Showing posts with label Program 6P. Show all posts
Showing posts with label Program 6P. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

KDN - 1,178 Operasi, 25,158 PATI dan 46 majikan diperiksa, 53,682 lalui Pengampunan



Berikut adalah kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkenaan perkembangan terkini pelaksanaan program 6P bagi menangani masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan majikan-majikan yang menyembunyikan serta masih menggaji PATI. Turut dijelaskan adalah status terkini dari kementerian-kementerian berkaitan yang diperlukan bagi membolehkan proses Pemutihan dapat dijalankan dengan lancar.

Menurut Mahmood, beberapa isu berbangkit sepanjang pelaksanaan Program 6P telah dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan senarai tersebut telah dipanjangkan kepada semua kementerian dan agensi kawal selia program ini sebelum keputusan terhadapnya diputuskan awal minggu hadapan. Senarai ini diperolehi hasil pertemuan antara KDN dengan semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan proses pemutihan, termasuklah majikan, syarikat pengurus dan pihak kedutaan pelbagai negara.

Antara isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa. Susulan itu, 12 Kementerian dan agensi berkaitan telah memberi ulasan masing-masing, manakala enam (6) lagi termasuk Kementerian Pertanian masih belum memberi maklum balas.

Dalam perkembangan lain, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 2,721 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 46 majikan telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Oktober 2011. Jumlah yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 25,158 PATI serta 46 majikan yang diperiksa sepanjang operasi.

Pada masa sama, sehingga 16 Disember 2011, sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493). Daripada statistik yang sama, 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara; 12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat.

Sebelum itu, KDN telah mengumumkan langkah yang diambil bagi melancarkan prosedur serta proses pemutihan Program 6P. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan cawangan pusat setempat (one stop centre) di Johor Bahru yang akan mula beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula esok (Jumaat, 16 Disember 2011).

Cawangan pertama pusat pemutihan ini akan mula beroperasi di Tingkat 6, Blok 1, Kompleks KDN Johor Bahru, Jalan Setia Tropika, Teman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru sehingga tarikh akhir pemutihan pada 10 Januari 2012.

Pembukaan cawangan ini bertujuan memberi kemudahan kepada semua pihak khususnya majikan di lokasi selatan tanahair untuk menguruskan permohonan berkaitan pekerja asing tanpa izin (PATI) mereka masing-masing tanpa perlu hadir ke pusat operasi utama di Bangunan Imigresen, Putrajaya. Bagaimanapun, urusan tidak terhad kepada orang ramai sekitar Johor sahaja tetapi terbuka kepada wakil dari seluruh negara yang memilih untuk berurusan di sana berbanding di Putrajaya.

Melainkan permohonan pertukaran majikan oleh PATI, semua urusan di cawangan Johor Bahru ini menyamai operasi di Pusat Pemutihan Putrajaya, iaitu permohonan ID untuk majikan mengemaskini data PATI, permohonan Surat Makluman kepada kedutaan, pemprosesan permohonan pengambilan pekerja asing, pembayaran levi dan pengeluaran Surat Kelulusan Pemutihan.

Dalam perkembangan lain, bermula Jumaat, 16 Disember 2011, Pusat Pemutihan Program 6P di Putrajaya juga akan mula beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hal ini bertujuan membolehkan lebih banyak permohonan boleh diproses menjelang tarikh akhir 10 Januari 2012. Sehubungan itu, majikan digesa supaya bertindak segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir kerana bimbang berlaku kesesakan yang boleh menjejaskan permohonan.

Sunday, September 25, 2011

Malaysia tidak perlukan pelarian dan hipokrasi UNHCR


[Nota: Posting blogger Just Read menarik perhatian saya. Ini menambah koleksi pengetahuan kita mengenai hipokrasi Barat dan UNHCR dalam menangani isu pelarian. UNHCR bukan peduli sangat tentang pelarian, sebaliknya hanya suka menunding jari dan mencari kesalahan pihak lain, dan dalam kes ini negara kita Malaysia. Ada beberapa komen yang menarik yang saya petik dari blog Just Read, antaranya :-

indigo said...

by the way, the situation in myanmar is getting better.
so, their what so called refugees should be stopped from finding refuge in malaysia.
we already have too many of them, many are taking advantage of the status.
unhcr must also monitor situation the myanmar as to verify their status.


copacabana said...

stop taking them. send them home or to third countries who only know how to talk nonsense about our treatment here. use the millions of ringgit allocated for the refugees to improve rural roads and others. no point being the nice guy if our efforts go down the drain.

if malaysia is a dangerous country, tell unhcr that we will no anymore allow refugees to step foot on our land... or we will shoot them!

cuka getah said...

memang ada yang jadi penyamun tapi bukan sebab tak cukup makan tapi memang asalnya penyamun di negara sendiri. sebab tu lari dan ambil kesempatan jadi pelarian serta bernaung di bawah UNHCR.

siapa kata kita tak bagi mereka makan?

buatlah siasatan dengan pejabat UNHCR di kuala lumpur berapa banyak malaysia belanja untuk mereka.

UNHCR pun kita bayar.

sial betul diorang ni!

