Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap masyarakat.
Biarpun diiktiraf sebagai lawan yang ketat oleh pembangkang, terdapat sejumlah serangan yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu dari dalam UMNO sendiri kerana salah tanggap atau kerana tidak senang dengan kejayaan UMB serta pengiktirafan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memandangkan UMB bukan satu-satunya kumpulan yang membantu operasi Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 maka adalah adalah adil jika sebarang kejayaan dan kelemahan operasi sepanjang tempoh PRU13 ditanggung bersama oleh semua kumpulan yang terlibat termasuk ketua yang mengendalikan keseluruhan operasi.
Saya dan UMB tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab sepenuhnya di atas kejayaan dan kelemahan operasi PRU13 hanya jika saya dan UMB sahaja yang mengetuai atau mengendalikan sepenuhnya operasi siber BN semasa PRU13.
Memandangkan ia bukan tanggung jawab UMB secara tunggal, sebaliknya merupakan gerak kerja bersama pelbagai pihak, maka segala tanggung jawab ini perlu dipikul secara bersama oleh kumpulan-kumpulan lain juga.
Misalnya di Selangor, saya ingin menegaskan bahawa UMB bukan jentera yang diberi mandat dan sokongan oleh pihak UMNO negeri dan agensi untuk mengendalikan gerak kerja siber. Gerak kerja di Selangor dilaksanakan oleh Team Media Selangor (TMS) UMB Selangor dengan penuh kesukaran dan hampir keseluruhan operasinya dibiayai oleh UMB.
Bagaimanapun artikel hari ini bukan berkenaan siapa dan kumpulan mana yang terlibat tetapi lebih untuk menjelaskan kedudukan UMB selepas PRU13, iaitu :-
1. UMB adalah jentera parti di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Ia bukan berada pada satu tahap yang sama dengan sebarang Biro Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jentera Penerangan Pusat, tetapi merupakan hanya sebahagian kecil daripada Jentera Penerangan Pusat. Atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO, ada had dan batasan dari segi operasi dan peruntukan. UMB bukan pasukan blogger bebas yang boleh bertemu dengan mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan Negeri melainkan selepas melalui heirarki parti. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kelulusan beroperasi di dalam PRK diluluskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMB perlu bergerak melalui Ketua Penerangan UMNO selepas mendapat izin dan laluan daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ini merupakan format yang dilalui oleh UMB sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai sehinggalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
2. Berdasarkan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi biro, sekretariat dan unit dalam PPUM masih kekal dan berkuat kuasa sehingga pemilihan parti.
3. Berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan para blogger dan cybertroopers sebelum mereka menyertai UMB, selepas operasi terakhir, iaitu PRU-13, semua blogger dan cybertroopers UMB TIDAK LAGI terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh UMB. Mereka bebas memilih untuk terus bersama UMB atau untuk menjadi blogger dan cybertroopers bebas seperti status mereka sebelum menyertai UMB.
5. Sebagai blogger dan cybertroopers bebas, adalah tidak adil untuk saya dan UMB menyekat mereka daripada menyuarakan pandangan mereka. Atas status BEBAS mereka ini, maka UMB dan saya tidak akan bertanggung jawab sama sekali dengan sebarang tulisan, kenyataan dan pendekatan mereka.
6. Namun begitu, sekiranya terdapat operasi khas, misalnya himpunan Black-Out dan PRK yang memerlukan bantuan mereka, mereka akan dipanggil semula untuk membantu UMB dan BN. UMB akan mengambil mode ad-hocracy mulai hari ini.
Saya dan UMB, dan bagi pihak PPUM amat berterima kasih kepada semua bloggers, cybertroopers dan sukarelawan siber yang terlibat, termasuk menerusi BNYCT kerana tanpa bantuan anda semua, tugas yang diberikan kepada UMB oleh Pusat Operasi tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Seperti yang saya nyatakan tadi, ini bukan pembubaran. Kita dalam UMB masih merupakan satu keluarga dan insya-Allah akan terus berjuang bersungguh-sungguh demi parti, agama, bangsa dan negara
41 comments:
Salam Tun dan ahli keluarga UMB,
Tersentuh membaca status posting di atas. Pengalaman paling menarik sepanjang saya berblogging adalah menjadi ahli keluarga UMB. Once UMBians always UMBians.
