Tuesday, January 21, 2014

#SyokSendiri Kadir Jasin hanya pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik


1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir

2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN

3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai

4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara

5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya...  blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.


Saya malas hendak campur hal A Kadir Jasin dengan Perdana Menteri berkaitan MEDIA PRIMA seperti yang di dakwa blogger Malay Rights dan RBF. Saya pun ada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, terutama penasihat serta punahsihatnya. Kalau ada pun sebab kenapa saya hendak menyampuk adalah kerana Kadir TIDAK MENGHARGAI peranan dan sumbangan para pejuang siber pro-UMNO yang telah mengabdikan tenaga dan masa untuk berhadapan dengan pejuang siber pro-pembangkang sejak 2009 lagi.

Bersetuju dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sdr Ibdilillah sebelum memahami pendiriannya mengenai pejuang siber pro-UMNO yang mengakibatkan dia diserang sebelum ini adalah tindakan tidak matang seorang wartawan lama dan so-called blogger. Cubalah buat groundwork sedikit untuk memahami punca kenapa Ibdil diserang begitu rupa. Kalau tidak mahu membaca dari blog pro-UMNO yang dipandang keji oleh Kadir, bacalah dari blog Mazidul dan cuba fahami isunya.

IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+

KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012

PERLUKAH PENGENDALI BLOG PRO-KERAJAAN DIBAYAR?

SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR


Eloklah jika Kadir juga kata Mazidul membasuh seluar dalam di khalayak ramai. Saya nak tengok Kadir cakap begitu terhadap Mazidul. Ada berani?

Saya percaya ramai pejuang siber pro-UMNO/BN (blogger, facebooker, twitterti, youtuber, hacker dan sebagainya) BERSETUJU DENGAN SAYA jika saya katakan di dalam perang era media sosial hari ini, 8 ARTIKEL PANJANG BERJELA Kadir Jasin sebelum PRU13 BELUM CUKUP untuk membantu kemenangan BN.

Kedua, jika dikritik sedikit pun Kadir dah tak tahan, tak payah cakaplah hendak berdepan dengan serangan, penipuan, fitnah dan ugutan Red Bean Army. Dalam hal ini, saya yakin ramai cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN yang jauh lebih berketahanan daripada Kadir. Mungkin zaman Kadir sudah berlalu.

Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan dilibatkan di dalam pelbagai operasi siber, operasi war room dan TIGA daripada EMPAT Rapid Response Team, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri mengenai prestasi jentera siber UMNO dan Barisan Nasional. 

Saya tidak pernah menyatakan yang kita telah mengatasi kelebihan jentera siber PR, tetapi saya tidak pernah tidak menghargai sumbangan dan penat lelah jentera siber UMNO dan BN. Untuk membuat sweeping statement bahawa pejuang siber pro-UMNO dan pro-BN BERBAYAR, TIDAK ADA KERJA LAIN KE, HARI-HARI POLITIKSYOK SENDIRI dan TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali!

Bagi saya, biarpun ketinggalan, pejuang siber kita telah melakukan jauh lebih baik daripada tahun 2008 dan kepimpinan UMNO serta BN perlu belajar dari kelemahan diri mereka sendiri seperti dalam tulisan saya di bawah :-

#SyokSendiri Pemimpin UMNO/BN perlu cermin diri! @NajibRazak @TengkuAdnanREAL @KhairyKJ


Kalau Kadir tidak faham mengenai lanskap perang siber hari ini, bertanyalah. Jangan buat kenyataan SYOK SENDIRI dan apabila kena balun, mengadu itu dan ini....




Strategi hebat Kadir Jasin. Kenyataan SYOK SENDIRI atau BASUH SELUAR DALAM?
Ianya sangat-sangat `membantu' kepimpinan UMNO dan tidak `memburuk-burukkan' bakal generasi baru UMNO. Apa saya kisah?




No comments:

Popular Posts