Chau said...

Why the number of the refugees is increasing? There used to be only Chin ( in the pics) from Myanmar under UNHCR protection in our country in the early stage of 2000 who are very humble and hardworking people apart from their drinking behavior .I have employed so many of them and helped them as they make me rich. Huu... I only regard these people as refugees who should be protected by the govt and UNHCR because they are the most discriminated ones in Myanmar for their religion ( Christian).

Baca artikel Just Read di bawah:

Malaysia is too dangerous!

I will go on writing about the same issue - UNHCR refugees in Malaysia. We have been battered all around for being the nice guys, all because of bad reporting and badmouthing by some 'double agents', including few Malaysians who play chummy to the international organisations and foreign governments.

Please bear in mind that we have yet to ratify the UN Refugee Convention but we play host to so many refugees.

This refugee camp is so close to the KLIA

We even signed a swap deal with Australia with the intention to help those refugees but here they go again, labeling Malaysia as the most dangerous country (here) for refugees. Why in the first place we signed up with them?

If we are not a signatory to the Convention, can can always chase them from our territory or flush them out. But we have been too kind enough. I think we should review out stand on this. Rather than being diplomatically-abused over the matter, we should from now on refrain from opening our doors to them.

As a non-signatory, we have every rights to say NO to them.

Nonetheless, the government should also inspect the living atmosphere of the refugees in the country. As long as they are here, it is our responsibility to ensure their welfare is being taken care off. Otherwise, the whole world will never stop pointing fingers (esp their middle fingers) towards us.

Please investigate the allegations that the refugees are living in a very poor condition, with not enough food to eat, no clean water.... and that some of them had to become thieves to survive. This is humiliating.

So, if we really want to help them, give them some assurance that they will get proper treatments to suffice their living here until another country agrees to accept them.

Our PM and the respective ministers rarely spoke about the refugees. I don't think members of the Press have visited the refugee camps, one of which is near the KLIA. Or they didnt find issues pertaining to refugees a burning point to write of...

We cannot depend much on the UNHCR. They are only tasked to find faults in countries like us, rag our goodwill and tarnish our image. We can always question how many times in a year that their officials visited the refugees camps.

And if we don't care about them, leave them to rot!

layari link di bawah untuk membaca artikel penuh
http://justread-whatever.blogspot.com/2011/09/malaysia-is-too-dangerous.html

Monday, September 12, 2011

@HishammuddinH2O 1 juta PATI mahu terus bekerja di Malaysia, hanya 95 ribu mahu pulang


Kenyataan Akhbar
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri

“Seramai 1 juta orang PATI mohon untuk bekerja – Permohonan akan dipertimbang melalui Proses Pemutihan mengambil kira keperluan setiap sektor pekerjaan”

Putrajaya, 12 September 2011

1. Proses Pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu komponen/fasa pertama dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani PATI (Program 6P) telah berakhir pada 31 Ogos 2011. Statistik Proses Pendaftaran yang telah dianalisa oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan seramai 1,015,852 orang PATI menyatakan hasrat untuk terus menetap dalam negara untuk bekerja. Manakala, hanya seramai 95,446 orang PATI yang ingin keluar serta kembali ke negara asal. Daripada jumlah yang ingin bekerja tersebut, seramai 966,542 mengisytiharkan telah mempunyai majikan iaitu digajikan secara tidak sah dan seramai 257,524 pula menyatakan tidak mempunyai majikan.

2. Permohonan PATI yang ingin bekerja ini akan dipertimbangkan dalam Proses Pemutihan yang merupakan fasa kedua dalam Program 6P. Pertimbangan akan dibuat berdasarkan dasar-dasar yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI (JKKPA-PATI). Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses mengumpulkan pandangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) khususnya Kementerian-Kementerian yang bertanggungjawab sebagai agensi selia kepada setiap sektor dan sub sektor yang mempunyai kepakaran untuk menentukan keperluan sebenar. Pandangan ini akan diangkat kepada JKKPA-PATI untuk menentukan sama ada pertimbangan akan dibuat berpandukan Dasar Penggajian Pekerja Asing semasa/sedia ada atau diwujudkan dasar khas yang akan diguna pakai khusus untuk Proses Pemutihan Program 6P.


3. Ini adalah kerana terdapat majikan yang sedang menggajikan PATI dalam sektor yang tidak tersenarai dalam Dasar Penggajian Pekerja Asing sedia ada. Senarai sektor pekerjaan yang terkandung dalam Dasar Penggajian Pekerja Asing sedia ada dan Kementerian yang bertanggungjawab adalah sebagaimana Lampiran. Mesyuarat JKKPA-PATI yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri akan diadakan pada 3 Oktober 2011 untuk meneliti laporan Proses Pendaftaran dan sekali gus menetapkan tarikh pelaksanaan Proses Pemutihan serta membuat keputusan dasar untuk memperincikan mekanisme pelaksanaannya. Pemutihan adalah suatu proses untuk memberi ruang kepada PATI untuk dijadikan sebagai pekerja asing yang sah dengan majikan-majikan yang berdaftar. Kementerian akan mengeluarkan maklumat terperinci berhubung mekanisme pelaksanaan Proses Pemutihan sebaik sahaja mendapat keputusan JKKPA-PATI.

