1. Semalam ada wartawan meminta respon saya mengenai kenyataan PM pada 9 Ogos 2015, iaitu "UMNO perlu wujud lebih banyak "keyboard warriors".
2. Saya tanya dia, dia hendak tahu tentang yang mana satu? "Keyboard warriors" yang berkaitan pertama, jentera parti atau kedua, jentera kerajaan atau ketiga, portal dan aktivis siber pro-UMNO dan BN? Jika dia nak bercakap tentang jentera parti, dia perlu bezakan pula di antara jentera UMNO dan juga jentera BN. Katanya, dia hendak tahu tentang Jentera UMNO. Jadi tulisan saya di bawah ini bukan mengenai jentera BN, jentera kerajaan dan juga bukan mengenai jentera pro-UMNO dan BN, yang ada kisah yang tersendiri.
3. Saya pernah mengetuai Unit Media Baru (UMB) yang merupakan jentera siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan yang merupakan salah satu daripda jentera parti UMNO. Dua tahun lepas, selepas Pilihan Raya Umum ke-13, pada 27 Jun 2013, iaitu 2 tahun sebelum kenyataan PM di atas, apabila ditanya:-
"mana lebih baik RM 10 juta untuk 10 orang blogger atau RM 100,000 untuk 100 orang facebookers? Jawapan saya, jika 5 tahun dulu mungkin RM 10 juta untuk 10 orang blogger, tetapi selepas PRU13, mungkin lebih baik RM100,000 untuk 100 orang facebookers tanpa menafikan blogger juga masih ada peranan dalam pertempuran siber hari ini." dalam posting bertajuk @UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW
4. Realitinya, pendekatan perang siber sudah berubah. Pendekatan pada tahun 1998, ketika saya berjuang sebagai individu, berbeza dengan pendekatan pada pilihan raya tahun 2004, ketika saya berjuang sebagai ketua operasi Cybetrooper Pemuda BN. Pendekatan pada tahun 2004 pula berbeza dengan pendekatan pada tahun 2008. Pendekatan semasa pilihan raya 2008 pula berbeza dengan pendekatan pada tahun 2013, ketika saya mengetuai UMB; dan hari ini, ia sekali lagi berubah.
5. Perlukah jumlah yang ramai. Ada yang mengatakan, bukan jumlah yang ramai yang penting tetapi, fakta lebih penting. Tidak guna jika ada jumlah yang ramai jika keyboard warriors ini tidak mempunyai fakta, kata mereka.
6. Betul ada sejumlah faktor yang lebih penting berbanding jumlah, tetapi kita perlukan jumlah yang ramai terlebih dulu. Ibarat kita membentuk sebuah pasukan tentera, tentulah kita memerlukan jumlah terlebih dulu. Selepas kita mempunyai jumlah, barulah timbul proses grooming, latihan, peningkatan kemahiran dan pengkhususan. Perlu ada jumlah terlebih dulu.
7. Selepas ada jumlah atau rekrut, barulah kita bercakap tentang soal lain.
8. Apakah masalah dengan jentera parti sekarang? UMNO mempunyai Biro Media Sosial (BMS) di bawah sayap Pemuda dan Puteri, dan Jabatan Media Sosial (JMS) di bawah Ibu Pejabat. Pertamanya, adakah mereka mempunyai jumlah ini? Betulkah mereka ada pasukan? Kalau ada pasukan, berapa ramai anggotanya?
9. Saya kisahkan di dalam posting terdahulu saya tadi:-
Bermula sebagai kumpulan kecil blogger, facebooker, penggerak multimedia kreatif yang sudi bergerak di bawah platform Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jumlah penggerak UMB bertambah dari satu tahun ke tahun kepada satu organisasi yang disertai oleh oleh 49 blogger dan aktivis media sosial sepenuh masa dan 175 orang blogger dan aktivis media sosial yang membantu secara sambilan di seluruh negara. Di bawah BNYCT, UMB turut dibantu oleh hampir 1,000 orang sukarelawan siber. @UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW
UMB turut melatih hampir 3,000 orang aktivis siber sepanjang tempoh empat tahun kewujudannya, sama ada secara sendiri atau bekerjasama dengan pihak lain, seperti Biro Penerangan UMNO di bawah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
10. Kedua, jentera UMNO ini tidak mempunyai kemahiran. Mereka mungkin terdiri dari kalangan yang street smart, tetapi mereka tidak terlatih secara berstruktur.
11. Ketiga, mereka tidak menguasai isu dan kurang pengetahuan untuk menjelaskan isu.
12. Keempat, respon yang lambat atau hampir tiada respon.
13. Kelima, mereka mempunyai kelemahan dari segi kemahiran penghasilan kandungan.
13. Kelima, mereka mempunyai kelemahan dari segi kemahiran penghasilan kandungan.
14. Keenam, mereka kurang pengalaman, kerana tidak terdedah dengan pelbagai operasi, baik Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri, PRU dan operasi-operasi lain.
15. Ketujuh, mereka ketiadaan kepimpinan dan dengan itu mereka tidak mempunyai hala tuju, koordinasi dan strategi.
16. Kelapan dan yang paling penting, jentera parti selaku pahlawan siber atau keyboard warrior, sudah tentu mereka perlu ada keberanian dan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan parti.
17. Tidak mungkin mereka boleh menjadi `warrior' atau pahlawan, jika mereka pengecut, hanya berdiam diri dan takut untuk ke hadapan mempertahankan presiden dan parti. Apa lagi jika mereka sendiri tidak ada kesetiaan dan berkomplot pula untuk menjatuhkan presiden parti.
18. Ini adalah salah satu kelemahan utama jentera parti UMNO dan kelemahan paling utama. Berbeza dengan `keyboard warriors' pembangkang yang akan bermati-matian mempertahankan pemimpin dan parti mereka, walaupun pemimpin dan parti mereka mempunyai banyak kelemahan.
No comments:
Post a Comment