Showing posts with label Anwar tolak syariat. Show all posts
Showing posts with label Anwar tolak syariat. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Sembah Mayat Karpal: Keadilan Daily cuba cipta hadis palsu untuk selamatkan Anwar?



Terdapat kecenderungan yang menakutkan di kalangan pembangkang yang sanggup mengada-adakan hadis palsu bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka yang menyalahi aqidah dan hukum-hukum Islam. 

Kecenderungan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa. Bagi Melayu sosialis, pluralis dan mungkin juga ada di kalangan mereka yang agnostic deist dan atheis di dalam PR, bukan masalah untuk mentafsirkan secara salah ayat al-Quran dan hadis, contoh untuk memberi justifikasi terhadap penggantian Biblical God kepada Allah dan menghalalkan demonstrasi jalanan. Malah mereka sanggup mengada-adakan hadis semata-mata untuk mempertahankan pemimpin mereka.



Dengar apa kata Azhar Idrus

Isu Tunduk Jenazah oleh Pemimpin PR

Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi Muhammad saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... 

Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.

Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...

Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak  menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.

Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)

Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:

Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)




Thursday, April 10, 2014

Bila @FathiArisOmar balun @AnwarIbrahim - Liwat sudah pasti, Reformasi sudah basi!




Embedded image permalink


Sampai bila pemimpin dan macai PR, termasuk kepimpinan dan ahli-ahli ABIM hendak terus hidup dalam penafian dan bersikap defensif dalam kes salah laku Anwar dan kesalahan meliwat Ketua Umum PKR ini. Semalam salah seorang pendukung reformasi 98 Fathi Aris Omar menghentam Anwar dan menggambarkan bahawa Reformasi 2.0 tidak lebih dari 2 LOBANG MANUSIA dan berkisar tentang liwat serta ketakutan Anwar untuk masuk penjara.

Memang sejak dulu hingga sekarang, bagi sesiapa yang mengambil masa untuk membaca penghakiman penuh hakim-hakim dalam kes Anwar, tidak ada yang menafikan kejadian liwat berlaku. Boleh baca dalam kedua-dua penghakiman penuh di bawah, pertama atas kesalahan Anwar meliwat Azizan, kedua, atas kesalahan Anwar meliwat Saiful:

Penghakiman Penuh: Anwar liwat Azizan Tahun 2004 #bebasAnwar901

Penghakiman Penuh Anwar liwat Saiful 9 Januari 2012 tidak tolak LIWAT berlaku. #bebasAnwar901

Bagi yang mengikuti kes Anwar dengan teliti, mereka memang arif tentang keadilan mahkamah dan kegagalan Anwar membela diri. Misalnya, peguam-peguam pembela Anwar telah menyenaraikan 14 saksi dan alibi dalam pembelaan mereka, termasuk Wan Azizah sendiri, tetapi bila tiba hari perbicaraan, TIADA SEORANG pun ALIBI ini dipanggil oleh PEGUAM PEMBELA. Memandangkan 14 orang ini adalah SAKSI dan ALIBI PEMBELA, hanya PEGUAM PEMBELA yang berhak memanggil mereka, tetapi peguam-peguam Anwar enggan memanggil saksi-saksi mereka ini.

Malangnya rakyat ditipu oleh Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa MAHKAMAH yang tidak mahu memanggil 14 orang SAKSI / ALIBI ini.

Begitu juga, rakyat ditipu seolah-olah tarikh perbicaraan ini disegerakan untuk menghukum Anwar sebelum PRK Kajang. Apa yang rakyat tidak tahu bahawa perbicaraan ini sepatutnya telah dijalankan pada 22 JULAI 2013, tetapi atas berbagai alasan, termasuk kononnya peguam Anwar sakit, rayuan dan penangguhan, kes ini telah ditangguh dari satu tarikh ke satu tarikh sehinggalah ADUN Kajang sebelum ini meletak jawatan. 

