Wednesday, November 25, 2009

Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?

Kata orang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya tidak tahu apa definisi sosialisme, komunisme, nasionalisme dan sekularisme. Disebabkan bila dia memberi pandangan, fikirannya tidak boleh membezakan antara komunisme dengan nasionalisme dan mengatakan ianya lebih kurang serupa. Dia juga tidak faham apa maksud nasionalisme dan menyamakan perjuangan UMNO adalah nasionalisme yang disifatkannya sama dengan komunisme dan assobiyah.

Menurut orang lagi, dia pun sudah keliru tentang yang mana satu sosialisme, yang mana satu sekularisme dan yang mana satu Islam dan difikirkannya semua itu serupa dalam Pakatan Pembangkang. Mungkin juga betul kata mereka ini, kerana jika dinilai dari perkataan Nik Aziz, dia mungkin tidak benar-benar faham akan maksud perkara yang diperkatakan. Malah ada kemungkinan Nik Aziz sengaja menyembunyikan kebenaran tentang beberapa perkara termasuk tentang maksud sebenar assobiyah, ayat al-quran dan hadis yang menyeru kepada ketaatan terhadap pemerintah dan perjuangan Islam UMNO.

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara yang lebih utama. Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama. Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.

Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara.

Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yg terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa.Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain.

Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kpd tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas dan ketiga hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan.

Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan.

Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid.

7 comments:

SangGuna said...

sebab tu le kita tak blh taksub dgn mana2 pemimpin, klu dah taksub begini le jadinya.
TG nik ajis ckp apa pun diorang follow, tak kira betul ke salah ke asalkan dari Tg nik ajis telan aje semua bulat2.
tu sebab org tua selalu kata jgn tua kulit aje.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

anda betul SangGuna.. :)

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum, TF & pelayar bolg ini,

1 Seseorang Muslim MESTI betul-betul jelas bahawa: skop Islam mencakup dua aspek - AKIDAH & SYARI'AT. Ambil akidah, buang syariat [atau ambil sebahagian, campak sebahagian]; BUKAN Islam. Ambil syari'at [walaupun keseluruhannya], buang akidah; atheis.

PAS & UMNO sudahkah ikrarkan & telah 'wartakan' blue-print utk menerapkan syari't sbgai matlamat perjuangan politik mereka, atau
jadikan Islam sebagai mekap saja?

2 Mafhum ayat Kitabullah [yang kita akui sebgai Pedoman kita]:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah [keseluruhan..."].

Berkaitan suruhan ini, kedua-dua, PAS & UMNO terlalu sangat fobia
mendengarnya, sebab ada ayt lain, maksudnya: "Janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali [teman kepercayaan] selain orang-orang mukmin. Sesiapa sahaja yang berbuat demikian, maka terlepaslah ia dari pertolongan ALlah..." Ali Imran, ayt 28]. Rujuk juga Surah Al-Ma'idah ayt 51 & 55.
Kenapa fobia? Sebab kedua-dua parti tersebut telah dgn secara terang-terang langgar larangan
keras Allah ini.

Baru dengan 2 poin ini sahaja, kedua-dua parti ini langsung TIDAK LAYAK mengaku memperjuangkan Islam.

aniessazali said...

Aku pun sokong Abu Faiq dan Sang Guna.
Aku ambil petikan wikipedia sikit berkenaan isu ini

Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, use the word "Allah" to mean "God".[3] The Christian Arabs of today have no other word for 'God' than 'Allah'.[6] (Even the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Alla for 'God'.) Arab Christians for example use terms Allāh al-ʼab (الله الأب) meaning God the father, Allāh al-ibn (الله الابن) mean God the son, and Allāh al-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) meaning God the Holy Spirit (See God in Christianity for the Christian concept of God).

Arab Christians have used two forms of invocations that were affixed to the beginning of their written works. They adopted the Muslim basm-Allah, and also created their own Trinitized basm-Allah as early as the eight century CE.[24] The Muslim basm-Allah reads: "In the name of God, the Compassionate, the Merciful." The Trinitized basm-Allah reads: "In the name of Father and the Son and the Holy Spirit, One God." The Syriac, Latin and Greek invocations do not have the words "One God" at the end. This addition was made to emphasize the monotheistic aspect of Trinitian belief and also to make it more palatable to Muslims.[24]

According to Marshall Hodgson, it seems that in the pre-Islamic times, some Arab Christians made pilgrimage to the Kaaba, a pagan temple at that time, honoring Allah there as God the Creator.[25]


________________________________
Al Hujuraat ayat 6 Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang yang fasik
membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah
kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

p/s: aku bukan alim sgt...tp aku syg agamaku...

zaim said...

salam. kenyataan melaksanakan hukum hudud adalah ekstremis sangat salah!
hukum hudud sama je hukum die dengan syariat-syariat islam yang lain, samalah seperti ko semyang 5 waktu, smlah seperti ko berpuasa. itu adalah hukum yang pemimpin Islam wajib laksankan.

Tapi inilah yang menjadi masalah. apabila orang islam sendri tidak paham akan hukum hudud. macammane hukum ini mau dilaksanakan. tmbah tmbah lgi wujudnye agama-agama besar yng lain dinegara kita nie.

SOz sy berharap awk rujuk balik hukum hudud tuh. dan tengok kewajipan melksanakan hukum tersebut...

sekian...

Shastrabuddhe said...

T Faisal kalau mcm tu ko serupe lah dengan Syeikh Ali Abdul Raziq.
Die pun mengiktiraf sekularisme dlm kitab al-Islam wa Usul al-Hukm.
tetapi selepas itu die dipinggirkan dari sebilangan besar Ulama al-Azhar sehingga salamnya pun x dijawab. Takutlah lg dgn ancaman Allah.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

err hukum hudud tu rukun islam atau rukun iman yang ke berapa ya? :)

Popular Posts