4. Selain itu, Kementerian juga akan membawa kepada perhatian JKKPA-PATI berhubung status kanak-kanak dan remaja yang berdaftar sebagai PATI dalam Proses Pendaftaran. Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh JIM, seramai 62,156 kanak-kanak dan remaja yang mendaftar yang meliputi seramai 40,500 orang berumur 12 tahun ke bawah dan seramai 21,656 orang berumur di antara 13 hingga 18 tahun. Dipercayai sebahagian besar kanak-kanak dan remaja ini merupakan tanggungan kepada PATI yang sedang bekerja. Selain itu, Kementerian tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka juga diambil bekerja oleh majikan tertentu. Perkara ini akan diperhalusi untuk menentukan status mereka pada masa hadapan kerana dasar semasa Kerajaan bukan sahaja tidak membenarkan kanak-kanak diambil bekerja, malah pekerja asing juga tidak dibenarkan membawa tanggungan mereka ke negara ini.

5. Perkara-perkara di atas merupakan hanya sebahagian daripada dapatan yang diperolehi setelah data-data Proses Pendaftaran dianalisa. Ini menunjukkan kepentingan Program 6P dalam usaha Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing dalam negara dan sekali gus membantu agenda menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Data dan maklumat yang diperolehi melalui Program 6P juga akan diguna pakai untuk tujuan kajian semula Dasar Penggajian Pekerja Asing termasuk keperluan pekerja asing dari aspek jumlah dan jenis pekerjaan untuk memastikan dasar berkenaan bertepatan dengan keperluan negara pada masa sekarang dan masa hadapan.

Friday, September 9, 2011

Info Pemerdagangan Manusia - ia boleh berlaku ke atas mereka dan anda atau keluarga anda juga. Elak sebelum kena!

Pemerdagangan manusia merupakan suatu kegiatan yang sangat zalim dan tidak berperikemanusian. Sindiket memperdagangkan manusia menjanjikan kehidupan yang baik di negara ini, malangnya apabila mangsa sampai ke sini, mereka telah diperdagangkan ibarat barang. Wanita dilacurkan. Anak-anak dijadikan peminta sedekah. Ia bukan sahaja melibatkan mangsa yang ingin bekerja di sini, tetapi termasuklah pelarian dari negara yang kacau bilau dan mereka yang diperdagangkan secara paksa. Ia boleh berlaku kepada mereka yang ingin datang ke Malaysia, ia juga boleh berlaku ke atas anda dan keluarga anda!


Monday, September 5, 2011

@HishammuddinH2O - 1P dari 6P selesai. 640,609 PATI Indonesia berbanding 405,312 Pekerja Sah

Kenyataan Akhbar
YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri

"Program 6P dan kaitannya dengan matlamat pemantapan pengurusan warga asing serta agenda menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia"

Putrajaya, 5 September 2011

1. Proses Pendaftaran Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu komponen pertama dalam Program 6P telah berakhir pada 31 Ogos 2011. Untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat, sukacita saya ingin memberi penekanan bahawa Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P merupakan sebuah pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA). Antara elemen penting dan rasional strategik Program 6P adalah seperti berikut:

1.1. Program 6P adalah berbeza dengan program pengampunan atau pemutihan yang dilaksanakan Kerajaan secara berasingan dan tersendiri sebelum ini. Sebaliknya program ini adalah satu mekanisme komprehensif melibatkan enam komponen yang akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

1.2. Program kali ini berbeza kerana ia melibatkan pendaftaran biometrik setiap PATI yang akan mengelakkan berlakunya pemalsuan identiti dan dokumen untuk mereka yang tidak berdaftar secara sah memasuki atau berada di dalam negara. Data biometrik yang didaftarkan akan membantu meningkatkan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan bagi menangani keberadaan PATI di dalam negara.

1.3. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan merentasi Kementerian dengan matlamat memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia melalui Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ia adalah agenda nasional yang digerakkan secara kolektif melibatkan 14 buah Kementerian selain Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta agensi-agensi berkaitan yang lain.

1.4. Program ini juga adalah sebahagian daripada strategi dan pendekatan dalam agenda besar menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Mobiliti penduduk dunia khususnya dalam konteks penawaran peluang pekerjaan kepada warga asing dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Situasi ini berlaku apabila wujudnya kelemahan dalam pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan dalam proses pengambilan dan penghantaran pekerja asing yang telah membuka ruang kepada manipulasi sindiket yang mengaut keuntungan yang besar.

2. Setelah berakhirnya proses pendaftaran, statistik rasmi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Mingguan Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri menunjukkan seramai 2,320,034 pekerja asing dan PATI yang telah membuat pendaftaran. Jumlah ini meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah (tidak termasuk pembantu rumah yang dikecualikan) dan seramai 1,303,126 PATI. Melalui proses pendaftaran ini, kita juga mengambil perhatian terhadap beberapa senario berikut:

2.1. Terdapat beberapa negara yang status keberadaan warganegara mereka di negara ini sebagai PATI lebih tinggi berbanding sebagai Pekerja Sah. Antara negara utama ialah Indonesia iaitu jumlah PATI seramai 640,609 berbanding Pekerja Sah seramai 405,312. Bagi negara Bangladesh pula, jumlah PATI adalah seramai 267,803 berbanding Pekerja Sah seramai 132,897. Keadaan yang berbeza untuk negara Nepal apabila jumlah Pekerja Sah adalah lebih tinggi iaitu seramai 221,617 berbanding PATI seramai 33,437.