CTS.
kita teruskan perjuangan, jenama umb bukan sebaranagan di mata musuh alam maya!! ia menjadi buah mulut!! so itu lah yang patut dibanggakan :)
tq bros, kita teruskan perjuangan :) pengalaman terbaeek bersama semua :)
TerimaKasih Tun Faisal dan UMB atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan, diharap sumbangan yang pihak saya berikan adalah berbaloi :)
Walaupun saya bukan UMB tapi kerjasama yang terjalin dengan semua warga UMB amat saya hargai.
Panggil lah sekali poi minum2 tea..cerita2..kot boleh buang yg keruh ambik yg jernih...ada kurang ditambah..ada lobih di kuatkan...ado bajet...di samo rasokan ....kita matlamat yg sama...jom ngeteh...
Peace..:)
Assalam Tun.
Dapat bernaung dibawah UMB untuk seketika dan bekerja dengan Umbians yang lain adalah satu pengalaman amat manis dalam karier saya sebagai blogger.
Menjadi satu penghormatan bagi saya dapat duduk dibawah UMB dengan kepimpinan jitu Tun Faisal sebagai Pengerusinya.Bukan ingin membodek tp itu hakikatnya dan siapa juga yang pernah menjadi Umbians pasti berasa bangga untuk mengaku kami Umbian wlupun selepas PRU13 dan tidak terikat lagi dengan SOP UMB.
PHD dikalangan yang iri hati dengan gerak-kerja dan kejayaan UMB dari dalam Umno sendiri memang sudah dijangkakan..jadi tak jadi masaalah kalau nama baik UMB dan Tun ingin diperlekehkan..tapi
The record speaks for itself...
Tahniah Tun Faisal dan UMB
yup betul... semua pandangan saye di blog, FB & mana2 platform media sosial selepas PRU13 adalah pendapat peribadi, tiada arahan atau kepentingan sesiape... atas nama penambahbaikan BN & penambahkejian PR!
masih mengekalkan logo UMB di blog mengenangkan banyak jasa UMB yg telah lebih 3 tahun saye berpayung. dari berjalan kaki smpai mampu menyimpan sket2 rezeki untuk beli sebuah kereta buruk. dari berkapel,clash dan temui bakal suri hidup saye kerana kursus anjuran UMB. sedih tapi puas dapat bersama rakan2 UMB spanjang perjuangan ini.
tons of tq 2 TF & PPUM. siapepun pegang UMB (or watever called) lepas ni xkan dpt tandingi jalan kenangan yg tlah kite lalui.... saye bangga dapat menjadi sebahagian dari sejarah itu!
- RR (1peluru.com / reformasin.blogspot.com)
sure alias, lepas ni kita minum2, banyak masa lagi :).
brother din - sumbangan sangat bermakna walaupun hanya sempat jumpa di saat2 akhir dan di waktu PRU13 :)
brother APA - tq atas sokongan, bila ada masa nanti jom minum or makan nasi padang lagi :)
RR - a talented person, very hard working too, tq atas sumbangan :)
Bagi pihak UMB Melaka yg dahulunya ramai ahlinya dan kini masih beroperasi w/pun tak ramai tapi masih 'menggigit' tetap bersedia di bawah UMB Pusat dibawah kepimpinan TF & PPUM. Kami masih dan tetap setia pd TF & PPUM sehingga diperlukan....
Umb harus diteruskan sbg 1 organisasi dlm Umno Malaysia.
Jgn sesekali dibubarkan atau dibebaskan.
Cuma lebih baik ada penambahbaikan dr segi organisation chart meliputi Umno Pusat, Negeri dan seluruh bahagian2 secara tersusun selepas ini utk cara gerak kerja yg lebih jelas dan tersusun..
Apapun Umb mmg telus dan efektif. Jgn ada pihak yg berani menafikannya.
sedikit imbasan : pembangkang telah guna live stream secara meluas utk aktiviti dan program mereka.
WR pun masuk gelanggang 'Live Streaming' tanpa mendapat bantuan mana2 pihak. Kos yg bukan sedikit dilaburkan dgn menjual rumah dan aset lain.
