Showing posts with label DEB. Show all posts
Showing posts with label DEB. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Akhbar Cina: Sinchew terus dengkikan Agenda Bumiputera

[Nota: Biar kita ingatkan Sinchew, pertama; mempunyai agenda untuk memajukan kaum tertentu bukan RASIS, tetapi kerana kita mempunyai agenda untuk merapatkan jurang di antara kaum. Kedua; dalam bidang ekonomi sebenarnya Orang Melayu tidak lagi bercakap mengenai 30% pemilikan ekuiti, sebaliknya, kita mahu ia disama ratakan dalam bidang ekonomi dan perniagaan.]

Sinchew Daily News
Perhimpunan agong UMNO?
Opinion Corner m/s 30
29 November 2011

Perhimpunan Agong UMNO Dan Agenda Melayu
Lim Sui Guan
Timbalan editor akhbar

Kembali lagi perhimpunan agong UMNO, perhimpunan Agong UMNO kali ini disebabkan sudah terlalu dekat dengan PRU, dijangkakan perhimpunan kali ini akan memperkukuhkan strategi politik mereka, bagi perkukuhkan lagi nisbah kemenangan.

Sehari sebelum adakan persidangan Najib telah melakar pembentukan perubahan ekonomi Melayu, apa yang mahu disampaikan mesej kepada masyarakat Melayu ialah mahu mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu dan mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera.

Kerajaan BN memang secara agresif melaksanakan perubahan ekonomi, perkukuhkan polisi saham-saham milik Bumiputera, adakah akan berlaku sesatu yang bertentangan? Di dalam keadaan kejatuhan ekonomi dan yang tidak menentu di dunia hari ini, tiba-tiba laksanakan polisi rasis, adakah akan mengundang perkara-perkata yang negatif?

Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin menafikannya, dan beliau menegaskan konsep “1 Malaysia” tidak bermaksud bahawa UMNO telah melepaskan agenda utama UMNO, orang-orang Melayu tidak sepatutnya rasa mereka diketepikan.Dari segi perlaksanakan konsep 1 Malaysia dan agenda Melayu oleh pemimpin-pemimpin UMNO, perlu ada keseimbangannya, supaya dapat hindarkan apa yang digendong keciciran, jangan sampai kerana sistem kuota kaum akan menjejaskan kehadiran pelabur asing kurang yakin, dengan itu akan menjejaskan perubahan ekonomi Negara ini, impian menjadi Negara berpendapatan tinggi akan lebur begitu sahaja.Kali ini bagaimana UMNO mahu kekalkan sasaran kuota 30 peratus bumiputera? Kita tidak boleh ulangi sistem dan cara zaman Mahathir dahulu, sering keluarkan saham, dan asyik menatang tidak lepas-lepas syarikat-syarikat dan korporat bumiputera yang berpotensi.

Pemimpin UMNO hari ini ada cara mereka tersendiri untuk kotakan polisi agenda Melayu, pada 8 Februari semasa lancarkan agenda kepimpinan Bumiputera (TERAJU), mencadangkan pada tahun ini sekurang-kurangnya ada 5 syarikat Bumiputera dimasukkan ke dalam pasaran Bursa saham; pada bulan Ogos tahun ini melancarkan dana sebanyak 2 billion ringgit, untuk dana pembangunan syarikat Bumiputera dalam Negara; pada bajet kewangan tahun 2012 Najib umumkan satu peruntukan sebanyak 2 billion ringgit melalui TERAJU bangunkan 1100 buah industri kecil-kecilan, adakan latihan ke arah Bursa saham untuk usahawan Bumiputera kecil dan sederhana; pada 26 November ini telah melancarkan plan yang lebih terperinci.

Plan pelancaran perubahan ekonomi Bumiputera kelihatan lebih buas, mahu ambil 3 bidang strategi, melaksanakan polisi yang berpatutan sebagai merangsang sistem itu, mahu perkukuhkan pendidikan bagi merangsang kemampuan bumiputera, seterusnya wujudkan rangkaian pemasaran secara besar-besaran, sebelum menjelang tahun 2013 akan membantu dan melahirkan 1100 usahawan bumiputera, dalam masa lima tahun lahirkan usahawan Bumiputera setaraf dengan peringkat antarabangsa.

Pihak kerajaan juga telah tubuhkan dana latihan pendidikan kepimpinan usahawan Bumiputera sebanyak 500 juta ringgit, dalam masa 5 tahun dapat melatih 12,000 pelajar bumiputera, bagi tingkatkan taraf pendidikan kaum Bumiputera.

Najib faham masa yang diberikan untuk agenda melatih pelajar bumiputera sudah tidak banyak, kerana berikutan ekonomi global semakin meruncing, hasil sumber negara semakin hari semakin berkurangan, dengan itu agenda dan lakar itu akan dipercepatkan, mahu dalam masa yang singkat boleh berhasil, jika lakaran ini tidak dapat memberi pulangan dengan berkesan, bermakna langkah mahu mencapai negara yang berpendapatan tinggi akan menjadi lambat.Yang paling penting sekali, adakah saudara kita orang-orang Melayu ini sudah bersedia mahu berubah? Adakah mereka sudah tahu masalah itu sudah terlalu suntuk?

Dengan jelas bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sudah tahu, asyik timbulkan agenda rasis sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang, sebab itu perhimpunan UMNO kali ini disaingkan dengan forum antarabangsa. Mahu cari cara yang terbaik untuk perjuangan parti, seterusnya mahu pimpin orang-orang Melayu ke persada antarabangsa, ini adalah satu cabaran bagi UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 11, 2011

[Versi BM] Joceline Tan - Membaca pemikiran orang Cina


[Nota: Ada beberapa persepsi yang saya fikir tidak tepat dalam pemikiran orang Cina di Lembah Klang jika dinilai melalui tulisan ini. Persepsi yang tidak tepat ini terbentuk kemungkinan besarnya akibat retorik perkauman yang terlalu banyak dimainkan oleh Pakatan Pembangkang bagi memenangi undi orang Cina.

Antaranya:

1. Kerajaan BN tidak berlaku adil terhadap orang Cina. Bagi saya, isunya bukan keadilan, tetapi permintaan mereka adalah untuk mendapatkan kesamarataan. Bagaimanapun kesamarataan yang dituntut oleh sejumlah orang Cina ini adalah dalam bidang-bidang lain selain dari bidang ekonomi dan perniagaan. Dalam bidang ekonomi dan perniagaan, permintaan mereka bukan keadilan dan kesamarataan lagi, sebaliknya pasaran terbuka dan kuasa pasaran (market force). Kelemahan BN, terutamanya parti komponen berasaskan kaum Cina adalah untuk menjelaskan bahawa biarpun soal kedudukan istimewa kaum Bumiputera dilindungi oleh Perlembagaan dan diterjemahkan melalui dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), namun dari segi keadilan sosial, ia dinikmati oleh semua individu yang memerlukan pembelaan (lemah, miskin, kurang upaya) dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan serta kecenderungan politik. Ini kurang dijelaskan!

