Friday, January 6, 2012

Tuntutan penggunaan gelaran `Tun', 'Meor' bagi waris keturunan `Megat', `Syed'


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA
Dan
PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK
Mewakili
Waris dan Kerabat Diraja serta Aristokrat Melayu Negeri Perak
Khamis, 5 Januari 2012
Putrajaya

PENGGUNAAN NAMA-GELAR ‘MEGAT’, ‘PUTERI’, ‘TUN’ dan ‘MEOR’

Pada hari ini satu mesyuarat telah diadakan di antara Persatuan Keturunan Megat 
Terawis Malaysia dan Persatuan Keluarga Jamalullail Perak mewakili Waris dan 
Kerabat Diraja serta Aristokrat Melayu Negeri Perak dengan Ketua Pengarah 
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, 
Putrajaya. Turut hadir di dalam mesyuarat berkenaan adalah pegawai-pegawai 
kanan JPN yang berkaitan dengan pendaftaran nama individu.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menyampaikan MEMORANDUM tuntutan 
hak penggunaan nama-gelar ‘Megat’, ‘Puteri’, ‘Tun’ dan ‘Meor’ bagi keturunan 
wanita daripada keluarga kami. Untuk makluman, mengikut adat istiadat Melayu 
khususnya di negeri Perak, penggunaan nama-gelar ini telah diamalkan sejak 
turun-temurun lagi. Bagi kes yang biasa, seseorang yang bernama-gelar akan 
mewaris nama-gelar tersebut melalui bapanya. Namun, sekiranya seorang wanita 
bergelar berkahwin dengan orang yang tidak bernama-gelar, penggunaan nama gelar ‘Megat’, ‘Puteri’, ‘Tun’ dan ‘Meor’ digunakan sebagai tanda mengenal pasti 
yang individu tersebut berketurunan dari satu keluarga diraja.

Memandangkan dewasa ini ramai yang tidak memahami syarat penggunaan 
nama-gelar tersebut, berikut adalah kriteria penggunaannya:

MEGAT dan PUTERI
1) Bapa bernama-gelar MEGAT; ATAU
2) Ibu bernama-gelar RAJA / TENGKU / TUNKU

TUN
1) Bapa bernama-gelar TUN; ATAU
2) Ibu bernama-gelar PUTERI

MEOR
1) Bapa bernama-gelar MEOR; ATAU
2) Ibu bernama-gelar SHARIFAH (keturunan SYED)

Kebelakangan ini, pihak JPN telah menafikan hak  penggunaan nama-gelar yang 
tersebut di atas atas alasan hanya keturunan bapa sahaja yang layak diwarisi. 
Gelaran daripada warisan ibu tidak dibenarkan. Kami menganggap tindakan ini 
sebagai satu penghinaan kepada kerabat diraja negeri Perak dan secara amnya
satu penghinaan kepada adat istiadat Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun 
lagi. Kami juga berpendapat bahawa adalah tidak wajar hak penggunaan nama gelar ini dinafikan sedangkan orang lain yang tidak berkaitan langsung dibenarkan 
pula menggunakan nama-gelar tersebut.

Mesyuarat dengan Ketua Pengarah JPN pada hari ini membincangkan tuntutan 
kami agar dapat menggunakan nama-gelar tersebut di kalangan ahli keluarga 
kami. Sebagai menunjukkan komitmen kami untuk membantu JPN dalam 
menjalankan tugas mereka dengan lebih baik  bagi perkara yang melibatkan 
penggunaan nama-gelar ini, kami telah sebulat suara membuat cadangan berikut:

1) Kesemua nama-gelar di atas dijadikan nama khas yang tidak boleh 
digunakan oleh mana-mana individu MELAINKAN mereka mengemukakan 
DUA dokumen daripada wakil sah keluarga berkenaan. Dokumen tersebut 
adalah:

a. Surat Pengesahan Waris Keturunan
b. Salasilah ‘customised’ bagi pemohon

2) Kesemua Wakil /Pakar Rujuk Salasilah serta spesimen tandatangan mereka 
akan dikemukakan kepada pihak JPN bagi tujuan pemantauan.

3) Kebenaran ini hanya diguna-pakai bagi kelahiran baru sahaja. Bagi waris 
keturunan yang sah dari kalangan orang dewasa pula, ia tertakluk kepada 
budi bicara JPN kerana pendaftaran asal mereka dengan tidak 
menggunakan nama-gelar tersebut dianggap sebagai penafian hak secara 
suka rela.

4) Sebarang kemusykilan tentang penggunaan nama-gelar perlu dirujuk 
kepada kerabat yang berkenaan.

5) Kami juga akan membantu pihak JPN untuk memberi penerangan kepada 
masyarakat khususnya para pegawai dan kakitangan JPN di pelbagai 
peringkat tentang kaedah penggunaan nama-gelar ini

Tuntutan ini dikemukakan secara kolektif oleh:

Waris keturunan Sultan Muzaffar Shah I, Perak
Sultan Perak yang pertama dan ‘forefather’ kepada kerabat diraja Perak

Waris keturunan Megat Terawis
Bendahara Perak yang pertama dan ‘forefather’ kepada kerabat Megat di Perak

Waris keturunan Syed Hussin Al-Faradz
Penasihat Perundangan negeri Perak dan ‘forefather’ kepada kerabat Syed di 
Perak

Nota:

Di bawah adalah: 

Salinan Memorandum kepada JPN

Salasilah keturunan Sultan Muzaffar Shah I, Perak

Salasilah keturunan Orang Kaya Bendahara Megat Terawis, Perak

Salasilah keturunan Syed Hussin Al-Faradz, Perak


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya sebagai Penyelaras Jawatan Kuasa Kerja antara 3 kerabat ini di talian 017-9696430 atau melalui email megat.xiv@gmail.com

Sekian, terima kasih.