Kos operasi bulanan perlu ditanggung sedangkan income tiada (walaupun ramai yg menjanjikan mcm2). dalam kesempitan ini perkhidmatan live masih dan perlu diteruskan bagi mengimbangi kekuatan pembangkang di dlm LIVE STREAM.
Terjumpa Tun Faisal, tak sangka TF kata akan ikhtiar utk bantu WR. Dlm fikiran saya....emmmm sama la kot dgn org2 yg berjanji sebelum ini.
Tiba2 lepas 2 minggu TF mula bantu kos operasi WR sehingga PRU13 melalui UMB. Pengalaman bersama TF n UMB yg berstruktur sgt bermakna.
TERIMA KASIH TUN FAISAL, UMB & KELUARGA UMB!!
Semoga Allah melindungi & permudahkan urusan kalian. aminnn
Alhamdulillah bersatu kita teguh bercerai kita roboh..Terbaek Tun:-)
TQ Tun, antara pemimpin Pemuda UMNO yang patut menjadi pemimpin pelapis Negara!
WE ARE ALL UMB -enough said :)
Terima kasih Tun n UMB. Berkorban Bersatu
TQ bos,
Tugas dah selesai, walaupun declare mcm ni. Aku ni org cop UMB jugak. kehkehkehkeh...
Sape Pengerusi baru UMB nnt?
tq smart sam atas sokongan, mudah2an selepas ni kita akan dapat buat sesuatu yang lebih baik utk melaka. umb tak lupa negeri pertama kita turun utk berkursus utk bentuk jentera pertama umb. UMB juga tak lupa bantuan DS Ali Rustam, Datuk Karim dan Sdr Kadir
tq Anak Seberang, team penang memang team yang terbaik dalam umb. sayang negerinya Pulau Pinang, kalau negeri lain, tentu lain kesannya. jangan lupa reka cipta logo UMB dari ilham blogger penang :)
Tq Puteri santubong, Muka Petang - pengalaman di sarawak memang terbaeek. sayang tak sempat ke sana lagi selepas PRN Sarawak. mudah2an ada kesempatan dalam PRN akan datang
tq bro YY dan brader Jai, both antara yang paling kuat pertahan UMB sejak awal lagi. ramai yang sebenarnya terhutang budi atas kelantangan korang mempertahankan umb.
warta rakyat,
umb ni tempat penggiat yang tiada tempat di hati pemimpin dan tempat orang yang tak mahu balun pemimpin untuk dapatkan sesuatu kerana sayangkan parti. kita bantu ramai blogger dan cybertrooper terpinggir tapi tak mampu lah nak bantu semua. asalkan memenuhi KPI dan masih dalam kemampuan kita, insyaAllah kita akan cuba bantu.
semoga selepas ketiadaan UMB, pemimpin UMNO akan lebih celik mata utk membantu lebih ramai penggiat, bukan sekadar orang tertentu sahaja. Kita tak boleh menang PRU hanya dengan 10-15 orang blogger. Itu pengalaman kita dalam PRU13. Pemimpin kena sedar hakikat itu
Assalamualaikum Tun dan semua rakan2 seperjuangan, kami pejuang maya dari Kelantan akan terus bersama2 menyokong UMB dalam usaha kita membantu BN, kerana UMB adalah satu2nya platform yg memberi peluang kpd kami utk terus berjuang membantu BN pada PRU13 yg lalu, UMB banyak membantu kami, kami sangat2 menghargainya, tanpa bimbingannya mungkin kami dah jadi hanturaya sasau krn tidak bertuan.
Syabas kpd Pengerusi UMB yg telah berusaha sedaya upaya untuk membantu BN, sikapnya yg jujur dan amanah InsyaAllah akan menjadi ikon dan menarik minat anak muda mendekati BN. Kewibawaan beliau memimpin UMB disenangi ramai, maka tidak hairanlah bagi kami jika ada mana2 pihak yg punyai Agenda tertentu yg merasa irihati diatas kejayaan beliau.
Apapun kami disini tetap setia dan akan memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada Tun dalam memperkasakan lagi UMB supaya menjadi satu entiti maya yg kuat bagi mempertahankan kedaulatan kerajaan BN menerusi medan ini. Selamat berjuang !!!
