Showing posts with label Politik - UMNO. Show all posts
Showing posts with label Politik - UMNO. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

SOLIDARITI - Ubat untuk UMNO Selangor @NajibRazak @NohOmar




"Selangor - Dua nakhoda, satu kapal, antara punca 
BN kalah PRU13" - Zein Isma


SO-LI-DA-RI-TI adalah perkataan yang paling banyak disebut oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan dasar dan ucapan penggulungan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014. Adakah UMNO Selangor cukup bersolidariti bagi menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14?

Ketika membahas Usul Ucapan Dasar Presiden, wakil Badan Perhubungan Negeri Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menyebut bahawa berdasarkan tinjauan umum antara faktor utama kekalahan BN di Selangor adalah kehilangan sokongan kaum bukan Melayu dan bukan Islam, pemilihan calon yang salah dan keadaan satu kapal, dua nakhoda dan perpecahan dalaman UMNO Selangor. 

Ramai pemerhati politik Selangor berpandangan, nakhoda kedua yang dimaksudkan oleh Zein Isma adalah Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed atau Zin Badak, Koordinator BN Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bersaing kedudukan dengan Datuk Seri Noh Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor ketika itu. 

Bagaimanakah keadaan UMNO Selangor sekarang berbanding PRU13? Datuk Seri Najib telah mengangkat Noh sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Pada waktu yang sama, Datuk Seri Najib juga melantik Datuk Syukor Idrus sebagai Timbalan Pengerusi, Datuk Johan Abdul Aziz sebagai Setiausaha, Datuk Seri Fateh Iskandar sebagai Bendahari dan Datuk Zein Isma sebagai Ketua Penerangan.

Blog MIK mendakwa terdapat perpecahan dalam kepimpinan tertinggi UMNO Selangor, di mana wujud kem Noh yang disokong oleh Zein Isma dan kem Syukor yang disokong oleh Johan dan Fateh sehingga menyebabkan UMNO Selangor kelihatan lembab dan mengakibatkan kontroversi selepas Konvensyen UMNO Selangor 2014. 

Bagaimanapun Presiden UMNO baru-baru ini telah bersetuju mengekalkan Noh sebagai Pengerusi dan sudah tentu, keputusan ini boleh menyebabkan krisis perpecahan dan fenomena DUA NAKHODA sekali lagi jika tidak ditangani dengan betul. 

UMNO Selangor memerlukan suntikan semangat baru dan SOLIDARITI. UMNO Selangor juga memerlukan pasukan yang lebih mantap dibarisi gandingan di antara pemimpin berpengalaman dan pemimpin pelapis. Paling penting UMNO Selangor perlu dibarisi kepimpinan dan jentera yang rajin bekerja bagi menentang kerajaan PR Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali.

Sejauh mana negeri Selangor penting kepada UMNO? 

Pastinya Selangor merupakan negeri yang penting bagi PR. Mereka akan melakukan apa saja termasuk menjual agama dan bangsa, demi untuk mempertahankan kuasa di negeri ini. 

Selangor adalah negeri bertumpunya ramai pemastautin daripada 13 negeri lain di luar Selangor. Perantau mencari rezeki di Selangor dan mereka akan pulang mengundi di negeri asal mereka. Apa sahaja yang disebut, dilaksanakan, baik atau tidak, benar atau pun salah, oleh Kerajaan Pusat, UMNO Pusat dan UMNO/BN Selangor akan mengakibatkan pembentukan persepsi dan impak yang besar bukan sahaja ke atas pengundi yang mengundi di dalam negeri Selangor, malah akan dibawa pulang ke kampung dan negeri-negeri lain oleh pengundi yang bermastautin di Selangor.

Kerajaan Pusat dan UMNO Pusat mesti berhati-hati kerana setiap dasar dan tindakan mereka mempunyai impak ke atas pengundi di Lembah Klang. Pada waktu yang sama, Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri lain pula, tidak boleh meminggir dan membiarkan sahaja pengundi luar mereka tanpa sebarang bentuk engagement di negeri Selangor.

Sebagai parti pembangkang di negeri Selangor, tidak mungkin UMNO/BN Selangor mempunyai sumber dan masa yang mencukupi untuk mendekati dan membela kebajikan pengundi pemastautin ini, lebih-lebih lagi pengundi di dalam negeri Selangor sahaja sudah melebihi 2.05 juta orang.

UMNO/BN Selangor adalah pembangkang yang sedang berhadapan dengan seteru yang kuat, iaitu kerajaan PR kepada sebuah negeri yang mempunyai begitu banyak sumber.

Menyedari hakikat ini, jika Selangor amat penting kepada BN, bukan sahaja BN Pusat perlu memberi sebanyak mungkin bantuan, malah pemimpin-pemimpin UMNO di luar Selangor, baik yang berjawatan mahupun sudah bergelar mantan, perlu memberikan sebanyak mungkin sokongan dan meminimumkan risiko kekalahan BN di negeri Selangor.

Seperti kiasan Zein Isma di dalam ucapannya,

"Insafilah bahawa kita ini semua.bersaudara dan saling bertaut, adat bersaudara, saudara dipertahankan, cubit peha kanan, peha kiri terasa jua, ingatlah pesanan orang tua, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, kapal yang satu tidak boleh bernakhoda dua, tidak mengapa menjadi ayam mencatuk anak, tapi jangan sampai menjadi tikus membaiki labu, jangan memukul anak kerana ingin menyindir menantu, elakkan menepuk air di dulang, kerana akhirnya memercik ke muka sendiri, ingat2 bila bersorak, jangan diikut resam Pak Kaduk tiada gunanya menang bersorak, kalau.akhirnya tergadai kampung"


Mampukah UMNO Selangor bersolidariti di bawah kepimpinan satu nakhoda, iaitu Noh Omar dan membentuk pasukan yang lebih mantap, berdisiplin, berkemahiran dan yang paling penting, lebih banyak bekerja daripada bercakap?

Mampukah pemimpin, ahli dan penyokong UMNO menghentikan serangan ke atas kepimpinan UMNO Selangor dan menggantikannya dengan sokongan yang tidak berbelah bagi atas nama SOLIDARITI agar UMNO Selangor semakin kukuh dan kuat untuk menawan semula negeri Selangor dalam PRU14?


Thursday, January 5, 2012

[Video] ABU #AkuBersamaUMNO : Afdlin, Harun yakin dengan UMNO


Alhamdulillah, nampaknya Afdlin Shauqi dan Harun Salim Bachik yang memilih untuk menyatakan kepercayaan politik mereka dan keyakinan terhadap pelan transformasi yang digagas dan diusahakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Wednesday, November 30, 2011

Teks Ucapan Ketua Wanita DS @ShahrizatJalil - terbaeeek! #PAUmno





#PAUMNO 2011 - Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO, DS Shahrizat Jalil
http://jendelamy.blogspot.com/2011/11/paumno-2011-ucapan-dasar-ketua-wanita.html


UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO, DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL PADA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA UMNO 2011

WANITA KUKUH UMNO TEGUH

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Maal Hijrah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Sharifah Aminah Syed Ahmad
Yang Amat Berhormat dan Yang Berbahagia Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Yang Berbahagia Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim
Yang Berhormat, Yang Berbahagia Ahli-Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO

Para Perwakilan

Dif-Dif jemputan, para pemerhati, hadirin hadirat yang dirahmati Allah S.W.T.

Alhamdulilah segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. Dengan limpah izinNYA dapat kita sekali lagi bersama-sama menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2011 dengan penuh suasana permuafakatan dan persaudaraan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda.

Saya bagi pihak barisan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2011. Ucapan Selamat Datang juga kepada tetamu khas, veteran-veteran Wanita UMNO dan para pemerhati.

Tidak ketinggalan Selamat Datang kepada setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian-Bahagian yang pertama kalinya secara automatik menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO pada hari ini. Sesungguhnya ini adalah satu lakaran sejarah di mana parti telah mengiktiraf sumbangan setiausaha-setiausaha bahagian yang turut menjadi penggerak di peringkat bahagian. Ini adalah hasil titik tolak perjuangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Tahniah!

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Napsiah Omar, Pengerusi Tetap, Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed, Timbalan Pengerusi Tetap, Dato’ Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO, Dato’ Rosni Sohar, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, barisan ahli-ahli EXCO, pegawai-pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang bekerja bertungkus lumus untuk menjayakan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2011.

Selamat Datang 3 jejaka

Mewakili MT ke perhimpunan ini

Dengar dan hayati suara wanita

Inilah ikrar dan wawasan kami

KEPIMPINAN

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tanpa kita sedari hampir tiga tahun YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaku Presiden parti merangkap Perdana Menteri Malaysia mentadbir negara. Dengan dibantu Timbalannya YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, pelbagai perubahan dilakukan dalam usaha mentransformasikan negara untuk menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju didunia melalui program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik.

Kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin, kami Wanita UMNO merekodkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan barisan kepimpinan wanita akan sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bagi, untuk memastikan visi negara mencapai matlamatnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam tadi. Ucapan beliau amat berkesan dalam memastikan agenda perjuangan parti dapat diteruskan demi masa depan agama, bangsa dan negara.