MEGAT ISKANDAR BIN MEGAT ZAHARUDDIN
Setiausaha Agung
Persatuan Keturunan Megat Terawis
Malaysia



47 comments:

BigDogDotCom said...

Saudara,

Akan datang apabila Saudara diangkat menjadi TYT dan dikurniakan darjah SSM, kami boleh panggil Saudara sebagai TYT Tun Tun Faisal Ismail Aziz.

Best tu!

Yuseri Yusoff said...

Haha.... :)

Kulaan Niring said...

Lagi best nak sebut macam mana kalo Tun Faisal dapat gelaran Datuk @ Dato' Seri...

Datuk Tun Faisal @ Dato' Seri Tun Faisal...

Tak ker pelik... :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

heh3 tq3, alaa klu aku dpt Tun pun u all boleh panggil nama yg u all biasa panggil skrg juga - Tun :p

Puteri Nuur At-Terawis said...

Acai, tulah susahnya sebab dah dapat title yang paling tinggi terus. Lahir je terus dapat Tun. Heheh.

- Sue (wife Iskandar)

Anonymous said...

Kalau di India dulu terlalu ramai keturunan Bangsawan Raja-Raja di Negeri-Negeri di India - semuanya menuntut title HRH (His Royal Highness) atau pun His Majesty. Begitu juga keturunan-keturunan beliau masing-masing.Lepas itu mula lah buat kasta itu dan kasta ini, seperti title Tun, Meor, Syed, Megat - "Abok pun tarak". Melayu sekarang nak jadi macam orang India jugak. Akibat banyknya title dan banyaknya berlaku kes-kes penderaan yang dasyat oleh pemilik-pemilik "title" itu kepada pekerja-pekerja mereka seperti hutang yang tidak boleh langsai berketurunan serta terpaksa menjadi hamba abdi untuk menjelaskan hutang mengikut ragam masing-masing, perkosa isteri dan anak dara pekerja, membuli - maka di masa pemerintahan Indera Ghandi telah di bawa satu undang-undang di Parlimen Persekutuan India yang MELARANG siapa juga, Sultan-Sultan di Negeri-negeri di India, Raja-Raja di Negeri-Negeri keturunan Hindu di India dari menggunakan nama Prince, HRH, His Majesty, Sultan dan sebagainya di dalam nama-nama mereka. Di bawah undang-undang itu seorang Permaisuri di Negeri di India keturunan Hindu telah di penjara dan di tempatkan bersama-sama di dalam sel dengan seorang perempuan pelacur. Jadi jangan lah buat pekara-pekara yang tidak-tidak masuk akal. Hanya Sultan yang layak saja menggunakan title tersebut. Kita tahu, mereka-mereka yang gila ini cuba untuk mendapatkan kemudahan percuma Kerajaan di pelbagai segi sekiranya pehak Jabatan Pendaftaran meluluskan "presure" mereka utuk menaikan darjat mereka secara "percuma". Orang-orang sebeginai gulungan orang yang tidak ada tulang belakang, amat memalukan. Darjat masing boleh di angkat melalui sumbangan kepada masyarakat - keturunan mereka cuba hendak dapat darjat secara percuma, walaupun tidak menyumbang seperti nenek moyang mereka dahulu - malu laa sikit. Nabi Adam tiada apa-apa title. Nabi Mohamad SAW juga tiada apa-apa title. Ini Melayu dah nak buat title itu dan title ini - hanya cuba nak naikkan nama secara percuma - semua nak free - melaun betul...... Jabatan Pendaftaran tidak perlu layan permohonan sebegini - ianya amat menyusahkan pehak-pehak yang lain. Sila mereka-mereka itu berdiri atas kaki sendiri. Dato Najib itu Keturunan Sultan dari Sulawesi - tidak pun menggunakan title Tengku ? malu laa bib, Melayu, Melayu, tak habis, habis.........

Lambong Sarawak said...

Ada satu cerita benar tentang gelaran ini. Saya pergi satu persidangan antarabangsa di Incheon, Korea Selatan. Ramailah participant antarabangsa di situ dan salah seorannya adalah seorang dari Bangladesh yang bernama Dr. Iladat Khan (kelulusan Phd dari Bangladesh). Beliau amat bangga denga Gelaran "Khan" itu kerana ianya menggambarkan beliau adalah keturunan Maharaja terkenal di dunia ketika itu, iaitu Khublai Khan dari Mongolia. Khublai Khan telah menakluki seluruh Asia - China, termasuk India, Pakistan dan Bangladesh. Jadi kawan kita nie, bangga laa bahawa dia keturunan Di Raja ternama di dunia. Dalam masa yang sama, ada beberapa wakil dari Mongolia yang hadir di Persidangan itu. Wakil Mongolia telah membuat persembahan power-point tentang keadaan alam sekitar Mongolia ketika musim sejuk, di mana apa juga yang ada, baik kayu dan sebagainya, yang boleh di bakar untuk mendapatkan haba untuk membendung kesejukan yang melampau di Mongolia, baik di khemah atau di rumah. Jadi asap akan berkepul-kepul naik keudara dan di lihat suasana di Mongolia tiada apa yang tinggal, kerana semua di bakar secara open burning. Begitu lah kesusahannya orang-orang Mongolia yang tidak cukup segala segi, tiada hasil bumi. Jadi saya tanya pada Iladat Khan dari Bangladesh, you dari keturunan di Raja Mongolia, yang Mongolia tidak ada keturunan Khan atau Raja mereka. Kehidupan rata-rata rakyat Mongolia amat susah, terutama dari kawasan luar bandar - lebih teruk dari padang jarak padang terkukur lagi. Mengapa you banggakan title Khan you, asal Khublai Khan di Mongolia yang amat miskin itu dan you meletakkan kedudukan orang India, Pakistan, Bangladesh yang di sangkakan amat tinggi, tetapi sebenarnya lagi buruk dari apa yang terdapat di Bangladesh, Pakistan dan India. Iladat Khan dari air mukanya amat malu, melihat beliau dari keturunan Khan yang di bandingkan perwakilan dari Mongolia tersebut juga tidak sebaik beliau. Moral cerita ini, Orang Bangladesh, India, Pakistan juga ingin mendapat darjat secara percuma dengan meletakkan nama Khan bagi menaikan mertabatnya dengan masyarakat sekeliling. Amat memalukan jika orang Melayu juga berfikiran demikian, hentikan lah mendapat title percuma ini..... tidak ada faedahnya langsung. Kalau you nak dapat title Tun, you work for laa, .....

