Showing posts with label Murahsiswa. Show all posts
Showing posts with label Murahsiswa. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Isu Mahasiswa Kurang Ajar: Beza antara mahasiswa bebas dengan keldai PR



Siapa pemimpin PR bersama pelajar-pelajar ini?

Ada beza di antara mahasiswa bebas dan yang di`keldai'kan oleh PR. Semasa kami menjadi pemimpin mahasiswa dulu, kita tidak ada masalah dengan AUKU kerana kita faham AUKU digunakan oleh pentadbir IPT untuk mentadbir dan menyelia urusan di dalam IPT. Kita juga tidak ada masalah dengan Seksyen 15 AUKU kerana peruntukan untuk menjamin kebebasan mahasiswa dari politik kepartian.

Semasa saya dan rakan-rakan menjadi pemimpin mahasiswa dan menggerakkan gerakan mahasiswa di kampus dulu, kami semua bersepakat untuk tidak membawa bendera mana-mana parti politik ke dalam kampus, termasuk UMNO. Tujuan dan hasratnya mudah - untuk memastikan bahawa aspirasi yang dibawa oleh perjuangan mahasiswa adalah aspirasi tulen yang datangnya dari mahasiswa sendiri; bukan yang didorong dan dipengaruhi oleh orang politik.

Kedua, adalah untuk membangunkan budaya Politik Baru di dalam kampus. Jangan salah faham tentang maksud politik baru yang digunakan oleh pemimpin tertentu bagi mencari populariti. Budaya Politik Baru di dalam kampus bermaksud, budaya politik yang bebas dari kebejatan dan kejelekan politik luar yang dibawa oleh parti-parti politik di luar kampus. Budaya Politik Baru mahasiswa ini seharusnya mengambil pengalaman dan pengajaran dari budaya politik sakit parti politik di luar kampus dan mahasiswa seharusnya mengambil teladan yang baik dan menjadi pemula serta pemangkin kepada budaya politik yang lebih murni dan matang dari apa yang dihidangkan kepada mereka oleh ahli politik di luar kampus.

Itu perbezaan ASPIRASI tulen mahasiswa dengan ASPIRASI mahasiswa yang di`keldai'kan oleh PR dalam insiden Mahasiswa Kurang Ajar. Saya percaya ramai mahasiswa di luar sana yang tidak bersetuju dengan tindakan rakan-rakan mereka yang tidak dipilih secara demokratik oleh mereka, yang bertindak memalukan komuniti mahasiswa di seluruh negara.  



Siapa pemimpin PR yang bertelagah dengan peniaga ini?




Mahasiswa perlu dididik dengan budaya politik baru bukan mengambil templat buruk politik di luar kampus. Aspirasi mahasiswa juga seharusnya aspirasi tulen, bukan menjadi rubber stamp untuk memenuhi kepentingan kelompok tertentu. Untuk mengelak keadaan seperti ini dari terus berlaku dan mahasiswa kekal bebas dari pengaruh parti politik, mungkinkah lebih wajar bagi pemimpin mahasiswa untuk mempertahankan Seksyen 15 AUKU?


Insiden Turun Bendera: @MahasiswaMsia kurang ajar dan masih cuba menipu lagi? Mari kaji tweet mereka





 Solidariti Mahasiswa 

 Isu turun bendera gambar DS  . Ia diluar kawalan penganjur. Koalasi BEBAS pandang serius & akn bincang perkara ini


Insiden turun bendera tidak dirancang? Kalau nak menipu pun tengok orang la beb. Itu tweet selepas mereka dihentam oleh pelbagai pihak di atas kepandiran mereka. Jelas sekali mereka cuba menipu. Bagaimana kita tahu mereka ini menipu?

Mari kita kaji tweet budak-budak yang telah merendah dan mencemarkan martabat mahasiswa. Sudahlah buat salah, masih nak menipu lagi? Memang macam perangai Ketua Umum sebuah parti yang menjadi pujaan budak-budak tidak matang dan senang diperlembukan ini.

Saya tidak mahu memberi tahu lagi di mana mereka ini menipu. Saya harap para pembaca sendiri akan menilai dan mengkaji tweet budak-budak yang kurang berakal ini dan nyatakan kepada kita semua apa penipuan yang mereka reka. 




 Solidariti Mahasiswa 

 Mahasiswa terus kuasai jalanan di bangunan ! Mahasiswa terus cipta sejarah!




 Solidariti Mahasiswa 

 Mahasiswa terus bergerak ke Ibu Pejabat UMNO di PWTC! Hari ini milik Mahasiswa! 




 Solidariti Mahasiswa 

 Mahasiswa sudah tiba di Ibu Pejabat UMNO. Kini mahasiswa takluk PWTC! 




 Solidariti Mahasiswa 

 Dato  akan terima memorandum drpd mahasiswa di Ibu Pejabat UMNO. Hari ini milik Mahasiswa!




 Solidariti Mahasiswa 

 Sejarah! Gambar  diturunkan & bendera  dinaikkan di PWTC!




 Solidariti Mahasiswa 

 Hari ini dlm sejarah - 17 Disember 2011 : Mahasiswa kuasai jalanan & Ibu Pejabat UMNO di PWTC! Hari ini milik Mahasiswa!




 Solidariti Mahasiswa 

 Mahasiswa terus takluki Ibu Pejabat UMNO di PWTC!  




 Solidariti Mahasiswa 

 Sejarah tercipta! Gambar diturunkn & bendera  dinaikkan di PWTC!











Popular Posts