PENCAPAIAN WANITA

Puan-puan dan tuan-tuan yang dihormati sekalian

Di bawah kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO peranan wanita dalam pembentukan negara bukanlah sesuatu perkara yang asing. Dalam tinta sejarah negara, sumbangan wanita dalam mencorakkan perkembangan sosiobudaya dan politik tanah air sejak dari peringkat awal amat besar. Wanita UMNO sejak sekian lama telah menjadi tulang belakang kepada parti keramat ini.

Walaupun pada awalnya peranan wanita dalam politik lebih terbatas di peringkat akar umbi di mana peranan wanita lebih memberi sokongan kepada parti yang dianggotai sebagai pengundi, perayu undi sewaktu pilihan raya dan melakukan kerja-kerja untuk membantu aktiviti parti. Senario kini telah berubah apabila berlakunya kesedaran tentang keupayaan, kecekapan dan keberkesanan peranan yang mampu dimainkan oleh wanita dalam parti. Inti pati keberkesanan wanita sebagai tulang belakang parti ini, telah lama dianalisis dengan hormat dan cermat oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga beliau menyimpulkan dengan kata-kata keramat bahawa “Wanita hendaklah dimerdekakan terlebih dahulu sebelum negara merdeka”.

Di atas kepercayaan dan penghormatan kepimpinan parti yang diberikan kepada wanita, maka sejak itu, wanita terus tanpa henti dan sunyi melontarkan tenaga masing-masing ke arah memperkasakan perjuangan parti yang murni dan mulia ini. Melalui rentetan perjuangan ini, maka lahirlah pemimpin-pemimpin perintis wanita seperti Cikgu Balkis Abdullah, Puteh Mariah Abdul Rashid (Puan Sri), Zainon Sulaiman (Tan Sri) atau Ibu Zain dan Puan Khatijah Sidek.

Sejak itu, lebih ramai pemimpin wanita muncul di peringkat negeri. Pada pilihan raya pertama di bawah pentadbiran British, tahun 1955 Halimahton Abdul Majid (Dato’) dipilih sebagai calon wanita pertama untuk bertanding. Berkat kemenangan tersebut, beliau telah menjadi Ahli Parlimen wanita yang pertama di negara ini. Kita juga telah menyaksikan pelantikan Tan Sri Aishah Ghani sebagai Senator wanita pertama pada tahun 1962 dan Tun Fatimah Hashim sebagai Menteri Wanita pertama pada tahun 1969.

Pada hari ini wanita lebih matang, bijak dan karismatik. Kepimpinan mereka hari ini telah menjadi semakin signifikan, relevan dan terserlah di semua peringkat dalam parti dan kerajaan. Dengan kekuatan keahlian seramai 1.3 juta dari 191 bahagian mewakili 20,797 (dua puluh ribu tujuh ratus sembilan puluh tujuh) cawangan dari seluruh negara, Wanita UMNO akan terus mengorak langkah dengan penuh yakin dan semangat, tanpa menoleh ke belakang untuk menggembleng potensi yang ada di kalangan wanita, bagi melonjakkan kemajuan dan pembangunan wanita serta keutuhan institusi keluarga.

Hasil perjuangan pemimpin-pemimpin wanita di segenap peringkat, tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu, wanita Malaysia berjaya memecah tradisi di mana 30% penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam telah tercapai dan akan menjadi realiti dalam sektor korporat. Di antara kejayaan wanita yang dapat saya sebut antaranya ialah pelantikan wanita sebagai Gabenor Bank Negara, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Komisioner Polis dalam Polis Diraja Malaysia, Brigadier Jeneral dalam Angkatan Tentera, Hakim di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Perjuangan mulia kepimpinan wanita ini turut memartabatkan rahmat cuti bersalin 90 hari yang kini wanita kita nikmati; Akta Pencen yang dipinda membolehkan pencen suami terus dirasai; hak milik tanah FELDA kini sama dikongsi suami isteri; Kanun Keseksaan telah dipinda dan hukuman jenayah seksual semakin tinggi; kesihatan wanita amat penting tidak terperi, subsidi mamogram terus diberi dan banyak lagi. Elok ditokok lagi, bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) telah kita pelopori dan juarai. Itulah berkat pejuangan wanita dari dulu hingga kini.

Menjadi pemimpin ianya elok

Tahu di mana tempatnya duduk

Tahu amanah apa yang ianya peluk

Tahu menyemak baik dan buruk

Sesungguhnya kejayaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan bersama secara kolektif dalam satu pasukan yang progresif. Saya sebagai Ketua dan Menteri yang diberi mandat bertanggungjawab memegang amanah untuk mengetengahkan dan menghubungkan denyutan nadi, suara dan aspirasi puan-puan kepada pucuk pimpinan dan kerajaan. Justeru kita Wanita UMNO perlu menggandakan usaha bagi memastikan kebajikan, kemajuan dan kesejahteraan wanita di negara ini terjamin, terlindung dan terpelihara.

SKUAD SAYANG DAN JALINAN RAKYAT

Para hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Selaras dengan Gagasan Kerajaan untuk mendahulukan rakyat, Skuad Sayang yang dibarisi oleh Wanita UMNO dan wanita komponen Barisan Nasional telah berjaya menyelusuri denyutan nadi dan mendekati rakyat melalui pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan. Sumbangan dan kejayaan Skuad Sayang bukan sahaja dikagumi pemimpin parti, malah rakyat di peringkat akar umbi turut mensyukuri rahmat yang disediakan. Sebagai menyatakan penghargaan tertinggi oleh rakyat dan kepimpinan parti, maka Malam Skuad Sayang telah kita adakan pada 28 November 2011 dengan jayanya. Majlis ini adalah khas bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan penglibatan wirawati-wirawati Skuad Sayang. Sesungguhnya kejayaan dan keberkesanan Skuad Sayang turut mendapat restu dan sokongan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Atas rasa tanggungjawab, keutuhan dan kelangsungan parti, Wanita UMNO melalui program Jalinan Rakyat kini menjadi semakin agresif untuk menarik minat dan menyedarkan rakyat akan hak mereka sebagai pengundi. Alhamdulillah atas usaha gigih ini telah menampakkan hasil di mana bilangan pengundi berdaftar melalui usaha WANITA UMNO semakin bertambah. Syabas!

Basuh sudah jemur pun sudah

Kini tiba menjahit pundi

Kempen sudah, daftar pun sudah

Kini masa mencari undi

Menyedari landskap politik masa kini yang amat mencabar dalam usaha mencari undi, maka Pergerakan Wanita UMNO mesti menggunakan formula baru dalam mengambil pelbagai inisiatif untuk memantapkan ahli-ahlinya melalui pelaksanaan kursus dan latihan pembangunan kapasiti, termasuk kursus-kursus bersifat upaya-kendiri dan kepimpinan.

Dengan itu adalah diharapkan ahli-ahli Wanita UMNO akan lebih kompeten dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai seorang pemimpin dan ‘role model’ yang berkesan.

MISI DAN VISI WANITA

Masa bagaikan diputar. Kini kita semakin menghampiri ambang pilihan raya umum yang ke 13, detik yang akan menentukan jatuh bangun parti yang kita tunjangi dan sayangi. Justeru, sekarang ini bukan masanya untuk kita leka dibuai angan-angan Mat Jenin dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai. Sebaliknya, dengan kekuatan seramai lebih 1.3 juta ahli, kita Wanita UMNO mesti melipat gandakan usaha, memantapkan jentera parti, melebarkan sayap agar terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan besar Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.

Misi ini bukan satu yang mudah untuk kita laksanakan. Hati nurani rakyat perlu diselami, masalah rakyat perlu diatasi, kesengsaraan rakyat perlu ditangani, kesakitan rakyat perlu dirawati agar rakyat terus menikmati kemakmuran negara yang sejati. Untuk itu, kita mesti pastikan jentera kita siapsiaga dengan segala strategi, kemas dan lengkap di setiap peringkat. Tugas bancian sikap perlu dipergiatkan dan diberi fokus utama. Di samping itu, kerjasama strategik dengan rakan seperjuangan daripada parti-parti komponen dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti diperhebatkan lagi demi memastikan semua isu dapat diselesaikan dan tiada rakyat yang dipinggirkan.

Wanita UMNO mesti mempunyai ketahanan diri dan disiplin yang tinggi. Kita mesti bersatu hati, bersatu jiwa, bersatu perasaan, bersatu tenaga, bersatu visi, bersatu misi bagi mencapai kemenangan. Jangan ada rasa hasad dengki, iri hati dan cemburu diri sesama kita walaupun sekelumit, kerana ia akan menjadi barah dan nanah yang bukan sahaja menghancurkan diri tetapi lebih malang ia akan melumpuhkan kekuatan parti.



Jika semua ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan keikhlasan, kita mampu meraih persepsi rakyat dan memenangi hati mereka yang sentiasa mengharapkan pembelaan kita dan seterusnya mampu mencapai apa yang dihajatkan, InsyaAllah.


PERANAN WANITA DAN KEPIMPINAN

Puan-puan dan tuan-tuan yang kita muliakan,

Mari kita ambil iktibar dari beberapa kisah pada zaman Rasulullah S.A.W. di mana wanita sebagai benteng kepada perjuangan sepertimana yang disebut dalam kitab dan sirah contohnya wanita bernama Nusaibah binti Kaab yang mempertahan dan melindungi Rasulullah. S.A.W. dalam peperangan Uhud.

