Showing posts with label Manifesto Bukan Janji. Show all posts
Showing posts with label Manifesto Bukan Janji. Show all posts

Monday, April 14, 2014

5 Flash Mob & demontrasi bantah tarif air di Pulau Pinang, Selangor bila lagi? #PRperintahRakyatsusah




Nota: Memang wajar demo-demo seperti ini diteruskan di negeri-negeri PR kerana pemimpin mereka selalu menggalakkan demo dan mengatakan bahawa demo-demo seperti inilah yang akan merangsang ekonomi negara dan negeri. Selepas ini, rakyat Selangor juga wajar berdemo setiap hari selagi masalah air negeri Selangor tidak diselesaikan. Buatlah demo juga di Shah Alam untuk memperjuangkan nasib 105 pekerja Quality Hotel dan mendesak kerajaan PR Selangor menjelaskan bagaimana sebuah hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh mengalami kerugian. Teruskan berdemo, tapi jangan lakukan di Kuala Lumpur, lakukan di negeri PR yang menggalakkan demo seperti ini..


Baru @CMLimGuanEng tahu Penduduk Penang buat 5 Flash Mob dan Demo bantah kenaikan Tarif Air

Terkini! Penduduk-penduduk Pulau Pinang mula bangun. Mereka sudah tidak sanggup ditindas lagi. Gambar-gambar berikut menceritakan segalanya. Cadanagan Kerajaan DAP Pilau Pinang untuk nenaikkan kadar tarif air di negeri itu mendapat bantahan orang ramai. Flash mob dan demo kecil membantah cadangan berkenaan telah diadakan di Pekan Penaga, Seberang Perai oleh penduduk-penduduk Penaga. Mereka menggelarkan himpunan ini sebagai Himpunan Anak-Anak Penaga. Ini baru penduduk Pekan Penaga, belum lagi merebak ke satu pulau

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/terkini-baru-cmlimguaneng-tau-penduduk.html#OBMCTZMAGGDd7xaO.99










Friday, April 4, 2014

Quality Hotel ditutup atau bakal dijual? Kerajaan PR Selangor lemah #PRperintahRakyatsusah



Apa tujuan penutupan? Kerajaan PR Selangor selama ini gagal urus sampah, sekarang gagal urus hotel pula. Hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh rugi? Biar betul? Banyak sangat ke persaingan dalam bandar Shah Alam? Adakah ini akibat bila Pemimpin PR nak semua free - pendidikan free, lukisan free dan duduk hotel pun free sampai hotel rugi? Pemimpin PR sibuk nak demo sana sini, reformasi sana sini, terlalu sibuk dengan pemilihan parti, akhirnya nasib lebih 100 pekerja hotel tidak terbela..


Hotel Quality ditutup, lebih 100 orang dibuang kerja


Hotel Quality di Shah Alam telah ditamatkan operasinya, sekaligus menyebabkan nasib lebih 100 orang kakitangan hotel yang telah beroperasi semenjak 26 tahun lalu tidak ketahuan hala.

Alasan yang diberikan oleh Syarikat Perangsang, pemilik hotel tersebut yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ialah hotel berkenaan tidak menguntungkan dan beroperasi dengan kawalan kos.

Notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada 31 Mac lalu dan ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar hotel tersebut, Amar Maarof Abdullah.

Kata pecacai Pakatan, Selangor hebat dan diuruskan dengan cara yang sangat bagus. Pelancong pun ramai. Ekonomi Selangor memuncak dan tersangatlah hebatnya.

Namun semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, sudah banyak aset negeri yang dijual dan penjualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan dan perolehan. Sebelum ini, tanah-tanah dan aset-aset milik Yayasan Selangor, YBK dan PKNS telah dijual tanpa penebusan. 

Nampaknya perangai yang sama, berulang lagi tahun ini.

Cuma bezanya, peringkat awal ini, Perangsang menyatakan bahawa 7 tingkat Bangunan Perangsang di Shah Alam yang sebelum ini merupakan Hotel Quality akan diubahsuai menjadi pejabat dan tidak akan dijual sebaliknya hanya untuk disewa.

