Thursday, January 27, 2011

Pas `kafir' kerana tolak hudud!


LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

____________________________________________________________________

Semalam ada majlis pemimpin dan penyokong Pas meng`kafir'kan diri masing-masing. Setelah sekian lama mengkafirkan UMNO kerana kononnya UMNO menolak hudud, hari ini Pas menegaskan pendirian sekali lagi bahawa mereka menolak hudud.

Ini bukan kali pertama, Pas menolak pelaksanaan hudud dan Negara Islam versi Pas. Ramai yang masih ingat pada sidang DUN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang telah menyatakan bahawa tidak ada dalam transkrip, memorandum dan Perlembagaan Pas bahawa Pas akan menegakkan Negara Islam.

Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Ramai pemimpin dan penyokong Pas yang meng`kafir'kan UMNO kononnya kerana tidak mahu melaksanakan hudud. Hari ini nampaknya Pas sedar mereka silap kerana meng`kafir'kan UMNO.

Kata Mustafa, “Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan)." Inilah ayat yang sama pemimpin UMNO sering katakan sebelum ini, malangnya penyokong Pas terlalu taksub dan gagal menyedari hakikat bahawa mereka ditipu oleh Pas selama ini.

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel saya "Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam", dalam banyak hal, nampaknya UMNO lebih faham hukum Allah swt berbanding Pas.

Jelas, hukuman `kafir' terhadap UMNO yang dijatuhkan oleh Pas sebenarnya hanya permainan politik keji ala 'khawarij' dan membuktikan bahawa Pas sanggup menggunakan agama demi mendapatkan kuasa.

Sekarang Pas tidak ada alasan lagi untuk memisahkan diri (bermufarraqah) dari jamaah besar umat Islam Malaysia dan taat kepada ulil amri yang satu. Jika mereka berdegil, mereka tahu hukumannya dalam Islam. Jika mereka ingkar, maksudnya Pas bukan melaksanakan siyasah yang bertujuan untuk memelihara maslahat ummah dan agama Islam, sebaliknya siyasah yang diamalkan Pas hanya kerana kerakusan mereka untuk berkuasa.

1 comment:

Wan.Fatimah said...

Assalamualaikum!
UMNO - PARTI YANG SYIRIK DAN KUFUR
Para penyokong UMNO di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

1. Para pemimpin UMNO yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;
b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;
c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;
d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.

2. Para pengikut UMNO yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir kerana :

a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;
b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;
c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

Para pemimpin UMNO dan para pengikut UMNO adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka mentaati dan mematuhinya dan mereka menyetujui dan meredhainya yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui Metod Demokrasi kerana ianya adalah metod yang syirik dan kufur (Fatir:10). Metod perjuangan Islam adalah daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.

Sekian, Terima Kasih.

Wan Fatimah al-Halbani
Temerloh, PAHANG DM

Popular Posts