Abdullah Mansur Bin Hj Abu Kassim said...

pada saya, penggunaan gelaran ni bukannya untuk berlagak dan show-off. Ianya bertujuan untuk identify seseorang itu berasal dari keluarga tertentu.

Kalau saya, saya amat berbangga kalau dapat trace salasilah saya sehingga beratus tahun lamanya.

Kita kena akui rakyat Malaysia ni kurang dari segi amalan penyimpanan rekod. Disebabkan oleh kekurangan ini, majoriti rakyat Malaysia tak boleh kesan salasilah mereka. Habis tinggi pun sehingga datuk. Kalau tanya nama moyang pun, ramai yang tak tahu (atau lebih teruk, malas ambil tahu)

Tapi dengan adanya penggunaan gelaran seperti ini, kita akan tahu sebagai contoh jumpa orang nama MEOR...kita tahu dia seorang yang berketurunan daripada seorang Syed.

Cubalah fikir secara positif sikit. janganlah kerana kita tak boleh nak letak gelaran di pangkal nama, orang lain yang berhak pula kita nafikan hak mereka.

ABDULLAH MANSUR BIN HJ ABU KASSIM

Anak Melayu said...

Jawapan kepada Anonymous:

1. HRH dan HM semua tu bukannya 'title' tetapi 'salutation'. equivalent to Melayu punya YM atau YBhg atau TYT.

2. "...lepas tu mulalah buat kasta.." Saya rasa anda buta sejarah. Amalan kasta sudah lama dipraktikkan di sana beribu tahun lamanya. Kita di Malaysia tak ada amalkan berbezaan kasta. Cuba belajar bezakan antara kasta dengan identifikasi keturunan.

3. mengenai Indira Gandhi memansuhkan gelaran diraja di India, perlu diingatkan bahawa gelaran tersebut semuanya diwarisi sehingga hari ini dan masih digunakan oleh semua keturunan mereka...yang dimansuhkan adalah pembayaran pencen diraja kepada mereka. Sila baca sejarah dulu sebelum komen.

4. "...hanya Sultan yg boleh pakai title..." Sultan pun nama batang tubuhnya Raja atau Tengku atau Syed.

5. Saya rasa anda tidak memahami apa maksud tuntutan. Mereka bukannya menuntut kemudahan percuma . Ada nama gelar pun bukan boleh dapat kemudahan percuma.

6. "...Nabi Adam tak ada title... Nabi Muhammad tak ada title" saya rasa anda seorang yang jahil...mengapa tak sebut ADAM atau MUHAMMAD aje kalau betul tak ada title? Tahukah anda bahawa orang menggelarkan Muhammad dengan Saiyidina Muhammad...bukaknkah Saiyid itu satu nama-gelar?

7. "...nak naik nama secara percuma, semua nak free..." Saya cabar anda, apa yg mereka dapat free? kemudahan apa yg mereka dapat free?

8. "...JPN tak perlu layan...menyusahkan pehak2 lain..." Apa susahnya pihak lain? JPN kerjanya merekod dan mendaftar. Pihak lain yang sdr maksudkan siapa? orang awam yang lain? Apa susahnya? Gaji anda kena potong ke kalau ada seorang Megat dilahirkan? Pencen bapa anda kena tahan ke kalau seorang Tun dilahirkan? atau isteri anda kena buat overtime ke kalau seorang Meor dilahirkan?

9. Kalau nak bodek Dato' Sri Najib pun, belajar lah dulu salasilah bugis. Bangsawan Bugis tak pakai 'Tengku'. Mereka ada gelaran yang pelbagai jugak...Arung, Keraeng, Puang, Daeng. Dato' Sri Najib sendiri masih menggunakan nama-gelar Bugis nya. Kalau nak cakap pasal warisan gelaran, bukankah Dato' Sri Najib masih sehingga hari ini bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar...bukankah itu gelaran warisan? Buktikan yg gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar yg Dato' Sri Najib gunakan bukan gelaran warisan...

Kesimpulan saya, Sdr Anonymous hanya tidak berpuas hati tentang keistimewaan orang lain. Atau mungkin anda malu dengan salasilah anda sendiri...atau mungkin anda terasa inferior kerana tidak mengetahui siapa datuk anda atau moyang anda.

Nasihat saya, "kalau tak nak orang tau kita ni jahil, duduk diam..."