Peristiwa lebih 14 belas kurun ini, sudah pasti menjadi pengajaran penting kepada kita, wanita mampu dan sanggup berkorban hatta menggadai nyawa sekalipun.

‘Semangat Nusaibah’ mesti membara dalam diri wanita hari ini. Keperkasaan kita mesti disatukan, kekuatan kita mesti dipadukan, kepimpinan kita mesti didisiplinkan, agar ianya menjadi tenaga yang mampu menerjah dan mempertahankan kedudukan kita. Kerana itu kita wanita tidak pernah dan perlu rasa gentar walau halilintar membelah bumi, walau badai melanda lautan, walau ribut meruntuhkan belantara, walau taufan melanda desa, namun perjuangan parti tetap kita teruskan. Wanita sedia berkorban apa saja demi agama, bangsa dan negara.

MENYELAMI NALURI WANITA

Secara umumnya rakyat sudah mengetahui sifat dan wajah Wanita UMNO, sebagaimana dibuktikan dalam sejarah. Wanita UMNO sentiasa setia dan berdiri teguh dengan kepimpinan. Kita tidak mudah terperangkap dalam polemik salah menyalahkan atau saling melemparkan tanggungjawab. Justeru, kitalah yang selalu sanggup berkorban jiwa dan raga, harta mahupun tenaga.

Kerana ini sudah menjadi adat dan tradisi Wanita UMNO di semua peringkat tidak kira di mana kedudukannya, setianya kepada parti dan kepimpinan adalah bersungguh-sungguh dan tidak pernah berganjak walau seinci pun. Bila berjuang, kita akan bermati-matian. Bila bekerja, kita akan bergerak sepenuh kudrat. Dan apabila dimusuhi, kita akan tentang habis-habisan agar parti keramat ini terus gagah dan kukuh “membujur lalu melintang patah, namun undur tidak sekali”.

Itulah yang telah kita tunjukkan semasa kita menghadapi beberapa krisis dalam kepimpinan dan perjuangan UMNO pada tahun 1987 dan tahun 1998, berdepan dengan tsunami politik tahun 2008, wanita UMNO tidak pernah goyang, malah lebih bersemangat untuk terus berjuang mempertahankan parti. Yang nyata wanita sebagai isteri, ibu, kakak dan disertai dengan semangat ‘Nusaibah’ inilah yang menjadi prinsip untuk terus berkhidmat dengan setia dan taat, walaupun bencana di hadapan mereka.

Begitulah peranan wanita. Jangan silap, dalam sifatnya yang lembut dan berhemah, dalam langkahnya yang gemalai dan santun, dalam lenggoknya yang mesra dan halus, namun wanita adalah sentiasa gagah menongkah cabaran dan tetap lasak mengharungi halangan.

Menjadi pemimpin ia berani

Mentaati sumpah memegang janji

Di atas yang benar ia berdiri

Kepada yang hak ia mengabdi

Dijadikan pemimpin ia terpuji

Dijadikan tua sempurna budi

Dijadikan induk tuah menjadi

Dijadikan tiang teguh berdiri

Kita Wanita UMNO, sentiasa teguh dengan prinsip, amat sinonim dengan tugas, tekad dan amanah. Kita bersikap tegas apabila perlu, tahu bila kita berlembut, tiada siapa yang boleh mempersoalkan dan mempertikaikannya. Inilah hakikat yang patut semua terima.


SETIAKAWAN

Dalam kita mahu memastikan kestabilan parti serta menjayakan transformasi supaya UMNO terus diterima rakyat, Wanita mahu mengajak kita semua untuk kembali kepada asas perpaduan kita iaitu sikap dan semangat setia kawan.

Setia kawan seperti yang ditunjukkan oleh Wanita UMNO, menjadikan kita sentiasa mampu mengharungi apa jua cabaran terutamanya menangkis asakan dan serangan jahat musuh terutama pembangkang. Dan setia kawan inilah juga satu-satunya kekuatan pembangkang yang membentuk kesepakatan melampau sehingga yang betul dijadikan salah, yang asli dikata palsu dan yang benar dituduh bohong.

Dalam keadaan pembangkang yang semakin liar sekarang ini, tiada jalan mudah untuk melawan mereka kecuali kita bergerak bersama dan sederap dalam satu semangat setia kawan yang tinggi. Sebenarnya mereka cemburu, mereka tidak mampu melakukan seperti apa yang kita lakukan sekarang ini. Mereka berhasad atas keutuhan dan ukhwah yang kita bina, mereka berdengki atas kegemilangan pencapaian wanita Malaysia hari ini. Justeru lalu mereka dengan niat jahat menggempur kita dengan pelbagai kepalsuan dan fitnah untuk meracuni pemikiran rakyat.

Kita tidak boleh lagi biarkan kerja baik yang kita lakukan dirosakkan oleh mereka. Jangan biarkan khidmat bakti kita kepada rakyat diperlekehkan dan direndah-rendahkan begitu sahaja. Jelas dan sedarlah kita bahawa pembangkang kini sedang menggandakan serangan mereka kepada kita.

Dan ikrar serta janji Wanita, kita akan tentang mereka habis-habisan. Sebagai sayap yang mempunyai ahli yang besar, Pergerakan Wanita UMNO tidak akan mudah terpenjara dan terperangkap dalam persepsi oleh musuh-musuh parti. Pergerakan Wanita UMNO akan terus dengan peranannya, tetap bersatu hati membentengi parti, tetap berdiri gagah menongkah cabaran, tetap lasak menangkis serangan.

Sebagai pemimpin ianya gagah

Fikiran bulat hati pun tabah

Pendirian teguh, tuah bertambah

Kepada musuh pantang menyerah

Terhadap rakyat ia mengalah

WANITA DAN PILIHANRAYA

Selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO, saya pasti akan menyerahkan kepada YAB Presiden seberapa ramai nama-nama wanita untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya. Asas pertimbangan saya mudah, iaitu Wanita UMNO sememangnya mempunyai ramai calon winnable atau pun boleh menang. Mereka berada di merata tempat dari Perlis hingga ke Sabah.

Nasib diri saya, janganlah siapa khuatiri. Kedudukan saya biarlah Presiden parti yang tentukan apabila tiba masanya kelak. Ajal, maut dan rezeki adalah ketentuan Allah. Saya, sebagai hambaNYA pasrah dan percaya kepada qadaq dan qadar. Yang lebih penting bagi saya, adalah wanita mesti berjuang dalam satu pasukan yang bersepadu dan berdisiplin, di atas satu landasan dan wawasan yang jelas untuk mencapai matlamat KEMENANGAN PRU KE 13. Berbekalkan kesepaduan semangat, kejituan sokongan, kemantapan disiplin dan kerjasama dalam setia kawan yang tulen dari kalangan puan-puan semua, yakinlah matlamat ini pasti tercapai.

Ibarat pandai meniti buih, selamatlah badan ke seberang.

Ibarat berpegang pada kasih, selamatlah parti yang kita sayang.

InsyaAllah.

SELAMAT BERSIDANG

Wabilalhi taufik walhidayah wasalammualaikum warahmatulah hiwabarakatuh.

Tuesday, November 29, 2011

Mesti tonton! [Video] Perkara-perkara yang saya rindu tentang sidang akhbar Tun M #BNPilihanOrgMuda



"[Peacefull assembly] This government respond to the people very quicky, during my time I don't respond at all."

"[Middle-east uprising] I think they're going to face big problem. To overthrow the government is relatively easy, but to replace the government with a new government especially in accordance with democratic practices in countries which never known democracy is quite difficult"

"[UMNO members on the same page] It is better than in 2008, obviously. Because in 2008 I know a lot of UMNO members voted for the opposition, not because they are less UMNO, but they dont like the leadership at that time."

"[Anything special about the opposition] Saya ingat kita kena hormat mahkamah. Kita tok sah lari la dari mahkamah."

Monday, November 28, 2011

Perhimpunan Agung: Hayati 7 Amanat Presiden Parti, 7 Wasiat Raja-Raja Melayu


Esok, Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan bermula. Ini adalah perhimpunan terbesar umat Melayu yang diadakan setiap tahun di negara kita. Dalam Perhimpunan Agung UMNO, suara dan usul daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan dasar-dasar UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dibahaskan. Ia juga satu perhimpunan yang merapatkan ukhwah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang menyokong UMNO, ahli dan pemimpin UMNO. Tidak syak lagi, ini adalah himpunan orang Melayu dan umat Islam negara ini yang terpenting dan akan menentukan agenda dan hala tuju perjuangan memartabat Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi setiap yang hadir sebagai perwakilan, INGATLAH bahawa anda adalah pembawa suara akar umbi UMNO; suara mereka yang tidak berkesempatan dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke PWTC apalagi ke dalam dewan-dewan persidangan UMNO, tetapi tetap utuh dan kukuh sokongannya terhadap UMNO. INGATLAH bahawa UMNO terus diberkati dan dirahmati Allah swt kerana doa dan sokongan rakyat biasa seperti mereka ini.

