1. SPRM dalam kenyataannya mengesahkan beberapa perkara. Pertama, wang sebanyak RM2.6 bilion ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib Razak. Kedua, wang tersebut bukan daripada 1MDB dan bukan dari sumber rasuah, sebaliknya daripada penderma.
2. Pengkritik Najib gembira dan percaya dengan bahagian pertama kenyataan SPRM, iaitu memang ada RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Cuma mereka tidak gembira dengan bahagian kedua kenyataan itu, iaitu RM2.6 itu bukan daripada 1MDB dan sumber rasuah serta memilih untuk tidak mempercayainya. Tidak adillah begitu.
3. Apabila SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukankah itu bermaksud SPRM bebas dan tidak terikat dengan sebarang arahan untuk menyembunyikan fakta ini? Bagaimanapun pengkritik tidak mahu menerima hakikat ini.
4. Spin pengkritik sekarang berubah. Jika dulu mereka menuduh Najib, Jho Low dan Arul Kanda melesapkan wang 1MDB, tanpa rasa malu, sekarang mereka mempertikaikan kenapa Najib menafikan duit dimasukkan dalam akaun peribadinya, mendesak didedahkan siapa penderma yang bermurah hati, menyalah tafsir bahawa derma juga adalah satu bentuk rasuah dan mempertikaikan kenapa duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan bukan akaun amanah.
5. Sepatutnya mereka meminta maaf kepada Najib, Jho Low dan Arul kerana tersilap menuduh. Bagaimanapun mereka memilih untuk terus menuduh.
6. Dalam isu ini, pertama, yang penting, ia bukan duit 1MDB. Kedua, ia bukan duit rasuah. DERMA tidak sama dengan rasuah. Derma hanya menjadi rasuah bila ada balasan yang diminta. Jika tiada sebarang balasan yang diminta, ia kekal sebagai derma.
7. Kedua, Najib tidak pernah menafikan menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, tetapi menafikan beliau menerima duit tersebut daripada 1MDB seperti yang didakwa oleh WSJ, Sarawak Report dan pihak-pihak tertentu.
8. Ketiga, sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan untuk tujuan politik. Penyumbang boleh memilih untuk menyumbang ke dalam akaun parti politik atau hendak membantu individu tersebut menggerakkan gerak kerja politik beliau dan parti yang diwakilinya. Jika dimasukkan ke dalam akaun peribadi, bermaksud penyumbang mahu membantu individu tersebut. Terserah kepada individu tersebut menggunakannya mengikut cara dan ketika yang difikirnya sesuai. Penyumbang boleh memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun parti jika mereka mahu membantu parti.
9. Keempat, benarkah ada penderma yang bermurah hati? Jika ada penderma di dalam dan di luar negara yang bermurah hati menderma kepada pemimpin pembangkang dalam jumlah yang besar, kenapa pula tidak ada penderma yang bermurah hati menderma kepada Najib bagi menyokong perjuangan beliau dan parti beliau?
10. Apakah tidak ada kemungkinan bahawa Najib mendapat sumbangan daripada bilionaire negara Islam yang tidak mahu pembangkang menang dan menjadikan negara ini sebuah negara sekular dan sosialis, lebih-lebih lagi apabila mereka melihat gerakan pembangkang di Malaysia menerima dana dari sumber yang sama dengan sumber yang menyokong usaha meruntuhkan negara-negara Islam dan menggulingkan pemimpin-pemimpin Islam di negara tersebut?
11. Kelima, wajarkah didedahkan siapa penderma ini? Dap menentang usaha untuk mengisytiharkan nama penderma kerana takut penderma menjadi mangsa tekanan politik dan diskriminasi.
12. Jika syarat yang diberikan oleh penyumbang dari Timur Tengah tersebut adalah mereka mahu menyumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti mereka diketahui umum, maka akaun peribadi boleh dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihan raya. Akaun ini boleh ditutup selepas tujuan ini dilaksanakan. Jika sumbangan ini dimasukkan ke dalam akaun amanah, terdapat kemungkinan identiti penyumbang boleh terdedah dan diketahui umum. Ada penyumbang yang tidak mahu mengambil risiko ini dan permintaan mereka perlu dihormati.
13. Keenam, jika benar RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib, kenapa TS Muhyiddin dipecat? TS Muhyiddin tidak dipecat, sebaliknya digugurkan kerana tidak lagi dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.
