Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Harga Preve RM65,000, 40,000 Bangladesh, lembu dan yang diperlembukan



Harga Proton Preve dari RM 65,000, Saga dari RM 38,000 yang lebih murah di laman 

Lim Guan Eng mungkin lupa, penipuan yang paling besar setakat ini adalah penipuan oleh Anwar Ibrahim ketika mengatakan 40,000 orang warga Bangladesh akan diterbangkan untuk mengundi dalam PRU13. Dia juga mungkin sudah lupa tentang penipuan dalam pemilihan CEC DAP.



Dalam kes Utusan Malaysia ini, dari pandangan saya, kemungkinan ada yang terlampau excited sehingga membuat pengumuman sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereta atau ejennya di Malaysia. Ada kemungkinan cukai dan insentif telah dipersetujui, tetapi semuanya menunggu pengumuman rasmi. Kalau Utusan Malaysia telah mengumumkannya terlalu awal, silalah buat pembetulan dan ralat.



Grafik yang mencetuskan polemik ini perlu segera dibetulkan. Walaupun mungkin betul dan akan diumumkan dalam masa terdekat, tunggulah pengumuman rasmi dan jangan over-excited.

Ini kenyataan Mohamad Madani Sahari yang memberikan gambaran tentang bagaimana penurunan harga kereta boleh berlaku dan apa kesannya terhadap pembeli dan kesan terhadap pinjaman pembelian kereta mereka. Baca dan fahamkan :-
Berita mengenai penurunan harga kereta

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.

"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016."



Harga Perodua turun




Model penurunan harga Rafizi yang tidak praktikal dan merugikan pengguna, industri dan negara. Akhirnya, selepas tempoh lima tahun, nilai kereta dah jatuh ke sifar, tetapi jumlah pinjaman masih tinggi. Bila kerugian nilai pinjaman terlalu tinggi, pengguna akan simpan kereta dan tidak membeli kereta baru. Ini tidak termasuk kerugian yang terpaksa ditanggung oleh industri kereta terpakai. Model kerajaan BN lebih praktikal kerana ia berlaku secara berperingkat-peringkat.


Utusan, Pakatan and 'kereta lembu'...

http://justread-whatever.blogspot.com/2013/06/utusan-pakatan-and-kereta-lembu.html


Utusan Malaysia was slammed by the opposition for publishing a story about 'reduced car price' yesterday but many still remember how Anwar & Gang tried to hoodwink their rakyat with their ridiculous 'drop in car prices' if they are in power.


Lim Guan Eng, Karpal and others got jumpy with the reports. Although there were some 'lies', I think Utusan was trying to inject some logic into the mind of the opposition that price reduction must be done gradually, and that there is no such thing as 'harga runtuh' in car prices.

With the spiraling price of materials faced by component manufacturers, any reduction in price will be cushioned by distributors and agents.

Here is the full list of car makes and prices in Malaysia.

Although Proton and other car manufacturers have refuted Utusan's reports, the prices will definitely go down soon as promised by the government.

The opposition is the bigger liar in this issue. Promising a cut by 50 per cent will see the demise of our car-maker Proton and Perodua. I think a 'kereta lembu' (picture) would easily fetch RM30,000 including the costs of the two cows.


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has reiterated his polls pledge to reduce car prices in a tweet late last month, promising that car prices will be reduced in stages until 2017.

On the same day, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed also said that the government had promised to trim car prices between 20 and 30 per cent over five years, as outlined in BN’s election manifesto.

“In fact, since October last year, the price of 10 popular models in the country have come down an average 7.3 per cent,” he told reporters after attending the ministry’s monthly gathering, the first after Mustapa was re-appointed to the Cabinet.

Both BN and opposition Pakatan Rakyat have pledged cheaper car prices in the run up to the May polls, although through different mechanisms.

Lim Guan Eng has called for actions be taken against Utusan for lying to the public. However, he failed to mention the lies contained in Pakatan Rakyat's election manifesto on the same issue - reducing car prices.

