Tuesday, February 1, 2011

Kisah Tabung Memali disonglap!


Seorang rakan berkongsikan maklumat ini di dinding facebook saya. Mesejnya mengenai penjualan buku Kisah Tabung Memali;

BUKU PENDEDAHAN PENYELEWANGAN TABUNG MEMALI OLEH HANTU RAYA BERSERBAN - NAK BELI & BACA BUKU = MAT SABU : AIR MATA DI BUMI MEMALI? NAK BACAKAH? BETOI KA DUIT TABUNG MANGSA MEMALI PUN ADA HANTU RAYA BERSERBAN KEBAS .... DTULIS OLEH CN AL-AF...GHANI

TPON KAWAN NI : CIKGU SOLAHUDDIN -019-4133659
HARGA : RM 20 (xtermasuk belanja pos


Tabung Memali: Saya fitnahkah?

AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di ...Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.

Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya.

Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.

Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.

Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.

Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.

Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.

Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.

Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.

C.N Al-Afghani

Memali


Nota: Pas oh Pas, rosak! Hancur, hancur; Hancurkan Pas!

10 comments:

azimi said...

Tabong mm tak besar..tabung buluh,tabung kayu..YANG SONGLAP..TABUNG Bank..Negara..Mcmna>>???Tabung haji..tabung asb..segala tabung dalam negara..YANG SONGLAPNYA>>> RMR..NBR..LAGI TERUK!!!!!!

Unknown said...

kpd azimi osman komen anda tentang penyelewengan kerajaan mungkin ada asas jika di sertakan dgn bukti tetapi jangan lah guna ayat itu untuk menghalalkan penyelewengan kpd orang-orang yang miskin tahukan ada melakukan dosa sama ada kecil atau besar ke neraka jawabnya jangan terlalu taksub hingga menghalalkan yang haram terima kasih

omong said...

jika songlap...kerana jahil agama...patut dihukum dan disingkirkan kerana tidak amanah...
tapi jika songlap...kononnya berjuang utk agama...bukan saja perlu dihukum, bahkan perlu dilaknat...kerana mempermainkan2kan agama...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

azimi, sokong omong & jkjk; ni org yg bawa imej agama; jangan dijual agama dgn harga yg murah kerana rakuskan kuasa.

Bahtera Merdeka said...

Salam Tuan,

harap maklum bahawa Pas tidak mengamalkan ajaran islam semasa berpolitik.

Pas mempolitikkan agama Islam.

p/s: http://bahteramerdeka53.blogspot.com

Detguaq said...

Salam TF,

Aku ada di Baling bersama CN Afghani semasa beliau membuat lapuran polis. Tetapi kepada yang ingin membeli buku ini aku ingin ingatkan bahawa sebelum mulai membaca buku ini kita kena letakkan diri pada suatu posisi di mana kita TIDAK PERNAH MENGANGGAP MEREKA YANG SENGAJA MENEMPA MAUT DI MEMALI ITU SYAHID. Mereka hanya mati biasa, iaitu mati sebagai penentang kepada arahan kerajaan yang berdaukat, kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat. Kerana pada keseluruhan cerita itu yang jadi sasaran iaah Senator Yusof Husin, dan umpama PUNGGOK RINDUKAN BULAN, cn Afghani sebenarnya masih simpati dengan perjuangan pasrael yang terang-terang bukannya sebuah badan dakwah, tetapi hanya sebuah parti politik yang meperdagangkan Islam.

CN Afghani tetap rindukan bulan, bukannya Islam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Detguaq

Yup sdr betul; mereka yg terbunuh tidak pernah difatwakan sbg syahid, sebaliknya dianggap bughah

altantuya said...

Azimi... Kohilal macamane..... sape yg songlap sebenarnya.. Org UMNO jugak ke atau orang BN...

Jangan buat2 gile merapu,, Puak2 Pas pu ng memamg ada banyak yg kaki pompuan,,, sebab barang mereka tuu bukan plastik.....

janga jadi giler babik gaaak.

Carca Merba said...

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” >>>>Surah An Nur ayat 19

Carca Merba said...

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” >>>>Surah An Nur ayat 19

Popular Posts