Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan PKR. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

#PemilihanPKR: 5 DIPECAT, 1 digantung hasil pengadilan berpilih Lembaga Dispilin PKR?



Pemilihan PKR penuh keganasan, penipuan dan rasuah - tindakan hanya diambil ke atas ikan bilis?


KENYATAAN MEDIA



Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 1hb Julai 2014 yang dipengerusikan DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.




Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:




1) Sdr NASHARUDDIN MD ISA (Cabang Ampang)

Beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27hb Jun 2014. Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, “Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik.”



Sdr NASHARUDDIN MD ISA dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat.




2) Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014. Anak beliau, Nitish A/L Nallasamy (bukan anggota parti) turut terlibat dalam tindakan tersebut.



Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




3) Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU (Cabang Kota Raja)

Beliau telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.



Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




4) Sdr VIJAY KUMAR SAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr VIJAY KUMAR SAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




5) Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




6) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.



Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB dengan ini digantung keanggotaannya selama setahun, bermula serta-merta.




Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN



2hb Julai 2014

#PemilihanPKR - Bos kalah, Faekah persoal Anwar, Wan Azizah @Khalid_Ibrahim @Faekah_qkn5



Pemilihan penuh keganasan, penipuan dan rasuah. Khalid mangsa penipuan `blue eye boy' Anwar?

Faekah : Kalah Pemilihan, Khalid Didesak Letak Jawatan, Bagaimana Anwar & Wan Azizah ?

AIDCNews – 2/7/14 – Jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan alasan kalah sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor, bagimana pula dengan kedudukan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di cabang.
Presoalan itu dibangkitkan oleh Faekah Husin, Pegawai Penyelaras Khalid untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab desakan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK PKR yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN yang mendesak Khalid letak jawatan MB selepas kalah di Cabang Kuala Selangor.
“Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
“Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?,” soal Faekah.
Kenyataan penuh Faekah dipetik dari laman pro pembangkang, amenoworld.net seperti berikut :
Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.
Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.
Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi pihak parti itu.
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.
Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.
Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?
Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.
Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!
FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG




Thursday, May 15, 2014

#PemilihanPKR: Himpunan #TakADIL 20/5 untuk bantah pemilihan penuh rasuah, penipuan & keganasan?



Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan parti itu. Macam Melayu dalam PKR juga la, nama je Melayu dan Muslim, tapi sebenarnya..... Baguslah ada Himpunan Tak Adil ni.. ramai yang tengah tanya, bila la parti ni nak berkubur? :)

Adil ke Tak Adil, Keadilan Berpilih ke tak, baca dulu kenyataan akhbar di bawah.. Mana nama Chegu Bard yang turut membuat kenyataan baru-baru ini tentang pemilihan PKR?


KENYATAAN MEDIA

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)
Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Pn Faridah, pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.

Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

2) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.

Sdr BOBINATH A/L VELLO akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".

Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

5) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka di laman Facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)
Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti."

Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) Sdr NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)
Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.

Sdr NOOR AZMAN SAMSURI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)
Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

YB Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

15hb Mei 2014

#PemilihanPKR: Khalid dahului Azmin 59 undi sebab rasuah atau Azmin dibenci di Selangor?



Jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian.


Abdul Khalid mula pintas Azmin 59 undi?
Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 MEI: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan mula memintas penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dengan kelebihan 59 undi.

Menurut sumber Selangor Kini, jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian.

Keputusan berkenaan diperoleh selepas selesai pengiraan di dua cabang, Sepang dan Kuala Langat dan secara tidak rasmi bagi Sepang Abdul Khalid memperoleh 594 undi, diikuti Azmin 210 dan Saifuddin tujuh undi.

Abdul KhalidBagi Cabang Kuala Langat pula, Abd Khalid memperoleh 392 undi; Mohamed Azmin, 247 dan Saifuddin lapan undian.

Setakat ini, Abdul Khalid dilihat terus menguasai di semua cabang di Selangor.

