KPD Putrajaya, ACP Abdul Razak, Datuk Khairuddin dan
Datuk Nordin bersama anggota Majlis Belia Putrajaya
ACP Razak, Datuk Khairuddin dan ASP Lutfi
TF, ACP Razak, Datuk Khairuddin dan ahli-ahli MBKPj
Sambung di mamak Kasturi, Presint 9, bagi yang tidak dapat makan di IPD
Pagi tadi, 18 Ogos 2011, Program JOM Ziarah Sahur Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah diladakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Sasaran MBKPj pagi ini adalah anggota polis yang bertugas pada shift malam bagi menjaga keselamatan warga Putrajaya yang berada di IPD, balai polis Presint 9, balai polis Presint 11, beat force, anggota bermotorsikal, peronda, MPV, detektif dan yang berada di kaunter.
Jumlah keseluruhan anggota polis yang bertugas pada pagi tadi saja adalah hampir 90 orang dan rombongan MBKPj dan UMNO Bahagian Putrajaya adalah seramai 40 orang. Program JOM Ziarah Sahur malam ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Hishamudin Yahya.
Mudah-mudahan melalui kunjungan seperti ini golongan belia akan dapat menghargai tugas pegawai polis yang menjaga keselamatan mereka dan warga Putrajaya pada saat mereka sedang lena tidur.
Esok, 19 Ogos 2011, JOM Ziarah Sahur akan berkunjung pula ke Balai Bomba Putrajaya.
No comments:
Post a Comment