Thursday, April 29, 2010

RM 4 juta: Blogger Pas dibayar rupanya


Pendedahan Kickdafella bahawa dia dibayar RM 4 juta bagi tempoh 3 tahun untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mengejutkan ramai.

Pertama: bertentangan dengan andaian popular bahawa blogger Pas tidak dibayar, rupanya blogger Pas dibayar. Bukan saja dia dibayar, malah dibayar begitu tinggi.

Kedua: dia dibayar untuk mewujudkan persepsi buruk, iaitu suatu tujuan jahat.

Ketiga: banyak juga sumber Pas yang tidak diketahui halal dan haramnya. Kita yakin sumber untuk membayar Kickdafella tidak datang dari wang sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas. Mungkinkah datang dari duit balak atau sumber yang sama yang menaja biaya mengerjakan haji untuk Nik Aziz Nik Mat dan keluarganya?

Saya yakin Kickdafella tidak berbohong. Jika kita turun ke bawah pun, kita dapat melihat peralatan yang digunakan oleh blogger Pas dan PKR seperti kamera, kamera video dan komputer riba lebih canggih dan mahal berbanding blogger UMNO.

Berbanding blogger Pas, saya mengenali ramai blogger UMNO dan pro-UMNO yang bekerja tanpa peralatan yang cukup dan menggunakan apa saja yang mereka ada, termasuk hanya telefon bimbit untuk merakam berita.

Mungkinkah jika blogger UMNO dan pro-UMNO dibayar sedemikian rupa, tugas mereka akan menjadi lebih berkesan?

Berita mengenai pendedahan Kickdafella boleh dibaca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Saya terima RM4 juta'

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf."

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Kenyataan penuh Kickdafella boleh dibaca di blog beliau http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/28/saya-yakin-nik-aziz-akan-kena-dakwa-jawapan-kepada-su-akhbar-mb-kelantan-dan-tulang-besi/

4 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Fuhh ... kaya mereka Tun. RM4 juta tu. Blogger UMNO nak dapat RM100 bayar duit broadband pun tarak. Duit poket sendiri jugak. Cayalah PAS!

Jalak Lenteng said...

Nampaknya Pas perabis duit hanya utk psywar politik..patutlah kelantan tak maju. Duit dibelasah utk tujuan membelasah, bukan guna utk kebajikan rakyat. Bajet 4 juta tu masa zaman Pak Lah, agaknya masa DS Najib ni mau 40 juta..maklum je la, DS Najib bukan kecik anak..tentu belanja lg besar.

jonjo bonji said...

sapa kata PAS x main duit? selama ni diaorang yg dok kaburi minda rakyat dgn tohmahan2 yg UMNO main duit. inilah pendedahan fakta yg sebenar2nya, x ada yg x benar melainkan yg benar2 belaka..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tu baru sorang declare dr sebelah Pas, parti yg tak kisah halal haram mcm PKR dan DAP mcm mana pulak? berapa Anwar bayar Malaysiakini pulak? Tu kena tanya Zahrain, mungkin dia lebih mengetahui :)

Popular Posts