Jadi jangan sia-siakan kehadiran anda di sini. HAYATI 7 Amanat Presiden dan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Bawa dan kongsikan pengetahuan dan pengalaman yang didapati ini kepada mereka. Insya-Allah UMNO akan terus kekal relevan dan menjadi pilihan umat Melayu dan umat Islam yang berketurunan lain di negara ini. Amiiin.


Thursday, November 24, 2011

@HishammuddinH2O - Jiwa besar pemimpin UMNO benarkan perubahan dilakukan



Jiwa besar pemimpin dan perwakilan UMNO membolehkan perubahan dilakukan


Q: Memandangkan kemungkinan besar Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir sebelum kita menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13), apakah mesej yang hendak disampaikan kepada setiap ahli perwakilan, lebih-lebih lagi PRU kali ini boleh dianggap yang paling sengit bakal ditempuhi BN dan UMNO?

Hishammuddin: Kita perlu sampaikan mesej kepada setiap perwakilan bahawa UMNO mesti bersatu sekarang ini. Bersatu atau terus lenyap. UMNO adalah faktor penyatuan masyarakat Melayu di negara ini. Bukan sahaja penyatuan dari kalangan ahli UMNO, malah penyatuan kepada seluruh umat Melayu.

Q: Adakah Dato’ Seri menyatakan bahawa UMNO tidak bersatu?

Hishammuddin: UMNO bersatu; tetapi tahap kesatuan dan kesan kepada survival parti banyak bergantung kepada kedudukan parti pada masa tertentu. Kesatuan kali ini, berbanding dengan yang dahulu, bukan sahaja perlu disebut, malah dihayati sepenuhnya kerana lanskap politik hari ini memerlukan UMNO dilihat dan dirasai sebagai bersatu berbanding sebelum ini. Kita perlu perkukuhkan perpaduan di kalangan kita. Sebelum ini, perselisihan dalaman parti mampu kita bendung kerana UMNO ketika itu amat kuat.

Tetapi dalam masa yang begitu mencabar sekarang ini, sedikit konflik dalaman boleh mengancam parti serta menjejaskan peluang UMNO untuk memenangi PRU13. Maka sebab itulah UMNO tiada pilihan selain perlu serta merta tangani budaya perselisihan ini dan berdiri teguh dalam sebuah parti yang benar-benar kukuh.


Q: Adakah Dato’ Seri berpendapat bahawa seluruh ahli UMNO telah bersedia menerima cabaran untuk melakukan perubahan dalaman ini?

Hishammuddin: Sebenarnya kita tidak ada pilihan. UMNO telah melalui pelbagai ujian sebelum ini; daripada tunduk menyerah, sejarah telah menunjukkan bahawa kita mampu keluar dari ujian yg mencabar ini dan menjadi lebih kuat. Tapi kali ini ia bukan sekadar memerlukan lebih daripada kekuatan kerana cabaran ini tidak hanya unik kepada Malaysia, tetapi sedang melanda seluruh dunia dalam pelbagai aspek.

Disebabkan itu Perdana Menteri telah melaksanakan transformasi dalam kerajaan, ekonomi dan politik. UMNO telah mengharungi pelbagai dugaan dan mampu bertahan sehingga kini. Saya yakin ahli UMNO amat matang dan sedar bahawa perubahan serta pengorbanan mesti dilaksanakan serta merta. Namun kadang kala kita terpaksa mendesak untuk melakukan perubahan dan pengorbanan yang wajar sebelum terlambat.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan?

Hishammuddin: Berubah bukan semata-mata untuk perubahan, tetapi perlu berubah agar parti kita diterima oleh rakyat. Misalnya dlm PRU13, politik adalah game of numbers atau permainan tentang angka. Disebabkan itu kita perlu meletakkan 'winnable candidates' atau calon yang boleh menang. Dari segi parti, perubahan telah dilakukan lebih awal oleh Presiden parti melalui pindaan perlembagaan dan perubahan-perubahan dalam parti. Kalau dulu kuasa undi hanya di tangan 2,800 orang perwakilan, hari ini jumlah yang boleh mengundi adalah lebih 140,000 ahli. Bukan mudah utk melepaskan kuasa yang ada, tetapi jiwa besar pemimpin dan perwakilan UMNO telah membolehkan ia dilakukan.

Ini menunjukkan bahawa UMNO bukan saja boleh menerima perubahan, tetapi mampu untuk terus melaksanakannya. Perubahan dalam erti kata meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri. Seperti yang pernah disebut YAB Presiden parti, UMNO perlu meletakkan calon yang mampu menang. Ini bermakna akan terdapat muka-muka baru yang bakal diletakkan sebagai calon PRU13 nanti. Calon-calon baru ini amat memerlukan sokongan padu setiap ahli, khususnya daripada kalangan mereka yang telah digugurkan. Mereka ini wajar menunjukkan semangat untuk terus membantu parti walaupun tidak dicalonkan semula. Sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti kerana dengan berbuat demikian kita akan turut membantu memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu.

Q:Mengapa amat penting untuk UMNO lakukan perubahan?

Hishammuddin: Geopolitik dunia telahpun berubah. Parti politik di mana saja di dunia pada hari ini dilihat perlu mendapat sokongan daripada kumpulan bukan tradisi. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada sokongan tradisi, tetapi kepada golongan muda dan mereka yg berada di atas pagar. Dalam era politik baru, mendampingi rakyat, reaching out dan engage mereka adalah sangat penting.


Q: Apakah yang boleh UMNO tawarkan?

Hishammuddin: UMNO mesti menonjol sebagai sebuah parti yang mampu memenangi hati rakyat dan disenangi majoriti rakyat. UMNO mesti memberikan harapan baru kepada rakyat, khususnya masyarakat Melayu. Kita kini mempunyai pucuk pimpinan baru dengan sebuah pasukan yang baru. Perlu diingatkan PRU13 adalah pilihanraya yang pertama dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Najib. Beliau banyak mendengar dan amat memahami nadi rakyat. Banyak perubahan telah dilakukan mengikut kehendak rakyat.


Q: Apakah harapan Dato’ Seri terhadap perhimpunan kali ini?

Hishammuddin: Harapan saya adalah agar perwakilan sedar bahawa survival parti berada di dalam tangan mereka. Mereka wajar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Presiden dalam menentukan arah tuju perjuangan parti yg telah sama-sama mereka persetujui, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita perlu berhadapan dengan PRU13.

UMNO perlu terus menunjukkan kepimpinan dlm lanskap politik baru ini, bukan saja agar UMNO kekal relevan tetapi juga Barisan Nasional. Semua ini kita lakukan bukan hanya untuk kita sahaja, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia.

Saturday, September 17, 2011

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram - Syariat Islam berkembang baik di Malaysia #BNbagus

Tentang golongan tolak perpaduan
Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my



Sulaiman Saloomi


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya.

Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam.

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya.

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil.

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya.

Monday, September 12, 2011

Tanah Melayu Terjajah - antara realiti dan atas kertas?

Menarik. Dipetik dari blog Encik Ketam.

BENARKAH TANAH MELAYU TIDAK DIJAJAH???



BENARKAH TANAH MELAYU TIDAK DIJAJAH?
Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura sahaja
Pikir logik la... kalau dah dijajah... apa kejadahnya British nak paksa raja2 melayu untuk menandatangi perjanjian Malayan Union... ?
Sebab tu masa nak laksanakan Malayan Union, British terpaksa mendapatkan persetujuan dan tandatangan Sultan2 Melayu.... Salah satu matlamat Malayan Union adalah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota British....

Kita kena paham kronologi penjajahan British... Secara "teknikal dan perundangannya" .. British tak pernah menjajah Tanah Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura... Ini terbukti semasa penubuhan Malayan Union yang antara lainnya akan menjadikan Malaya sebagai Tanah Jajahan Mahkota (dijajah secara teknikal dan undang-2).. mengeluarkan Singapura dari Malayan Union dll...

KLU X DIJAJAH, APE CER KITA DUK BWAH KOMENWEL?
Mengenai Komanwel... Komanwel terdiri dari negara dan kawasan dalam Empayar British... Apa itu Empayar British? Empayar British terdiri dari negara2/kawasan/wilayah yang menjadi Penguasaan (dominions), Jajahan (colonial), Naungan (protectorate), amanah(mandates) dan lain-lain wilayah yang diperintah oleh British... Kita ambil contoh mengenai amanah... Melaka diamanahkan kepada British oleh Belanda semasa tercetusnya Perang Napoleon.. Pengamahan ini berlaku apabila Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napolean tamat.....

Manakala protectorate pula bermaksud negeri naungan.. Dalam konteks negeri naungan ini, kita ambil contoh mudah iaitu Perak... Perak menjadi negeri naungan British pada 20 Januari 1874 yang berikutan Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke (British) dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak serta pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor.

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, dan akhirnya membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri2 Melayu. - Dalam Perjanjian Pangkor itu menyebutkan "Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, "nasihat Residen British hendaklah diikuti" kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British."

APE CERITA PULAK KITA NI SAMBUT MERDEKA 31 OGOS?
31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan secara total... bukan secara konsep atau emosi politik... 31 Ogos adalah hari dimana semua hak pentadbiran, ekonomi, dasar luar, diplomatik, pertahanan, hala tuju negara ini diserahkan sepenuhnya oleh British kepada Bangsa Malaya yang sebelum ini dikuasai oleh British... Bagaimana British mengasainya tanpa dijajah? Sebab semua nasihat residen mesti diikuti oleh Sultan...