2. Perlu dijelaskan bahawa keadilan kerajaan BN termasuklah dengan membenarkan pegangan ekuiti dan penguasaan dalam bidang ekonomi dan perniagaan oleh kaum Cina seperti sedia ada dan tidak bertindak seperti Robin Hood untuk menyamaratakannya. Bayangkan jika kerajaan bertindak untuk menyamaratakan pegangan ekuiti semua kaum dan pemilikan perniagaan. Adakah itu bentuk kesama rataan yang dikehendaki?

3. Singapura adalah penanda aras yang salah dan bukan perbandingan 'epal dengan epal'. Singapura mempunyai populasi yang lebih homogenus berbanding Malaysia dengan sejumlah besar penduduknya adalah terdiri dari kaum Cina. Sekiranya terdapat jurang, jurang antara kaum bukan Cina dengan kaum Cina tidak menonjol dalam carta pie dan statistik, sebaliknya jurang ini akan`tersorok' akibat populasi orang Cina yang amat besar. Begitu juga di negara Arab dan Timur Tengah yang mempunyai populasi yang lebih homogenus berbanding Malaysia. Maka sekiranya timbul isu kesama rataan dan jurang, ia bukan mengenai perbezaan antara kaum, tetapi antara individu dalam bangsa yang sama, iaitu bangsa Arab.

4. Persepsi bahawa HANYA orang Cina yang tidak mendapat layanan yang adil juga tidak tepat kerana jika ditanya kepada orang Melayu, mereka juga merasakan bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil, bukan sahaja daripada kerajaan, tetapi juga daripada pihak swasta dan pasaran. Misalnya, ada orang Melayu yang merasakan tidak adil kerana mereka tidak memenangi tender kerajaan akibat harga barangan mentah ditentukan oleh orang Cina dan akhirnya disebabkan oleh faktor harga, syarikat yang di`ali baba'kan oleh orang Cina ini jugalah yang akan memenangi tender tersebut. Ada contoh lain yang boleh diberikan, misalnya Namewee, SJKC, gerai orang Cina, lesen pistol dan banyak lagi. Apa yang ingin ditegaskan di sini adalah persepsi `didiskriminasikan' TIDAK eksklusif terhadap kaum Cina sahaja di negara ini kerana jika ditanya soalan yang sama kepada orang Melayu, mereka juga merasakan bahawa mereka tidak diberikan layanan yang adil dan istimewa seperti yang diberikan kepada orang Cina.

Oleh itu, biarpun dikatakan politik seluruh dunia bergerak ke arah kesamarataan, namun konteks kesamarataan di seluruh dunia tidak sama dengan konteks kesamarataan di Malaysia. Begitu jugalah dengan jurang sosial.

Jika jurang sosial di dalam suatu bangsa yang sama atau populasi yang lebih homogenus seperti di Timur Tengah boleh mengakibatkan kekacauan yang begitu menakutkan, tergambarkah kita saiz kekacauan yang bakal menimpa apabila terdapat jurang yang besar dalam populasi yang tidak homogenus?

Pokok pangkalnya berkisar kepada keadilan sosial, bukan kesamarataan. Jika sesuatu kumpulan merasa bahawa mereka tidak lagi menerima layanan yang adil, atau lebih buruk lagi jika mereka merasa terancam akibat persepsi bahawa hak mereka dirampas, tentu sekali mereka akan bertindak balas. Inilah yang sedang cuba dielakkan oleh kerajaan. Kata bijak pandai -

"justice is considered to mean equality, it does mean equality- but equality for those who are equal, and not for all." - Aristotle ]



Ahad 5 Jun 2011
Membaca pemikiran orang Cina
Joceline Tan

Sentimen politik orang Cina di Lembah Klang masih merupakan suatu tugas yang belum selesai.

SEMUA ORANG yang hadir dalam mesyuarat makan tengah hari MCA di sebuah restoran Cina di Cheras mengenali antara satu sama lain. Biarpun terasakan keakraban, namun pada masa yang sama terdapat juga kegelisahan di kalangan hadirin yang berkumpul.

Sehinggalah Datuk Lau Kok Chuan, ahli jawatankuasa MCA Cheras, mengungkapkan kata-kata bagi menzahirkan kekecewaan yang terbuku di dalam hati setiap orang apabila beliau menyatakan bahawa MCA tidak pernah menang di Cheras dan adalah satu pembaziran masa dan wang untuk terus bertanding kerusi itu. Parti itu, katanya, harus melupakan hasrat untuk meletakkan calon di Cheras pada pilihan raya akan datang. Ucapannya itu telah menggolakkan suasana di dalam bilik.

Pengerusi MCA Cheras Tan Sri Tee Hock Seng akhirnya berkata: "Cheras mempunyai banyak masalah. (Tetapi) kita tidak boleh berfikir seperti itu kerana peranan kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. "

Hakikat yang menyakitkan adalah Barisan Nasional (BN) tidak pernah berjaya memenangi Cheras sejak hari Sungai Besi dipecahkan kepada Cheras dan Bandar Tun Razak pada tahun 1995.

Tan Kok Wai, Ahli Parlimen DAP untuk penggal kedua di Sungai Besi, terus memenangi kerusi Cheras. Orang kuat DAP ini telah menjadi begitu sinonim dengan Cheras, dan menang dengan majoriti 28,300 undi, yang terbesar pernah dimenanginya, dalam tahun 2008.

Lebih menyakitkan lagi adalah sentimen di Cheras agak mencerminkan sentimen orang Cina di Lembah Klang, kawasan metropolitan yang merangkumi Petaling Jaya dan bandar Kuala Lumpur (KL). Mood orang Cina di Lembah Klang tidak pernah berubah sangat sejak tahun 2008 dan istilah yang sering digunakan di kalangan penganalisis bahawa ia telah semakin mengeras.

Orang-orang Cina membentuk 43% daripada populasi penduduk di KL dan 31% di Selangor. Tetapi impak yang dipunyai mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah kerana mereka telah bergerak senada sebagai suatu kuasa kolektif.

Tsunami politik 2008 telah menjatuhkan beberapa buah kerajaan negeri tetapi peralihan undi yang paling menakjubkan sebenarnya berlaku di kawasan kerusi majoriti Cina di Kuala Lumpur dan Selangor di mana puluhan ribu pengundi berpaling arah untuk tidak mengundi Barisan Nasional.

Sebagai contoh, Barisan Nasional memenangi PJ Utara pada tahun 2004 dengan majoriti 13,000 undi tetapi kerusi ini jatuh ke DAP dengan majoriti kira-kira 20,000 undi pada tahun 2008. Jumlah undi yang beralih arah adalah sehingga kira-kira 33,000 undi.