ANAK MELAYU

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sebenarnya bagus untuk tahu salasilah kita, bila ada title tertentu senang nak cari sedara mara. bukan senang nak cari sedara mara skrg, sbb kita tak pandai bersoreh mcm mak ayah dan datuk nenek kita. saya menghormati usaha megat iskandar yang sanggup buat research yang mendalam dan mengkaji salasilah keluarga megat dan puteri. bukan ada siapa yang bayar pun, buat kerja percuma je.

Title megat, puteri, tun ni bukan untuk bermegah dan bukan nak menyombong pun, x perlu. silap la klu org kata, ia menjadi pemula amalan berkasta. dalam keluarga kami tak pernah berlaku pun. selalunya ia menjadi pemula bicara dan kita tau mesti ada sangkut paut dgn sedara mara kita.

yup sue, mmg susah bila ada title yg menyerupai title tertinggi; tp bukan salah keturunan kita sbb title tu datang lebih awal dari title `Tun' yang diberi oleh kerajaan. Kerajaan yang nak guna, jd kita bersyukur kerana kerajaan iktiraf title tu. Cuma jgnlah selepas kerajaan tiru title keturunan kita, kerajaan halang pula keturunan asal untuk menggunakannya. Ini sudah lebeh :)

Anonymous said...

Anak Melayu memang lah nak tegak benang basah yang orang sekarang tak pakai lagi. Ianay masuk dalam katogeri tak boleh pakai. Jabatan Pendaftaran Negara cuba tengok sikap buruk "orang keturunan" yang "nak percuma" ini..... Semua pembaca tengok dengan teliti akan sikap ego orang yang suka dapat free sebegini... Siapa awak nak suruhn orang lain diam dengan memohon permintaaan yang tidak masuk akal - bodoh lah keturunan orang sebegini yang amat feudalis, masuk kubur esok, tahu lah nasib awak - manusia ini sama saja. Saya tidak membantah akan sesaorang hendak mengetahui keturunan mereka, tetapi trend akan lebih kepada jenis orang tidak berfikiran seperti AM yang begitu feudalis tersebut - lebih menuju ke arah sikap yang rakus, sama seperti keturunan lanun....
AM ini seorang yang sombong bukan hanya memberi pendapat yang sempit tetapi lebih kepada arah menghina sesaorang yang memikirkan dirinya saja yang lebih tinggi - amat memalukan, cheh..... ; apa tidaknya kasta di dalam bentuk suasana di Malaysia, pemahaman AM amat sempit dan cuba menafikan yang telah di praktiskan, sanggup buang anak sendiri, jika anak itu kahwin dengan orang lain dan bukan setakat dengan identifikasi keturunan sahaja. Itu lah bodoh sombongnya AM mengenai Indira Gandhi memansuhkan gelaran diraja di India, yang menyatakan gelaran tersebut semuanya diwarisi sehingga hari ini dan masih digunakan oleh semua keturunan mereka... - baca betul-betul AM yang bodoh sombong dan check your records well - pergi sekolah balik...... memang lah pencen di mansuhkan. Sila baca fakta dulu sebelum komen.

AM saja tidak memahami arah apa di tuntutan selepas ini.

Nabi tidak meletakkan title itu kepada dirinya AM yang angkuh, orang lain yang meletakkan title tersebut bukan diri sendiri - ada faham..... AM yang bongkak. Yang ini, minta di letakkan atas nama sendiri... di daftarkan..... ada bezanya itu sebabnya orang mengelarkan dengan sendiri suka-suka taruk......

8. "...JPN tak perlu layan...menyusahkan pehak2 lain..." Apa susahnya pihak lain? JPN kerjanya merekod dan mendaftar. Pihak lain yang sdr maksudkan siapa? orang awam yang lain? Apa susahnya? Gaji anda kena potong ke kalau ada seorang Megat dilahirkan? Pencen bapa anda kena tahan ke kalau seorang Tun dilahirkan? atau isteri anda kena buat overtime ke kalau seorang Meor dilahirkan ? Nampak sikap AM sebegini yang angkuh. JPN - tak usah orang tidak luas fikirannya ini.

9. "Kalau nak cakap pasal warisan gelaran, bukankah Dato' Sri Najib masih sehingga hari ini bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar...bukankah itu gelaran warisan? Buktikan yg gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar yg Dato' Sri Najib gunakan bukan gelaran warisan... Pandangan begini adalah mengelirukan - itu pangkat bukan gelaran bodoh-sombong ooii..

Tiada sebab orang tidak berpuas hati tentang keistimewaan orang lain, kalau dia nya membuktikan dianya layak - tetapi tuntutan kepada JPN adalah satu tindakan yang melampau, untuk dapat gelaran secara percuma. Siapa lah awak AM ooii..... boleh menyatakan orang lain malu dengan salasilah atau mungkin anda terasa inferior.

Nasihat saya juga, "kalau tak nak orang tau AM ini ini jahil, awak tolong duduk diam juga..."

Anak Melayu said...

Jawapan kepada Anonymous:

Saya serahkan kepada para pembaca yang budiman untuk semak sendiri dan menilai sendiri penghujahan oleh saya dan juga anonymous.

Isu yg beliau sering bangkitkan adalah "nak percuma" dan "dapat free". Persoalannya, apa yg mereka ini dapat percuma? Saya cabar anda untuk buktikan apa yang mereka ini dapat percuma.


"...Siapa awak nak suruhn orang lain diam dengan memohon permintaaan yang tidak masuk akal..."

Saya anak Melayu yang bangga dengan adat warisan penggunaan gelaran. Walau pun saya bukan kerabat diraja mana-mana negeri, saya menyokong penggunaan gelaran ini. Permohonan mereka valid. Ianya hanya tidak masuk ke akal anonymous sahaja barangkali...