Perjanjian Malayan Union bukan bertujuan meraih sokongan rakyat... tetapi mendapatkan persetujuan TUAN EMPUNYA ASAL TANAH MELAYU iaitu raja-raja melayu untuk meletakkan Tanah Melayu sebagai negeri jajahan mahkota british.... British mengakui Ketuanan Raja-Raja Melayu terhadap negeri-negeri Melayu apabila memaksa raja-raja melayu menandatangi Perjanjian Malayan Union... Kalau nak raih sokongan rakyat... takdernyer UMNO ditubuhkan... UMNO bukan ditubuhkan untuk menjadi parti politik atau menuntut merdeka melainkan menjadi wadah pemersatuan bangsa melayu yang taat dan setia pada raja-raja melayu dan tanahair Malaya.

Thursday, September 8, 2011

Hanya UMNO harapan orang Islam dan Melayu

Pas, PKR bukan tempat bergantung

Mohammad Sabu memerhatikan Mustapa Ali memberi kenyataan tentang erti pejuang kemerdekaan sebenar di pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, kelmarin.


'UMNO adalah harapan orang Melayu. Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO. Kita telah menangkis Malayan Union, kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah mengisi kemerdekaan ini dengan pembangunan, kita telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu dengan menggunakan kekuatan yang kita dapati daripada UMNO."

Inilah fakta mengenai sumbangan UMNO kepada orang Melayu tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka yang dibentangkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika menyampaikan amanat di Perhimpunan Agung UMNO pada April 1987.

Fakta inilah yang terpaksa diakui oleh Pas melalui sidang media oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali kelmarin yang bertujuan mempertegaskan penolakan parti itu terhadap ideologi dan perjuangan komunis.

Malahan Mustafa mengakui bahawa melalui perjuangan UMNO, negara mampu mencapai kemerdekaan dan fakta ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja yang bergelar orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Justeru apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba menafikan bahawa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang bangsa maka tidak salahlah kalau orang menganggap beliau buta sejarah, dangkal fikiran dan mencari publisiti murahan.

Sememangnya tindakan menafikan sumbangan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dalam memerdekakan negara bukan sahaja boleh dianggap jahil malah satu tindakan politik jumud.

Tidak kira sama ada orang Melayu itu berada dalam parti politik apa sekali pun, apa yang jelas mereka tidak mampu memadamkan sejarah terhadap jasa besar UMNO kepada negara ini.

UMNO adalah parti keramat yang bukannya ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan atau berikutan perasaan tidak puas hati mana-mana pemimpin kerana tidak mendapat jawatan tetapi seperti mana kata seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO kepada penulis, UMNO lahir kerana doa orang Melayu yang mahu menuntut kemerdekaan ketika itu.

''Oleh itu UMNO bukan sebarang parti, ia ditubuhkan melalui niat dan perjuangan yang suci demi memartabatkan orang Melayu, membela maruah bangsa dan mempertingkatkan syiar Islam di negara ini," kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam pertemuan dengan penulis pada Isnin lalu.

Atas sebab itulah, UMNO harus terus dipelihara dan dijaga oleh semua orang yang mengaku dirinya Melayu. Berbeza fahaman politik sehingga berhasrat mewujudkan gerakan bagi menggantikan peranan UMNO sebagai parti utama kepada orang Melayu bukanlah langkah yang bijak.

Sebaliknya ia akan membuka laluan kepada terhapusnya kekuatan dan kekuasaan politik orang Melayu yang sekali gus menggugat kedudukan Islam di negara ini.

Orang Melayu perlu memahami bahawa selama ini apa juga yang dinikmati dan diraih adalah hasil perjuangan UMNO yang bukan sahaja bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan tetapi juga menyusun strategi serta langkah bagi memastikan orang Melayu tidak merempat di tanah air sendiri.

Atas sebab itulah, orang Melayu tidak boleh terpedaya dengan mainan politik mana-mana pihak terutamanya Pas kononnya mereka mampu menjadi lebih baik daripada UMNO dan sudah bersedia menggantikan peranan UMNO.'

Impian seumpama ini hanyalah sekadar mimpi di siang hari kerana Pas tidak ada kekuatan mempertahankan prinsip seperti mana UMNO dan Pas tidak dominan seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, Pas bagaikan sesumpah yang boleh menukar wajah mengikut perjalanan politik yang dilaluinya. Sebab itulah Pas bersedia mengorbankan perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Tetapi UMNO tidak berbuat demikian, UMNO tidak pernah berganjak seinci pun daripada perjuangannya dalam memartabatkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini namun dalam yang sama tidak menindas kaum-kaum lain.

Fakta inilah yang harus dipegang oleh semua orang Melayu agar mereka tidak mudah terpedaya dengan mainan politik alaf baru yang cuba menafikan kepentingan UMNO untuk terus kekal berkuasa di negara ini.

Pengekalan kedudukan UMNO sebagai tunjang utama pemerintahan negara bukan semata-mata kerana kuasa politik atau kedudukan tetapi bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara memandangkan tidak ada parti Melayu seperti UMNO dan juga mana-mana parti komponen lain yang boleh menggantikan BN.

Walaupun pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP cuba meniru amalan politik BN tetapi setakat ini mereka tidak begitu berjaya, perbezaan idelogi dan berlainan falsafah perjuangan membantutkan usaha berkenaan.

Apa yang paling malang, orang-orang Melayu yang berada di dalam PKR dan Pas telah diperalat untuk melemahkan UMNO melalui percaturan dalam perebutan kerusi dalam pilihan raya.

Lemahnya UMNO hanya akan mengakibatkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini tidak tergugat.

Percayalah orang Melayu tidak boleh bergantung kepada PKR dan Pas bagi mempertahankan kedudukan mereka kerana kedua-dua parti itu tidak ada kekuatan politik seperti mana UMNO kecapi dalam BN.

Bagaimanapun, dalam kita berhujah soal betapa penting orang Melayu mengiktiraf jasa dan mempertahankan kedudukan UMNO, kita juga harus memperingatkan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO sendiri supaya jangan ada antara mereka terus bercakaran untuk merebut jawatan dan kedudukan.

Dari segi kerusi pilihan raya, UMNO kini masih boleh dianggap rapuh, masih kehilangan kuasa di Kelantan sejak 1990, terlepas takhta di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor pada pilihan raya umum lalu sepatutnya memberikan pengajaran berguna kepada pemimpin UMNO.

Pilihan raya umum akan datang dikatakan menjadi medan perhitungan utama bagi menentukan survival parti terbesar orang Melayu itu.

UMNO tidak boleh lagi mengulangi kekalahan dalam pilihan raya umum 2008 kerana ia boleh mengakibatkan kedudukan orang Melayu tergugat.

Justeru kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO terutamanya di peringkat bahagian usahlah terlalu kemaruk untuk mempertahankan kedudukan sehingga ia akhirnya merugikan parti.

Penulis membangkitkan perkara ini kerana mendapati di sesetengah negeri walaupun ketua-ketua bahagian tertentu sudah ditolak rakyat, mereka masih mahu mempertahankan kedudukan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam soal ini, sudah sampai masanya, pemimpin-pemimpin tersebut memikirkan mengenai survival UMNO dan orang Melayu, bukannya kepentingan peribadi.

Pilihan raya umum kali ini amat penting bagi UMNO, parti itu tidak boleh lagi berhadapan dengan kemerosotan perolehan kuasa sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Semakin kurangnya jumlah kerusi milik UMNO dalam kedua-dua dewan berkenaan maka semakin longgarlah cengkaman parti Melayu itu untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Thursday, June 2, 2011

Transkrip KJ di #YahooChat LIVE


Transkrip KJ Di Yahoo Chat LIVE
June 2, 2011 by Bro Jinggo
Filed under Featured, Utama
Share |

Yahoo! Malaysia Editor:
Good morning, Yahoo! users and welcome to another segment of “Question Time’ with Yahoo! Malaysia.
Thursday June 2, 2011 11:18 Yahoo! Malaysia Editor
11:19

Yahoo! Malaysia Editor:
Today we have Umno Youth Leader and MP for Rembau Khairy Jamaluddin who will be spending an hour with us taking questions from Yahoo! users.
Thursday June 2, 2011 11:19 Yahoo! Malaysia Editor
11:21

Khairy Jamaluddin:
Hi everyone.
Thursday June 2, 2011 11:21 Khairy Jamaluddin
11:22

Yahoo! Malaysia Editor:
We will be starting shortly and just as a reminder, do please keep the discourse civil and all questions short and to the point.
Thursday June 2, 2011 11:22 Yahoo! Malaysia Editor
11:25

Khairy Jamaluddin:
Hi everyone. We’re going to start in 5 minutes.
Thursday June 2, 2011 11:25 Khairy Jamaluddin
11:27

Yahoo_MY:
Hi everybody. Y!MY’s #questiontime live chat with @Khairykj will begin in 3 minutes. Click here to participate – http://y.ahoo.it/TWAN9[via Twitter]
Thursday June 2, 2011 11:27 Yahoo_MY
11:27