Terdapat 17 kerusi Parlimen di Lembah Klang yang menunjukkan peralihan undi yang menggemparkan fikiran. Sebagai contoh, peralihan undi di Serdang adalah sebanyak 32,000 undi, PJ Selatan 27,000 undi, Selayang 27,000 undi, Kelana Jaya 26,000 undi, Puchong 24,000 undi dan Kepong 23,000 undi.

Di KL, 10 daripada 11 kawasan Parlimen jatuh kepada Pakatan Rakyat. Hanya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique terselamat tetapi boleh dikatakan kerjaya politik beliau seolah-olah sudah berakhir dan dia dilihat ibarat Koh Tsu Koon Wilayah Persekutuan.

Banyak sebab yang dikatakan sebagai punca peralihan undi orang Cina – prestasi bekas Perdana Menteri yang lemah, retorik kaum oleh Umno dan insiden keris.

Tetapi, kata bekas ahli strategi MCA, Lembah Klang, terutamanya di kawasan KL, sentiasa menjadi tempat terkumpulnya perasaan anti-establishment terutamanya di kalangan yang berpendidikan Cina dan golongan pekerja. Tekanan hidup di dalam persekitaran yang amat-kebandaran begitu tinggi dan kelemahan birokrasi dan polisi kerajaan amat dirasai.

"Insurans di kalangan orang Cina" untuk Barisan terdiri dari golongan kelas menengah dan atasan di Selangor yang mempunyai kehidupan yang agak baik. Mereka adalah golongan profesional atau golongan peniaga dan ramai di antara mereka yang dipanggil ‘orang Cina yang berbahasa Inggeris’, satu kumpulan yang juga dikenali sebagai "bananas" (kuning di luar, putih dalam).

Mereka adalah kumpulan yang canggih yang mengetahui perkembangan terkini dan mempunyai pendapat masing-masing. Lagipun, 8 daripada 10 orang Cina yang layak mengundi adalah pengundi berdaftar. Mereka ini merupakan satu kuasa yang perlu diberi perhatian.

"Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan besar intelek Cina dan, terutamanya dalam negeri Selangor, mereka cukup bersedia untuk memberikan Barisan peluang semasa pilihan raya. Mereka pernah menyokong Barisan di kawasan-kawasan seperti PJ Selatan, Serdang, Puchong dan Kelana Jaya," kata ahli strategi tersebut.

Kata strategis ini, semuanya berubah dengan kedatangan Internet. Jutaan maklumat baru, sama ada tepat atau sebaliknya, mengubah cara mereka melihat politik dan kerajaan. Tetapi insiden Umno merupakan titik puncak terutamanya untuk kumpulan yang sebelum ini menyokong Barisan Nasional. Kumpulan ini merupakan kuasa utama di sebalik peralihan besar kepada pembangkang di dalam kawasan-kawasan orang Cina.

Sebahagian besar daripadanya mempunyai kaitan dengan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mereka telah memberikannya mandat yang amat besar pada tahun 2004 dan mereka merasa dikhianati apabila dia tidak mengekang retorik bangsa partinya.

Sebenarnya, ahli-ahli politik Umno yang telah membuat orang-orang Cina marah. Mereka membalasnya melalui peti undi pada tahun 2008 dan MCA dan Gerakan terpaksa menanggung bebannya. "Anda boleh memanggilnya penyatuan pihak yang dianiaya," kata strategis ini.

Tambahan pula, seperti yang disebut oleh Pengarah Eksekutif Sin Chew, Rita Sim, peti undi adalah satu-satunya tempat di mana orang-orang Cina tidak tertakluk kepada kuota.

"Bagi mereka, segala-galanya mempunyai kuota seperti membeli rumah, mendapatkan pinjaman, tempat universiti. Di peti undi, ia adalah satu orang, satu undi. Sudah tentu, mereka tidak akan merosakkan undi mereka," kata Sim.

'Pemikiran baru'

Tetapi sentimen Lembah Klang ini tidak lagi tentang pragmatisme, katanya. Ia adalah mengenai pemikiran untuk tidak lagi tertakluk kepada perbezaan layanan. Generasi Y dan Y, terutamanya, benar-benar menolak pemikiran mengenai kuota.

Telah lebih daripada 30 tahun selepas kelahiran DEB dan tidak ada sebarang kata-kata daripada Kerajaan yang akan membuat mereka mengubah minda mereka mengenainya. Mereka melihatnya sebagai satu bentuk prejudis dan diskriminasi dan orang-orang yang berpelajaran dan mempunyai jalan akan tidak teragak-agak untuk mengundi untuk mengubahnya.

Ramai yang berada di dalam Umno hairan tentang "pemikiran baru" ini dan mereka telah bertanya: Mengapa orang-orang Cina begitu banyak membuat tuntutan hari ini? Tidakkah mereka memahami bahawa orang Melayu masih ketinggalan dan memerlukan lebih banyak bantuan lanjut berbanding mereka?

Jenis pemikiran ini hanya berkesan terhadap generasi baby boomers tetapi tidak untuk Generasi X (yang lahir antara 1960 dan 1980) dan Generasi Y (lahir antara 1980 dan 2000). Mereka boleh menerima layanan khas bagi golongan miskin, orang kurang upaya, warga tua atau ibu tunggal tetapi bukan polisi yang berasaskan kaum.

Mereka melihat kontroversi tahunan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan sebagai "persembahan badut" dan mereka bosan.

Akhir sekali, sentimen Cina sebenarnya bukan "pemikiran baru". Sebaliknya ia telah wujud sejak sekian lama dan semakin menebal sejak beberapa tahun yang lalu. Ia dinyatakan secara terbuka yang di dalam Internet di mana apa sahaja dan segala-galanya boleh dinyatakan dan juga kerana terdapat sebilangan besar golongan muda Cina yang begitu menentang layanan yang berbeza ini.

"Dalam bandar, (memberikan) dana untuk sekolah-sekolah dan projek-projek semasa pilihan raya tidak lagi berfungsi. Orang-orang Cina di Lembah Klang telah pergi lebih dari itu. Ia adalah tentang keinginan untuk dilayan secara sama rata dan adil. Ia adalah idea yang besar, mempunyai banyak aspek dan begitu kompleks," kata Sim.

Ia bukan mengenai DAP yang melakukan tugas dengan baik sebagai kerajaan. Mereka bukannya tidak cekap tetapi mereka bukanlah luar biasa. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng masih menumpang di atas kemakmuran silam dan setiap hari terdapat satu atau beberapa kenyataan akhbar daripada beliau mengenai pelbagai isu-isu, beberapa daripadanya berbunyi seolah-olah diterjemahkan dari Bahasa Cina menggunakan Google.