Tunggu sahajalah tidak lama lagi, pasti bangunan tersebut akan bertukar status sepertimana yang dilakukan dalam melibatkan bangunan-bangunan dan tanah-tanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dan PKNS.

Sumber - UMNO Online

Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang Manifesto @DrWanAzizah untuk siapa? Untuk kutuk @Khalid_Ibrahim? #ManifestoBukanJanji



Embedded image permalink

Sejak tahun 2008, tak boleh selesai masalah sampah? Selangor berbangga dengan rizab RM 2.28 bilion, tapi apa kata Majlis Perbandaran kajang?




50% kes demam denggi pada tahun 2012 datang dari Selangor, salah satu faktor kerana sampah tidak dikutip seperti dijadualkan. Tahun 2012, 55% kes denggi datang dari Selangor. Tahun 2014, 107 daripada 115 hot spot denggi atau 93% datang dari Selangor.





Apa cerita jalan rosak pula? Tiada dalam manifesto Wan Azizah?


Jadi, apa sebenarnya manifesto Wan Azizah ni? Lihat di bawah untuk memahaminya....



Demi rakyat atau demi suami?




Embedded image permalink

Demi Rakyat atau Demi Suami?



Thursday, March 13, 2014

#ManifestoBukanJanji Manifesto 4 PERKARA @DrWanAzizah bukti @Khalid_Ibrahim GAGAL? #PRKKajang



Pelik tetapi benar.. Calon PRK Kajang adalah calon recycle dan MANIFESTO 4 Perkara yang diajukan pula adalah cerminan kepada KEGAGALAN KERAJAAN PR, WAKIL RAKYAT PR sebelum ini dan MENTERI BESAR SELANGOR dalam mentadbir urus negeri, majlis perbandaran, komuniti dan engagement dengan golongan muda. Apakah Wan Azizah sedang menyalahkan MB Selangor Khalid Ibrahim dan ADUN Kajang sebelum ini yang gagal menunaikan tanggung jawab masing-masing? 




Dangkalnya manifesto.. apakah yang dilakukan oleh ADUN Kajang dan MB Selangor sejak tahun 2008?



Apabila tiada engagement yang berkesan dengan golongan muda dan tiada usaha untuk memulihkan gejala sosial dan pembangunan eonomi yang berkesan di kalangan penduduk, maka penyakit dalam masyarakat timbul. Apa yang kerajaan PR Selangor pimpinan Khalid Ibrahim buat selama ini?


Baru nak sedar jalan sesak di Kajang? Lama dah rakyat bagitahu, tapi pemimpin PR tak dengar..  Selama 4 tahun, wakil rakyat dan MB buat apa? Ahli Majlis di kalangan pemimpin PR tidur ke? Nak lantik consultant untuk selesaikan masalah trafik? Alamak..


Selama ini kerajaan PR sentiasa menafikan masalah dan mengabaikan soal ini. Akhirnya bukan sahaja sampah tidak terurus dengan baik, malah telah menyebabkan pertambahan kes Denggi yang begitu tinggi. Selangor dan menjadikan Selangor negeri dengan jumlah kes tertinggi. Soal saliran yang diabaikan, bukan sahaja mengakibatkan masalah Denggi semakin parah, tetapi turut mengakibatkan banjir kilat di Kajang. Adakah PR nak mengatakan selama 4 tahun ini mereka hanya bersandiwara dengan slogan DEMI RAKYAT dan hakikat sebenarnya mereka memperjudikan nyawa rakyat. Apa MB dan wakil rakyat Kajang buat selama ini?



Kenapa hanya Manifesto 4 Perkara? Kegagalan PR di bawah tak nak perjuangkan kah?




Adakah PRK Kajang ini medan untuk MEMBUKTIKAN Khalid Ibrahim merupakan MB yang tidak efektif dan wakil rakyat lama yang meletak jawatan merupakan seorang yang GAGAL?!!!


