Wednesday, September 28, 2011

Ramai berpendapat Nik Aziz tidak serius dan tidak mahu laksana hudud sebenarnya


Benarkah Nik Aziz dan Pas benar-benar serius untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan? Analisis berikut menunjukkan Nik Aziz dan Pas tidak serius sebenarnya;

1. Penyokong Pas menjual cerita kononnya Tun Dr Mahathir akan melaksanakan MAGERAN jika Pas melaksanakan hudud di Kelantan. Itu sekadar alasan kerana tidak ada sebarang perkataan dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz mengatakan yang beliau akan melaksanakan MAGERAN. Boleh semak surat Tun Dr Mahathir di sini. Jika ada disebut perkataan MAGERAN sekali pun, nampaknya Nik Aziz sebenarnya lebih takut kepada manusia dan kehilangan kuasa berbanding takutkan Allah swt.

2. Kenyataan-kenyataan Nik Aziz bahawa dia tidak akan melaksanakan hudud dan negara islam kerana DAP. Sekali lagi keengganan melaksanakan hudud bukan kerana Allah swt, tetapi kerana hendak dapatkan kuasa. Tanpa bantuan dan persetujuan DAP, Pas tidak mungkin akan mendapat kuasa, jadi Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut -

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidakmendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalaunampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

3. Jika Nik Aziz serius untuk melaksanakan hudud, kenapa dalam tempoh 21 tahun berkuasa, pernahkah Nik Aziz berusaha bersungguh-sungguh membawa cadangan untuk melaksanakan hudud ke Mesyuarat Menteri-Menteri Besar, Mesyuarat Raja-raja, Majlis Fatwa Kebangsaan atau membawa cadangan tersebut ke Parlimen? Berapa kali dalam tempoh 21 tahun Pas mengangkat cadangan ini ke Parlimen?

4. Ketika menguasai Perak, apabila ditanya tentang hudud dan negara Islam, Bekas Menteri besar Pas, Nizar Jamaluddin menafikan terdapat hasrat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam di dalam mana-mana manifesto, memorandum dan dasar Pas; membuktikan walaupun berkuasa Pas tidak berhasrat melaksanakan hudud di Perak. Perkara yang sama berlaku di negeri Kedah. Tidak sekali pun Pas berusaha untuk melaksanakan hudud di Kedah. Adakah kerana takut kehilangan sokongan DAP dan PKR sehingga Pas hilang kuasa?

5. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang, sekali lagi Pas mengumumkan untuk tidak melaksanakan hudud atas alasan negara ini belum bersedia dan banyak keutamaan lain lagi berbanding hudud. Peliknya ini berlaku sebelum PRK Tenang. Ramai yang membaca ini sebagai tindakan desperate untuk memancing sokongan bukan Islam di Johor untuk menyokong Pas apabila menyedari Tenang merupakan kubu kuat UMNO dan semakin ramai umat Islam sudah menolak Pas. Bukankah ini juga kerana kuasa dan kerusi DUN?


Hudud bukan keutamaan

6. Kenyataan Husam Musa juga menunjukkan Pas tidak serius untuk melaksanakan hudud. katanya - “The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said." Tak percaya, boleh baca di sini

7. Dalam POLISI BERSAMA PR - pelaksanaan hudud dan negara Islam tidak dimasukkan oleh Pas.

8. Apa motif Nik Aziz tiba-tiba menyebut tentang hendak melaksanakan hudud sekarang? Adakah selepas melihat Pas bakal kehilangan kuasa di Kelantan dan kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara akibat kehilangan sokongan umat Islam dan orang Melayu? Sekali lagi nampaknya seolah-olah retorik hudud dipergunakan agar Pas tidak kehilangan kuasa.

Nampaknya Pas bukan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hudud, sebaliknya hanya mempergunakan hudud bagi tujuan mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa. Adakah ini suatu syirik kecil, apabila Pas melakukan sesuatu bukan demi Allah swt, tetapi demi kuasa?

Jadi saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin adalah tepat sekali - "Pemuda UMNO sokong jika Pas hendak melaksanakan hudud di negeri Kelantan."

Kelantan adalah negeri di bawah PR - dapatkanlah konsensus dari PKR dan DAP, lebih-lebih lagi apabila Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan Hudud. Selepas itu bawakan usul dan deraf tersebut ke Parlimen supaya dapat dibahaskan di Parlimen, diperbetulkan tafsiran yang salah dan tidak adil dalam hudud Pas itu dan dipinda peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang pelaksanaan hudud Pas ini di Kelantan.

Jika draf tersebut bagus dan dapat menjamin keadilan - maka tidak salah kita sokong kerana akhirnya yang dipentingkan oleh Barisan Nasional adalah keadilan. Nik Aziz - bila nak buat ni? 21 tahun, takkan sekali pun tak pernah usaha untuk bawa ke Parlimen, Mesyuarat Menteri Besar, Mesyuarat Raja-raja dan Jawatankuasa Fatwa?

2 comments:

rtu said...

umno 54 tahun pun tak mampu nak draf hudud.. cuba umno buat. pas tetap akan sokong..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ulama Pas bukan faham hukum :). sbb tu dari dulu asik ubah2 hukum je. skjp nak tutup kilang arak, sekarang bukan stakat pertahan kilang arak, kelantan nak tambah lg kedai jual arak. ntah apa yg ulama Pas belajar; menipu je yang banyak.. :)

Popular Posts