Sentimen Lembah Klang, kata Sim, pada dasarnya adalah mengenai populasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hak-hak mereka sebagai warganegara, mereka mempunyai petunjuk-petunjuk dan mereka mempunyai pilihan. Set yang lebih muda terutamanya melihat di sekeliling mereka dan rakan-rakan mereka di tempat lain yang mempunyai pendirian tegas secara politik, dan mereka sedar akan kuasa undi mereka.

Dulu, ibu bapa memberitahu anak-anak mereka tentang siapa yang patut mereka sokong. Sekarang anak-anak muda yang memberitahu ibu bapa mereka siapa yang sepatutnya diundi.

Pilihan raya umum Singapura bulan lepas adalah contoh terbaik. Singapura adalah sebuah negara yang maju dengan rizab asing yang besar, kerajaan yang bersih dan Perdana Menteri yang berwibawa dan kacak. Tetapi jurang antara kaya dan miskin telah berkembang, dan rakyat Singapura tidak berpuas hati dengan kuasa tegas Kerajaan yang keterlaluan, kenaikan kos sara hidup dan kehadiran orang asing yang datang untuk mengambil pekerjaan mereka.

Mereka meluahkan kekecewaan mereka menggunakan peti undi. Pembangkang menguasai 40% daripada undi popular dan berkemungkinan besar dapat memenangi lebih banyak kerusi jika tidak kerana GRC, atau Sistem Perwakilan Kumpulan yang berat tidak menyebelahi pembangkang.

Dan rakyat Singapura telah menyatakan kepada PAP, perasaan terhutang budi tidak bermaksud memberikan kesetiaan secara membuta tuli.

Kolumnis Berita Harian di Singapura Seah Chiang Nee menyifatkan pemilihan negaranya baru-baru ini sebagai kemunculan "jenama baru politik". Singapura adalah terkehadapan dari Malaysia dalam banyak segi tetapi jauh terbelakang dari segi politik.

Orang Cina di Lembah Klang mungkin tidak jauh berbeza dengan rakan-rakan mereka di Singapura atau Sarawak. Mereka telah mencapai suatu tahap pemikiran politik yang tertentu dan tahap pendidikan dan ekonomi mereka membenarkan mereka untuk mengambil tindakan.

Kitaran anti-Barisan masih dalam permainan dan tidak ramai melihat ia akan mengalami perubahan yang besar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dasar orang-orang Cina di luar Lembah Klang, kecuali yang berada di Pulau Pinang, telah menjadi stabil dan juga lebih lembut seperti yang terbukti dari pilihan raya kecil baru-baru ini.

Bagaimanapun Lembah Klang masih kekal sebagai lubuk panas perasaan tidak puas hati orang-orang Cina dan tiada siapa yang boleh meneka berapa lama lagi ia akan kekal begitu. Barisan Nasional mungkin perlu menerima fenomena ini buat sementara waktu.

"Jurang di antara pemikiran orang-orang Cina dan Melayu mengenai kedudukan mereka di dalam negara ini adalah sangat besar," kata Sim.

Sebilangan di dalam Umno merasakan bahawa Perdana Menteri wajar melupakan undi orang-orang Cina di Lembah Klang dan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan orang Melayu. Mereka agak yakin untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya lima kerusi di KL berdasarkan peralihan undi orang Melayu. Mereka merasakan bahawa mereka telah banyak bertolak ansur dengan orang Cina bagaimanapun usaha mereka ini tidak berbalas.

Sedangkan kumpulan orang Cina pula berpendapat bahawa politik di mana-mana sekali pun, dari Singapura sehinggalah ke Timur Tengah, bergerak ke arah konsep kesama rataan dan ketelusan. Kata mereka, minda Melayu yang memerlukan perubahan.

Dalam pemikiran orang Cina di Lembah Klang, keputusan kini sebenarnya terletak di tangan orang Melayu.

Tuesday, September 6, 2011

Nanyang Siangpau - DEB, Melayu dan Ali Baba

Nanyang Siangpau
ms A16
25 Ogos 2011

Keadaan Berlaku Kerana Polisi
Loh Hon Chew

“dapat saham sahaja terus dijual, dapat kontrak sahaja terus dijual”.

Ayat ini selalu dapat kedengaran lebih 20 tahun di kalangan kaum Bumiputera! Semasa zaman Mahathir menjadi perdana menteri, perkataan ini telah dihafal dan disebut dengan jelas dan terang di mata kepala rakyat, rakyat juga rasa tidak asing bagi mereka pada perkataan-perkataan itu, sehingga ke hari ini, rakyat sudah tidak rasa pelik lagi berlaku keadaan itu, mereka anggap itu memang sepatutnya, dan orang-orang yang bijak sahaja yang mampu berbuat demikian.

Sebenarnya oleh kerana fenomena polisi yang menjurus kepada keadaan itu, ia tidak ada kaitannya dengan sikap sesuatu kaum, mana-mana kaum jika diberi peluang dengan polisi seperti itu tetap akan buat perkara yang sama.

Jika polisi di negara kita sama seperti polisi di negara-negara lain, hanya penduduk kaum minoriti yang mendapat keutamaan dan kelebihan dalam subsidi kerajaan, dengan itu dari segi politik pihak kerajaan sepatutnya membantu kaum minoriti, mengikut nisbah kaum yang minoriti, perlu dibantu, yang sepatutnya mendapat bantuan ialah orang-orang Cina dan India di negara ini kerana mereka golongan kaum minoriti di negara ini, terutama sekali pembahagian saham-saham, sepatutnya diberi keutamaan kepada kaum Cina dan India, kontrak juga diberi keutamaan kepada kaum Cina dan India, orang-orang Cina dan orang-orang India sepatutnya tidak perlu usaha keras boleh mendapat saham dan kontrak dari kerajaan, sama juga nasib mereka, mereka akan terus jual saham yang mereka perolehi itu dan serahkan hak milik dan pindah hak milik kontrak kepada pihak lain dengan cepat.

Apa yang diumpama sekarang ini, jika mendapatkannya susah akan dinilai tinggi, apabila mendapatkanya secara mudah, mereka tidak akan hargainya, dengan mudah mereka hilangkan, ini adalah adat kepada semua manusia, mana-mana kaum memang ada sikap seperti itu, ia bukan diungguli dan dimonopoli oleh orang-orang Melayu sahaja.

Tidak Perlu Memaksa Tentang Istilah Mahu Saham Tidak Mahu Duit

Kenapa saham yang ditangan cepat-cepat dijual dikatakan satu tindakan yang bijak? Jika beli saham meminjam duit daripada pihak bank, jika tidak dijual segera, jika harga saham itu jatuh menjunam, bukankah kita kena tambah duit yang banyak untuk bayar hutang bank?