And I got a feeling that Utusan simply published such 'lies' to track and trap another big liar
!

Thursday, December 22, 2011

Mahasiswa perlu jadi peneraju politik baru bukan `copycat' politik usang


Mahasiswa harus waspada ancaman budaya politik luar kampus

Dipetik dari Ruangan Perspektif Utusan Malaysia m/s 12
22 Disember 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Oleh TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
PENULIS ialah Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pusat


SAYA masih ingat kira-kira seminggu selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 15 September tahun ini, saya bersama beberapa rakan turun padang ke sebuah kampus di Pantai Timur untuk berdialog dengan mahasiswa.

Dalam program itu, saya ajukan pertanyaan adakah mereka mengikuti, membaca atau meneliti pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemansuhan akta itu. Jawapan beberapa orang mahasiswa adalah tidak.

Saya bertanya lagi, adakah sesiapa 'browse' kenyataan itu di Internet, jawabnya tidak juga. Dan saya bertanyakan lagi, adakah sesiapa yang membaca akhbar keesokannya mengenai apa perancangan kerajaan ekoran pemansuhan itu. Semua mendiamkan diri.

Itu antara secebis pengalaman saya mengenai gambaran tentang bagaimana mahasiswa institut pengajian tinggi membentuk persepsi terhadap perubahan dasar yang dilakukan kerajaan. Ia mungkin bukan rumusan menyeluruh tentang sikap mahasiswa universiti keseluruhannya, namun ia adalah pola yang membimbangkan.

Kebanyakan mereka mendapat maklumat sekadar melalui bersembang di laman sosial facebook dan twitter. Dikhuatiri tanpa maklumat dan fakta tepat, pemikiran mahasiswa akan mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, terutama parti politik luar.

Budaya politik daripada luar kampus hakikatnya mengancam institusi kampus jika mahasiswa tidak berwaspada. Apatah lagi dengan keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa pusat pengajian tinggi menyertai parti politik.

Maka dalam soal ini, tahap kewaspadaan perlu dipertingkatkan dalam diri agar mahasiswa tidak kecundang dalam persaingan akademik dan kebolehpasaran, selain mengungguli aspirasi tulen dan bukan aspirasi yang disuapkan kepada mereka.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian apabila sekumpulan anak muda menurunkan bendera Perdana Menteri di PWTC tempoh hari. Adakah itu nilai mahasiswa dalam berpolitik. Jika menurunkan bendera itu dianggap perlakuan yang maha hebat, maka tafsiran itu silap dan sempit kerana seorang pemimpin yang hebat, hebat kerana sikapnya yang bertanggungjawab, ada pemikiran sivil, bisa berunding dan bukannya bertindak ala samseng. Kalau tidak mampu untuk mengawal diri dan kumpulan, itu bukan suatu budaya politik baru sebaliknya hanya budaya politik usang dan jalanan.

Sebagai seorang yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) sekitar 1991 hingga 1996, saya dan rakan-rakan tidak pernah menganggap Seksyen 15 AUKU sebagai halangan. Malah bagi kami, bagus juga ada peruntukan ini agar mahasiswa dapat dipastikan bebas, tidak partisan dan benar-benar membawa aspirasi yang tulen.

Paling tidak dikehendaki menerusi pindaan AUKU nanti adalah jika mahasiswa membawa masuk kebejatan budaya politik luar ke dalam kampus sedangkan masyarakat mengharapkan agar mahasiswa menjadi pencetus kepada budaya politik baru.

Apabila mahasiswa menjadi kader parti-parti politik tertentu, dibimbangi mereka akan membawa acuan politik luar. Janganlah membawa aspirasi politik seperti mana seorang calon MPP yang diberitakan diculik, sedangkan itu taktik politik luaran yang disuapkan bagi menarik simpati demi memenangi kerusi di kampus.

