Disebabkan itu UMNO telah melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berbelah bagi dan track record UMNO adalah jauh lebih cemerlang berbanding PAS seperti yang diulas di sini. Berbeza dengan PAS yang lebih ekstrem dan radikal dalam idealisme dan pendekatan, idealisme dan pendekatan UMNO lebih sederhana seperti yang dihuraikan dalam artikel ini, "Perbezaan ideologi sama dengan perbezaan mazhab - Persuruhjaya Pas Johor".
Kenapa Dr Mahfoudz menipu? Adakah maksudnya orang yang berlatar belakang pendidikan agama dan `diberi' gelaran ulama oleh Pas dihalalkan untuk tidak berpegang kepada prinsip bercakap benar dan boleh mem`plastik'kan sesuatu fakta hatta ajaran Islam sendiri mengikut kepentingan politik semasa mereka? Maksudnya - adakah hanya mereka diberi gelaran ulama oleh parti mereka, mereka boleh meregang dan melentur fakta dan ajaran Islam itu sesuka hati mereka demi kelangsungan parti dan kepentingan peribadi mereka? Jangan lupa bahawa dalam istilah ulama itu ada juga istilah ulama suu', iaitu ulamak jahat dan menyesatkan.
Disebabkan itu apabila salah seorang pemimpin mereka, Shahnon Ahmad mencarut dengan menggunakan perkataan PUK*MAK dalam bukunya bertajuk SHIT, demi mempertahankan sikap keji pemimpin Pas ini, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengatakan Tuhan pun mencarut dan menghalalkan pula perbuatan mencarut dalam ucapannya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru pada 1 Mei 1999.
Terbaru apabila terbongkar pula kisah pengakuan Nik Aziz menerima tajaan pakej RM 65,000 per kepala untuk dirinya dan ahli keluarganya dan amalan kronisme dengan pelantikan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), maka dengan tiba-tiba amalan rasuah (menerima tajaan semasa menjawat jawatan dalam kerajaan) atas tujuan menunaikan ibadah menjadi halal. Begitu juga dengan amalan kronismenya.
Kata Dr Mahfoudz lagi, "tidak betullah Pas menyeleweng daripada dasar Islam walaupun bergabung dengan Pakatan Rakyat, Pas tetap menegakkan hukum hakam Islam." Katanya lagi, PAS akan bersuara jika ada isu-isu yang bercanggah dengan Islam, contohnya isu arak di Selangor, Pas bersuara. "walaupun Pas minoriti di Selangor, kita bersuara kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Keadilan."
Jawapan Dr Mahfoudz ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan Pas, dari segi kuasa politik dalam Pakatan Pembangkang (PR) malah hipokrasi parti tersebut di hadapan penyokongnya.
Lemah - kerana mereka hanya sekadar mampu bersuara; suara mereka ini bukan suara yang kuat dan boleh dilihat sebagai drama politik semata-mata di Selangor; dan suara mereka langsung tidak diendahkan di Pulau Pinang. Jika mereka boleh mengumpulkan 10,000 orang untuk menyuarakan bantahan terhadap program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan Gerakan Mansuhkan ISA, saya yakin mereka sepatutnya mampu menggerakkan lebih dari 100,000 orang ahli-ahli mereka untuk berdemonstrasi di Shah Alam dan Pulau Pinang bagi memastikan premis-premis penjualan arak dan maksiat ditutup. Sebagai ahli dalam pakatan yang menguasai pemberian lesen-lesen perniagaan negeri Selangor, bukankah mereka boleh bertindak memastikan lesen premis-premis ini tidak diperbaharui?
Gambar yang disebarkan di wall Facebook
Lemah - kerana mereka tidak mampu membetulkan keadaan. Atas semangat `amar ma'aruf dan nahi mungkar yang selalu dilaungkan Pas, sepatutnya ahli-ahli Pas, terutama Pemuda PAS wajar memulakan inisiatif untuk pergi ke premis-premis judi, penjualan arak dan lain-lain premis maksiat ini untuk mentarbiah para pelanggan dan pekerja. Mungkin mereka seharusnya pergi setiap hari ke premis-premis ini dan berdakwah di sana. Atau, jika mereka bercakap tentang soal kekuatan iman, mungkin mereka boleh melaksanakan tindakan fizikal yang dirasakan perlu bagi menghentikan aktiviti-aktiviti yang mereka tafsirkan sebagai bercanggah dengan Islam? Kenapakah itu tidak berlaku di Selangor dan Pulau Pinang?