Semua orang akan memikirkan ke arah itu, sebab itu hanya orang yang bermodal sahaja yang akan membuat pelaburan saham itu, orang-orang biasa jika dapat bon saham, jika kelihatan dapat untung sedikit sahaja mereka akan terus jual saham-saham yang mereka perolehi itu, ia adalah satu tindakan yang bijak, tidak mungkin kita boleh paksa setiap orang jadi pelabur terus memegang saham itu di tangan, minta mereka simpan saham mereka lama-lama untuk membuahkan hasil yang lebih lumayan.

Lebih-lebih lagi di bawah sistem dan polisi yang sedia ada sekarang, tidak susah bagi kaum Bumiputera untuk mendapatkan saham-saham, lebih baik tukarkan saham-saham mereka kepada duit daripada menyimpannya, kerana peluang untuk mendapatkan saham-saham sangat banyak dan mudah.

Sebab itu nilai saham daripada 60 billion ringgit menjadi 2 bilion, itu memang sudah menjadi satu kepastian, tetapi kita perlu faham bahawa Bumiputera telah peroleh keuntungan duit kekayaan sebanyak 58 billion ringgit di bawah bantuan yang disesuaikan dengan polisi ekonomi melalui saham, mungkin tidak perlu memaksa Bumiputera membuat pilihan sama ada mahu saham atau mahu duit?

Berkaitan apabila mendapat kontrak projek mereka terus jual kontrak dan lepaskan kontrak, cara itu amat mudah sekali, ia juga akan dilakukan oleh mana-mana kaum jika berpeluang seperti itu, kerana mana-mana kontrak dan perjanjian itu semuanya bukan bidang asal mereka, sedangkan jenis simen ada berapa banyak, bagaimana bancuh simen ramai dari kalangan mereka langsung tidak tahu dan tiada ilmu tentang itu, kerana latar belakang seseorang dan bagaimana mereka dapatkan kontrak untuk membina bangunan dan dianggap boleh bina bangunan tidak penting, yang penting melalui siapa yang berkuasa untuk mereka dapatkan kontrak, walaupun orang itu dari kalangan orang Cina, orang Cina juga akan jual kertas kontrak itu, mereka terlebih dahulu akan dapatkan keuntungan duit yang banyak atas kontrak itu, tindakan yang bijak itu adalah kerana mereka tiada pilihan lain, jika suruh mereka lakukan kerja-kerja mereka tidak tahu dan tiada ilmu mahu mulakan kerja-kerja itu dari mana?

Sebab itu apabila seseorang itu terima sebuah kontrak projek mereka terus jual kontrak tersebut, ini adalah kerana sistem dan polisi-polisi yang menjurus kepada itu, tidak ada kaitannya dengan sikap sesuatu kaum.

Tetapi ada sedikit yang ramai orang tidak faham, pihak kerajaan sering galakkan kerjasama antara Melayu dan Cina, supaya mereka boleh berusaha sama dalam bidang ekonomi dan penerokaan bidang-bidang tertentu, kenapa sebaliknya pihak kerajaan asyik mengkritik orang-orang Melayu jual kontrak projek kepada orang-orang Cina. Kenapa pihak kerajaan tidak melihat dari sudut lain, sepatutnya pihak kerajaan lebih agresif memberi bumiputera kontrak-kontrak projek, supaya Bumiputera dapat lebih banyak kontrak-kontrak, dan kontrak-kontrak tersebut biarlah mereka serahkan kepada orang-orang Cina, supaya orang-orang Cina yang uruskan dan selesaikannya, bukankah ia juga diibarat menjalin satu kerjasama juga? Ini bermakna satu permulaan era baru kepada kerjasama antara Bumiputera dan orang-orang Cina dalam perkembangan bidang dan sektor serta menjana ekonomi!

Tidak Perlu Membantu Syarikat Yang Mampu

Sebaliknya istilah Ali Baba itu adalah simbol kepada kerjasama antara orang Melayu dan orang-orang Cina, ia hanya perlu ditukar sedikit janama itu sahaja, tukar sikap asal yang telah lalu sudah memadai dan wajar! Sedangkan cara Ali Baba juga dapat mengubah dan menambah baik kedudukan ekonomi orang-orang Melayu serta menepati sasaran polisi ekonomi negara ini.

Sebenarnya ramai dari kalangan orang-orang Melayu selepas mereka serahkan kontrak kepada orang-orang Cina, mereka masih lagi bertanggungjawab dari segi undang-undang dan peraturan, mereka juga masih mengawasi projek-projek yang sedang dijalankan itu, dari situ mereka dapat timba pengalaman, banyak syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai pengalaman dan kekuatan dapat terus berkembang selepas mereka pelajari cara kaedah yang mereka lihat dari orang-orang Cina.

Syarikat Bumiputera yang tidak punyai kekuatan sudah tentu mereka tidak layak untuk mendapat sebarang kontrak dari pihak kerajaan, adakah cara yang mereka lakukan itu menyalahi polisi DEB? Oleh kerana polisi ekonomi yang baru ini pihak kerajaan telah membantu bumiputera yang kurang berkemampuan dan yang kurang daya saing, kepada syarikat yang telah mempu bersaing, tidak perlu dibantu dan juga tidak perlu mendapat sebarang subsidi.

[Nota: Saya cuba mencari tujuan sebenar tulisan ini ditulis, sama ada ada hendak mengkritik atau menyokong DEB. Dari segi fakta, ada data tidak betul, iaitu nilai saham Bumiputera telah digelembungkan dari RM54 bilion menjadi RM60 bilion. Jelasnya ia tidak menyokong DEB, tetapi tidak menghentam DEB seperti sesetengah pemimpin masyarakat perniagaan Cina, misalnya Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin. Chen Man Hin pernah mengeluarkan satu kenyataan yang pandir dan ini telah saya bidas dalam tulisan di bawah -



MONDAY, DECEMBER 14, 2009

"Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"

Kata Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin "the prevalence of corruption and cronyism of the NEP (New Economic Policy) made many UMNO cronies rich, but the poor Malays remained poor". Ini adalah satu lagi siri penipuan DAP yang dimaksudkan untuk membakar semangat perkauman kaum Cina, lebih-lebih lagi apabila ucapan ini disampaikan semasa majlis makan Persatuan Hakka Negeri Sembilan (persatuan klan yang boleh dianggap sebagap satu pertubuhan bersifat rasis mengikut standard Pakatan Pembangkang) di Seremban pada 13 Disember 2009.

Penipuan Chen, boleh kita rungkai dalam beberapa aspek. Pertama; tuduhan bahawa berlaku amalan korupsi dan kronisme dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebabkan kroni UMNO sahaja menjadi kaya. Saya suka hendak menyatakan bahawa bukan orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat dari DEB, malah ramai orang Melayu dan Bumiputera, termasuk Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Dalam bidang pendidikan misalnya, dengan 70 peratus kuota ditempatkan untuk pelajar luar bandar, ramai di antara pelajar Bumiputera mendapat peluang untuk belajar di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah di daerah asal mereka.