Terima kasih Tun,
Saya mewakili rakan-rakan dari KCW ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd Tun yg beri ruang utk kami bersama UMB pertahankan BN.
Maaf pasukan kami gagal menyempurnakan misi merampas Kelantan dari PAS. Namun semangat untuk melibat Kelantan dipimpin oleh BN tidak pernah luntur.
Terima kasih buat semua warga UMB.
Tiada lain perkataan yang mampu menggambarkan perasaan ini selain dari 'TERIMA KASIH'
Salam Tun serta warga UMB..Harapan saya semiga kerajaan sedar betapa perjuangan bloggers UMB juga Pro-BN ini dan berikan sedikit pengiktirafan semoga kami mendapat sefikit kekuatan demi meneruskan perjuangan untuk PRU14 nanti.Sesungguhnya cybertrooper UMB serta Pro-BN byk kembalikan sokongan terhadap umno , suntik semangat juang penyokong BN.Sahabat UMB semua tolong teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan Malaysia ini.
Saya walau agak lewat kerana faktor kerja, mahu ucap jutaan terima kasih sepanjang pengalaman, peluang, ruang yang diberi sejak awal UMB ditubuhkan.
Sebagai orang yang melihat bangun berdiri unit ini, saya merasa kita telah berjasa walau kita juga sedar masih ada lagi 'lubang' yang perlu ditampal.
Mana ada manusia sempurna juga makna tidak ada organisasi yang sempurna jua.
Kepimpinan Tun menerajui UMB sudah pasti membuka mata ramai pihak. Meskipun ujiannya juga cukup kuat.
Jika ketika susah saya sedia bersama apatah lagi ketika senang, maka saya sedia bersama institusi parti demi sebuah perjuangan membela kebenaran.
Terima kasih peluang Tun berikan dan ia pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Mohon pinjam artikel ini untuk sebaran.
Sekadar bertanya, menurut apa yang Tun Faisal tulis di atas, UMB adalah unit di bawah pergerakan Pemuda UMNO. Adakah penubuhan UMB di Sarawak yang tiada UMNO, sah? ataupun ada maksud yang lebih tepat berkenaan penggunaan perkataan UMB ini? Maaf, cuma nak menyelesaikan kekeliruan di Sarawak
Sekadar bertanya, menurut apa yang Tun Faisal tulis di atas, UMB adalah unit di bawah pergerakan Pemuda UMNO. Adakah penubuhan UMB di Sarawak yang tiada UMNO, sah? ataupun ada maksud yang lebih tepat berkenaan penggunaan perkataan UMB ini? Maaf, cuma nak menyelesaikan kekeliruan di Sarawak
UMB merupakan jentera Alam Maya yang terbaik pernah UMNO ada. Pengalaman bekerja bersama Tun Faisal dan rakan2 dalam UMB merupakan pengalaman amat bermakna. Segala susah payah kami tempuhi bersama. walaupun UMB sering difitnah oleh pendengki, namun semua itu tidak mematahkan semangat kami.
UMB adalah antivirus yang paling berkesan untuk tangani virus Pakatan.
Team Media Kedah adalah salah satu produk UMB, dan kami berjaya di Kedah. Alhamdullilahh..
semantan ke lawas,
UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbeza dengan UMB BN Sarawak. UMB PPUM ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan UMB BN Sarawak ditubuhkan di atas inisiatif sdr Aziz TS Adenan bersama rakan2 di dalam PBB dan semua parti komponen Sarawak, termasuk Audie SPDP dan ramai lagi.
Kerjasama UMB PPUM dan UMB BN Sarawak bermula kira2 6 bulan sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak. Ia merupakan kerjasama yang serasi dan sangat membantu dari segi memberikan sinergi kekuatan blogger dan cybertrooper semenanjung dan blogger cybertrooper Sarawak untuk berdepan dgn pembangkang semasa PRN Sarawak.
Dalam PRN Sarawak UMB PPUM dan UMB BN Sarawak telah bekerjasama dan mesyuarat penyelarasan gerak kerja dipengerusikan secara bersama oleh sdr Aziz TS Adenan dan saya.