Yahoo! Malaysia Editor:
Three minutes to go and the second segment of Yahoo! Malaysia’s ‘Question Time’ with KJ will begin! Stand by everyone!
Thursday June 2, 2011 11:27 Yahoo! Malaysia Editor
11:29

Yahoo! Malaysia Editor:
KJ, before you were seen to be very pro-Malay. But recently, your rhetoric to be more pro-Rakyat. What do you say to people who think this change is merely you being an opportunistic politician to garner more moderate Malay votes? (From: TP)
Thursday June 2, 2011 11:29 Yahoo! Malaysia Editor
11:30

Khairy Jamaluddin:
I think I have been consistent. Malay community issues are still important but I have always maintained that the national interest comes first. I believe in a politics for all Malaysians, not one that is divisive.
Thursday June 2, 2011 11:30 Khairy Jamaluddin
11:30

[Comment From Ali Ali : ]
Mr KJ, between Paklah and Dato Seri Najib,whose administration is better and you liked? Answer frankly.
Thursday June 2, 2011 11:30 Ali
11:30

Yahoo_MY:
#questiontime has started. @Khairykj is in action, folks. Time for your questions! http://t.co/jEZB7NP[via Twitter]
Thursday June 2, 2011 11:30 Yahoo_MY
11:31

Khairy Jamaluddin:
Both are different. Style and approach varies. But both are committed to reforms. I hope to assist DS Najib achieve his reforms for all Malaysians.
Thursday June 2, 2011 11:31 Khairy Jamaluddin
11:31

[Comment From GaryM GaryM : ]
hello mr.khairy, i just need an honest answer from u….. , why government dont wanna take action against racists such as IBRAHIM ALI and PERKASA?….. and they are doing this very publicly,
Thursday June 2, 2011 11:31 GaryM
11:33

Khairy Jamaluddin:
If they commit an act that is seditious, then action should be taken against them. There are many racial/racist groups out there. Not just Perkasa. I have said from the start that I don’t support Perkasa. The first UMNO leader to say so. Then Nazri. I maintain my position.
Thursday June 2, 2011 11:33 Khairy Jamaluddin
11:33

[Comment From ahmad ahmad : ]
salam YB Khairy..apa pandangan YB tentang video sex berkaitan dengan pemimpin pembangkang?
Thursday June 2, 2011 11:33 ahmad

baca transkrip penuh di blog Politik Harian - http://politikharian.com/?p=4855

Thursday, May 19, 2011

KJ - AMK jangan buat kacau atau berdepan dengan Pemuda!


Antara butiran ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin semasa majlis Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2011.

1. Umno sudah menjadi parti yg matang dan terbuka. Saya masih ingat lagi dalam mesyuarat pertama, apabila diletakkan pelbagai syarat utk bertanding (jawatan di dalam UMNO), semua exco menolak penetapan syarat-syarat ini. Termasuk untuk jawatan Presiden, Datuk Seri Najib sendiri menolak untuk beri sebarang kekebalan dan syarat-syarat. Semua ini Datuk Seri Najib lakukan untuk tunjuk bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa membawa perubahan dan transformasi.

2. Sejak UMNO ditubuhkan sehingga hari ini, UMNO adalah parti yang paling banyak membawa transformasi dan bukan setakat bercakap tentang reformasi seperti parti tertentu.

3. Bulan Mei adalah bulan istimewa dan banyak perayaan, termasuklah Hari UMNO dan 13 Meim peristiwa hitam dalam sejarah negara. Kita ingin mengimbas kembali sejarah untuk ingatkan anak-anak muda yang kebanyakannya lahir selepas tahun 1969 dan lebih jauh lagi sewaktu tarikh penubuhan UMNO; kita tidak ada memori mengenainya.

4. Kebanyakan anak muda akan cakap, "jangan cakap tentang apa yg telah dilakukan oleh UMNO; kita mahu tahu tentang apa yang kita boleh dapat sekarang". Tetapi kalau kita buta sejarah, kemungkinan tidak dapat faham sebab kehadiran kita malam ini. Sebahagian besar jika tidak semua, hadir bukan kerana kita wajib hadir mesyuarat pada malam ini, tetapi hadir secara sukarela sebab hendak pastikan perjuangan agama, bangsa dan negara dapat kita teruskan dan kerana kita semua sayangkan parti.

5. Political DNA adalah matlamat perjuangan parti sejak ia ditubuhkan. Apakah political DNA UMNO sejak dulu. Kenapa ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Jika kita teliti semula sejarah, kita akan dapati orang Melayu ketika itu tidak ada persatuan Melayu yang dapat menaungi semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union, mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan agama Islam. Sebab itu UMNO ditubuhkan. Ia ditubuhkan dengan restu Raja-raja untuk bawa semua orang Melayu biasa, termasuk petani dan nelayan untuk bersama-sama menentang Malayan Union.

6. Jika kiat tengok kepada sejarah parti Pas; ia ditubuhkan 5 thn selepas UMNO ditubuhkan. Pas ditubuhkan pada tahun 1951, walaupun menggunakan nama parti Islam, bukan untuk menyatukan semua umat Islam tetapi ditubuhkan selepas kalah dalam pemilihan UMNO. Apa Political DNA Pas? Pas ditubuhkan bukan untuk satukan umat Islam tetapi untuk pecahkan, termasuk melalui tindakan mengkafirkan orang UMNO dan menghalang orang UMNO masuk masjid Pas. Ini Political DNA Pas.

7. Semangat46- mengambil nama sempena tahun 1946 untuk gambarkan semangat perjuangan Melayu pada tahun 1946. Tetapi apabila kita melihat semula sejarah penubuhan Semangat 46 pada tahun 1988, ia ditubuhkan bukan atas sebab untuk menyatukan orang Melayu tetapi sebab perasaan kecewa selepas kalah dalam pemilihan sehingga menyebabkan UMNO diharamkan.

8. Political DNA Keadilan - untuk memecahkan lagi umat Melayu kerana memperjuangkan seorag pemimpin yang dipecat dari UMNO dan yang menyebabkan satu Malaysia menjadi haru biru.

9. Jika kita lihat dan meneliti sejarah, hanya ada satu parti sahaja yang ada Political DNA untuk menyatukan umat Islam dan umat Melayu; hanya SATU, iaitu parti UMNO.

10. Kita ada di sini atas sebab perjuangan yang lebih besar dari diri kita, lebih besar dari seorang individu. Sebab itu kita berbeza dengan golongan muda dalam parti tertentu. Bagi golongan ini ketaksuban terhadap individu melangkaui segala-galanya sehingga mereka menolak kebenaran. Sehingga hendak bagi DNA pun dielak dan menjadi masalah; hendak bersumpah juga dihalang walaupun bersumpah tidak salah dari segi syarak. Kenapa halang?Bagi mereka ini kebenaran tidak ada nilai.

11. Pengalaman - mengenai nasib saya tidak ada jwtn; saya bercakap bukan kerana kecewa tetapi bercakap di Putrajaya; di bahagian Datuk Seri Tengku Adnan yang pernah berjuang tanpa jawatan. Tetapi dalam kamus politik Ku Nan dan KJ; tidak ada perasaan kecewa, tidak ada perasaan marah sebab bagi kami yang penting bukan jawatan tetapi parti. Apa makna ada jawatan, jika parti kalah. Apa makna jadi Ketua Pemuda negeri jika negeri kalah? Apa guna berebut jawatan dalam parti jika kita kalah pilihan raya.

12. Sebab itu kita tangguh pemilihan parti sebab kita hendak bagi fokus kepada Pilihan Raya Umum. Tidak guna bincang pemilihan parti jika persiapan pilihan Raya Umum kita tidak baik.

13. Jgn ambil mudah; menganggap Putrajaya sebagai kubu kuat BN. Dalam politik hari ini tidak ada lagi `kawasan selamat'. Tidak ada istilah, "letak siapa-siapa pun, letak songkok pun kita boleh menang".

14. Lihat Sarawak yang dulu kita anggap sebagai fix deposit BN. Kita masih menang, tetapi kita hilang 9 lagi kerusi kepada pembangkang. Pilihan Raya Negeri Sarawak patut jadi wake up call untuk kita bangun. Walaupun kita telah mengecapi kemenangan berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi jangan ambil mudah. Setiap kawasan kena ada calon yang winnable.

15. Di Putrajaya bukan saja terletak Pusat Pentadbiran, tetapi terletakknya maruah UMNO. Jangan ambil mudah dan kita kena berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan kita menang di Putrajaya.

16. Jangan kita ingat tempias ini sudah tamat. Bukan saya tidak yakin, saya yakin, tetapi kita kena pastikan kita semua bersatu padu supaya kita boleh tewaskan pembangkang. Musuh sebenar kita adalah di luar, bukan di dalam UMNO. Jangan kita berperang sesama sendiri sehingga akhirnya mereka tidak perlu berbuat apa-apa sebab kita sudah selesaikan tugas mereka.

17. Pemuda Bahagian yang masih belum bermesyuarat perlu bawa suara rakyat di bawah. Dalam isu harga barang naik, saya minta Pemuda UMNO bahagian bantah kenaikan RON95 dan tarif elektrik. Banyak perkara yang kita boleh sokong kerajaan, tetapi kita kena bantah tindakan yang boleh membebankan rakyat.