Dengan kuota juga, sebelum ini, mereka mempunyai tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) yang membolehkan mereka berpeluang menjadi golongan profesional, sesuatu yang mungkin di luar jangkauan pemikiran kebanyakan daripada mereka lebih-lebih lagi jika diambil kira kemampuan kewangan ibu bapa mereka. Dalam kalangan mereka ini, termasuklah ramai anak-anak dari negeri Kelantan yang majoriti ibu bapa mereka diketahui sejak 20 tahun yang lalu menyokong Pas.

Melalui pendidikan, ramai Melayu dan Bumiputera luar bandar, di kampung dan di kawasan tanah rancangan seperti FELDA yang mampu menaikkan taraf hidup mereka hanya selepas satu generasi sahaja.

Kedua, penipuan Chen juga dapat kita kenal pasti jika kita mengambil kira siapa sebenarnya yang menguasai pasaran barangan mentah atau raw materials di dalam negara ini. Tahukah kita semua bahawa kaum yang menguasai pasaran barangan mentah ini boleh menentukan siapa (termasuk syarikat Ali Baba mereka) yang akan memenangi tender kerajaan melalui perlindungan harga? Penjawat awam yang mentah dalam selok belok perniagaan dan yang berkepntingan diri seringnya akan terperangkap dengan menjadikan DEB lebih memihak kepada kaum Cina. Selain itu perlindungan juga wujud dalam pasaran yang kononnya terbuka melalui perbezaan harga dan terma kredit terhadap peniaga dari kaum lain.

Ketiga, bukan sahaja kontraktor UMNO sahaja yang menerima manfaat dari DEB, malah kontraktor bukan UMNO dan ramai kontraktor yang menyokong pembangkang juga mendapat manfaat dari dasar ini. Ramai di antara mereka berada di sekeliling kita dan di tempat kelahiran saya misalnya, ada ahli Pas yang merungut kerana lebih banyak peluang perniagaan diberi kepada penyokong parti pembangkang yang selain dari Pas semasa tempoh pembangkang memerintah Perak sedangkan peluang mereka lebih baik semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu. Bekas calon pembangkang di Bagan Pinang juga dikatakan pernah menerima kontrak daripada kerajaan walaupun dia menyokong pembangkang.

Keempat, maksud Dr Chen mempertikaikan DEB ini adalah untuk mempromosikan dasar ekonomi terbuka yang kononnya akan memakmurkan Malaysia. Apakah maksud Dr Chen, dengan dasar ekonomi terbuka ini nanti,"Melayu yang miskin akan secara automatik menjadi kaya?" Saya melihat saranan Dr Chen ini hanyalah untuk memastikan ketamakan golongan kapitalis dipenuhi. Golongan kapitalis ini berhasrat untuk menguasai ekonomi negara dan yang pastinya, golongan yang miskin dan tidak berdaya termasuk dari kalangan kaum lain akan terus ketinggalan dari kemajuan dan kemakmuran yang dijanjikan.

Dari bacaan saya, Dr Chen, walaupun dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan sosialisme, perkataan dan hasratnya bukanlah berjiwa sosialis tulen. Sebaliknya nadanya lebih mirip kepada jiwa dan naluri seorang kapitalis. Bagi saya ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan. Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam, saya melihat ramai kapitalis dan rasis yang hipokrit bersembunyi di bawah topeng sosialis DAP.

Monday, September 5, 2011

Zul Nordin: Buku 13 Mei Kua Kia Soong tidak laporkan fakta


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawaGagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting

Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.

Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.

Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.

Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.

Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.

Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.


Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.


Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”



Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.
kredit-Celahgelegar


Read more: http://www.pisau.net/2011/09/melayu-rasis-17-yang-buta-sejarah.html#ixzz1X111dIkq

Monday, August 29, 2011

Ketua Siaran Berita @ntv7 Chew Siew Yang serang DEB kerana malas buat penyelidikan?

[Nota: Chew Siew Yang jelas mempunyai pengetahuan yang cetek tentang dasar negara walaupun mempunyai jawatan yang tinggi sebagai Ketua Siaran berita NTV7. Jika begini cetek pengetahuan editor sebuah stesen TV, maka tidak hairanlah kenapa maklumat tentang dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya tidak sampai dengan tepat kepada rakyat. Eloklah NTV7 menghantar Chew Siew Yang ke kursus yang bersesuaian, jika tidak mesej-mesej yang `half baked' dan menghasut seperti ini akan dilemparkan kepada masyarakat. Mungkin Chew tidak nampak sejak pelaksanaan DEB jurang pendapatan antara kaum telah dapat dikurangkan, jurang antara yang kaya dengan yang miskin juga dikurangkan dengan kelahiran golongan menengah dan kumpulan professional yang lebih seimbang. Di sekolah-sekolah, bantuan pelajaran seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tidak diberikan berdasarkan kaum, agama atau politik, sebaliknya berdasarkan `cap' pendapatan isi rumah dan potensi keciciran. Masalahnya ialah apabila NTV7 menggajikan Ketua Siaran yang cetek ilmu, maka yang keluar dari pemikirannya adalah sampah yang kotor dan berbau.]


Nanyang Siangpau, ms A16
26 Ogos 2011

Siapa Sepatutnya Yang Dapat Bantuan?
Chew Siew Yang
Ketua Siaran Berita NTV7


Tidak kira di negara mana sekali pun, pasti ada golongan orang-orang kaya dan golongan orang-orang miskin, seterusnya orang golongan berpendapatan pertengahan, orang-orang seperti golongan ini tidak miskin tetapi tidak juga kaya raya. Ia diibarat seperti kedudukan batu piramid, golongan kaya duduknya di atas tidak mungkin lebih ramai dari golongan miskin yang di bawah, tetapi orang-orang golongan di atas ini mempunyai kuasa dan harta lebih banyak daripada orang-orang golongan miskin yang berada di bawah. Pada lazimnya jika ada orang-orang bersuara mahu mambantu golongan miskin di bawah, pasti tiada orang yang akan membantahnya.

Tetapi keadaan di negara kita agak berlainan sedikit, ada sesetengah politikus anggap, tidak kira orang-orang itu datang dari golongan mana sekalipun, jika mereka itu datang dari satu kumpulan kaum yang khas, kaum itu dimestikan mendapat bantuan dari pihak kerajaan dianggap memang sangat wajar, ia ditentukan bukan dari segi keadaan sebenar. Politikus-politikus ini menggunakan sudut pandangan satu kaum yang khas sahaja untuk menentukan segalanya, mungkin mereka telah ambil kira bahawa satu kaum ini yang boleh menyokong mereka sebagai landasan untuk mereka membuat keputusan dalam berpolitik, kaum yang lain-lain boleh dihumban ke tepi!