Sementara itu, kelewatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan keputusan terkini menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan ahli berhubung kredibiliti dan kecekapan badan itu menguruskan pemilihan parti.

Sebelum ini, pengawas pemilihan yang dilantik JPP turut dikritik ketika mengendalikan proses pengundian dijalankan.

Semakan Selangor Kini di laman sesawang rasmi PKR, kali terakhir kedudukan undian dikemaskini hanya membabitkan keputusan peringkat Perak.

Keputusan membabitkan peringkat Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masih belum dipamerkan lagi.


Wednesday, May 14, 2014

Tukar MB Selangor? Team @AzminAli sapu bersih #PemilihanPKR yang dicemari rasuah, penipuan & keganasan?



Undi Khalid Ibrahim 10,851 (32%) dan Saifuddin Nasution 7,609 (22%) undi jika dicampur adalah sebanyak 18,460 atau 54%. Azmin hanya dapat 46% undi. Inilah akibatnya bila DEGIL. Ada ura-ura Selangor nak dapat MB baru tak? Ha ha ha...

Timbalan - Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Ketua AMK, Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad  dan Ahmad Nazree Yunus.

Ketua Wanita - Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Tahniah kepada semua pemenang....



Insiden penipuan undi..


Insiden keganasan...


Azmin and the geng menang di sebalik 
kekecohan Pemilihan PKR
RABU, 14 MEI 2014 13:21  
WARTAWAN AGENDADAILY 

Biarpun huru-hara sana sini, bergaduh, buat lari peti undi, senarai nama pengundi hilang disaksikan sepanjang musim Pemilihan PKR 2014... namun pasukan penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali dijangka menang jawatan-jawatan utama parti.

Tinggal undian dari 20 cabang (bahagian) yang perlu diadakan semua kerana berbagai masalah, pasukan Azmin dilaporkan cemerlang selepas berjaya memenangi jawatan utama termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita.

Sehingga kini, Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad  dan Ahmad Nazree Yunus.

Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.

Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman penentangnya calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam kerana menuduhnya mengamalkan politik wang pada hari pemilihan Cabang itu Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan peguam menghantar notis menuntut Manikavasagam memohon maaf sebelum saman fitnah difailkan.

“Saya mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Saman kepada Manikavasagam kerana menuduh saya melakukan rasuah membeli pengundi,” kata Khalid dalam kenyataan melalui akaun Twitter beliau, Selasa.

Manikavasagam, bekas ahli Parlimen Kapar, pada Ahad lalu mendakwa Khalid memberi rasuah wang kepada pengundi sebanyak RM50 seorang dan mempunyai bukti rakaman video yang akan didedahkannya di laman web.

“Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

“Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini,” katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.-14/5/2014

Baca berita penuh di bawah

#PemilihanPKR: @AzminAli dahului kerana penipuan & rasuah atau sebab @SaifNasution gila nak bertanding?


Saifudin Nasution hanya pemenang atas kertas. Kalau dia tak bertanding mungkin Khalid Ibrahim yang akan menang, bukan Azmin

Azmin memungut 13,435 undi berbanding Khalid Ibrahim dengan 9,532 undi dan diekori jauh oleh Saifuddin Nasution Ismail, yang HANYA mendapat 6,586 undi.


Adakah penipuan undi punca Azmin mendahului?


Atau, adakah keganasan punca ahli takut untuk mengundi selain daripada Azmin?


Pemilihan 171 Cabang PKR Selesai, Azmin Masih Mendahului
May 13,2014 - by AIDC

SHAH ALAM: Meskipun pemilihan di 27 Cabang masih tertangguh, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipercayai terus mendahului dua lagi pencabarnya yang lain untuk jawatan berkenaan.

Setakat ini adalah difahamkan Azmin memungut 13,435 undi berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan 9,532 undi dan diekori jauh oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang mendapat 6,586 undi.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) 2014 PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan pemilihan di sepuluh lagi Cabang PKR terpaksa diadakan semula berikutan laporan pelbagai kegiatan melanggar peraturan pemilihan.