Calon recycle, isu pun recycle. Membuktikan PR gagal dalam tadbir urus negeri Selangor..




March 12, 2014

PKR is going on a new way of campaigning for the Kajang by-election by launching its four-point manifesto on postcards and distributing based on the issues that affect the locality the most.

PKR launched its four-point manifesto via postcards for the Kajang by-election focusing on entrepreneur and youth development; crime and security; traffic jams; and city maintenance and development.

“We are trying to bring about a new way of campaigning. Hence we have introduced these postcards that highlight issues in Kajang,” said PKR strategy director Rafizi Ramli.

A total of 80,000 postcards will be printed and distributed based on the issues that affect the locality the most.

“Voters in Kajang town will receive postcards on traffic jams whereas in Sungai Sekamat, residents will receive the ones related to youth and entrepreneur development,” Rafizi told reporters at PKR’s main election machinery office in Sungai Sekamat this morning.

PKR candidate for Kajang Wan Azizah Wan Ismail, who is also the party president, was also present at the event.

“We want to maximise the use of Kajang Stadium by bringing in a Malaysian League team for training sessions.

“I wonder what (Youth and Sports Minister) Khairy Jamaluddin has to say about this,” said Rafizi.

He said this was part of the entrepreneur and youth development plans that PKR had for Kajang people.

Yesterday, Wan Azizah filed her nomination papers for the Kajang by-election on March 23.
She will be facing MCA vice-president Chew Mei Fun in a straight fight.

Rafizi said Wan Azizah would be able to push for environment-friendly garbage disposal system in Kajang before making it a state agenda.

He added that Wan Azizah would be bringing in an independent traffic consultant to find an immediate solution to the traffic jams and draw up the 2018 Kajang Traffic Plan.

The Kajang state seat fell vacant following the resignation of incumbent assemblyman Lee Chin Cheh of PKR on Jan 27. Advance polling would be held on March 19.

The state seat comprises 39,728 voters. At the last general election in May 2013, the seat saw a voter turnout of 87.9% with 541 spoilt votes.

In last general election, PKR’s Lee garnered 19,571 votes with a 6,824 majority. BN’s Lee Ban Seng received 12,747 votes and Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014. Three independent candidates who contested received less than 250 votes each.

Kajang, famous for its satay, is located in the eastern part of Selangor is one of the three state constituencies in the Hulu Langat parliament constituency. It has a 342,657 population, consisting 60.4% Malays, 19.3% Chinese, 9.7% Indians, and 10.6% other ethnic groups.


Wednesday, April 10, 2013

[Analisis Menarik] Asas #ManifestoBN - fakta, asas #ManifestoPR - auta #tolakPR #undiBN #PRU13 #GE13


#ManifestoBukanJanji VS #ManifestoBN #AkuJanjiBN


1. Setelah DS Najib Razak mengumumkan Manifesto BN yang dinamakan sebagai Aku Janji BN, pelbagai analisis telah dibuat samada dari pihak Pro-BN ataupun Pro-Pembangkang.

2. Namun satu persetujuan telah dibuat bahawa Manifesto BN pada kali ini adalah yang terhebat antara manifesto-manifesto sebelum ini.

3. Sampaikan pihak Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang asas untuk menolak tawaran Barisan Nasional sehinggakan terpaksa menggunakan taktik untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional meniru tawaran Pembangkang.


4. Namun begitu, harus dilihat kepada fundamental kepada tawaran-tawaran ini daripada sudut numerikal.

Perbandingan Bilangan Teras Dan Janji


5. Pada PRU-12 tahun 2008, Pembangkang secara keseluruhan telah menawarkan sebanyak 13 Teras dan 64 Janji. Namun begitu pada kali ini mereka telah menawarkan hanya 4 Teras dan 45 Janji sahaja.

6. Di pihak Barisan Nasional pula, ini adalah tawaran kali pertama DS Najib kepada rakyat. Beliau telah menggariskan secara keseluruhannya 17 Teras dan 150 Janji. Satu tawaran yang menyeluruh serta berani.