Jika Tidak Mencapai Matlamat Akan Dirombak Semula

Sejak tahun 1960-an negara kita lancarkan DEB, sehingga ke hari ini pihak kerajaan telah membantu ramai usahawan kaum Bumiputera, dan mereka telah berjaya dalam pegangan ekonomi, mungkin sehingga sekarang dikatakan pemegangan saham kaum bumiputera masih belum mencapai matlamat dan ke tahap yang sepatutnya, mereka berkali-kali menggunakan alasan itu, membantah untuk menghapuskan bantuan ekonomi DEB di kalangan kaum bumiputera, sepatutnya perkara ini sudah tidak sesuai dengan zaman kini, jika rancangan ini telah dilaksanakan bertahun-tahun tetapi asyik dikatakan masih tidak mencapai sasaran, bukankah ia perlu lakukan sesuatu rombakan yang besar?

Jika pada masa itu apabila mahu laksanakan rancangan itu sebagai tunggak dan matlamat yang utama, dikatakan mahu rapatkan jurang perbezaan kekayaan antara kaum, kami percaya matlamat itu sudah pun tercapai, jurang perbezaan kekayaan ekonomi antara kaum adakah sudah semakin mengecil? Atau sebaliknya melawan arus? Kita tidak boleh menafikan bahawa ada sesetengah orang gunakan kesempatan itu untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan, mereka mengumpul banyak kekayaan; ada juga yang kaya yang boleh diambil contoh kebaikannya, ada golongan selepas mereka dapat bantuan dari pihak kerajaan, mereka lepaskan kebergantungan itu, dengan sendiri mereka berdikari bangun menuju ke arah kejayaan.

Tetapi hanya apabila pihak kerajaan sebut tentang pembahagian saham, sebenarnya ada berapa banyak bantuan itu sampai ke tangan kaum bumiputera yang sepatutnya, yang hidup susah di perkampungan-perkampungan? Ataupun harta itu telah habis dibahagi-bahagikan di tengah jalan? Jika yang dibantu itu memang disasarkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya, kami percaya semua orang rela dan akur, tetapi pembahagian itu hanya untuk dimanfaatkan kepada segelintir orang yang menjadi kaya raya, orang yang kaya bertambah kaya, ini adalah satu ketidak adilan dalam polisi itu?

Semua Kaum Golongan Miskin Sepatutnya Dapat Bantuan

Sebenarnya siapa yang layak mendapat bantuan? Siapa yang sepatutnya dapat bantuan dan subsidi dari pihak kerajaan? Sebagai sebuah kerajaan untuk semua rakyat, pemerintah yang sedang berkuasa sekarang sepatutnya memikirkan bagaimana dan cara macam mana bantuan itu dibuka untuk semua yang tidak membezakannya dari warna kulit, kaum mahupun agamanya, dan cuba utamakan untuk membuat perubahan secara besar-besaran, jika tidak ia tidak adil kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan bantuan dan golongan ini akan terus terabai. Perdana Menteri pada satu majlis perasmian telah berkata, perlaksanaaan KPI berlaku perbezaan dan tidak adil kepada orang-orang Melayu di kawasan bandar dan kawasan-kawasan kampung, kerana mereka masih lagi perlukan bantuan dari pihak kerajaan.

Sebenarnya yang perlukan bantuan kenapa mahu kaitkan mereka sahaja? Sesetengah penduduk di kawasan tepian bandar dan di luar bandar seperti saudara-saudara kaum Cina dan saudara-saudara kaum India amat memerlukan bantuan itu, kerana hidup mereka amat pahit dan getir, jika mahu lepaskan dari kebelengguan ekonomi, golongan ini daif dari segi ekonomi dan pendidikan, golongan ini sama juga, mereka amat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan!

Jika mahu hapuskan golongan miskin di negara ini, dan jika benar-benar mahu membuat perubahan ekonomi, jangan hanya bantu satu golongan kaum sahaja, sudah lama kita laungkan slogan 1 Malaysia, adakah pihak kerajaan dapat praktikkan slogan itu, dan buat rombakan ekonomi untuk semua kaum? Jika dapat tingkatkan ekonomi untuk semua kaum, ia akan memberi rangsangan dan perkembangan kepada ekonomi negara ini juga, jika tidak orang yang kaya akan semakin bertambah kaya, golongan miskin tetap tidak dapat keluar dari kesusahan dan sentiasa akan hidup dalam kemiskinan, akhirnya nanti akan timbul kekacauan dalam masyarakat, slogan perubahan ekonomi nanti hanya jadi slogan sia-sia sahaja.

Tuesday, August 9, 2011

Menyalahkan #DEB atas semua perkara - Perdana Menteri @NajibRazak wajar pertimbang pecat penasihat di dalam MPEN dan Pemandu

'DEB tidak wajar dipersalahkan sebabkan penurunan dalam FDI'

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/

NST Business Times pB4 8August 2011

Muhammed Abdul Khalid


Sesekali perbahasan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) berbangkit dan majoriti akan berhujah bahawa dasar ini adalah punca semua masalah yang dihadapi oleh negara ini. Terbaru datang daripada Tan Sri Ramon Navaratnam, "Masa tidak bersama kita untuk melangkah ke hadapan untuk mencapai Wawasan 2020" (The Star, 31 mei), di mana beliau berhujah bahawa DEB adalah salah satu yang sebab-sebab utama bagi penurunan dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia.

Amat dikesali, hujah Tan Sri Ramon ini adalah tidak benar secara empirikal kerana kebanyakan syarikat-syarikat asing yang telah beroperasi di Malaysia tidak lagi dibatasi oleh keperluan pegangan saham ekuiti DEB sejak beberapa tahun yang lalu.

Misalnya, sejak tahun 1998, Malaysia telah meliberalisasikan sepenuhnya sektor pembuatan dengan membenarkan 100 peratus pemilikan ekuiti tanpa mengenakan sebarang syarat. Malah, syarikat-syarikat yang berorientasikan eksport telah dibenarkan untuk dimiliki sepenuhnya sejak tahun 1986. Begitu juga, sektor perkhidmatan yang menyumbang hampir 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diliberalisasi secara separa berikutan langkah meliberalisasi 27 sub-sektor perkhidmatan pada tahun 2009, tanpa dikenakan sebarang syarat ekuiti. Industri berteknologi tinggi, terutama syarikat-syarikat tertentu yang ditubuhkan di Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah juga dibenarkan untuk dimiliki sepenuhnya oleh pelabur asing.

Semua butiran ini membayangkan dua perkara. Pertama, berlawanan dengan hujahnya, Malaysia telah melonggarkan keperluan syarat Bumiputera beberapa tahun yang lalu dan kedua, walaupun tanpa keperluan syarat ini, aliran masuk FDI kekal rendah dalam beberapa tahun kebelakangan, menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor lain selain daripada DEB yang boleh menjadi sebab-sebab sebenar di sebalik prestasi FDI muram.