2.2. Sungguhpun risikan dan pemantauan mendapati terdapat sejumlah PATI yang boleh dikategorikan sebagai PATI tegar yang tidak keluar mendaftar, tetapi secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan jumlah PATI yang tampil memberikan kerjasama. Kita telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada PATI untuk mendaftar yang kemudiannya akan dipertimbangkan penukaran status keberadaan mereka sebagai pekerja asing sah. Ini termasuklah melalui pendaftaran secara percuma di Pejabat-Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seluruh negara dan pengawalan kadar caj perkhidmatan yang cukup minimum sekiranya menggunakan khidmat syarikat pengurus. Sehubungan itu, kita telah memutuskan PATI tegar yang tidak keluar mendaftar akan diuruskan melalui Proses Penguatkuasaan dan Proses Pengusiran apabila tiba masanya kelak.

2.3. Syarikat-syarikat Pengurus telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam membantu proses pendaftaran. Statistik mencatatkan daripada jumlah 1,141,578 PATI yang mendaftar di Semenanjung Malaysia yang melaksanakan dua pilihan iaitu Pendaftaran di JIM atau melalui Syarikat Pengurus, seramai 888,471 atau seramai 78 peratus PATI berdaftar melalui Syarikat Pengurus berbanding pendaftaran PATI melalui JIM seramai 253,107. Kerajaan akan terus mengiktiraf peranan syarikat-syarikat dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia. Namun begitu, melalui Program 6P ini juga pemantauan akan dibuat terhadap operasi setiap syarikat untuk mengenal pasti senarai syarikat yang benar-benar melaksanakan perniagaan dan mempunyai komitmen tinggi dalam membantu Kerajaan memantapkan pengurusan pekerja asing di dalam negara dan senarai syarikat yang hanya ingin terlibat untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam masa singkat. Rekod operasi dan prestasi syarikat akan diguna pakai kelak dalam proses pembersihan/pemutihan syarikat-syarikat berkaitan pengurusan pekerja asing/tenaga kerja.

2.4. Mengambil kira keunikan masalah dan program regularisasi yang telah dilaksanakan di Sabah pada tahun 2008 dan 2009, pendekatan yang berbeza dilaksanakan bagi negeri berkenaan. Kerajaan hanya akan melaksanakan Program 5P di Sabah iaitu tanpa proses pemutihan. Sepanjang proses pendaftaran PATI di Sabah yang berlangsung pada 18 Julai hingga 10 Ogos 2011, seramai 161,548 PATI telah didaftarkan. Bagi PATI yang ingin bekerja secara sah di Sabah, mereka tetap perlu untuk keluar kembali ke negara asal sebelum dipertimbangkan semula untuk bekerja secara sah. Ini bersesuaian dengan pendekatan "flushing out" untuk memastikan semua PATI di Sabah keluar meninggalkan negeri berkenaan sebelum masuk semula melalui proses yang sah. Kerajaan akan memberikan fokus kepada masalah PATI di Sabah dengan mengguna pakai strategi dan pendekatan yang agak berbeza dengan Semenanjung Malaysia.

3. Komponen selanjutnya/kedua dalam Program 6P iaitu Proses Pemutihan akan hanya dimulakan setelah tarikh ditetapkan oleh Mesyuarat JKKPA-PATI yang akan diadakan dalam masa terdekat dan akan dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi JKKPA-PATI. Pemutihan adalah suatu proses untuk memberi ruang kepada PATI untuk dijadikan sebagai pekerja asing yang sah dengan majikan-majikan yang berdaftar.

4. Selain daripada menentukan tarikh pelaksanaan Proses Pemutihan, Mesyuarat JKKPA-PATI juga akan membuat penetapan dasar berhubung beberapa perkara penting untuk pelaksanaannya seperti definisi kadar keperluan sesuatu syarikat, jenis pekerjaaan dan majikan yang dibenarkan mengguna pakai pekerja asing, kesesuaian negara asal pekerja asing untuk di ambil bekerja di sesuatu sub sektor dan lain-lain. Secara ringkasnya, keputusan dasar yang diperlukan untuk pelaksanaan Proses Pemutihan ini adalah sama ada pertimbangan akan dibuat mengguna pakai dasar dan kriteria semasa/sedia ada penggajian pekerja asing ataupun sama ada Kerajaan akan memperkenalkan dasar dan kriteria khas yang hanya dikhususkan untuk Program 6P. Pertimbangan dasar ini akan ditentukan oleh semua kementerian yang bertanggungjawab bagi setiap sub sektor selain mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan (stakeholders).




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

UNHCR: Kebanyakan orang Burma di Malaysia adalah pendatang tanpa izin, bodoh!