7. Mengapa Pembangkang mengurangkan teras dan janji mereka?

8. Ini kerana mereka sudah tidak berani untuk berjanji untuk kerana takut tidak dapat untuk tunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang berlaku pada penggal yang lepas.

9. Di pihak Barisan Nasional pula, dengan berbekalkan pengalaman mengurus dan pencapaian-pencapaian yang dikecapi, BN tidak takut untuk berjanji kerana yakin dan mampu untuk menunaikannya.

10. Dan BN pula menepati segala janji-janji sebelum ini sehinggakan terlalu payah untuk pihak Pembangkang mencari janji yang tidak ditepati.

Keunikan Manifesto BN


11. Pada kali ini, tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh mana-mana parti di dunia ini, Barisan Nasional pada setiap 17 Teras, BN telah membuat 2 segmen iaitu:
  • Dalam tempoh 5 tahun, kami berjanji untuk...
  • Setakat ini kami telah...
12. Berbanding dengan kenyataan Manifesto Pembangkang yang menyatakan bahawa "Sekiranya kami berjaya menawan Putrajaya, kami akan..."

13. Di situ jelas tertulis bahawa Manifesto Pembangkang tidak yakin dengan janji-janji meraka serta bersandarkan kepada "Sekiranya..."

14. Berbanding dengan Aku Janji Barisan Nasional, dengan penuh yakin, BN menyatakan "kami berjanji..." dan bukan setakat itu sahaja, BN dengan penuh yakin menyatakan "Setakat ini kami telah..." membuktikan pencapaian dan prestasi kerajaan BN setakat ini.

15. Jelas di sini Aku Janji BN adalah kerana BN Yakin dan Mampu untuk melaksanakan janji-janji mereka.

Perbandingan Ciri-Ciri Manifesto


16. Seharusnya perlu dilihat kepada ciri-ciri kedua-dua manifesto ini secara overview.

17. Terdapat 10 ciri-ciri yang telah dibandingkan dan pada akhirnya dapat dirumuskan bahawa Aku Janji BN adalah Yakin dan Mampu manakala Manifesto Pembangkang adalah Kalut dan Karut.

17 Perbandingan Antara Aku Janji BN dan Manifesto Pembangkang






18. Dengan meneliti maklumat di atas, didapati bahawa terdapat 4 bidang yang ditinggalkan oleh Manifesto Pembangkang yang tidak disentuh iaitu tentang:
  • Taraf Hidup Rakyat
  • Pembangunan Infrastruktur & Luar Bandar
  • Belia
  • Antarabangsa
19. Dibandingkan pula di bawah tentang 5 perbandingan utama tentang janji-janji ini.






 


  

Siapa Tiru Siapa?

20. Namun begitu, satu perkara yang perlu diulas adalah berkaitan dengan dakwaan Rafizi bahawa BN telah meniru Manifesto Pembangkang.

21. Sebelum ini telah disenaraikan 12 Janji-janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional (baca di sini) 

22. Tetapi, dakwaan Rafizi adalah khusus kepada 2 janji Barisan Nasional iaitu tentang penurunan harga kereta dan pemberian permit teksi.

23. Disenaraikan di bawah ini adalah 6 Janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional.







Kesimpulan 

24. Mudah untuk disimpulkan di sini bahawa Manifesto Pembangkang adalah terlalu lemah untuk dibandingkan dengan Aku Janji BN.

25. DS Najib dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 4 tahun sahaja telah melakukan transformasi terhadap pertadbiran negara ini dengan begitu baik.

26. Perlu diingatkan bahawa wawasan Barisan Nasional adalah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, segala perancangan telah dilakukan bermula tahun 1991 lagi.

27. Menurut kajian terkini, dengan prestasi kini, Wawasan 2020 boleh dicapai seawal tahun 2018. Ini adalah hasrat, harapan dan janji seluruh rakyat Malaysia.

28. Dan tempoh ini hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi.

29. Mengapa harus digagalkan usaha yang sudah berumur 22 tahun ini?

30. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Popular Posts