Gelombang Kick, terima kasih atas kata-kata sdr yang meransang semangat. Terima kasih juga atas segala sokongan yang diberi :)
Tukar Kelantan dan rakan2 KCW, terima kasih atas sokongan; mudah2an untuk PRU14, jentera siber Kelantan dapat bersiap sedia lebih awal.
Dengan bakat dan kebolehan yang ada, saya percaya rakan2 pejuang siber di Kelantan akan dapat membantu BN menawan Kelantan dalam PRU14 jika usaha perpaduan UMNO-Pas tidak dapat direalisasikan.
Tq bros :)
Perigi Timur,
Kita doakan, insyaAllah pemimpin UMNO semakin sedar. Mudah2an mereka bukan sekadar sedar tapi belajar memahami game siber ini. Jika tidak mereka akan menjadi pemerhati atau mereka hanya akan diperdayakan
Panglima,
Rasanya macam baru saja kita berjumpa di Shang Ri La utk berbincang tentang penubuhan UMB melalui bantuan rakan-rakan dalam BPN.
Tidak semua yang dirancang berjaya, malah ada perancangan yang dihijack orang.
Apa pun susah senang kita bersama tetap dikenang sampai bila2 :) Tq kerana bersama saya mengemudi UMB
Mc,
TMK adalah antara produk UMB yang sangat dibanggakan, pertama atas kepimpinan Mc, kedua atas kesungguhan dan kesabaran rakan2 berdepan dengan karenah pemimpin UMNO Kedah dan pegawai2 agensi yang tidak memberikan sokongan.
Biarlah mereka terus dibutakan. Secara empirikal, Mc dan rakan2 jauh lebih banyak menyumbang utk gerak kerja siber di Kedah.
Orang yang bekerja keras ni selalu tak de tempat, tempat hanya utk yang bijak positioning diri, meminta dan melobi, tak payah buat kerja sangat. Itu perjuangan siber di Kedah.
Semoga Mc ada tempat dalam perjuangan siber UMNO dan BN di masa depan.
Tahniah dan terima kasih kpd bro boss dan warga Umb yg lain..pengalaman bersama dlm kelas dan mndapat tnjuk ajar oleh otai Umb dan kerjasama dlm perang siber menghadapi Pru13 adalah pengalaman yg amat brmakna bg sy yg x dikenali apabila diserap mnjadi sbahagian drpd pejuang maya tlh mmberi peluang kpd sy mnyumbang sesuatu demi agama,bangsa dan tanahair yg sy cintai..perjuangan tetap diterus wlu dr sudut mana sekalipun,kesetiaan dan kepercayaan hnya kpd PPUM sbgai jntera perang bg mempertahankan perjuangan UMNO & BN utk terus mndpt mandat rakyat memerintah Malaysia tercinta..
p/s -bro Penembaktepat bila nk ngeteh sama kat bbst.hehh
tq bro joe hahn kerana singgah dan berikan komen :) semoga rakan2 umb akan terus berikan tunjuk ajar dan share pengalaman.
Everything changes and nothing stays the same.
One of the most important being as an UMBians is learning the strength of relationships and friendships!
Tq boss... ;)
satu nak sy katakan buat boss..sy tak pernah rasa sedih bila baca artikel orang..tapi entah kenapa kali ini sedih..
pertama sekali sy nak ucapkan ribuan terima kasih buat boss dan rakan-rakan..tanpa UMB..siapa Keris 7 Lok?.. sy sedar sy berdiri di mana..sedar siapa yang ajar sy..
UMB kekal di hati..satu je permintaan sy..sekalipun tanpa UMB.. mohon teruskan untuk 'ajar' kami semua..
apapun UMB ajar sy erti persahabatan yang sebenar.. erti apa itu keluarga dalam setiakawan..
tahnk u very much Tun Faisal! Kerana benarkan saya dalam keluarga UMB..
Shah Alam Rebels,
Friendship & sense of belonging sgt penting; without friends (and family) we ll feel lonely...
bro Keris 7 Lok,
sama2 kita belajar from each other. perjuangan masih belum selesai, BN needs us more for the coming GE than before..
so asah skill tajam2, tak leh main2 lagi
Post a Comment