Ada yang berhujah Kajang Move hanya alasan ketakutan untuk dihukum atas kesalahan liwat, seperti Reformasi 2.0 juga.

Pembangkang menipu, kononnya tarikh perbicaraan adalah dalam bulan April 2014. Sebenarnya rakyat tidak dimaklumkan bahawa tarikh sebenar perbicaraan adalah 22 JULAI 2014 dan selepas pelbagai rayuan dan alasan yang tidak masuk akal, pada bulan Februari 2014, Hakim telah menetapkan 6-7 MAC 2014 sebagai tarikh perbicaraan, bukannya bulan April.

Penipuan juga berlaku apabila pembangkang menyatakan kononnya mitigasi juga dibuat secara terburu-buru. Kononnya sebelum ini tidak pernah mitigasi dibuat dalam masa satu jam. Apa yang rakyat tidak tahu, untuk pesalah dan penjenayah biasa yang bukan bernama Anwar Ibrahim, mitigasi berlaku dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja dan selepas itu hukuman terus dilaksanakan. Dalam kes Anwar, bukan sahaja mitigasi berlaku dalam masa sejam, malah peguam pembela diberikan masa sehingga seminggu. 

Rakyat juga tidak mengetahui bahawa bagi pesalah rakyat biasa, hukuman bagi kesalahan meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Tetapi bagi Anwar, hukuman bukan sahaja ditangguhkan malah diringankan kepada 5 tahun sahaja tanpa sebarang sebatan.

Apa lagi yang TIDAK ADIL untuk Anwar? 

Jadi memang tidak salah dan tidak menghairankan jika Reformis 98 tegar seperti Fathi Aris juga meluat dan geli geleman dengan Anwar.

Sunday, January 15, 2012

[Video] Anwar sokong homoseksualiti, anggap syariat sebagai lapuk? #SeksualitiMerdeka




Anwar: rombak undang-undang lapuk?



Temubual BBC - AnuWar Ibrahim Akan Hapuskan Undang-Undang Liwat Sekiranya Memerintah


http://khairulryezal.blogspot.com/2012/01/temubual-bbc-anuwar-ibrahim-akan.html

AnuWar Ibrahim ketika ditemubual stesen televesyen BBC terus di antara Mumbai dan London, semalam, 12 Januari 2012, menyokong penuh tindakan penyokongnya yang terdiri daripada golongan gay di Malaysia. Ketika ditanya mengenai sokongan golongan berkenaan untuknya berikutan keputusan mahkamah yang dibuat pada 09 Januari lalu, Anwar Ibrahim berkata:

  • Beliau menyokong penuh pemansuhan undang-undang lapuk sodomi!
  • Walaupun masyarakat Malaysia rata-ratanya tidak boleh menerima homoseksual di khayalak ramai, undang-undang lapuk sodomi tidak harus diguna untuk menghukum orang yang tidak bersalah.


Apa maksud AnuWar Ibrahim ini tuan-tuan? Baginya kalau paksa salah, suka sama suka tak mengapa. Lagi satu, jangan buat homoseksual di khayalak ramai, buat secara rahsia dan tersembunyi tak mengapa! Tuan-tuan lihatlah sendiri wawancara beliau dengan wartawan BBC di sini.

Demi untuk meraih kuasa, demi untuk menghalalkan hubungan seks sejenisnya, AnuWar Ibrahim telah berikrar untuk menghapuskan undang-undang sodomi yang baginya adalah lapuk. Beliau akan menghalalkan LGBT sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri!

Kita bertanggungjawab untuk menyebarkan kepada seluruh Rakyat Malaysia terutamanya yang mahukan Negara tidak ditimpa bencana seperti mana bencana yang menimpa Nabi Luth AS. Kita tidak sesekali redha AnuWar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan kita akan pastikan cita-cita kotornya itu tidak akan tercapai. Ya Allah, makbulkanlah doa kami dan selamatkanlah bumi Malaysia yang bertuah ini. Amin.

Popular Posts