18. Saya berharap Pemuda UMNO tetap berada di barisan hadapan; menjadi golongan pendesak dan pendukung model politik baru. Selain Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi, hari kita juga kena bawa Political Transformation Program.

19. Dalam BN Youth Job Fair, ada yang kata jangan guna nama Pemuda BN kerana tidak boleh menarik golongan muda. Bila ditanya di mana hendak dibuat, saya cakap PWTC, di rumah UMNO. Saya hendak lihat sejauh mana anak muda yang tidak cenderung kepada mana-mana parti politik sanggup datang ke rumah UMNO untuk program ini.

20. Dalam BN Youth Job Fair kita telah buktikan bahawa kita boleh menggerakkan model politik baru. Dalam BN Youth Job Fair, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "Dulu saya berckp tentang model politik baru, buat pertama kali saya lihat model politik baru diterjemahkan oleh pemuda BN."

21. Kita bukan setakat mahu jadi golongan pendesak tetapi kita juga bawa solution; cadangkan penyelesaian kepada mereka. Bukan setakat BN Youth Job Fair, tapi kita juga perjuangkan tentang gaji minimum. Satu lagi adalah tentang masalah perumahan anak muda. Pemuda minta supaya digubal satu skim yang boleh berikan 100% pinjaman kepada golongan muda. Terbaru PM umum pula bahawa kerajaan akan bina rumah mampu milik berkualiti dan saya akan bawa suara anak muda Putrajaya agar lebih banyak rumah mampu milik berkualiti dibina untuk golongan muda Putrajaya dibawa kepada Perdana Menteri.

22. Berkaitan Pemuda berada di barisan hadapan - Saya beri amaran kepada AMK, Anak Muda Keliru Angkatan Muda Keadilan, jangan sekali-kali teruskan usaha untuk serang institusi yang rapat dengan orang Melayu. Malam ini saya ingin nyatakan, selama ini kita bagi ruang, tetapi jika masjid dicemar, mahkamah diporak perandakan, saya telah arahkan agar Pemuda Selangor dan Wilayah untuk berada di sana untuk hentikan perbuatan mereka. Bukan kita hendak melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan, tetapi kita akan berdepan dengan mereka; ajar mereka bahawa Malaysia ini negara aman, jangan sekali-kali buat kekacauan kerana Pemuda akan pertahankan keamanan negara ini.

Tuesday, May 17, 2011

Legacy of Honour: Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein were leaders with extraordinary leadership values and dynamism


Teks Ucapan Dato' Seri Hishammuddin ketika melancarkan Buku “Legacy of Honour


1. Alhamdulillah, saya merafak rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan limpahan nikmat kesihatan dan kelapangan masa untuk kita semua hadir dalam suatu majlis yang penuh dengan nilai dan makna pada hari ini. Jujur saya katakan, dijemput berucap dalam majlis ini, adalah satu kelainan yang amat luar biasa bagi saya. Sesungguhnya sangat sukar untuk digambarkan perasaan saya dengan kata-kata; rasa teruja, rasa gembira, rasa bangga, tetapi pada masa yang sama, timbul juga rasa terharu, rasa rindu serta rasa sedih dan sayu.


2. Hakikatnya, bukan menjadi tugas mudah untuk berucap dihadapan sekalian yang hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran ini. Pelancaran sebuah buku yang merupakan tawarikh panjang perjuangan tokoh-tokoh yang cukup istimewa; ditambah pula darah negarawan dan tokoh terbilang yang dimaksudkan itu, masih segar mengalir bersama setiap denyutan nadi saya serta semua waris mereka yang ada bersama dalam dewan ini. Darah yang menuntut untuk segala amanah dan perjuangan mereka diteruskan; tanpa henti, tanpa nokhtahnya demi menjaga maruah Negara serta memartabat survival sebuah bangsa.


3. Sebelum saya meneruskan ucapan ini, izinkan saya mengajak sekalian yang hadir untuk membaca Ummul Kitab sebagai sedekah khusus kepada Allahyarham Dato’ Jaafar Mohamed, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Allahyarham Tun Hussein Onn seisi keluarga serta saudara mara mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Almarhum sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan di sisi mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Sidang hadirin sekalian,


Kepelbagaian Pemimpin

4. Sesungguhnya, tiada frasa tepat untuk saya simpulkan bagi menzahirkan apa yang terkandung dalam buku ini. Ia bukan sekadar buku sejarah ataupun biografi tokoh penting, tetapi bagi saya “Legacy of Honour” adalah “Warisan Sebuah Perjuangan”. Sebuah karya yang amat istimewa malah cukup bermakna buat kita semua. Ramai mungkin bergelar pemimpin atau kita semua sememangnya pemimpin tetapi tidak ramai boleh digelar tokoh apatah lagi dikenang sebagai negarawan. Pemimpin yang amanah ialah seorang insan yang memimpin dan bukan orang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Rasullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“setiap daripada kamu adalah ketua dan kamu bertanggungjawab terhadap amanah kamu itu”.


Manakala dalam adat Melayu pula menekankan betapa pentingnya pengaruh dan peranan pemimpin dalam menentukan untung nasib keluarga, bangsa dan negara. Tetapi, seperti yang dizahirkan oleh tokoh pemikir Melayu, Tenas Effendy yang menggubah ungkapan-ungkapan adat dengan mengupas kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis pemimpin. Kata beliau:


Yang disebut pemimpin banyak ragamnya


Ada kecil ada besarnya

Ada rendah ada tingginya


Yang rumah ada tuannya

Yang kampung ada pucuknya

Yang negeri ada rajanya


Bagaikan ayam ada induknya

Bagaikan serai ada rumpunnya.


Ada Pemimpin Waris, ada Pemimpin Bijaksana, ada Pemimpin Wasiat dan ada pula yang disifatkan Pemimpin Hantu, Pemimpin Bingal, Pemimpin Bingok serta Pemimpin Haram. Begitu banyak jenis pemimpin tetapi yang kekal dikenang adalah pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negaranya. Ditolak ketepi kepentingan diri dan ganjaran peribadi.


Pemimpin Waris

5. Pada hemat saya, hubungan darah yang wujud di antara ketiga-tiga tokoh penting dalam buku ini bukanlah satu kebetulan, tetapi ketentuan Allah Maha Pencipta. Takdir yang meletakkan mereka sebagai pemimpin penting, juga merupakan ketentuan Ilahi. Itulah Pemimpin Waris, dalam ungkapan adat, yang antara lain disebut sebagai:


Ia memimpin menurut waris

Baik tersirat maupun tertulis


Duduknya kukuh di dalam majlis

Membela rakyat tahan berhabis

Berkata benar bermulut manis

Dijadikan pemimpin tuah tak habis

Dijadikan tua mengikut garis

Dijadikan induk sudah ditapis


Memimpin keluarga atau negeri tentu terpuji

Memimpin umat tentu selamat


6. Bagi saya, ungkapan adat ini bukan sahaja cukup indah, malah cukup tepat untuk menggambarkan sejarah kepimpinan tiga generasi ayah, anak dan cucu ini. Sesungguhnya, mereka adalah Pemimpin Waris, tetapi mereka juga adalah waris-waris yang telah melalui pahit getir perjuangan serta telah diuji kekuatan kepimpinannya, sehingga terpancar semangat juang mereka, terbukti kesetiaan dan terpahat kukuh kecintaannya kepada agama, bangsa dan negara. Segala yang tertulis di dalam buku ini adalah hakikat; termaktub jelas, “Warisan Sebuah Perjuangan”.


Ladies and Gentlemen,


7. I speak for everyone in the family, (that is all descendants of the late Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein), which spans multiple generations, when I say that we are all extremely pleased with the way in which the book, ‘Legacy of Honour’ does justice to the incredible lives of Dato’ Jaafar Muhammad, Dato’ Onn Jaafar and Tun Hussein Onn. Also on behalf of the family, I thank and congratulate Zainah Anwar, the Noah Foundation and everyone involved in its research, writing and publications.


8. This book is not merely about our family. These men are great because of their achievements. The book is indeed, a testament of human hope and endeavour to achieve ambitions for the betterment of society, however lofty they may be. It is about leaders and leadership, how great leaders will always transcend their period of time.


9. ‘Legacy of Honour’ is more than just about these three men. It is a take on history – a history of a country and a land at a time when colonialism either existed or its legacy was still vividly fresh. Different as the settings may now be, these points in history are crucial in charting the way forward for Malaysia. They provide important lessons on diplomacy and how to deal with competing pressures in politics and governance. At a time when the only constant is change and the dominant political discourse around the world increasingly centres on paranoia and mistrust, stories like those within the pages of this book remind us to be more optimistic in our political journey and to once more be confident in charting out a bold, even unconventional navigational course through these uncharted waters.


Pemimpin Bijaksana Melangkaui Zaman

10. I believe, it is the challenge to some conventions and everyday truths that defined the leadership and lives of service of Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein. These men were instrumental figures in immense transformative periods in the land we now call Malaysia. They did not achieve what they did by sitting idly. No; these men were leaders; leaders who took risks to effect the desired change no matter how great the challenge, no matter how unlikely the eventual outcome may have seemed at the time.