Boleh dihujahkan bahawa apa yang paling penting bagi pelabur-pelabur asing bukan keperluan berkaitan DEB, tetapi adalah kestabilan politik, ketekalan dasar, infrastruktur yang baik, insentif cukai dan bukan cukai yang menarik, prospek pulangan ke atas pelaburan yang memberansangkan, tenaga buruh yang murah dan berpendidikan yang boleh disediakan oleh sesebuah negara.

Seterusnya, jika benarlah DEB mengekang aliran masuk FDI, maka Malaysia tidak akan menyaksikan influks kemasukan pelaburan asing menjelang akhir tahun 1980-an dan dalam tahun 1990-an, sehinggalah tahun krisis apabila syarat-syarat di bawah tindakan afirmatif dikuatkuasakan dengan begitu ketat. Berlawanan dengan andaian, aliran masuk bersih FDI ke Malaysia ketika itu bukan sahaja positif malah adalah antara yang tertinggi di rantau ini.

Ini dibuktikan dari nisbah FDI kepada KDNK yang meningkat dua kali ganda kepada 6.6 peratus sepanjang tempoh tahun 1991-1996 dari hanya 3.3 peratus sepanjang tempoh 1970-1984, dengan catatan tertinggi sebanyak 23 peratus seperti yang dicatatkan pada tahun 1992.

Tahap pelaburan swasta amat tinggi pada pertengahan tahun 1990-an di mana nisbahnya kepada KDNK meningkat kepada lebih 40 peratus, menyebabkan jurang simpanan-pelaburan negara bertukar negatif seperti yang dibayangkan oleh defisit akaun semasa sepanjang tempoh tersebut.

Tidak ada sebarang penjelasan yang dapat menjelaskan tentang ledakan pelaburan sepanjang tempoh itu melainkan adunan koktel yang betul yang terdiri dari faktor-faktor ekonomi dan politik yang menggalakkan. Selain itu, sepanjang tempoh 1990-1999, aliran FDI Malaysia naik pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara-negara Asean yang lain, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 19.5 peratus bagi FDI inward stock yang lebih tinggi sebanyak 14.2 peratus berbanding Filipina, 10.8 peratus berbanding Thailand dan 11.3 peratus berbanding Singapura.

Diakui, aliran masuk FDI ke Malaysia telah berkurang selepas krisis Asia dan berada pada aliran yang menurun, terutama sejak tahun 2007. Aliran ini adalah diakibatkan campuran beberapa faktor – yang paling utama di antaranya adalah kos buruh yang semakin meningkat.

Sebelum ini, daya tarikan pelabur asing terhadap Malaysia sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kos tenaga buruh yang murah, yang bukan lagi menjadi faktor tarikan sejak kebelakangan ini. Malah, jiran di selatan Negara kita, Singapura, juga melihat kejatuhan separuh nisbah FDI kepada KDNK, iaitu kepada 9.2 peratus pada tahun 2009 berbanding 19.1 peratus pada tahun 2006, biarpun ia dilihat sebagai sebuah ekonomi yang lebih liberal.

Thailand juga menghadapi masalah yang sama, dengan nisbah FDI kepada KDNK menurun sebanyak separuh kepada hanya 2,3 peratus dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, negara-negara serantau yang lain, iaitu Vietnam, Kemboja dan Indonesia masih menawarkan kombinasi faktor-faktor yang digemari oleh pelabur-pelabur asing - buruh yang murah, tanah yang luas dan pasaran domestik yang besar – semua perkara yang tidak dapat lagi ditawarkan oleh Malaysia.

Faktor yang paling kritikal adalah ketiga-tiga negara ini menawarkan insentif bagi industri yang berintensifkan buruh yang secara betulnya, tidak lagi digalakkan oleh Malaysia. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), dalam laporan tahun 2009, menyatakan bahawa pelabur asing meletakkan pertumbuhan pasaran sebagai keutamaan teratas apabila ia datang untuk membuat keputusan mengenai destinasi pelaburan, diikuti dengan adanya tenaga buruh yang murah, dan, dalam beberapa kes, akses kepada sumber asli.

Juga didapati bahawa walaupun keberkesanan kerajaan, kualiti pengawalseliaan, kedaulatan undang-undang dan rasuah adalah pertimbangan yang penting, namun ini bukanlah masalah utama mereka. Ini menjelaskan aliran masuk pelaburan yang besar ke India dan China, dan bahkan Vietnam, walaupun negara-negara ini ditarafkan di kedudukan yang jauh lebih rendah daripada Malaysia dalam World Bank's Ease of Doing Business Index di mana Malaysia berada pada tangga 21 daripada 183 ekonomi berbanding kedudukan Vietnam di tangga 78, China di tangga 79 dan India di tangga 134.

Jika kita menguraikan komponen FDI, seseorang boleh melihat bahawa trend menurun dalam FDI bersih ke Malaysia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh aliran keluar dana, sebahagiannya disebabkan oleh penghantaran balik dividen dan pendapatan oleh pelabur yang sedia ada serta meningkatkan pelaburan Malaysia di luar negara (biasanya disebut sebagai pelaburan di luar negara), terutamanya disebabkan untuk merentasi pengambilalihan sempadan terutamanya dalam bidang telekomunikasi dan perbankan.

Ini ditunjukkan sebagai jumlah yang dikategorikan sebagai Pelaburan Langsung Luar Negara (DIA) yang terus menunjukkan trend menaik sejak awal milenium, meningkat dari 0.3 peratus daripada KDNK pada tahun 2001 kepada 5.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2010.

Ini mengakibatkan, kedudukan pelaburan antarabangsa bersih (IPP) mencatatkan imbangan yang positif dalam tempoh dua tahun yang lepas, mencerminkan peningkatan dalam jumlah aset yang dipegang di luar negara oleh syarikat Malaysia. Perkembangan positif ini, bagaimanapun, dicerminkan dalam akaun FDI sebagai nombor negatif.

Menyalahkan DEB untuk penurunan dalam aliran masuk FDI ke Malaysia secara faktanya tidak betul. Bersikap kritikal terhadap dasar kerajaan atau DEB adalah satu perkara, tetapi menjadi objektif dalam berbuat demikian adalah perkara yang berbeza.

Memang benar, terdapat ruang untuk penambahbaikan dan kita perlu untuk menangani kelemahan-kelemahan kita dalam menarik pelaburan asing seperti yang diterangkan olej oleh Tan Sri Ramon, tetapi biarlah kita lakukannya secara objektif.

* Dr Muhammad Abdul Khalid adalah felo penyelidik UKM. Ini adalah pendapat peribadi penulis.

Popular Posts