Barisan Jawatankuasa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil kesempatan bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang turut hadir
[Note: Pemerhatian menarik rakan blogger lenggongvalley. Saya percaya ini yang diharapkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam. Baca apa yang ditulis oleh blogger lenggongvalley "Pada majlis yang berlangsung di PWTC pada petang Ahad, Najib tidak pun menyebut tentang ‘cybertroopers,’ tetapi apa yang disebut beliau dalam ucapannya sekadar mengiaskan pengguna sosial media sebagai pejuang siber yang akan membantu menerangkan dan menyampaikan segala inisiatif kerajaan untuk negara kepada seluruh rakyat." Saya percaya ada lebih ramai lagi pejuang siber seperti lenggongvalley di luar sana yang mahu menegakkan kebenaran dan menangkis kepalsuan yang disebarkan pembangkang.]
Nampaknya duduk tak duduk, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melompat kerana Barisan Nasional (BN) mengiktiraf sumbangan pengamal media sosial sukarela 1Malaysia (myVO1CE) sebagai ‘wira dan pejuang.’
The Malaysian Insider melaporkan pemikiran pincang Guan Eng yang menganggap apa yang dilakukan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukti BN menggalakkan “kepalsuan berniat jahat” yang dilakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anggota keluarga mereka.
Kemarahan Guang Eng berikutan laporan membabitkan seorang anggota keluarganya baru-baru ini yang dieksploitasi oleh segelintir blogger mendorong beliau memandang serong terhadap inisiatif ‘pro bono’ (sukarela) myVO1CE.
Ramai juga yang mengikuti isu berhubung perkara tersebut, tetapi hakikatnya ramai di kalangan blogger dan pengamal media arus perdana tidak mengambil pusing apa yang cuba dimainkan itu. Mereka setakat melaporkan berita berhubung reaksi beberapa pihak terhadap kontroversi tersebut. Itu saja.
Isu itu sudah reda dan amaran untuk membawa mereka yang dikatakan terbabit ke mahkamah juga telah disuarakan.
Bagaimana pun, bagi Malaysian Insider yang lebih condong kepada suara hati dan persepsi pembangkang, isu itu seolah-olah perlu dibangkitkan semula.
[Nota: Dr. Novandri yang membacakan resolusi Konvensyen Media Sosial 1Malaysia merupakan Ketua Penerangan Unit Media Baru (UMB) dan saya terlibat secara penuh sebagai penulis resolusi Konvensyen Media Sosial 1Malaysia selain menjadi pengerusi JK Pengisian Program. Pengerusi Jawatankuasa Resolusi adalah YB P.Kamalanathan dan sejumlah rakan-rakan lain, termasuk Dr Venkates Rao.
Tahniah kepada semua rakan-rakan dari UMB - Razlan, pengerusi JK Persiapan Dewan, Arif, Razman, Firdaus dan blogger-blogger UMB, Zul Azhar Cha, Ned, Shook, Hizaimi dari 1Agenda, Johari dari MyKMU, Azam dari Pahangku, YB P Kamalanathan dan rakan-rakan MIC, Dato Ti Lian Ker dan Chris dari MCA dan setiap yang terlibat bertungkus lumus menjayakan program ini. Semuanya dilaksanakan secara sukarela termasuk bantuan daripada event manager, moderator (sdr Sayed Munawar dari TV1 dan Kamarul Baharin dari Astro Awani) dan ahli-ahli panel forum (Prof Sivamurugan Pandian dari USM, Tony Yew dari Bloghouse dan Nobisha, seorang blogger dan pemikir. Terima kasih juga kepada peserta Konvensyen yang terpilih untuk mencadangkan resolusi ini kerana sanggup hadir lebih awal untuk membantu penulisannya.
Mudah-mudahan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan sama-sama terlibat dengan MyVO1CE, My 1Malaysia Social Media Volunteer Club nanti. Inilah semangat kesukarelaan 1Malaysia! ]
RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011
BAHAWASANYA kami peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia,
1. Mengakui bahawa Gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan pelan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah berwawasan bertujuan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik di dalam negara
2. Menginsafi akan peri pentingnya bagi kerajaan, para pemimpin dan penggiat media sosial untuk mempunyai hala tuju dan pelan komunikasi yang terancang agar usaha menyebarkan maklumat dan memperjelaskan isu dapat dibuat secara lebih berkesan
3. Menyedari bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan pelbagai cara yang tidak beretika serta menyebar kepalsuan semata-mata untuk memberi imej yang negatif terhadap pemimpin dan usaha murni kerajaan
4. Mengiktiraf akan kepentingan media sosial yang menjadi saluran informasi dan komunikasi pilihan generasi muda hari ini serta keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini sebagai saluran utama bagi mendekati golongan muda dan menyampaikan maklumat kepada mereka
Maka dengan ini, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil ketetapan untuk:
Pertama, menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan
Kedua, mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran
Ketiga, menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif.
Keempat, menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial
Kelima, menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.
Keenam, mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan.
Ketujuh, menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.
Kelapan, berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan
Kesembilan menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan.
Kesepuluh, berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya!
KUALA LUMPUR: Bring out your iPads, iPhones, Blackberries, tablets and laptops!
“These are your weapons as cyber warriors,” Datuk Seri Najib Tun Razak told a crowd of social media practitioners who responded to his call with an enthusiastic applause.
The Prime Minister, who is also Barisan Nasional chief, drove home this message before a crowd of 2,000 when addressing the 1Malaysia Social Media Convention at the Putra World Trade Centre here yesterday.
At the first-ever such convention, Najib gave pro-Barisan social media writers “official recognition” by calling them the new army for the party in the virtual world.
“So, this is your role as cyber warriors. Our social media army can turun padang, but not by rolling up your sleeves and trouser legs,” he said. Also called the 1Malaysia Social Media Volunteers or myVO1CE the voluntary social media practitioners will explain and defend government policies online.
Najib said the time had come for a re-look into Barisan's methods of disseminating information to the public.
“Social media will enable us to engage with the public directly.
“In the past, getting information across to the people on the ground meant going to an open field and asking the Information Department to set up stage and microphones,” he said, urging the social media practitioners to write frequently and be united in the face of an Opposition that works to only confuse and mislead the public.
“It is up to you to set the record straight,” said Najib, adding that he was also attacked when allegations surfaced that his daughter had gone on a spending spree in Perth.
The Prime Minister, an avid social media follower with a constant presence on Twitter, said it was also through social media that he delivered his Aidiladha greetings while on his haj pilgrimage in Mecca, thousands of miles from home.
Speaking at the BN Youth Job Fair earlier yesterday, Najib said he was confident that the Government could achieve the 5% to 6% gross domestic product growth target through the Economic Transfor-mation Programme.
Bank Negara had announced that the country recorded a 5.8% growth for the third quarter of the year.