Wednesday, January 26, 2011

Kantoi! Pas Tipu Lagi - Kali ini Salahuddin tipu tentang isu tanah pula


Pas, parti yang bertopengkan agama ini telah memulakan kempen PRK Tenang dengan fitnah sejak hari pertama lagi. Memperalatkan kematian di Felda Tenang, Pas melalui lidah penyebar fitnahnya, HarakahDaily mendakwa bahawa UMNO mengabaikan jenazah kerana sibuk menguruskan kehadiran Perdana Menteri, sedangkan qariah dan pemimpin UMNO hadir bersama untuk memandikan dan bersembahyang jenazah.





Video - AJK Badan Khairat Kematian Felda Tenang mendedahkan penipuan Pas mempergunakan jenazah untuk menipu rakyat


Kes jenazah ini adalah salah satu daripada fitnah yang disebarkan, tidak termasuk edaran-edaran yang menggunakan nama Perkasa, Wanita UMNO Labis dan Unit Perang Saraf BN.

Terkini, penipuan Salehuddin Ayob tentang kononnya Calon BN, sdr Azhar Ibrahim cuai semasa menjalankan tugas. Rakan blogger Cucu Tok Selampit telah membongkar penipuan terkini Pas ini dalam tulisan beliau DUN Tenang - Fitnah Din Puduraya Ke Atas Calon BN Berniat Jahat dan Tidak Berasas (klik untuk artikel penuh).

Antara fakta kes yang dibongkarkan - bekas pemilik tanah, Mansor Mohammad gagal menjelaskan ansuran banknya untuk pinjaman tanah. Pihak Bank mengambil tindakan lelong ke atas tanah berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada melalui tindakan mahkamah. Pejabat Tanah Daerah tidak ada kena mengena dengan proses lelongan berkenaan dan mereka hanyalah bertindak atas arahan mahkamah.

Apa nak jadi dengan Pas. Lepas satu fitnah ke satu fitnah yang lain. Ini akibat bila pemimpin mereka, Nik Aziz Nik Mat sendiri sanggup menyalah gunakan nama Tuhan untuk menipu rakyat dengan mengatakan Tuhan pun mencarut semata-mata untuk mempertahankan seorang pemimpinnya yang mencarut. Ini juga akibat apabila Nik Aziz menipu dengan mengatakan Tuhan pun samseng. Selain itu Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Johor juga sendiri jenis penipu.

Bila parti diketuai ulama suu', tidak hairanlah jika Allah swt menimpakan kehinaan terhadap mereka.

No comments:

Popular Posts