"...trend akan lebih kepada jenis orang tidak berfikiran seperti AM yang begitu feudalis tersebut - lebih menuju ke arah sikap yang rakus, sama seperti keturunan lanun...."

Cuba buktikan kerakusan yang bakal berlaku sekiranya mereka mengamalkan penggunaan gelaran dalam IC mereka? Boleh kah sdr Anonymous buktikan lanun mana yang mirip perangai mereka ini?

Bagi pernyataan lain, beliau hanya "attack" saya secara peribadi dengan mengatakan saya angkuh, bodoh sombong. Ini saya tak perlu bantah kerana ia di luar topik perbincangan. Dia kata saya sombong dan angkuh, terpulanglah. It's a free country. Tak de rugi apa pun dekat saya.

Tapi mengenai gelaran Dato' Sri Najib sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar tu sememangnya anda yang keliru kerana anda tidak memahami sejarah gelaran tersebut. Sila rujuk dengan pakar sejarah pilihan anda. Tak perlu rujuk dengan saya.

Anonymous, jangan le buat malu diri sendiri. Cara berhujah pun dah nampak tidak professional. Kita biarkan kepada rakyat menilai hujahan anda dengan saya. Apa2 pun yang anda kata, tidak ada effect pun kepada mereka yang membuat tuntutan tu.

ANAK MELAYU

Pacalpasalhina said...

Bagi saya x perlu layan org mcm Anony-mouse,apalah yg busuk hati sangat?berdengki sampai melalu-lalut mcm org tak cukup akal?Istighfar lah banyak2,mengucaplah banyak2 skit,saya nasihat je,jgn mare...

Keturunan Syed said...

YEs..anony-Mouse ni sound mmg bsuuk hati....or hati perut busuk.....

i rase anony_mOuse patiut trace balik punca makan minum dia dari kecik sampai besar....

Silat Melayu said...

aku rasa si "onanimouse" ni dengki sbb keturunan dia dari pacal yg hina selama 18 generasi keturunannya..cara dia berhujah pun dah menunjukkan yg dia ni x pernah pergi sekolah.ntah2 ape yg di tulis ni pun,org lain yg tolong tuliskan..hahaha..bodo punya si onanimouse..cakap pakai akal fikiran,bkn cakap pakai ikut nafsu setan amarah ko..

p/s-baik ko cari biji getah pegi rebus bagi anak keturunan ko mkn..

sknwalker said...

kepada 'anonymous' tu, kalau betul apa yang dikatakan , kalau betul ar, jadi kami ni tiada hak lah nak tuntut hak nama kami? hak nama nak di biarkan begitu? hak nama dimusnahkan? dilenyapkan? memang betul Islam tidak pandang nama, pangkat dan keturunan, tapi alangka manisnya kalau kita tahu keturunan kita, dari mana asal kita. Saya berpendapat 'anonymous' tu cemburu, kerana tiada pangkat atau gelaran.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ada orang tidak peduli tetang asal usul mereka, susur galur keturunan mereka; itu pilihan mereka. ada orang hargai pengetahuan dan memori tetang asal usul dan keturunan mereka; apalagi jika ia adalah sebahagian dari lipatan sejarah negara. yang penting, tidak perlu berdengki dan tidak perlu sombong. hargai warisan dan sejarah yang ada; kalau keluarga dan keturunan kita tidak tertulis dalam mana-mana catatan sejarah negara, mungkin ini masanya untuk mengangkat nama keluarga :)

Meor perak said...

artikel yg bgus bgi mana2 yg mahu tau asal-usul masing2

Anonymous Berhati Ikhlas said...

Sokong jawapan Anak Melayu, pandangan yg sgt professional. Setuju jg dgn Sknwalker, mmg Allah tidak pandang darjat seseorang, tp mmg indah kalau kita kenal siapa nenek moyang kita, x kiralah bergelar atau tidak. Cuma bg yg ada gelaran keturunan, tiada salahnya mereka memakai gelaran tersebut, think positive...

Anonymous said...

bagaimana lak keluarga berketerunan megat dah tak guna nama gelaran nie.......TOLONG JAWAB.........

Learnt said...

Fakta 1

ASSALAMUALAIKUM..Kedengaran tuan “Tun” ada kecelaruan pendapat, perlu dipastikan segalanya termaktub dalam susur-galur dari rekod asal. Saya sendiri mewarisi "kedudukan" melalui pengalaman nenek moyang saya.

Perkara yang tuan “Tun” utarakan di sini telah pernah diajukan oleh wakil-wakil orang-orang Melayu dari golongan Raja-Raja Melayu dan Kerabat serta Jawi Asal dan Jawi Peranakan kepada Pejabat Daftar Kelahiran dan Kematian yang berada di bawah naungan pemerintahan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kemudian disusuli oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah orang-orang Melayu berkuasa semula di Tanah Melayu yang bernama Malaya kemudian Malaysia tercinta ini.

