Thursday, August 6, 2015

#SiasatanSPRM: SPRM tidak wajar defensif, PM juga benarkan dirinya disiasat

#TangkapanSPRM: Tiada arahan, pegawai disiasat kerana kes kebocoran maklumat kerajaan dan perbankan - Ketua Polis Negara

"Ketua Polis Negara, TS Khalid kata tindakan polis menyiasat pegawai-pegawai SPRM, mengambil dokumen dan peralatan adalah berkaitan kes kebocoran maklumat kerajaan dan perbankan"

"TS Khalid nafi langkah itu dibuat atas arahan pihak tertentu. Beliau juga nafi polis menganggu tugas SPRM. Setiap agensi kerajaan ada tugas tersendiri -Agendanews"

1. Saya pernah menulis mengenai ahli #TaskForce yang tidak amanah. Perbuatan mereka membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan memalukan pasukan itu - Kebocoran maklumat siasatan kepada WSJ memalukan TaskForce - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/kebocoran-maklumat-siasatan-kepada-wsj.html?m=1

2. Saya juga mempersoalkan etika dan integriti mereka apabila mereka membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan ini. Bagaimanakan mereka boleh berlaku adil dalam siasatan mereka apabila mereka sejak awal lagi sudah berlaku tidak adil kepada pihak yang disiasat melalui pembocoran meklumat yang belum disahkan ini. Timbul juga persoalan mengenai integriti mereka. Adakah mereka telah dibayar bagi membocorkan maklumat yang belum disahkan ini? -1MDB: BANK atau TASK FORCE yg main politik persepsi? http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/1mdb-bank-atau-task-force-yang-main.html?m=1

3. Saya fikir SPRM tidak wajar bertindak defensif. Bukan SPRM saja yang disyaki, tetapi blogger Malaysia Today, Raja Petra pernah menulis bahawa Timbalan Gabenor Bank Negara dan dua orang pegawainya antara dalang yang  disyaki - Fitnah WSJ: Timbalan Gabenor Bank Negara dan 2 pegawai disyaki - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/fitnah-wsj-timbalan-gabenor-bank-negara.html?m=1

4. Walaupun Bank Negara telah menafikan dakwaan Raja Petra ini, saya berharap agar pihak Polis akan terus menyiasat sehingga dalang yang membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan ini dijumpai - "Polis wajar teruskan siasatan ke atas anggota Task Force sehingga dalang dijumpai" http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/polis-wajar-teruskan-siasatan-ke-atas.html?m=1

5. Dalam tulisan saya, saya mencadangkan agar latar belakang setiap anggota Task Force yang terlibat perlu disiasat, termasuklah dari segi hubungan silam mereka dengan media barat dan media pro pembangkang, komunikasi mobil, perjalanan-perjalanan ke luar negara, pertemuan-pertemuan di dalam negara, akaun bank peribadi dan keluarga mereka.

6. Saya percaya Task force perlu dibersihkan daripada anasir-anasir yang tidak mempunyai integriti dan gagal menjaga kerahsiaan bagi menjamin keyakinan terhadap pasukan ini.

7. Lebih-lebih lagi kerana perbuatan tidak amanah anggota Task Force ini telah mengakibatkan pelbagai spekulasi liar sehingga menjejaskan ekonomi. Perbuatan anggota Task Force ini adalah satu jenayah yang serius dan boleh dianggap satu bentuk sabotaj terhadap ekonomi negara.

8. Sebagai seorang rakyat yang patriotik dan tidak mahu negara terjejas akibat perbuatan khianat anggota Task Force, sudah tentu saya menyambut baik tindakan polis menyiasat setiap anggota Task Force yang disyaki membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan ini. Sama ada mereka dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, SPRM atau dari PDRM, itu tidak penting. Ini bukan soal agensi, tetapi soal individu khianat yang berada di dalam Task Force.

9. Anggota Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM atau PDRM yang terlibat dalam Task Force tidak perlu risau jika tidak melakukan sebarang kesalahan. Perdana Menteri Najib Razak sendiri membenarkan diri beliau disiasat. Maka apakah alasan untuk tidak membenarkan anggota SPRM dan Task Force yang lain disiasat?

10. Tidak perlu defensif dan membuat kenyataan seolah-olah pihak polis diarah untuk menganiayai SPRM. Berilah ruang dan kerjasama kepada polis membuat siasatan. Masing-masing mempunyai tugas untuk dilaksanakan secara profesional dan tidak berpihak.

11. Selain anggota Task Force, saya juga berharap agar pihak berkuasa, Polis dan SKMM dapat segera menyiasat portal berita, blogger dan trooper yang telah menyebar fitnah. Mereka juga adalah punca spekulasi liar yang mengakibatkan ekonomi negara terjejas - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/1mdb-polis-perlu-siasat-blogger-dan.html?m=1


4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Pengkhianat di depan mata, sebesar gajah tak nampak, kuman seberang laut juga yang dikejar.

Unknown said...

DARI AHLI UMNO - TERIMA DERMA OK. BUKAN JENAYAH - TAPI DERMA UTK PARTI MESTI MASUK AKAUN PARTI ( sekurang2 2 tanda tangan dan MKT mesti tahu) BUKAN AKAUN PERIBADI- ADA FAHAM DS Najib Razak!!!

Unknown said...

PM MINTA DIRI DISIASAT?KAH KAH KAH LAWAK SIOT.LAST MINIT YANG TUKANG SIASAT SEMUA KENA TUKAR.INI GAME RAKYAT DAH BOLEH BACA LA BRO,AKU CABAR KALAU PM ADA BERANI BERSUMPAH DGN NAMA ALLAH DUIT 2.6 BILLION BETUL2 DERMA?

Unknown said...

Dah terang lagi bersuluh isu 1MDB dan Najib ni memang fitnah. Bukti dari Justo, sarawak repot, wsj dah nyata. x perlu nak spin cerita lagi wahai RBA. Kepada Jaafar Yunos, aku dah baca fasal penderma rm2.6 bilion tu yg mahu masukkan dalam akaun Najib sebab x mahu identitinya diketahui. So apa salahnya? Lagipun Najib yg mengusahakan derma tu, bukan kamu atau orang lain. Yg lain2 tu tahu nak guna duit je tapi x tahu nak cari dana. Apa kata lepas ni kamu tolong carikan dana untuk parti, itu lebih baik dari mengkritik walaupun x tahu hal sebenarnya.

Popular Posts