Thursday, August 11, 2011

Blogger Tulang Besi takut bersumpah `Pas tidak pernah berjanji untuk tutup kilang arak'


Petang tadi saya telah berdebat menerusi twitter dengan blogger Malaysiawaves, Tulang Besi tentang 'janji Pas untuk tutup kilang arak - sama ada Islamik, retorik atau cetek ilmu'.

Tulang Besi bersungguh-sungguh ingin menafikan bahawa Pas pernah berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Hujahnya, Pas tidak pernah berjanji sebaliknya, ia hanya pendapat peribadi pemimpin Pas tertentu sahaja.

Dia telah meminta saya bersumpah tentang dakwaan saya itu. Maka saya bersumpah - "Wallahi, wabillahi, watallahi saya bersumpah memang pemimpin Pas ada berjanji untuk tutup kilang arak di Shah Alam".

Selepas saya bersumpah, Tulang besi hanya berani bersumpah seperti ini - "Tapi Wallahi, Wabhillahi, Watallahi, PAS tidak pernah menjanjikan tutup kilang arak dan kedai judi sebagai polisi." Dia bermati-matian mempertahankan bahawa Pas tidak pernah berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam.

Oleh kerana dia begitu yakin, saya telah mencadangkan agar Tulang Besi melafazkan sumpah seperti ini - "wallahi, wabillahi, watallahi mmg Pas tak pernah berjanji utk tutup kilang arak di Shah Alam".

Bagaimanapun Tulang Besi amat bacul dan tidak berani melafazkan sumpah ini. nampaknya memang Tulang besi ni jenis penipu dan tidak boleh dipercayai. Wallahu a'lam. :)

Sebelum ini tiga orang pemimpin Pas berpusing-pusing mencari jawapan kepada soalan yang saya lontarkan dalam isu yang sama. Baca di bawah untuk lihat bagaimana penipuan mereka dipatahkan: -


Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab


Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa.

Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?"

Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title `Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?"

Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu!

Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun." Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka.

No comments:

Popular Posts