Sebelum ini, dalam pemilihan hujung minggu kedua, pemilihan di sejumlah 17 Cabang dibatalkan dan beberapa Cabang akan mengulangi pemilihan hujung minggu ini (17 Mei).

Bagaimanapun proses pemilihan di Selangor yang menjadi medan pertembungan terbesar di antara pengerusi pimpinan negeri PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim merekodkan paling banyak kes kekecohan dan pembatalan.

Sepuluh Cabang di Selangor yang diputuskan oleh JPP perlu mengadakan pemilihan semula ialah:

1. Ulu Langat
2. Sabak Bernam
3. Sungai Besar
4. Subang
5. Kelang
6. Selayang
7. Kota Raja
8. Kuala Selangor
9. Hulu Selangor
10. Kapar.

Menurut sumber PKR, kedudukan kukuh Azmin ini direkodkan selepas dijumlahkan keputusan pemilihan di 171 daripada 198 Cabang.

“Ini termasuk pemilihan yang dikatakan panas seperti di seluruh Sabah, kecuali Tawau, Silam, Pensiangan, keningau dan Tenom.

“Catatan ini juga meliputi keputusan dari seluruh 12 Cabang di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lalu,” kata sumber itu.

Sehubungan itu, bagi persaingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda parti itu, calon yang menyokong Azmin iaitu Amirudin Shaari terus mendahului dua lagi saingannya.

“Amirudin memungut 2,433 undi mendahului penyokong kuat Tan Sri Khalid, Nazree Yunus yang mendapat 1,494 undi.

“Sementara Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang dikatakan menyertai kem Saifuddin mendapat 2,275 undi,” kata sumber itu.

Semalam pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan terburu-buru untuk mengadakan pemilihan semula bagi 10 Cabang yang ditangguhkan.

Katanya, jika mengikut peraturan, JPP mempunyai tempoh sehingga September untuk menyelesaikan proses pemilihan semula itu – Antarapos



Shen Yee Aun - #PemilihanPKR dicemari rasuah, keganasan, penipuan, nepotisme & salah guna kuasa


Rasuah berleluasa dalam pemilihan PKR

"Kuala Selangor Parti Keadilan Rakyat division chief, S Manikavasagam has claimed that the ongoing PKR elections at the division was being marred by money politics with candidates bribing as much as RM50 to win votes" - SYA


Salam UBAH kepada BERSIH dan Ambiga ,

Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong pilihan raya bersih , anti rasuah dan penyokong kesuburan demokrasi maka saya hendak meminta supaya BERSIH akan adakah BERSIH 5.0 besar - besaran di Dataran Merdeka terhadap Parti Keadilan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Wan Azizah dan anak perempuannya Nurul Izzah ?

1. Setakat ini terdapat 344 bantahan dan aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri terhadap proses pemilihan mereka. BERSIH selaku NGO yang bertanggungjawab untuk menjamin pilihan raya dan pemilihan bersih , telus dan adil seharusnya tampil ke hadapan untuk memastikan PKR mengadakan pemilihan mereka dengan telus. ( Sejarah aduan pemilihan dalaman parti yang terbanyak dalam sejarah politik Malaysia )

2. Setakas ini hampir 100 calon PKR sudah kehilangan hak mereka untuk bertanding apabila kelayakan mereka dibatalkan oleh jawatankuasa pemilihan. PKR. ( Sejarah pembatalan kelayakan calon bertanding yang paling banyak dalam sejarah politik Malaysia )

3. 12 daripada 22 Bahagian di Selangor sudah membatalkan proses pemilihan mereka. ( Sejarah pembatalan bahagian pemilihan parti yang paling banyak dalam sejarah politik negeri Selangor ) .