Sidang hadirin sekalian,


11. Sebagai perlambangan perwatakan ketiga-tiga negarawan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan terbilang melangkaui zaman, tidak keterlaluan untuk saya meminjam kata-kata Tenas Effendy untuk mengambarkan Allahyarham Dato’ Jaafar, Dato’ Onn dan Tun Hussein sebagai Pemimpin Bijaksana, dengan katanya:


Bijaknya berkayuh menongkah arus

Bijak menarik rambut di tepung

Bijak menangkis bersilat lidah

Bijak marah dalam ketawa

Bijak senyum dalam susah

Bijak mengukur sama panjang

Bijak menimbang sama berat

Bijak memberi kata putus

Bijak melangkah dalam onak

Bijak menepis tuntung keris


Dato’ Jaafar Mohamed

12. And let us be clear, the challenges were great and the scale of change these men oversaw was equally monumental. To realize their dreams for the people, they had to defy the odds and occasionally defy tradition. Dato’ Jaafar played an instrumental role in making sure that Johor developed into a model modern Malay state without direct intervention from the British. History documents how difficult and unlikely this must have appeared. Where other states and territories around the immediate region, indeed around much of the world, were falling into the hands of Western imperial powers, Johor flourished independently as a Malay state under an indigenous Malay sovereign. This was no mean feat and was made possible only by Sultan Abu Bakar’s great wisdom and the counsel of Dato’ Jaafar.


13. The colonialist Frank Swettenham wrote of Malaya in 1895, that the irresistible “juggernaut of progress” was to penetrate their lands, ‘civilise’ their people, and stamp them with “the seal of a higher morality”. Well, looking back more than 100 years now, we can confidently say that at the turn of the century, Johor was well on its way towards achieving all of those things without Frank Swettenham and his imperial might. There can be no better affirmation of Dato’ Jaafar’s illustrious legacy than that.


Dato’ Onn Jaafar

14. Dato’ Onn’s task was no easier and neither was he one to shy away from tough, bold positions. His was the principal voice of Independence when few else believed it was desirable, much less necessary. Even Malays were hesitant about going after British rule. But Dato’ Onn proved to be a man of immense courage, vision and charisma to rally a united front, persuading the large masses to demand self-rule and self-determination for a country that had been under the colonial thumb for more than 400 years. The people of his generation knew of no other way and it is under such circumstances, that change is most difficult to instigate. But instigate he did and change happened because of men like him; our Independence was secured because of men like him.


15. And while Dato’ Onn could not lead the final charge all the way to London, it was his leadership and commitment to progressive change when it would have been easier to chime with the chorus, that kick started the march to inevitable Independence. In fact, his inability to run the final stretch was at least in part, down to his fierce commitment to national unity and multiracialism, questions we still grapple with today. But if nothing else, that painful episode in his life when he decided to leave a party he had founded, just as it was at the cusp of glory, proves beyond doubt the sincerity with which he served Malaya and her people.


Tun Hussein Onn

16. For Tun Hussein, upon Independence, the uncertainty of a newly independent state overwhelmed Malaysians. We know the dark chapters in our nation’s history, which need not be regurgitated here. It was naturally important that Malaysia had a leader who would not tolerate any measure of racial chauvinism at a time when the stench of memory remained fresh, nor was he one that would turn a blind eye on corruption when Malaysia was moving towards being a developed economy. In Tun Hussein, the third Prime Minister, my father, Malaysia found one.


17. It remains a great regret that not as much is known of his leadership compared to other past Prime Ministers of Malaysia. History has a peculiar way of, at times, reducing and simplifying intricacies to conjure an account for mass consumption. I suspect that is what happened in the case of my father, but this book redresses it in no uncertain terms. To quote YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak in his foreword to this book:-

“The importance of this book lies in its comprehensive and critical treatment of the life and times of my uncle, Tun Hussein Onn. His contributions to the country and the values he stood for have been unfairly glossed over by many writers and commentators of Malaysian politics. What Zainah revealed is a man of steely resolve, whose abhorrence for corruption and abuse of power made him take unpopular decisions. He was a man who spoke his mind and showed openly his anger and disgust at political opportunities from all sides who exploit race and religion for short term political or monetary gain. He was a rare politician, a leader with the strength of his conviction and a leader so acutely aware of the corruption of power and the grave responsibility of leadership and public office”.


18. Yes, Tun Hussein was also a transformative leader who was at helm for a relatively brief period but whose tenure saw great changes in terms of government policy, especially on addressing economic imbalances between races. Tun Abdul Razak’s New Economic Policy was a grand framework with very noble intentions, and it was left to Tun Hussein to continue its vision by implementing various policies and setting up institutions to realize its goals.


19. Allahyarham Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein were leaders with extraordinary leadership values and dynamism. They are every Malaysian’s forefathers. It is not merely my family that look up to them; I believe this book will introduce a whole new generation towards appreciating the lives and ‘legacies of honour’ that characterize the history of the three men. And Malaysians of all ages and creeds are right to feel a sense of gratitude; our country is in debt to these great transformative leaders. Wherever we go from here, Malaysia’s development and progress in the future will always be anchored in the sacrifices and services of men like Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein. This book elucidates important lessons directly from the thinking and traits of towering figures. They were great visionaries of their time. Their wisdom surely transcends their time – and thus provide much benefit for us, even in the challenging times of today.


Ladies and gentlemen,


Private Lives

20. Of course, this sincerity in public life is only genuine when it stems from identical behaviour in private. Moreover, it is inconceivable that a holistic understanding of decisions made in the public sphere can be achieved without also studying at least part of the decision-makers’ private spheres. Legacy of Honour explores that section of the men’s lives in relative detail, revealing a more human dimension to these great leaders who also demonstrated a consistency in thought that cannot be divorced from the big decisions they made for the people they served.


21. Personally, I enjoyed these bits of the book most, especially since the subjects of the book also happen to be my father, grandfather and great grandfather. However, I am confident that all readers will also find them very educational insofar as it sheds light to the background, motivations and inspirations of these men that drove them to be illustrious leaders. This is one of the many great achievements of Legacy of Honour – unlocking the key to the psychological, emotional and intellectual backdrop is every bit as important as chronicling every great speech or policy decision.


Ladies and gentlemen,


Personal

22. I have always been proud to come from such a distinguished family, and I feel even more proud of that fact after reading Legacy of Honour. I remember growing up to many of the accounts and anecdotes in this book, but it is immensely gratifying to see them detailed in a structured and scholarly manner. And I, too, have learnt a thing or two about the three men owing to the rigorous research embarked upon to ensure the validity of the book’s contents.


23. While my family’s illustrious history will always remain a source of pride for me, it also means that I have great boots to fill. Neither do I wish to be presumptuous as in the end it is history that would judge each and every generation of leaders and politicians. It is, suffice for me to say for now that it is the men’s vision, commitment, incredible leadership abilities and most of all sincerity are the things that I look to live up to in both my private and public undertakings. Few others are as inspirational to me in life than Dato’ Jaafar, Dato’ Onn and Tun Hussein.


Sidang Hadirin Sekelian,


Pemimpin Hantu

24. Mencukupi sekiranya tuan-tuan dan puan-puan serta warga keluarga semua terus memandu serta doakan saya agar sentiasa mendapat perlindungan Allah S.W.T. untuk sentiasa berpijak pada paksi kebenaran dan dijauhkan pula hendaknya tergolong dalam pemimpin yang digelar Tenas Effendy sebagai “Pemimpin Hantu” yang diungkapkan adat sebagai:


Laku perangai bagaikan hantu

Dengan iblis ia bersekutu

Kerja menyalah akal tak tentu


Terhadap kebajikan ia berseteru

Terhadap maksiat ia menyatu

Loba dan tamak sudah bersatu

Makannya tidak memilih bulu

Minumnya tidak beraib malu

Duduk menengkis tegak meninju

Ke tengah ke tepi mengharu biru

Memimpin negeri kan jadi debu


Penutup

25. Before I end my speech, allow me to once again congratulate Zainah and her team for producing a great scholarly record that will be accessible to successive generations of Malaysians to learn about integrity, sacrifice and honour. The impact that will have on our children and grandchildren shall be the legacy of this book. Terima kasih tidak terhingga, semoga hasil usaha ini akan dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah S.W.T serta meninggalkan kesan kepada pembaca terhadap “Warisan Sebuah Perjuangan”.


26. Tiga rangkap pantun sebagai bekal pulang buat semua sebagai tanda penghargaan saya pada sekelian yang hadir menyokong usaha murni ini;


Baju bercorak tiada beria

Pakaian anak Panglima Garang

Emas dan perak pengaruh dunia

Budi yang baik dijunjung orang


Ayam rintik di pinggir hutan

Nampak dari tepi telaga

Nama yang baik jadi ingatan

Seribu tahun terkenang juga


Berpohon berangan berbuah kundur

Daunnya tirus di tepi empangan

Menongkah arus tiada berundur

Menatang warisan sebuah perjuangan


Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya dengan penuh sukacita menyempurnakan pelancaran buku “Legacy of Honour” dengan jayanya.

Sekian, wassalam.

Popular Posts