Showing posts with label militan Sikh. Show all posts
Showing posts with label militan Sikh. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

#Yes4ISA Jumlah yang dikenakan perintah tahanan dan kesalahan mereka


Dalam kenyataan medianya, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyebut bahawa beliau tidak akan mengizinkan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara transit atau negara yang kononnya “selamat’ bagi pengganas dan sindiket pemerdagangan manusia kerana beribu nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban gara-gara pemerdagangan manusia dan keganasan.

Penahanan tiga orang ahli kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) dan penyerahan mereka ke India Selasa lalu dan tangkapan 16 orang warganegara Republik Rakyat China di bawah ISA membuktikan ketegasan untuk memerangi kegiatan militan dan penyeludupan manusia di negara ini.

Penahanan ke atas ahli kumpulan BKI menggunakan ISA adalah keranan mereka didapati memberi bantuan logistik kepada kumpulan yang terlibat dalam kegiatan pengganas di India. 16 rakyat negara China pula ditahan kerana mereka merupakan `kunci' dalam kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang berpusat di China serta mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan manusia di Malaysia. Selain mengenakan tahanan ISA, beberapa orang warganegara China lain yang turut terlibat dalam kes yang sama akan dibawa ke muka pengadilan.

Menurut beliau, tindakan tegas menggunakan ISA ini adalah langkah lanjutan selepas beliau memulakan transformasi ke atas Jabatan Imigresen (JIM) bagi menghapuskan rasuah, memperkenalkan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dan membentuk kerjasama antara negara-negara terutama Bangladesh, Indonesia, Australia, Arab Saudi, China dan agensi-agensi risikan serantau dan antarabangsa. Tindakan menggunakan undang-undang pencegahan seperti ISA, termasuk ke atas beberapa orang pegawai Imigresen baru-baru ini adalah bukti bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang individu, kumpulan, organisasi dan elemen yang menggugat keselamatan negara.

"Untuk memastikan gerak kerja yang lebih menyeluruh saya mempelawa pihak-pihak yang berkepentingan termasuk badan-badan atau pertubuhan yang mempunyai peranan atau terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu pemerdagangan manusia untuk tampil ke hadapan untuk bekerjasama dengan pihak KDN."

Menurut beliau, usaha melaksanaan proses pendaftaran biometrik ke atas semua warga asing yang tiba ke negara ini; serta keputusan untuk merekodkan semua data pekerja asing termasuk pekerja asing tanpa izin di negara ini juga adalah langkah susulan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di negara ini.

"Menerusi rekod lengkap biometirik ini, pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Imigresen akan mempunyai peluang yang lebih luas untuk menyiasat sesuatu kes yang berkait dengan soal kegiatan militan atau pemerdagangan manusia."

Berapa ramaikah yang dikenakan perintah tahanan dan perintah sekatan di Malaysia kerana didapati boleh menjejaskan keselamatan negara hari ini?

Berdasarkan sumber tertentu, dikatakan jumlah pesalah yang dikenakan perintah sekatan hanyalah seramai 7 orang. Dari jumlah itu 5 orang terlibat dengan gerakan militan, 1 orang dikenakan sekatan kerana menghantar warganegara asing ke negara ke-3 dan 1 orang lagi terlibat dengan kegiatan Jemaah Islamiah (JI).

Manakala mereka yang dikenakan perintah tahanan adalah seramai 48 orang. Dari jumlah itu, 23 orang terlibat dalam kegiatan penghantaran warganegara asing ke negara ke-3, 8 orang kerana menyediakan laluan mudah secara salah ke Malaysia atau keluar dari Malaysia, 5 terlibat dalam keguatan penyeludupan PATI, 5 terlibat dengan JI, 4 dengan kegiatan militan, 2 dengan pemalsuan dokumen warganegara dan 1 orang terlibat dalam kegiatan pemalsuan dokuman Malaysia.

