penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan dengan menumpukan kepada majlis-majlis yang dianjurkan oleh Yayasan berkenaan sepanjang tahun lepas. CTS akan cuba menyampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas yang senang difahami oleh Rakyat biasa (laymen):

1. Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.
  • Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.
  • Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.
  • Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.
  • Daripada jumlah RM996,472.00, RM387,232.00 adalah melibatkan kos Majlis Makan Malam Perdana. Tender berkenaan diberikan kepada Tetuan Drift Z Enterprise. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung. Jumlah ini dianggap keterlaluan memandangkan anggaran ini dibuat dengan kehadiran seramai 1,000 orang.
  • Pendahuluan sebanyak 95% berkenaan juga gagal dituntut semula oleh Yayasan Selangor walaupun majlis berkenaan dibatalkan disebabkan keenganan Tuanku Sultan Selangor menghadiri majlis berkenaan yang Baginda sifatkan sebagai membazir.
  • Yayasan Selangor juga telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cenderamata. Sebanyak RM52,900.00 telah dibelanjakan. Namun tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.
2. Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan.
  • Pertanding dijadualkan diadakan pada 14/11/2010 di Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80.00 untuk 2 joran
  • SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000.00. Yayasan Selangor sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan Yayasan.
  • 70% bayaran sebanyak RM125,000.00 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi Yayasan Selangor telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.
  • Inii menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat. Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan Yayasan Selangor dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan. Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu
  • Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630.00 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.00. Jelas Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam pertandingan ini.
3. Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010.
  • Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,00.
  • Pendahuluan (95%) RM 131,000 telah dibayar sebelum majlis diadakan.
  • Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapi jumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440 sahaja.
  • Tuntutan untuk bayaran bil air dan elektrikberjumlah RM5,000.00 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air.
4. Majlis Jamuan Aidil Fitri.
  • Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling.
  • Sekali lagi syarikat SDF Media & Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM281,000.00.
  • Pengurusan Yayasan Selangor telah membayar sebanyak RM266,950 (95%) selepas 2 hari tarikh perlantikan.
  • Jelas menunjukkan Yayasan Selangor gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan Yayasan Selangor mengalami risiko kerugian sekiranya pihak "event manager" gagal atau menghilangkan diri.
  • Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri?
  • Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM303,476.00 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.
5. Majlis Korban Perdana.
  • Cadangan Yayasan Selangor untuk mengorbankan 20 ekor lembu tetapi hanya 9 ekor dikorbankan yang berjumlah RM22,580.00 pada 18/11/2010 di Asrama Yayasan di Klang hasil sumbangan kakitangan Yayasan Selangor dan pihak swasta.
baca artikel penuh di

Popular Posts