Saturday, September 10, 2011

Forum Peristiwa Bukit Kepong - Polis wira sebenar, bukan komunis


Polis Bukit Kepong wira sebenar
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
2011/09/10

IPOH: Anggota polis dan keluarga mereka yang diserang kira-kira 200 anggota komunis di Balai Polis Bukit Kepong dalam tragedi berdarah 23 Februari 1950 tidak syak lagi adalah wira sebenar negara kerana mereka bukan mempertahankan British seperti sangkaan banyak pihak sebaliknya Tanah Melayu yang ketika itu berada di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, berkata Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah berada di bawah penjajahan British seperti berlaku di India, Sri Lanka dan Hong Kong ketika itu. Sebaliknya mengikut pandangan antarabangsa ketika itu, Tanah Melayu atau Malaya diperintah oleh Raja-Raja Melayu dengan British bertindak sebagai penasihat atau menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

Pandangan itu turut disokong tokoh sejarah terkemuka, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim dan pakar sejarah yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam pada Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di sini, petang semalam.

Seorang lagi ahli panel dalam wacana yang dipengerusikan Timbalan Dekan Pusat Kajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian itu ialah bekas Ketua Cawangan Khas PDRM, Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang terbabit secara langsung dalam peperangan terhadap komunis di Perak dan Sarawak.

Kay Khim pula berkata, apa yang berlaku ketika itu ialah British hanya mengadakan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam pentadbiran dan apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bukan British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.

Oleh itu, katanya, Ahmad Indera atau Mat Indera yang dikatakan mengetuai serangan komunis di balai polis berkenaan sehingga mengorbankan 25 orang termasuk anggota polis, ahli keluarga mereka serta orang awam, tidak boleh dianggap wira kerana anggota komunis itu menentang kerajaan dan melanggar undang-undang yang diterima pakai majoriti rakyat Tanah Melayu ketika itu.

Orang yang melanggar undang-undang tidak boleh dianggap sebagai wira. Komunis bukan berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu (daripada British) tetapi mahu meneruskan agenda penguasaan fahaman itu di seluruh dunia.
Komunis di China sudah mengarahkan Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi orang Melayu tetapi susah sebab budaya tidak sama, tambahan pula orang Melayu patuh kepada Raja, katanya.

Ramlah pula berkata, sejak dulu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini tidak pernah dijajah British dan Raja-Raja Melayu tidak kehilangan kuasanya, hanya pembesar Melayu yang kehilangan kuasanya kepada pegawai British, justeru dakwaan mengatakan komunis menyerang anggota polis yang bekerja di bawah kekuasaan British adalah tidak tepat.

Beliau berkata, fakta sejarah juga menunjukkan Mat Indera adalah anggota PKM yang menuruti arahan seorang komander lain dan bukan mengetuai serangan di balai polis itu dan hanya ikan bilis yang tidak layak diletakkan sebaris dengan nama besar tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy serta tokoh pejuang lain sama ada berhaluan kanan atau kiri.

Ini fakta sejarah yang tidak boleh diubah atau ditokok tambah, cuma intepretasi sejarah saja mungkin berlainan tetapi itu pun memerlukan bukti baru, sumber dan dokumen sahih yang pelbagai dan kajian mendalam, bukan boleh buat sesuka hati saja, katanya.

Yuet Leng pula berkata, beliau akan terus menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Bukit Kepong sebagai wira yang hanya tahu mempertahankan kedaulatan negara dan menentang keganasan berbanding PKM yang bercita-cita mewujudkan Republik Tanah Melayu yang menerima arahan daripada komunis antarabangsa bagi menyingkirkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Panel of experts defend real heroes of Bukit Kepong
By MANJIT KAUR
manjit@thestar.com.my

IPOH: Historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim said the policemen who died defending the Bukit Kepong police station 60 years ago were the real heroes, and not the attacking communists.

Speaking at a Merdeka forum here, Prof Dr Khoo said history should never be manipulated.

Referring to the claim by PAS deputy president Mohamad Sabu that Mat Indera, who allegedly had a role in the attack, was a hero for attacking the British, Dr Khoo said: “How does he expect to rewrite history if he can't even understand the simple fact that the British never ruled the country.

“The British had merely taken over the administration of our country,” he said at the forum whose speakers included former Inspector-General of Police Tun Haniff Omar, former Perak police chief Tan Sri Yuen Yuet Leng and Universiti Teknologi Mara Science administration and policy studies Professor Datuk Dr Ramlah Adam.

He said the country's weak education system had resulted in a generation of students, as well as teachers, who did not understand the proper terms used in the study of history.

“How will our future generation or even Mat Sabu (Mohamad) understand history then?”

The talk entitled “The Bukit Kepong incident: Who are the real heroes?” was held to counter Mat Sabu's claims that the men who attacked the security forces and their families in the Bukit Kepong tragedy were the real heroes as they had fought against British rule.

Meanwhile, Haniff said that PAS had, during the 1955 general election, opposed the Malayan Communist Party.

“So where does Mat Sabu stand with his statement?”

Yuen said the communists' intention was to destroy the country's monarchy at the time.

“If the communists wanted a stable country then, I would not have been worried even if there were ten Chin Pengs (the head of the defunct communist party now living in exile in Southern Thailand),” he added.

3 comments:

Anonymous said...