Diterjemah dari blog Jailani Harun

Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hal ehwal Pelarian (UNHCR) di Malaysia mengaku beribu-ribu pelarian telah diberi surat secara silap oleh kerajaan Malaysia bertanda 'kembali ke negara asal'', sehingga meningkatkan kebimbangan yang meluas tentang penghantaran pulang.

Betulkah? Siapakah si bodoh ini Andika Wahab dari Suaram yang memberitahu akhbar Herald Australia bahawa sehingga 10,000 pelarian - kebanyakannya dari Myanmar – terkandas di Pejabat Imigresen di Putrajaya semalam selepas UNHCR diberitahu bahawa kerajaan kita telah mewajibkan mereka mendaftar dengan segera di bawah sistem biometrik.

Saya tidak mendapat sebarang pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi telah dibuat untuk memahami bahawa ia adalah suatu pemberitahuan yang lewat.

Walau bagaimanapun, saya terkejut dengan kenyataan oleh Andika dan saksi-saksi lain bahawa Jabatan tersebut telah membuat kesilapan dengan memanggil RELA untuk mengawal khalayak yang begitu ramai di kaunter.

Andika dan 'saksi' juga mendakwa bahawa mereka melihat anggota Rela yang membawa kayu dan mula menolak orang dan memukul dinding.

Lelaki ini tentunya bodoh atau kepalanya mesti dipasang dengan otak babi. Bagi orang ramai yang besar seperti ini – dengan kira-kira 10,000 orang seperti dakwaan anda - keadaan itu akan bertukar menjadi huru-hara. Jadi apa masalahnya? Anda mengharapkan mereka berkelakuan baik apabila semua orang cuba untuk melompat barisan?

Adakah mereka memukul mana-mana 'pelarian'? Saya fikir tidak!

Para pelarian menjadi cemas pada kira-kira 4:00 apabila disedari bahawa, setelah cap jari mereka yang diambil, ada di antara mereka yang diberikan surat yang dicop "Kembali ke Negara asal”, yang menurut Suaram.''Mereka bimbang yang mereka akan dihantar pulang ke Burma,'' katanya (di sini).

Yante Ismail, seorang jurucakap UNHCR di Malaysia berkata dokumen itu sepatutnya diberikan hanya kepada pekerja asing, dan bukan pelarian.

Dr Irene Fernandez, pengarah eksekutif kumpulan orang-orang pelarian, Tenaganita, berkata adalah 'bermasalah' bila pelarian diberi surat yang salah, sambil menambah bahawa anggota Rela ''menjadi agak kasar, mula menolak mereka dan tidak melayan mereka dengan baik''

Saya fikir Irene, Andika dan Yante sebenarnya yang 'bermasalah' kerana gagal menggunakan otak mereka sebelum membuat sebarang kenyataan yang menghina mengenai isu ini.

Hey! Negara siapakah ini? Kami? Dan kamu juga? Jika anda adalah rakyat Malaysia, anda tidak perlu bersikap terlalu melindungi warga Burma ini. Adakah anda tahu berapa ramai di antara mereka yang berada di negara ANDA sekarang? 10,000? 30.000?

Terdapat kira-kira 300,000 daripada mereka, yang mana 94.000 telah dikeluarkan dengan tag UNHCR kerana mereka adalah pelarian yang sebenar.Dan bagaimana pula dengan yang lain? Mereka juga mahu tag UNHCR kerana ia akan menjadi pasport bagi mereka untuk terus tinggal di Malaysia. Ramai daripada mereka telah dikeluarkan dengan tag UNHCR yang ‘palsu’.

Jadi, adakah anda memanggil semua orang Burma di Malaysia adalah pelarian? Sila gunakan akal. Kebanyakan daripada mereka datang ke negara ini secara haram melalui Thailand. Mereka diambil bekerja dalam beberapa sektor, beberapa dengan permit kerja manakala yang lain bermain 'sembunyi-sembunyi' dengan pihak berkuasa.

Di bawah program 6P, tiada ejen yang dapat mendaftarkan mereka dengan mudah dan jawapan biasa dan standard mereka adalah 'Saya orang Myanmar, ada pas UNHCR!' Cukup angkuh dan bongkak!

Jadi, berhenti menyalahkan Kementerian Dalam Negeri, pejabat imigresen atau RELA. Kita akui sebahagian daripada mereka adalah pelarian tulen lebih ramai di kalangan mereka adalah PATI. Tujuan 6P adalah untuk mendaftarkan pekerja asing tanpa izin di Malaysia dan orang-orang bukan pelarian Burma adalah tidak terkecuali. Dan perlu diingat bahawa kita boleh mengusir mereka kembali ke negara asal mereka disebabkan kesalahan melanggar undang-undang imigresen kita.

Hentikan menjadi sekumpulan orang yang bodoh yang melindungi orang yang bukan pelarian. Lakukan sedikit penyelidikan. Saya percaya orang yang pergi ke pejabat imigresen ini adalah mereka yang bekerja secara haram di negara kita, dan mereka yang bukan pelarian.

