Saturday, August 27, 2011

Confirmed! UMB juga yang tidak berbayar. Rais boleh saman Hatta!


Elok di saman je Hatta ni Datuk Seri.....

Datuk Seri Rais Yatim jangan takut, sila saman Hatta Wahari. Saya boleh confirmed blogger UMNO di bawah UMB tidak dibayar oleh JASA. Selepas Hari Raya ini, insya-Allah para blogger yang sering terlibat dalam aktiviti UMB boleh bersama-sama dengan saya untuk membuat laporan polis dan selepas itu Datuk Seri Rais boleh menyaman Hata Wahari, jika beliau mahu. Insya-Allah kami semua akan memberikan kerjasama.

Di kalangan blogger UMNO dan pro-UMNO, termasuk yang selalu membantu dan mengikuti program UMB, masih ramai yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.

Biarpun kesempitan, saya puji sifat istiqamah dan disiplin mereka ini yang meneruskan perjuangan parti untuk memartabat agama, bangsa dan negara, tanpa perlu menyerang pemimpin UMNO dan menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Dalam banyak keadaan UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan baguslah sekiranya ada di kalangan Menteri seperti Datuk Seri Rais yang ingin membantu kami. Insya-Allah kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan parti dalam PRU13 nanti.

Baca kata-kata Hatta Wahari di bawah. Kita sokong jika Datuk Seri Rais SAMAN!

____________________________


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.


Blogger Pro-Pakatan Rakyat guna fakta? Err jangan lupa ni ya...


Nizar kvv2 : Dr Novandri Tawar Diri Rawat 'Mangsa Tetak' Bagan Pinang.


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terkejut dengan 2 foto yang disiarkan di dalam web pro-PAS Buletin-Online dan keterangan yang diberi oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Di dalam keterangan beliau, Idris mendakwa :-

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi."

Sila perhatikan kedua-dua foto dengan teliti di bawah yang dijadikan 'bukti' tentang 'keganasan' parti Barisan Nasional dan penulis akan menerangkan dari sudut perubatan.



Pada mulanya penulis terkejut dengan 'tahap kecederaan' yang di alami oleh 'mangsa' keganasan parti UMNO.

Tetapi, simpati penulis bertukar dan penulis tergelak pula!

Baca seterusnya di sini
http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-dr-novandri-tawar-diri-rawat.html

[NOTA] Kalau ulama Pas pun menipu, apalagi bloggernya. Jangan lupa kisah penipuan jenazah di Tenang, Cincin 24juta, Pembunuhan Altantunya, Ijazah P.Kamalanathan, etc, etc, etc...

No comments:

Popular Posts