Ada ke Tahanan Politik? Tak de kan.... :)


Hishammuddin Invites Interested Parties to Join Fight Against Human Trafficking

PUTRAJAYA, 20 AUGUST, 2011: Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein today invited interested parties to join in the fight to stop human trafficking.
He said there should be understanding among all organisations affected by the problem and concerned with resolving it so that cooperation could be structured for a comprehensive work plan.

"I am confident that the interested parties have information for the ministry. With closer cooperation and communication, I think our efforts to combat human smuggling, including its connection to violent groups, can be expanded," he said in a statement here.

Hishammuddin said that issues related to militancy and human trafficking cannot be regarded as "remote" or not closely or directly related to Malaysia.

He said that was why the ministry had intensified efforts to increase cooperation with other countries such as Australia and the United Kingdom to tackle human trafficking. .

Hishammuddin said the introduction of the biometric process several months ago for all foreigners arriving in this country and the recording of data of foreign workers, including illegals, were the best way to improve security in the country.

He said the complete records would greatly help the authorities such as the police and the Immigration Department to investigate any case related to militant activity or human trafficking.

Hishammuddin said that he had received reports that human trafficking syndicates were "feeling the heat from our action."

"We will step up the war against the syndicates," he said.

- Bernama

Friday, August 19, 2011

#Yes4ISA: Hishammuddin - 3 orang anggota militan Sikh ditahan di bawah ISA



Selain kumpulan militan dan teroris Islam terdapat juga kumpulan militan dan teroris di kalangan penganut agama lain yang singgah di Malaysia dan menjadikan Malaysia tempat persinggahan untuk gerakan militan dan teroris mereka.

Walaupun sasaran kumpulan ini bukan negara kita, namun kegiatan ini tidak boleh dibenarkan bermula dan dibenarkan bersarang di negara kita. Di sinilah terletaknya keperluan bagi melaksanakan undang-undang pencegahan. ISA juga penting sebagai langkah pencegahan terhadap kegiatan yang dipercayai boleh menjejaskan keselamatan negara berdasarkan sumber risikan.

Pengakuan dalam sumber risikan ini tidak boleh digunakan sebagai bahan pendakwaan, tetapi penting untuk menghentikan kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara misalnya dalam kes sindiket penyeludupan manusia.

Oleh kerana terdapat negara yang tidak mempunyai undang-undang pencegahan seperti ini, ada kalanya negara ini terpaksa bergantung kepada negara lain untuk menghalang kegiatan terorisme yang mencancam negara tersebut. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia.


Program 6P dapat sambutan
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Hishamuddin Tun Hussein (dua dari kiri) bermesra dengan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal dan Anak Yatim di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Seramai 2,407,090 warga asing telah membuat pendaftaran di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI atau Program 6P sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, warga Indonesia mendahului jumlah pendaftaran paling tinggi iaitu 551,268 orang disusuli dengan warga Bangladesh seramai 241,538.

"Jumlah yang direkodkan melalui program tersebut merupakan satu kejutan kerana ia mendapat sambutan setiap hari.

"Walaupun timbul beberapa masalah seperti penipuan, peralatan yang tidak berfungsi dan kelewatan, jumlah yang direkodkan telah menunjukkan kejayaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Hotel Istana di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, warga asing juga diharap tidak melayan spekulasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu bahawa mereka akan ditahan dan dihantar pulang ketika membuat pendaftaran itu.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengesahkan penahanan tiga lelaki militan Sikh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, susulan daripada penahanan yang dibuat pada 4 Ogos lalu, ahli kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) itu telah diusir dan diserahkan kepada pihak berkuasa India kelmarin.

"Ketiga-tiga suspek berkenaan didapati memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan berkenaan selain membekalkan pasport palsu dan bahan letupan," ujarnya.

Beliau berkata, berikutan penahanan militan-militan terbabit, pengganas lain yang masih berada di negara tidak boleh berasa selamat kerana tindakan terhadap mereka juga akan dibuat.

Katanya, pihak berkuasa tidak pernah teragak-agak untuk mengambil tindakan, sebaliknya akan terus berperang dengan mereka.

Popular Posts