Satu soalan. Adakah anda semua anti-Malaysia? Kerana cara anda membuat baik dengan media Australia menunjukkan jenis pengiktirafan yang anda mahu dari orang asing. Dengan memperkecilkan negara anda sendiri, saya tidak pasti apa dan berapa banyak agensi luar negara ini membayar anda!

Ingatlah - pembangkang TIDAK membawa tag 'untuk menentang semua perkara'!

Friday, August 19, 2011

#Yes4ISA: Hishammuddin - 3 orang anggota militan Sikh ditahan di bawah ISA



Selain kumpulan militan dan teroris Islam terdapat juga kumpulan militan dan teroris di kalangan penganut agama lain yang singgah di Malaysia dan menjadikan Malaysia tempat persinggahan untuk gerakan militan dan teroris mereka.

Walaupun sasaran kumpulan ini bukan negara kita, namun kegiatan ini tidak boleh dibenarkan bermula dan dibenarkan bersarang di negara kita. Di sinilah terletaknya keperluan bagi melaksanakan undang-undang pencegahan. ISA juga penting sebagai langkah pencegahan terhadap kegiatan yang dipercayai boleh menjejaskan keselamatan negara berdasarkan sumber risikan.

Pengakuan dalam sumber risikan ini tidak boleh digunakan sebagai bahan pendakwaan, tetapi penting untuk menghentikan kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara misalnya dalam kes sindiket penyeludupan manusia.

Oleh kerana terdapat negara yang tidak mempunyai undang-undang pencegahan seperti ini, ada kalanya negara ini terpaksa bergantung kepada negara lain untuk menghalang kegiatan terorisme yang mencancam negara tersebut. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia.


Program 6P dapat sambutan
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Hishamuddin Tun Hussein (dua dari kiri) bermesra dengan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal dan Anak Yatim di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Seramai 2,407,090 warga asing telah membuat pendaftaran di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI atau Program 6P sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, warga Indonesia mendahului jumlah pendaftaran paling tinggi iaitu 551,268 orang disusuli dengan warga Bangladesh seramai 241,538.

"Jumlah yang direkodkan melalui program tersebut merupakan satu kejutan kerana ia mendapat sambutan setiap hari.

"Walaupun timbul beberapa masalah seperti penipuan, peralatan yang tidak berfungsi dan kelewatan, jumlah yang direkodkan telah menunjukkan kejayaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Hotel Istana di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, warga asing juga diharap tidak melayan spekulasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu bahawa mereka akan ditahan dan dihantar pulang ketika membuat pendaftaran itu.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengesahkan penahanan tiga lelaki militan Sikh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, susulan daripada penahanan yang dibuat pada 4 Ogos lalu, ahli kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) itu telah diusir dan diserahkan kepada pihak berkuasa India kelmarin.

"Ketiga-tiga suspek berkenaan didapati memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan berkenaan selain membekalkan pasport palsu dan bahan letupan," ujarnya.

Beliau berkata, berikutan penahanan militan-militan terbabit, pengganas lain yang masih berada di negara tidak boleh berasa selamat kerana tindakan terhadap mereka juga akan dibuat.

Katanya, pihak berkuasa tidak pernah teragak-agak untuk mengambil tindakan, sebaliknya akan terus berperang dengan mereka.

Sunday, August 7, 2011

Mingguan Malaysia: Hishammuddin - Tujuan #Bersih adalah untuk mencemarkan nama baik negara



Langkah berani - perjanjian pertukaran pelarian dengan Australia adalah salah satu langkah berani menangani sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa


Tindakan berani untuk negara

MELIHAT kepada jumlah penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta adalah menakutkan jika benar jumlah warga asing mungkin mencecah sehingga enam juta sekarang. Atas alasan ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen telah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P dan sebelumnya Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah.

Ini menurut Menterinya DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN adalah satu keperluan yang amat penting bukan saja untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara tetapi pada masa yang sama mengekang jenayah antarabangsa yang serius seperti pemerdagangan manusia dan ancaman keganasan.

Dalam pertemuan bersama wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID yang berlangsung di pejabatnya di Putrajaya, Hishammuddin turut sama menceritakan pengalamannya dalam menangani perhimpunan Bersih 2 dan isu-isu berkaitannya, persoalan mengenai KDN tidak tegas serta usaha kerajaan untuk lebih rasional dan cerdik dalam bagaimana mahu berkomunikasi dengan rakyat.



MINGGUAN: Bagaimana sambutan pihak majikan terhadap penggunaan program 6P?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya secara ikhlas ia adalah lebih baik dari yang saya sangka. Ini kerana saya tidak menyangka bahawa pihak majikan akan menyambut baik proses pendaftaran ini kerana ia sebenarnya menyusahkan mereka. Keduanya, mereka selalu beranggapan bahawa jika tidak ada pekerja asing, mereka boleh dapat yang baru dan ia lebih mudah. Ketiganya rekod pekerja-pekerja ini akan direkodkan oleh pihak kami maka segala perkara negatif seperti penyelewengan, penderaan oleh majikan dan pelbagai lagi akan lebih mudah dikenalpasti.