4. Aduan Ketua Bahagian Kuala Selangor sendiri yang melaporkan terdapatnya politik wang terlibat dalam pemilihan kali ini.

The candidate for Kuala Selangor Parti Keadilan Rakyat division chief, S Manikavasagam has claimed that the ongoing PKR elections at the division was being marred by money politics with candidates bribing as much as RM50 to win votes. “I have evidence of video recordings (on money politics) and will upload it soon. I received complaints that party voters are being bribed of RM30 to vote for candidates contesting for national posts and RM20 for Kuala Selangor division chief post.

Bukankah perjuangan PKR dan BERSIH selama ini adalah anti Rasuah ? Pejuang - pejuang Pakatan Rakyat yang selalunya menjerit anti rasuah seharusnya kini tampil ke hadapan berhadapan dengan PKR.

5. Keganasan Politik

- Budaya keganasan PKR selama ini telah menjerat mereka sendiri sehingga jantina wanita juga akan bertindak ganas untuk berlawan sesama sendiri. Jika mereka namakan Karpal Singh sebagai the Tiger of Jelutong maka Wanita PKR yang begitu garang perlu kita namankan mereka the Tigress of PKR .

Chaos reigned at the PKR election for the Sabak Bernam division which was later cancelled.What began as heated arguments, with curses thrown in, between rival supporters at the Sabak Bernam Mini Convention Centre turned ugly when several women supporters were seen pulling at each other’s dresses.At one point, one of the supporters tried to hit another with a wooden stick. Those nearby quickly stopped the intended assault and dispersed the crowd with the help of the police. who took away the stick.

6. Pembatalan keputusan pemilihan 17 bahagian PKR

7. Black Out di Batang Sadong, Sarawak

8. Pengundi Hantu dalam pemilihan PKR

Di Cabang Klang, pemilihan PKR juga dibatalkan sebabnya - Senarai nama ahli yang disemak di bawah khemah tidak sama yang berada di dalam dewan.

Di Cabang Kota Raja pula.. Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada jam 5.00 petang memaklumkan bahawa terdapat satu peti undi telah dipecahkan. terdapat sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.

PKR begitu sibuk hendak menangkap 40 000 pengundi Bangla dan pengundi hantu yang tidak pernah wujud dalam PR 13 sehingga lupa untuk tangkap pengundi hantu dalam parti mereka sendiri.

Jika penyokong Pakatan Rakyat suka sangat hendak UBAH. Memperjuangkan anti rasuah , ketelusan pilihan raya , kesuburan demokrasi , hak keadilan dan sebagainya maka kini SYA menawarkan diri bersama anda dalam setiap perjuangan politik laungan anda semua selama ini. Reformasi ? Pilihan Raya BERSIH ? Anti Rasuah ? Hak berdemonstrasi untuk menuntut keadilan ? Hak demokrasi ? Jika ikhlas maka kita seharusnya adakan BERSIH 5.0 .

Cuma sekadar ingin bertanya Mat Sabu ready nak membawa penyokong turun ke padang demi perjuangan prinsip Pakatan Rakyat selama ini ? Adakah Datuk Ambiga berani mengetuai himpunan ini ?

Selamatkan Malaysia . Lawan Tetap Lawan. UBAH dan BERSIHKAN PKR. REFORMASI !!!!

Shen Yee Aun ( SYA )



Monday, May 12, 2014

[Video] #PemilihanPKR Waduh2. Gawat. Ini mau pilih pemimpin atau Ketua Kongsi Gelap?



Parti yang lahir di jalanan, perangai mereka juga macam samseng jalanan. Parti yang melatih ahli-ahlinya bertindak ganas seperti samseng dan kongsi gelap, akhirnya akan dimusnahkan oleh tindakan ahli-ahlinya yang seperti samseng dan ahli kongsi gelap juga. Malangnya yang ramai Melayu. Walaupun ada yang bertudung dan berkopiah, orang Melayu dalam PKR hanyalah Melayu sosialis dan Melayu pluralis yang tiada hala tuju akidah dan perjuangan Islam dan bangsa yang jelas. Hanya sekumpulan samseng dan ahli kongsi gelap yang keliru tentang matlamat akhir perjuangan, iaitu akhirat..


