Wednesday, May 18, 2011

Muktamar Pas - perwakilan kena pilih yang betul-betul Islam, bukan alat orientalis Barat dan #balaciDAP



Muktamar Agung Pas akan berlangsung tidak lama lagi. Diberitakan bahawa bagi jawatan naib presiden PAS, seramai 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Mohd Amar Abdullah; Hata Ramli; Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Nizar Jamaluddin.

Bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding. Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan, Azman Shapawi Abd Rani, Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Kamaruddin Jaafar, Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.

Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa’ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu.

Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat. Seramai 1,100 perwakilan akan membuat keputusan dan memilihan barisan kepimpinan PAS.

Nasihat kita kepada perwakilan parti Pas,

1. Tolak calon yang rasuah - rasuah ini termasuklah yang menawarkan kain pelikat, pakej umrah, pakej haji dan rasuah syurga. Dulu Daud Iraqi ada menyebut amalan rasuah politik ini sudah jelas menular di dalam parti Pas.

2. Tolak calon yang bersekongkol terang-terangan dengan sosialisme, mempromosikan sosialisme secara terang-terangan dan menjadi alat kepada orientalis Barat. Calon-calon ini termasuklah mereka yang menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

3. Carilah calon berilmu. Jika tidak, mereka akan jadi seperti bekas MB Perak, Nizar yang tidak tahu perbezaan di antara mogok lapar dan puasa sunat; mogak lapar bagi menggantikan solat hajat dan tidak faham pun apa yang dimaksudkan dengan ancak dan doa selamat.

4. Tolaklah calon yang banyak masalah seperti Mat Sabu dan ADUN Selising.

5. Tolak calon yang menolak perpaduan sesama Islam kerana berdasarkan sejarah golongan yang tidak suka akan perpaduan Islam ini hanyalah zionis, musyrik dan munafik. Sama ada mereka ini tergolong di kalangan salah satu dari yang tiga ini ataupun mereka merupakan alat yang dipergunakan untuk menghancurkan Islam dari dalam menggunakan parti yang menggunakan label 'Islam' seperti Pas.

1 comment:

Hamdan Rukun said...

MASALAHNYA PADA AKU, TAK DE YANG LAYAK PUN...

Popular Posts