Sunday, October 30, 2011

Kronisme, rasuah, diktator punca pelabur jauhi Kelantan? #saveKelantan #GantilahJanganTido


Suasana kurang kondusif Kelantan lemahkan usaha MITI

30/10/2011 6:37pm

KOTA BHARU 30 Okt. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendapati suasana kurang kondusif di Kelantan melemahkan usahanya untuk menarik pelabur asing membuat pelaburan ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha promosi bagi menarik pelaburan ke negeri Serambi Mekah itu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan.

“Saya sentiasa berusaha untuk tarik pelabur tetapi ada terlalu banyak halangan... masalah air, infrastruktur, pelabuhan dan kekurangan sumber manusia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) di Terminal Makanan dan Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara mengenai kekurangan pelabur ke Kelantan.

Namun, Mustapa yakin harapan untuk memperbaiki keadaan itu masih ada dengan adanya pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hasil perancangan kerajaan Pusat untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama

3 comments:

Semut Api said...

Nik Aziz berpuas hati dgn apa yg berlaku di Kelantan dibawah pentadbiran Parti PAS. Tak perlu risau utk mencari Pelabur atau bagaimana usaha utk membawa masuk pelabur ke negeri Kelantan sbb rakyatnya akan berhijrah ke negeri2lain utk mencari rezeki dan membawa hasil pulang ke Kelantan.

Semut Api said...

jadi tidak hairan bila setiap kali tibanya PRU Nik Aziz@Wali Terompah akan terkejut dan melatah dgn kehadiran begitu ramainya pengundi2hantu kenegeri Kelantan!!ngehngehngeh

Norhayati Bt Saiddin said...

eerrmm......bawa hasil pulang keKelantan tak melatah tapi bila pulang utk mengundi dikatanya 'hantu'...kehkehkeh

Popular Posts