Secara Tradisi, golongon Raja-Raja Melayu dan Kerabat serta Jawi Asal dan Jawi Peranakan telah lama memiliki pencatat-pencatat dari kalangan sendiri yang berpusat untuk urusan-urusan Nikah Kahwin dan Cerai serta Kelahiran dan Kematian tersendiri semenjak zaman nenek moyang yang membawa tamaddun ke Tanah Melayu ini. Dokumen-dokumen berkaitan juga bertulisan Jawi Melayu dan berhubung kait dengan satu sama lain di antara satu pencatat dengan pencatat yang lain. Setiap kali penghijrahan sebahagian golongan ini dimulakan kerana perkahwinan dengan puak-puak lain di / ke kawasan baru, penyebaran ilmu, pembukaan tanah atau tapak perniagaan atau pencarian rezeki di kawasan baru maka diadakan pencatat-pencatat penyambung urusan-urusan tersebut dari golongan yang sama, yang dipercayai, dilantik dan diperkenalkan kepada ahli-ahli puak yang sedia ada, yang baru datang dan yang dilahirkan kemudian.

Bersambung di Bawah

Learnt said...

Fakta 2

Setelah British mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, balai-balai polis juga menjadi tempat mendaftar kelahiran dan kematian, dan juga sebagai saksi-saksi bagi pihak British. Ketika zaman proses pengakhiran pentadbiran British, dokumen-dokumen ini disediakan dalam tulisan Rumi. Setelah merdeka, urusan ini disambung oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk menjalankan usaha mengelak fitnah dan kejahatan yang mungkin timbul akibat membanggakan keturunan sendiri dengan mengaitkan atau menamakan anak-anak dengan nama-nama gelaran mulia milik keturunan puak-puak lain yang telah mewarisi nama-nama gelaran tertentu secara tradisi turun-temurun. Maka, pembuktian dari pencatat-pencatat tradisional (dokumen bertulisan Jawi) yang asal adalah perlu untuk JPN melaksanakan perkara-perkara yang tuan “Tun” diutarakan disini.

Saya ceritakan secara suka-rela dari sebelah fahaman yang saya terima melalui pengalaman nenek-moyang saya sendiri tentang nama-nama gelaran “Baka Baik” yang tuan “Tun” nyatakan di sini. Berkemungkinan besar pihak tuan “Tun” tidak pernah disuap dengan salah-silah susur-susur galur yang termaklum. Sila baca dengan teliti dan fahami, agar pihak tuan “Tun” tidak terkeliru.

Bersambung di Bawah

Learnt said...

Fakta 3

Salah satu contoh Adat: Asal usul Adat menggelar anak lelaki sebagai “Meor” atau “Mior”.

Mior atau Meor .. dari mana Asal nama gelaran ini ? Jawabannya: Asalnya dari Budaya (‘Urf) yang asal para Sayyid dan ianya bermula di Tanah Besar India, (Belum ada lagi nama negara Pakistan dan Bangladesh di zaman itu).

Pada zaman dahulu, para mubaligh Islam yang menjalankan aktiviti penjagaan kawasan, perniagaan dan perdagangan sebagai cara untuk mempamirkan kemuliaan Islam secara amali TIDAK pernah datang ke tanah Melayu secara langsung. Mereka, para mubaligh Islam tersebut berbangsa Arab Quraish atau Peranakan Arab Quraish yang dilahirkan oleh penduduk Selatan Tanah Arab, bergelar Sayyid (dengan makna Ketua, Raja atau Penghulu) adalah dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W, ada di antara mereka telah berhijrah sambil mencari rezeki di Tanah India, dan keturunan mereka dilahirkan dan diperanakan oleh wanita-wanita Puteri-puteri Raja-Raja India. (Raja, berkahwin dengan Raja) India adalah antara negara-negara tempat mula-mula mereka bertapak di Timur Jauh. Sayyid-Sayyid tersebut di sebut Sayyid di depan nama peribadi yang juga membawa nama gelaran Kabilah (puak) yang asal di belakang nama (Gologan Sayyid ada banyak puak yang berketurunan dengan nama-nama Kabilah terbitan, tidak perlu saya nyatakan di sini), jika berketurunan anak-anak lelaki, maka gelaran Sayyid diteruskan pada awal nama dengan nama kabilah baru di terbitkan dengan persetujuan dan pakatan Raja-Raja India.

Kalau beroleh anak-anak perempuan pula, maka Sayyidah dan Syarifah adalah nama gelaran awal. Sayyidah atau Syarifah yang mengahwini anak-anak lelaki golongan bangsawan atau Raja-Raja India (Raja, berkahwin pun dengan Raja), diterbitkan atas persetujuan semua Sayyid dan Raja, satu gelaran iaitu “Amir” diberikan semasa upacara menamakan bayi lelaki, atas kepercayaan anak-anak lelaki ini nanti akan menerus kerja-kerja pengurusan kawasan dan ra’ayat setempat kawasan masing-masing. Kerana loghat bahasa setempat Amir = Pengurus kawasan juga digelar “MIR”, menjadi nama panggilan awal. Untuk anak-anak perempuan pula Putri, Sita, Sitti, Bibi, dan Para antara nama nama gelaran, nama depan atau nama belakang. Amalan ini telah bersusur-galur di India sebelum kedatangan Tentera-tentera Islam Monggol yang membuka Empayar Mughal di India di mana gelaran nama perempuan Begum di hadapan atau di belakang nama asal di perkenalkan. Nama Begum di hadapan berbeza pangkat dengan Begum di belakang nama. (Tidak perlu saya jelaskan aturannya di sini).


Bersambung Di Bawah

Learnt said...