Sepatutnya mahasiswa berjiwa besar dengan melontarkan politik merit dan bukannya politik 'copycat'. Politik merit ini berkisar misalnya memberi justifikasi kenapa 'saya patut menjadi pemimpin dan suara kepada mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mewakili lebih 170,000 mahasiswa', memperincikan apa yang hendak ditawarkan dan rasionalnya penawaran itu.

Cuba kita kembali ke 'demonstrasi aman' kumpulan mahasiswa propembangkang di PWTC berkenaan yang kononnya 'berjaya' menurunkan bendera Perdana Menteri. Cuba kita mencari-cari di manakah mahasiswa berbangsa Cina atau India dalam foto berkenaan. Saya mungkin silap, tetapi tidak kelihatan mahasiswa berbangsa lain selain Melayu berarak, berdemo menuju ke PWTC kononnya mahu menuntut kebebasan mahasiswa.

Saya mencari-cari jawapan tersebut, lalu saya menghubungi beberapa mahasiswa yang saya kenali. Jawapan mereka senada iaitu kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana mahasiswa untuk bersuara, tetapi perlulah melalui landasan yang betul bukan di jalan raya. Saya juga bertanyakan kenapa tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu. Adakah mahasiswa berbangsa lain sibuk menelaah manakala mahasiswa berbangsa Melayu sibuk berpolitik walhal dari segi CGPA mereka hanya cukup-cukup makan?

Jawapannya memang benar, bangsa lain sibuk bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana mereka sedar keputusan cemerlang mampu menempatkan diri mereka di kedudukan terbaik bila mereka menghabiskan pelajaran kelak. Lihat saja keputusan peperiksaan mahasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang hanya mempunyai enrolmen 18,279 mahasiswa dengan mengeluarkan 6,834 graduan setahun dan yang mendapat kelas pertama antara Januari hingga Julai 2010 adalah 217 orang.

Bandingkan dengan UiTM yang mempunyai enrolmen 139,634 mahasiswa, mengeluarkan 35,038 graduan setahun dan hanya 381 graduan mendapat ijazah kelas pertama. Begitu juga dengan USM bertaraf APEX yang mempunyai 27,372 pendaftaran dengan mengeluarkan 7,261 graduan setahun tetapi hanya 97 mendapat kelas pertama. Ini belum lagi kita memperincikan tentang kebolehpasaran mereka.

Pemimpin mahasiswa yang hebat tidak dilahirkan hanya dengan membenarkan mereka menyertai parti politik. Pemimpin yang diperlukan bukan pula hanya untuk bidang politik, tetapi dalam pelbagai bidang yang lain termasuk bidang professional. Mempunyai kesedaran politik, berpolitik dan menyertai parti politik adalah tiga perkara yang berbeza.

Jangan disempitkan skop politik kepada hanya mengenai berpolitik dan menyertai parti politik. Jika hendak ada kemahiran berpolitik, tidak perlu menyertai parti politik. Di dalam pejabat pun kita berpolitik, di kalangan adik-beradik pun ada politiknya. Demikian juga di dalam NGO, ada politiknya.

Jika mahasiswa benar-benar mahu menyumbang kepada negara, mereka perlu jadi lebih bijak dan kreatif. Mahasiswa perlu lebih matang dari segi artikulasi dan substance. Mahasiswa tidak wajar sama sekali meniru kebejatan cara berpolitik ahli-ahli politik di luar kerana mereka adalah ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna yang murni.

Mereka perlu menghidupkan politik baru dan berpolitik secara yang bermaruah. Carilah sebanyak mungkin maklumat sebelum membentuk persepsi dan membuat keputusan. Jangan sampai begitu mudah diperdayakan dan diperalatkan.

Adakah para pemimpin mahasiswa atau mahasiswa sendiri sebelum AUKU dipinda, tidak hebat? Adakah kerana kita tidak masuk politik, kita tidak hebat?


Popular Posts