Maka bila kita dapat jumlah sebenar pekerja yang sah semasa pendaftaran melalui majikan yang tampil ke hadapan, jumlahnya agak besar. Malah saya banyak menerima aduan dari pihak majikan mengenai masalah mereka dan tidak semestinya aduan mereka itu negatif. Malah saya lebih bimbang jika mereka tidak peduli. Oleh itu jika terdapat aduan dari mereka bermakna mereka berminat untuk mendaftar secara sah. Jadi secara peribadi ia lebih baik dari yang saya sangka namun kita akan terus perhatikan dalam tempoh terdekat apakah mereka ini akan terus menunjukkan komitmen yang sama.


Tidakkah bila kita membuka pendaftaran kepada pendatang tanpa izin ini bermakna kita terlalu berlembut?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya dunia sudah semakin terbuka. Masalah globalisasi dan dunia tanpa sempadan sekarang memberi makna manusia, wang ringgit dan barangan bergerak di seluruh dunia tanpa sempadan. Dan perkara ini dari segi keselamatannya membawa kesan kepada jenayah antarabangsa yang begitu serius. Ini termasuklah penyeludupan dan pemerdagangan manusia, dadah, pelacuran, senjata, isu-isu berkaitan dengan keganasan dan terorisme, penggubahan wang haram, isu berkaitan dengan jenayah siber, dan pelbagai lagi. Ini antara jenayah yang datang bersama dengan globalisasi. Sebagai contoh seorang anggota pengganas yang baru diusir berasal dari Indonesia. Dia ditangkap di sini dengan pasport bernama Agus dan sudah di usir balik.

Dia melaporkan pasportnya hilang dan ia disahkan oleh ketua kampung dan kemudian dapat pasport baru dengan nama Halim. Bila dia masuk ke sempadan negara ini melalui Medan kemudian ke Bangkok dan datang ke Malaysia, pegawai Imigresen mendapati pasport tulen, gambar sama. Tetapi dengan adanya sistem biometrik, sudah pasti jenayah sebegini tidak akan berterusan. Satu lagi sekarang ini ramai majikan yang memegang pasport pembantu rumah untuk mengelak mereka lari. Ini kerana mereka boleh dapatkan pasport baru dan ini bukan hanya di Indonesia sahaja tetapi di mana-mana negara sekalipun. Bagi pendatang tanpa izin sebab itu kita laksanakan sistem 6P ini yang prosedurnya adalah pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Mereka ini perlu datang sendiri dan kemudian mendaftar dan kemudian akan disalurkan di sektor tertentu yang memerlukan khidmat mereka. Kalau tidak mereka akan terus berada di negara ini secara haram dan kemudian akan terus dieksploitasikan oleh majikan mereka. Seterusnya mereka tidak akan kembali ke negara asal atas pelbagai alasan seperti gaji yang lumayan atau mungkin sudah berkahwin.


Tidak tegas, Bersih 2 dan belajar dari pengalaman

TAPI Datuk Seri, masyarakat melihat bila tempoh dilanjutkan ia seolah-olah KDN tidak berlaku tegas?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya ia adalah soal strategi. Saya belajar dari pengalaman sebelum ini kerana masyarakat kita ini selalu bertindak di saat-saat akhir. Nanti kita juga akan disalahkan. Tapi bila kita lanjutkan saya rasa kita tidak mampu selesaikan permohonan dua juta ini dalam masa yang singkat. Tetapi bila dilanjutkan kita akan pantau komitmen majikan dan pekerja tanpa izin ini. Bila kita tetapkan tarikh penamat nanti, mereka tidak akan ada alasan lagi. Bagi saya realitinya saya mahukan hasil dan penyelesaian, tetapi bukan melalui menetapkan tarikh tertentu. Masyarakat akan beri berbagai alasan dan selalunya mereka lakukan di saat-saat akhir. Bila sampai masa yang sesuai nanti saya akan tetapkan tarikh dan tidak akan ada sebarang alasan lagi untuk diterima. Langsung tidak timbul isu pihak kami mendapat tekanan dari pihak tertentu.

Perkara ini sudah timbul sejak sekian lama dan ia berlaku lama sebelum saya memegang kementerian ini. Saya sudah buat groundwork lebih setahun lalu dan berbincang dengan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan beberapa lagi. Oleh kerana itu saya beri ruang untuk pihak seperti majikan untuk berlaku adil kepada mereka dan mereka juga perlu berlaku adil kepada pihak kami. Jika saya tidak buat tindakan ini kesannya nanti akan lebih banyak permintaan untuk pekerja asing yang kemudian boleh mengancam keselamatan negara jika kita tidak kawal dari sekarang. Selama ini pun seolah-olah tidak ada sistem khusus kerana ada antara pekerja asing ini yang permit mereka adalah bekerja di sektor perladangan tetapi kemudian lari bekerja sebagai tukang masak dan macam-macam lagi. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lagi berlanjutan.