Lemah dan hipokrit - kerana mereka tidak mampu bertindak. Jika dalam tahun 1951, pemimpin-pemimpin Pas yang terdahulu boleh bermufaraqah daripada sebuah organisasi yang dipimpin oleh seorang Muslim, kenapa pula hari ini, atas sebab yang sama, Pas tidak bertindak bermufarraqah daripada pakatan haram yang didominasi oleh golongan sosialis dan bukan Islam?
Poster - Perubahan polisi Pas?
Adakah kerana `ulama' dan pemimpin-pemimpin Pas hari ini lemah iman dan lebih sayangkan dunia - iaitu kuasa, jawatan dan kekayaan yang ada sekarang?
4 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=pHAG_m5vDh4
ye la dalam perlembagaan umno ada sebut menegak & mpertahankan islam. setakat lebih 50thn masjid je tambah tapi makmum makin kurang buat ape?? (byk sangat pemceramah kene sekat), tempat maksiat pun tambah, org kluar islam pun meningkat.. ape cite beb?? ade ke akta/undang2 utk mengelak org islam murtad?? pegi cek ngan bos..
bab interview ngan awani tu.. kene mintak astro video penuhnye la. itu standard media la.. kasi havoc sikit. provok setiap ulasan pemimpin pembangkang ni.
yg disebut oleh dato' dr mahfodz (ejaan sebenar), perbezaan pendapat tu biasa la, dalam islam pun ada. sebab tu ada bermacam2 mazhab. bukannye menyamakan ideologi tu dengan mazhab. tu je.. jgn la mudah terpedaya dengan media korang sendiri. huhuhu.
tapi yg bab PR ni pun mcm tu la jugak, semua parti ade ideologi masing2.. tapi kami ada titik persamaan yg membolehkan kami bekerjamsama. nak tau ape dia?? kami same2 nak jatuhkan kerajaan BN yg diterajui oleh UMNO (baru sekarang nak kecoh hero bangsa!)
kalau dah dlm blog menipu, mmg penipula timb ketua dewan ulamak pas ni; klu ulamak tipu, yg macai2 ni lagi la menipu.. :)
Assalamualaikum,,,,BAAN
ye ke UMNO buat masjid dah 50thn perintah???bukan kerajaan ke???...kalu org tk pegi masjid pun nak salah UMNO...
abis 2 apa tggugjawab mak ayah saudara..saudara ni cam tak belajar agama langsung la... tu la padahalnya ikut Islam org pertama yg salah adalah 1.diri sendiri...2MAK AYAH saudara bukan UMNO... senang la hidup saudara ye..bukankah semuanya bermula dari Rumah lepas tu baru masyarakat-negara ..BUKAN UMNO ke PAS ke PKR laknatullah ke @ sebaris dengannya...tak pegi semayang pun nak tuduh UMNO ...anak gila meroyan pun UMNO...curi balak pun UMNO...saudara tu salah apa plak?????
Perbetulkan diri sendiri...Bagi aku kalu aku tak pegi masjid salah diri aku...bukan org lain..mesti tengok diri sendiri...
Pasal pusat hiburan2 ko paham2 la milik siapa..pemimpin UMNO ke????diluluskan sbb apa??Untk siapa???Kaum apa???tp yg datang org Islam sebb apa mak ayah diorg nak kaya nak duit banyak amik pinjaman pakai riba....tak kisah pasal anak2...adakah saudara ibu dan bapa spt itu..harap bukanlah
Mana ada titik persamaan kalu PARTI tu mengaku ISLAM tak ada apa titik persamaan la saudara..dengan PARTI berteraskan sekular...kalu sama2 maksudnya itu adalah LIBERAL menyamakan agama dengan perkara lain yg bertentang hukum...Apa hukumnya..saudara BAAN jawab sendiri lah ye..saya bukan pakar HUKUM HAKAM...
SATU LG untuk makluman saudara BAAN tauke balak kafir kelantan bila kena siasat akan salahkan PAS dia kata kita dah bg duit dkt PAS bila ko tanya tauke BALAK Kafir kws BN dia akan kata kita dah bg duit dekat UMNO...so saudara faham2kan lah maksud ini....
biasa dengar kata2 dibawah
YG BAIK DARI ALLAH YG BURUK DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI ...
BUKAN UMNO @PAS DLL..Wassalam
Post a Comment