Selama ini ramai rakyat Kelantan mempertikaikan bahawa `hasil balak habih, tapi pembangune tok nampok'. Rakyat Kelantan nampak orang tertentu di dalam Pas semakin berubah, tetapi rakyat Kelantan masih ramai yang terpaksa berhijrah ke luar negeri. Allah SWT maha kaya apabila menunjukkan satu persatu perangai buruk Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat.
Pertama dia mengaku menerima tajaan untuk pergi menunaikan haji, selepas berulang-ulang kali menunaikan haji. Kedua, amalan kronismenya terbongkar. Ketiga, semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai, ada blog yang melaporkan kisah kekayaan isteri dan menantu Nik Aziz.
Kali ini, satu lagi cerita sensasi terbongkar. Dipetik daripada blog Jibril Selamat, 'SUARA RAKYAT' (klik), nampaknya banyak perkara yang disembunyikan di Kelantan. Malangnya, dikatakan pegawai SPRM sendiri telah mengkhianati amanah rakyat dan melindungi perasuah. Kita mahu SPRM mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang diibaratkan seperti `harapkan pagar, pagar makan padi'. Entah berapa banyakkah rasuah yang ditelan oleh pegawai SPRM ini. Eloklah disita semua aset dan harta-hartanya termasuk aset dan simpanan di bawah nama anak, isteri, adik beradik dan keluarga terdekatnya. SPRM perlu membongkar kisah pegawainya yang pecah amanah ini!!!
2 comments:
Sepatutnya ini adalah agenda Pemuda UMNO Kelantan dan disokong sebagai agenda nasional di peringkat Pemuda Pusat untuk hebahkan dan bawa ke pihak atasan atas sikap SPRM tidak mengambil tindakan.
Siasat kawan baik KJ, Nazri menemui Nik Aziz untuk 'bincang' pasal apa??? hingga isu ini terperap.. Nazri adalah Menteri yang di amanahkan untuk mencegah dan mengawal rasuah atau sebenarnya dia penggalak dan pelindung rasuah.
Agenda Pemuda janganlah mengharapkan KJ jadi Menteri dan kemudiannya menunggu 'ole ole' untuk di bahagi bahagikan..Tanpa jawatan Menteri pun Pemuda boleh bertindak..
Tetapi, kalau tak nak, seribu dalih..kalau dah isu besar pun terpekik terlolong kat blog sahaja, lebih baik letak jawatan Exco Pemuda..
Pemuda UMNO saje nak main isu, SPRM sepatutnya tidak perlu bertindak akibat didesak oleh org luar,ia perlu bebas dari segala pengaruh lua termasuk BN yg memerintah..Pemuda saje nak tunjuk buruk Tuan Guru,SPRm nak bertindak mesti perlu prosedur dia, mereka tau la nak bertindak,dah klu salah leh la dakwa,PEmuda x payah la nak desak2..Korang memerintah jgn egat berkuasa atas semua, jgn campuri urusan pihak berkuasa..
Post a Comment