Selepas perhimpunan haram Bersih, ada pihak seolah-olah cuba meneruskan momentum tersebut. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

HISHAMMUDDIN: Sebenarnya memang itu tujuan mereka. Bagi saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, perjalanan sebelum 9 Julai itu keadaan sebenar adalah lebih tertekan berbanding sebelumnya. Ini kerana majoriti rakyat faham kerana mereka sudah tahu apa yang cuba diperjuangkan tidak ada kena mengena dengan sistem pilihan raya yang adil. Pelbagai alasan yang diberikan walaupun pihak kerajaan sudah menawarkan stadium tetapi mereka menolak.

Rakyat juga faham bahawa mereka ini sanggup melakukan apa saja untuk mencemarkan nama baik polis, kerajaan dan negara dengan menggunakan pelbagai kaedah baru seperti facebook, twitter dan lain-lain. Rakyat juga sudah faham bahawa tujuan mereka adalah untuk mencemarkan nama baik negara dengan menganjurkan protes dan demonstrasi di dalam dan luar negara selain menggunakan media Barat sebagai medium mereka.

Mereka juga berlakon dengan pelbagai cara seperti menggunakan kerusi roda dan membalut leher hanya untuk memburukkan negara. Oleh itu rakyat perlu faham apa yang dilakukan selepas kejadian 9 Julai itu hanya untuk meneruskan momentum dan agenda politik mereka oleh itu saya pohon rakyat jangan terperangkap dan pihak kerajaan akan terus memberi penjelasan berterusan. Namun begitu saya akui bahawa cara kita menggunakan media baru ini masih lagi lemah. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang berlaku di luar negara seperti di Belfast ketika saya berada di Britain bersama Perdana Menteri, cara pihak berkuasa mereka menangani kejadian itu lebih teruk lagi. Dan saya pelik kenapa pihak pembangkang tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di sana dan membandingkan dengan kejadian perhimpunan Bersih tempoh hari.

Apakah yang menjadi pertimbangan kerajaan dalam berhadapan dengan perhimpunan haram Bersih tempoh hari?

HISHAMMUDDIN: Sebenarnya niat mereka adalah mahu memburuk-burukkan imej negara dan tidak bersikap adil terhadap kerajaan. Namun Perdana Menteri telah begitu komited dalam melakukan perubahan. Mereka hanya memutar belit apa yang cuba kita lakukan. Bila kita beri stadium mereka tak nak dan kemudian nak buat di Stadium Merdeka tetapi nak juga berarak untuk ke Stadium Merdeka. Hasilnya sama juga. Bila kita nak laksanakan sistem biometrik mereka kata tak sesuai pula dan nak penggunaan dakwat kekal. Kalau rakyat fikir dengan sedalamnya mereka boleh melihat apakah benar pihak ini ikhlas dalam memperjuangkan pilihan raya lebih bersih. Hakikatnya dibelakang isu itu ia melibatkan kepentingan dan pakatan politik. Tapi bagi saya keadaan sebelum 9 Julai itu lebih menekan kerana mereka mahu bina imej buruk terhadap kerajaan dengan mahu mereka ditangkap di bawah ISA. Mereka sebenarnya mahu kerajaan ambil tindakan keras terhadap mereka supaya mereka boleh jaja kerajaan dan undang-undang negara zalim ke seluruh dunia. Namun semua perlu faham bahawa dunia sudah berubah dan pihak pembangkang cuba membina politic of deception dengan cuba melakukan pelbagai persepsi dan cerita buruk dan tidak benar dan menyebarkannya melalui media baru. Tapi yang lebih membimbangkan terdapat pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan menggunakan demonstrasi ini untuk memporak-perandakan negara ini. Ini adalah satu risiko yang kita tidak boleh ambil mudah.

Perkara sebegini boleh dijadikan isu besar oleh Barat yang tidak faham kehidupan di negara majmuk seperti Malaysia dan mereka akan memperbesar-besarkan isu ini. Perkara sebegini yang cuba dielakkan oleh kepimpinan Perdana Menteri malah Yang Dipertuan Agong sendiri cuba berbuat yang terbaik untuk memastikan keselamatan, harta benda dan nyawa rakyat pelbagai kaum tidak menjadi pertaruhan. Perkara inilah yang menjadi pertimbangan utama Perdana Menteri dan soal keselamatan adalah bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Datuk Seri ada bercakap mengenai dunia sudah berubah. Boleh jelaskan?

HISHAMMUDDIN: Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan tidak akan membiarkan perkara buruk berlaku namun pada masa yang sama kita juga perlu mencari kaedah-kaedah lain yang tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat. Kita akur dengan keadaan baru dunia sekarang dan akan mencari jalan untuk memberi ruang kepada masyarakat. Mungkin untuk menangkap mereka ini dengan menggunakan ISA tidak lagi sesuai dan sudah berlalu dan ia hanya boleh digunakan terhadap kes-kes yang boleh mengancam negara seperti keganasan dan pemerdagangan manusia. Ia bukan dilakukan atas dasar perkauman, politik dan sebagainya malah saya tangkap sendiri pegawai imigresen yang melakukan kesalahan seperti ini. Oleh itu kerajaan Barisan Nasional perlu lebih rasional dan cerdik dalam bagaimana mahu berkomunikasi dengan rakyat. Jika perhimpunan Bersih 3 mahu dianjurkan sekurang-kurangnya kita sudah belajar dari pengalaman.


Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Popular Posts