Fakta 4

Segelintir Sayyid-sayyid dengan nama kabilah asal dan nama kabilah terbitan baru serta Mir-Mir tersebut telah datang ke Tanah Melayu dari Tanah India pada suatu ketika dahulu dan mengadakan hubungan perdagangan, penyebaran Agama Islam dan pertalian darah dengan Kerabat-Kerabat Raja-Raja Melayu Perak. Perkahwinan antara Sayyid-Sayyid dan anak-anak perempuan kerabat Raja-Raja Melayu Perak ini meneruskan Sayyid berikutnya, tanah-tanah baru di buka untuk di duduki, dan Sayyidah dan Syarifah berkahwin dengan golongan lelaki bangsawan Raja-Raja Melayu Perak pula meneruskan Mir-Mir dan Puteri-Puteri atau Siti-Siti berikutnya, juga Mir-Mir asal berkahwin dengan wanita-wanita kerabat Raja-Raja Melayu Perak atau bangsawan Perak meneruskan Mir-Mir tempatan yang semuanya memiliki darah Melayu Islam tempatan. Loghat Melayu Perak mempengaruhi penamaan anak-anak lelaki dan perempuan. Oleh kerana dalam loghat Melayu Perak, perkataan seperti Air disebut Ayor, Pasir, Pasior dan sebagainya. Maka, “MIR” disebut sebagai “MIOR” atau ejaaan rumi lain “MEOR”.

Mereka merujuk pada system pengetahuan tulis-baca maka bertemu jodoh juga dengan golongan yang mengetahui system tulis-baca, iaitu Raja, berkahwin pun dengan Raja. Kepala puak berkahwin pun dengan Kepala puak. Sama ada di India atau di Nusantara kita, golongan Brahmin Hindu dan kasta-kasta terdekat juga mengamalkan adat tradisi tersendiri “Belah Mulut Bayi”, menamakan bayi pada hari ke7, mencukur kepala bayi, menimbang rambut bayi dengan berat mas atau perak dan menyedekahkan emas atau perak seberat rambut bayi kepada fakir-miskin. Pada asasnya upacara tersebut adalah sama dengan Sunnah Rasulullah yang pada asalnya hanyalah menyambung budaya “Belah Mulut Bayi” milik Bangsa Arab Quraish tetapi akidah pengamal-pengamalnya ditukar kepada Islam. Islam TIDAK pernah dipaksa keatas penduduk-penduduk tempatan dan Raja-Raja India..Akhlak yang ditonjolkan melalui aktiviti perdagangan para mubaligh dari Golongan Sayyid-Sayyid tersebut telah menakluki golongan bangsawan atasan tradisional India, Di antara mereka ada yang memeluk Islam dan melahirkan keturunan orang-orang Islam India. Peristiwa-peristiwa tersebut telah lama berlaku sebelum kemasukan tentera-tentera Monggol Islam yang bertapak di India dengan gelaran Empayar Mughal.

Bersambung di Bawah

Learnt said...

Fakta 5

Telah ditentukan secara Tradisi, Sumpahan “Salah Nama/Gelaran” adalah berasal dari satu kepercayaan yang Nenek moyang para Sayyid & Sayyidah (Sharifah) telah pun berdo’a untuk kesejahteraan keturunan dan bersedia untuk bertanggungjawab walaupun apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh keturunan mereka sendiri (Sayyid& Sayyidah, Sharifah). Asalkan kesalahan tersebut memang dilakukan oleh keturunan mereka sendiri. Dikatakan do’a nenek moyang tersebut telah lama diMAKBULkan Allah. Jadi, jika benar seseorang itu lahir menurut salah silah keturunan mereka maka nama gelaran untuk keturunan mestilah menurut keputusan mereka. Siapa sahaja dari keturunan orang lain TIDAK boleh memakai nama gelaran yang telah ditentukan untuk keturunan mereka sendiri. Ini untuk mengelak jika kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tetapi oleh kerana orang itu memakai nama gelaran untuk keturunan mereka, maka mereka pula dikaitkan dengan kesalahan orang tersebut. Boleh fahamkan ? Dikatakan Sumpahan ini Benar..anak-anak keturunan orang lain yang bukan dari keturunan mereka akan mendapat sakit atau musibah berat jika nama-nama gelaran yang ditentukan oleh mereka untuk keturunan mereka sendiri diberikan kepada anak-anak keturunan orang lain.

Permasaalahan Nama Gelaran dari sebelah Ibu:

Contoh: Nama Emak dengan gelaran Puteri..maka anak-anak boleh mewaris nama gelaran “Baka Baik” tertentu yang dicipta oleh Nenek moyang sebelah Emak. Tahukah tuan “Tun” yang nama Puteri dan Siti adalah nama biasa untuk orang orang Melayu, bahkan nama ini tersangat biasa, terlampau ramai orang kebanyakan yang menamakan perempuan sebagai “Puteri” atau “Siti”, Maka, untuk membuktikan salah-silah keturunan seseorang Ibu, samada Ibu adalah seorang perempuan Bangsawan Melayu atau Tidak, maka surat beranak asal (bertulisan Jawi) datok nenek ibu tersebut perlu diteliti. Jika tidak, sesesorang Melayu tidak dapat mewarisi nama gelaran berikutnya kerana kebanyaknya adalah “Perasan” dan “Syok Sendiri” sahaja.


Semoga tuan “Tun” dan pembaca-pembaca lain faham akan kenyataan-kenyataan di atas. Fakta 1, Fakta 2, Fakta 3, Fakta 4 dan Fakta 5

Hanya Allah yang mengetahui yang lebih terperinci. Sekian Wassalam:

En Abdul – 019-6334486

(bersedia untuk berkongsi Nikmat Allah dengan sesiapa sahaja yang sesuai)

Raja Hamdan Raja Ibrahim said...

Anonymous Jan 9 2012 11:39.

Mungkin terlewat membaca isu yang ditimbulkan tapi saya rasa masih belum terlewat untuk menjawab.