Hishammuddin hanya asyik beri amaran saja, buatlah apa pun hanya amaran akan diberi, mungkin dia akan ambil tindakan sekiranya orang pergi terajang kepala dia sebab dia lembik sangat. Beribu-ribu aduan polis dibuat terhadap Ambiga, Mat Sabu, Namewee, Katy Li Lian, Budak UMT yang hina lagu Negaraku, malahan Suhardi Md. Isa pun tak diambil tindakan, apa cerita? Inilah yang menyebabkan Pakatan Rakyat besar kepala, degil nak mampus, sebabnya Menteri Dalam Negeri seperti Hishammuddin ini lembab, tak guna dan pengecut. Buat Tun Faisal, nasihatkan bos anda itu, sekiranya dia masih ada maruah, letak jawatan sajalah sebagai Menteri Dalam Negeri, menyemak saja, perosak. Saya geram dengan sikap gila babi Pakatan Rakyat merosakkan negara dan rakyat, tapi saja lebih geram kepada Menteri Hishammuddin yang lembik dan tak guna kerana bukannya nak ambil tindakan terhadap tindakan yang boleh mengundang bahaya pada negara, asyik-asyik amaran, amaran, amaran kepala otak kaulah Hishammuddin, kaulah perosak nama baik UMNO macam Khairy juga, perosak UMNO dan perosak kepada Barisan Nasional. Berambuslah kamu dua ekor dari UMNO dan Barisan Nasional.

Daripada,

Penyokong Barisan Nasional yang geram dan meluat dengan sikap lembik dan bangang Hishammuddin dan Khairy yang merosakkan negara ini dengan perbuatan buta kayu mereka berdua.

Anonymous said...

Tun Faisal, Barisan Nasional kalah banyak kerusi pilihanraya pada PRU 12 bukannya kerana Barisan Nasional tak berkualiti, tapi adanya si lembik seperti Pak Lah dan perosak seperti menantu Pak Lah, Khairy menyebabkan Barisan Nasional mendapat musibah disebabkan oleh mereka berdua. Malahan saya yang ketika itu pun penyokong Barisan Nasional, saya tidak pergi mengundi kerana meluat dengan sikap Pak Lah dan menantunya berbuat sesuka hati hingga negara menjadi caca marba dan tunggang langgang hingga sekarang ini.

Sekarang ini Menteri Hishammuddin pula, si lembik yang membiarkan Pakatan Rakyat naik kepala, ini semua menyebabkan penyokong Barisan Nasional menjadi geram dan meluat dengan kerajaan walaupun hanya ada seekor tikus yang menjadi perosak dalam kerajaan iaitu Hishammuddin.

Hishammuddin, lebih baik kamu letak jawatan sajalah, kamu ini si lembik, sebab itulah Pakatan Rakyat boleh pijak kepala Kementerian Dalam Negeri, kamu bukannya nak ambil tindakan terhadap petualang negara, tapi pihak berkuasa pula ditekan supaya mengikut telunjuk kamu yang si lembik penakut dengan Pakatan Rakyat.

Hishammuddin, letak jawatan sajalah, saya sebagai rakyat biasa dan ramai lagi orang lain yang lebih suka Tan Sri Musa Hassan menjadi Menteri Dalam Negeri kerana dia lebih tegas dan mengambil tindakan segara untuk kepentingan negara dan rakyat, bukan macam kamu hanya sibuk membodek saja.

Daripada


Penyokong Barisan Nasional yang geram dan meluat dengan sikap lembik dan bangang Hishammuddin dan Khairy yang merosakkan negara ini dengan perbuatan buta kayu mereka berdua.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

nak suruh ambil tindakan undang-undang ke atas mat sabu? baik - beritahu saya:

1. undang2 yg mana?
2. untuk kesalahan apa?
3. bidang kuasa dan tindakan siapa?

untuk namewee misalnya -
apa kesalahan dia? jika atas kesalahan yang u sebutkan, kita nak guna undang-undang apa?
jika undang-undang yang u sebutkan digunakan, bidang kuasa siapa untuk mengambil tindakan tersebut?

untuk Mat Sabu, ada yang minta di ISA kan Mat Sabu, untuk kesalahan Hasutan.
soalannya 1. dia faham ke ISA tu untuk apa? kalau tak faham, silalah baca tulisan saya tentang ada beza tak antara ISA dam Akta Hasutan.
2. Jika nak guna akta hasutan, tunjukkan di mana dalam kenyataan Mat sabu itu yang mempunyai kecenderungan menghasut. kalau tak berapa tahu apakah yang dimaksudkan kecenderungan menghasut, silalah rujuk artikel yang sama.
3. Jika terbukti Mat Sabu menghasut - soalan yang ke-3 yang u perlu tanya, bidang kuasa siapa untuk ambil tindakan bagi kesalahan menghasut?

Bila dah faham semuanya, barulah boleh nak tunding jari. Jangan malas buat rujukan dan cakap ikut sedap mulut saja kerana nampak sangat kita tak tahu dan kurang berpengetahuan.

Saya syorkan u banyakkan bertanya sebelum menulis, mungkin selepas banyak bertanya, u akan ketawakan diri sendiri sebab banyak benda yang u tak tahu dan u akan minta maaf kepada DS Hishammuddin sebab membuta tuli menuduh dia.. :)

Popular Posts