Gila kuasa... akibat selalu berdemo dan merusuh di jalanan, mereka mungkin ingat lupa yang mereka hadir mesyuarat bukan hadir demo jalanan.... macai oh macai..



Kertas undi palsu?


Pengundi Bangla dan Pengundi Hantu?


Tak perlu hadir mesyuarat. Hanya minta 40,000 Pengundi Bangla mengundi di dalam bilik hotel? Wah... senang kerja.. Mungkin ini yang mereka buat sampai boleh menang kawasan Parlimen dan DUN di negeri-negeri PR semasa PRU13?



Sabak Bernam



Nibong Tebal



Sabak Bernam


Sungai Petani







Klang



Kuala Langat



Petaling Jaya Selatan

Tuesday, April 29, 2014

#PemilihanPKR: @AzminAli mendahului. @Khalid_Ibrahim & @SaifNasution sudah kena game #PengundiBangla ?



Ini kerja Team Azmin atau Team Khalid?



Azmin dikatakan memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%. Saifudin nampak macam badut je dalam pemilihan kali ni... apa sudah jadi? Blogger-blogger yang sokong Saifudin, Nurul, Rafizi ni tak buat kerja ke?


Azmin Ali dahului perebutan timbalan presiden PKR

APRIL 27, 2014


Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

Mohamed Azmin Ali semakin hampir mempertahankan jawatannya selepas keputusan tidak rasmi awal menunjukkan sokongan memihak kepada penyandang timbalan presiden PKR itu.

Sumber mendedahkan ahli Parlimen Gombak itu mendahului undi popular, jauh meninggalkan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat pengundian zon pertama hari ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider, Azmin memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%.

Keputusan tersebut diperoleh daripada Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Bagaimanapun, kiraan undi masih lagi belum selesai di Kelantan dan sedang berjalan.

Menurut sumber, kebanyakan sokongan yang diperolehi Azmin juga datang daripada cabang yang majoritinya bukan Melayu seperti Stampin, Lubok Antu, Lawas di Sarawak dan beberapa kawasan cabang lain.

"Ini menunjukkan mesej yang senada dengan tema kempen Keadilan Raya yang menitikberatkan idea keterangkuman dan toleransi.

"Majoriti ahli menyokong tema Keadilan Raya yang dibawa Azmin," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan keputusan awal itu, sumber berkata, majoriti ahli parti tidak mengganggap PKR sebagai sebuah parti politik berteraskan kaum Melayu, tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Mengejutkan Saifuddin jauh ketinggalan walaupun mendapat sokongan daripada ketua umum PKR," kata sumber merujuk kepada sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu.

Saifuddin sebelum ini berkata PKR merupakan sebuah parti politik berteraskan Melayu, namun ia disangkal Azmin yang tidak bersetuju dengan label itu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Bagi minggu terakhir ia melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.

Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 27 April, 2014.


#PemilihanPKR Cabang Kemaman kecoh, Rafizi buat kecoh sebab kena game dengan #TeamAzmin?

 

Alamak... apa sudah jadi dengan #TeamSaifudin ni? Sudah kena main dengan #TeamAzmin ka? Apa kata ahli akar umbi PKR tentang Rafizi?
"Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat."


Rafizi buat kecoh bila tahu akan kalah Ketua Cabang Kemaman Pemilihan ditunda !!!

Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang. 

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang.”