Baru-baru ini saya bertemu dengan sebuah blog yang sangat bermanfaat kepada peminat sejarah Pahang iaitu :
http://bendaharazamineran.blogspot.com/
Blog ini dikelolakan oleh anakanda kepada Y.A.M Almarhumah Tengku Dato' Putri Kamariah binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah iaitu YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail. Seperkara yang menarik yang ingin saya kongsikan hasil dari kajian blog tersebut, terdapatnya susunan susur galur salasilah keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib seperti berikut :

1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak

2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein

3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib (gambar atas)

4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak

5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain

6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin

7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman

8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk

* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).

Persoalannya ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR adalah GELARAN atau Pangkat. Someone please jelaskan.

Unknown said...

Treasurer= from adam and eve....simple

Pengemis pelupa said...

Ada glaran atau xde glaran slagi nmenye mkhluk ertinya sme. Xda beza pm.. Dtg dry dy brblik pd dy..dmna hak kita.. Xusah gduh2..wayang smata2..xda y hina xda y mulia.. Xde hak pm kte ny..

Pengemis pelupa said...

Ada glaran atau xde glaran slagi nmenye mkhluk ertinya sme. Xda beza pm.. Dtg dry dy brblik pd dy..dmna hak kita.. Xusah gduh2..wayang smata2..xda y hina xda y mulia.. Xde hak pm kte ny..

Unknown said...

Apakah benda yg perlu disediakan jika hendak menamakan anak dgn gelaran tun?

Unknown said...

Document apa contohnya

Anonymous said...

Assalamualaikum, Saya org kuching sarawak, saya nk tanya, tentang keturunan saya,
Nenek saya:
Tengku Hj.Hamid, kami panggil(Tok Abah)
Ayah saya:
Tengku Husin, saya panggil(Abah)
dan nama Saya:
Sharifah Jabidah Binti Tengku Husin.
Tapi,..di dalam Kad Pengenalan saya,
Jabidah Binti Wan Husin.
Boleh kah saya pergi ke JPN untuk memperbetulkan nama saya yg sebenar,
Maksud saya,menambah nama Sharifah di hadapan nya,
Ini berlaku semasa pendaftaran dengan orang bangsa china,
Saya tak salah kan dia,
Sabab-sebab saya ingin menambah kan nama Sharifah di hadapan kad pengenalan ialah,
Takut menjadi masaalah apa bila saya meninggal dunia,
Perlukan nama penuh lengkap.
Seperti Sharifah jabidah Binti Munah.



pakculudibrunei said...

APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D 3D 4D 5D 6D 7D HBG NMR INI 085-256-133-981 MBAH SORE ATAU PESUGIHAN DANA GAIB TRANSFER JANIN DAN BANYAK LAGI KELUAHANYA INSAH MBAH PASTI BANTU

Unknown said...

Bagaimana dengan gelaran Wan pada anak perempuan jika ibunya bernama Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan. Saya berpendapat perkara ini harus diperjuangkan oleh Persatuan Keluarga Jamalulail Perak

sporting goods said...

ya seperti nenek sy dr belah ibu tidak menggunakan lansung nama puteri atau tun dr keturunan megat,walau pn katanya dr belah pompuan tiada lg pewaris..

FIZZY ALL VIEW said...

SETUJU!!!!!!

Syedhakim365 said...

Msalam ikhuwah..Bley saya taw keturunan saya x..sbb arwah tokwan saya buang nama syed..sya nk taw tok2 mnakan belah ayah saya spa

Unknown said...

Kalau ada gelaran senang buat jenayah x?polis berani gangu x?kalau jumpa polis dpt layanan sama mcm okt tak?

Lee said...

Anonymous
2021 mungkin udh becucu/becicit leni. Anak meka jgn dibin/binti bubuh nama Aje sbb xde keperluan nk benasabkn ke mike. Itu lbh sesuai dgn sikap Mike yg suka menafikan tujuan Org dulu adakan ciri2 pengenalan keturunan terutama nasab Rasulullah. Cer cuba berfikiran positif sikit yop.

Unknown said...

Nasab daripada bapa sahaja dikira,dari emak tak bole...belajarlah Islam..ttg nasab

play bazaar | playbazaar | playallbazar said...

Your means of telling all in this post is in fact fastidious, all be capable of simply know it, Thanks a lot.
#play bazaar

sattaleak1 said...

I just wanted to give you a quick heads up!
click to get fastest satta king result and win big money.

cinta said...

Terbaikk.. spesis xtahu sejarah main hentam ...

Mcm saya, daeng, sutan, tunku, syed, megat pun ada.. cuma xtahu nk buh mana...

Haswan said...

Kalau dah jadi TYT tu dapat SMN, bukan SSM. Hebatlah kalau dapat!

Haswan said...

Raja Tun Azlan Shah

Tunku Tun Ibrahim Ismail

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

Dato' Tun Hasnul Azam Dato' Tun Hamzah

royalaman said...

Betul tu...kalau X suka dek kerana politik nk kecam Tun Faisal tak perlu beriya nk menafikan hak penggunaan nama salasilah. XDA keistimewaan takda imbuhan kerja tetap kena..belajar pun Sama je...cuma pembawaan nama ni berat juga sbb expectation org awam tinggi. So basically siapa2 yg dh ade kedusukan dan kewangan yg kukuh, pakat2lah Bantu kerabat masing2 especially melalui pendidikan. Nk tolong tak perlu tengok merempat dan susah.

onie che ani said...

SETUJU2..TAPI JPN XBAGI HAHAHA...SO, MMG BLEH DAPAT KER?

-isteri TUN yg xde TUN-

Popular Posts