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Sunday, April 27, 2014

#PemilihanPKR : Kantoi! @Khalid_Ibrahim mendahului @AzminAli sebab Undi Hantu dan Bangla? #PartiKangkungRakyat


Siapa sebenarnya yang guna PENGUNDI HANTU dan menipu dalam Pilihan Raya Umum? Nampaknya pemimpin PKR memang mahir dalam bab ni. Siapa yang kantoi ini? Khabarnya ini kerja Team Azmin Ali, tapi yang menghairankan, dalam pengiraan dan laporan blogger PR, yang sedang mendahuli adalah Khalid Ibrahim. Yang tercorot jauh - Saifudin Nasution...


Tulisan sama, walaupun susunan nombor berbeza. Bukti mereka dah terlatih dan biasa buat kerja-kerja penipuan UNDI seperti ini.


Antara 40,000 Pengundi Bangladesh dari Hulu Selangor yang dikesan dalam sebuah bilik di Simunjan, Sarawak. Mungkin ada 38,890 orang 'pengundi Bangla' seperti ini lagi di seluruh negara


Peti undi yang transparent / lutsinar TIDAK menghalang penipuan PKR



Senarai hadir tak sama dengan jumlah undi yang keluar? Ramainya pengundi Bangla ..



Khalid Ibrahim mendahului nampaknya


Yang badut kat tengah tu, konon 56% sangatlah, tapi setakat menang atas poster je la ha ha ha lawak, tersangat lawak daripada Parti Kangkung Rakyat...


Baca apa kata seorang Blogger PR tentang penipuan ini di bawah. Tak sedar-sedar lagi PKR tu Parti Kelentong Rakyat...


Pemilihan PKR : Semoga penipuan di Sarawak ini tidak disapu ke bawah karpet hendakNya

Setiap kali bila Pilihanraya menjelang tiba atau ketika Pilihanraya akan berlangsung, isu penipuan dalam Pilihanraya akan kita bangkitkan...

Dari pengundi hantu hingga kepada senarai pengundi yang menimbulkan berbagai keraguan pasti akan diserang habis-habisan..

Malah serangan yang bertali arus terhadap SPR dalam isu satu alamat 88 pengundi sebelum PRU13 yang lalu telah menyebabkan pihak SPR menutup laman semakan pengundi buat sementara waktu..

Tetapi... biarpun pihak kita menunjukkan kemarahan malah menuduh SPR bersekongkol dengan UMNO/BN untuk kekal berkuasa, kita juga turut menipu..

Tidakkah ini namanya HIPOKRIT??

... Hasil dari maklumat ahli, pasukan pemantau PACA TS Khalid Ibrahim telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Ketika pihak PACA Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka yang berada didalam enggan membukanya dan dalam masa yang sama kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah pintu dibuka, dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.

Berikut adalah laporan dari Zakaria Ab Rahim Calon MPP dan Counting Agent Batang Sadong..

Salam Dato, saya selaku calon MPP No 2 dan Wakil Calon Timb Presd no 3 dgn ini membantah keluruhan proses pengundian SELURUH JK Pusat di Cabang Batang Sadong kerana berlaku penipuan dan manipulasi undi dan ditangkap red handed beserta 3 org saksi,

1. Dr Shan calon Naib Pres no 5,
2. Sdr Zaidi Amin, AJK Cabang Santubong
3. Sdr Roydaney Mohd Hossein, Timb AMK Petrajaya.

1. 90% kertas undi tak berlipat
2. Jumlah kertas undi keluar, dlm peti undi dan nama dipotong dlm daftar anggota berbeza
3. Dijumpai buku senarai 20 nama pengundi yg hadir tetapi:

Kertas undi keluar - 285
Kertas undi ditanda - 273
Jumlah nama dipotong - 238

Pohon digantung pengundian Batang Sadong dan pegawai JPP ditarik balin serta Ketua Cabang Btg Sadong diambil tindakan disiplin krn berkonspirasi.

Zakaria Ab Rahim
Calon MPP dan Counting Agent
Batang Sadong

Semoga penipuan ini tidak disapu kebawah karpet hendakNya..

Popular Posts