14. Ketujuh, kenapa SPRM disiasat oleh polis? SPRM disiasat kerana ada aduan daripada pihak awam, termasuk saya sendiri agar anggota Pasukan Petugas Khas yang membocorkan maklumat siasatan disiasat. Tujuan aduan ini dibuat adalah untuk menghalang sebarang spekulasi dibuat sebelum siasatan selesai, sehingga boleh menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara.
15. Kelapan, Tun Dr Mahathir menyebut
"saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserahkan kepada Dato Abdullah Badawi", memberi maksud, wang ini tidak berada di dalam akaun parti tetapi di dalam akaun pemegang amanah. Jika wang ini berada di dalam akaun parti, sudah tentu ia tidak diserahkan, sebaliknya hanya perlu pertukaran nama penanda tangan pemegang akaun. Selain Tun Mahathir, disebut juga ada dua orang lagi pemegang amanah yang memegang wang ini di luar akaun parti.
16. Siasatan berkaitan akaun Najib Razak oleh Pasukan Petugas Khas masih belum selesai. Sehingga semalam, apa yang jelas adalah, duit 1MDB yang didakwa Tun Mahathir dan pengkritik sebagai lesap, sebenarnya tidak lesap apa lagi dimasukkan ke dalam akaun Najib dan Rosmah. Belajarlah untuk menerima hakikat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
-
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran PEKEMBAR/UMNO ke-65 - Semoga Allah terus memberi petunjuk, merahmati dan memberkati semua pejuang per...
11 comments:
Siasatan masih berjalan la bro..relax la.
Yg pasti...kenapa masukkan dlm akaun peribadi 2.6bil tu? Knp bukan akaun rasmi parti? Itu terang2 dah salah...
Siasatan masih berjalan la bro..relax la.
Yg pasti...kenapa masukkan dlm akaun peribadi 2.6bil tu? Knp bukan akaun rasmi parti? Itu terang2 dah salah...
OK wang yang masuk bukan dari 1MDB.Ia adalah dari sumbangan sukarela atau bahasa omputih 'donation'.... aik! Masih salah tu kerana melanggar MACC Act ...macam mana? Eh kalau bukan salah, besok kalau saya di tahan polis trafik kerana memotong di double line, bolehlah saya beri sumbangan tunai untuk membina balai yang baru ya tak? OK lah shiok tu ...polis happy I pun happy ... PM pun harry ...we all happy happy laa.. bolehlan maju negara ni ....oh lagi satu hal ... yang 1MDB tu wang yang hilang tu belum dijawablah ... tak semestinya kalau PM 'dilepaskan' dari tuduhan 1MDB secara langsung pun tiada salahnya ... different and separate matter la bro ... I'm sure the rakyat bukan banggang la boleh dipermain-mainkan .... Aik yang si Arul tu pi mana? Aik PAC dah dibubarkan? Adoi jadi tak yah la perlu menghadap beri penjelasan ...amboi, memang best la si PM ni ..pandai dia mainkan PAC tu ... memang PM yang terbaik sekali ....
Ethan Kok, awak yang tak faham sebenarnya..siasatan masih berjalan..bacalah statement SPRM..jangan buat andaian sendiri..saya tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk melihat reaksi orang macam saudara apabila PAC mengesahkan wang RM42b itu tidak hilang dalam sedikit masa lagi..adakah tatkala itu orang seperti saudara mahu menerima kenyataan tersebut? sekarang isunya, duit RM2.6b yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM itu bukan duit 1MDB mahupun duit rakyat..itu adalah wang daripada penderma..dan tidak ada kesalahan dari segi itu..malah Bank Negara turut menerima surat-surat pemakluman daripada penderma tersebut ekoran jumlah nya yang besar..
"Eh kalau bukan salah, besok kalau saya di tahan polis trafik kerana memotong di double line, bolehlah saya beri sumbangan tunai untuk membina balai yang baru ya tak?" - boleh derma..tiada masalah..dermalah..bagus jugak PDRM akan dapat balai baru dari orang mcm awak..tapi, saman tetap kena saman..jangan harapla derma awak tu akan membolehkan awak lepas daripada tindakan saman oleh Polis..sebab kesalahan awak memotong double line..yang awak nak derma bina balai tu, bukan kesalahan..tapi kemurahan hati awak untuk menderma..
Saya dgn sabarnya menunggu laporan siasatan 1MDB. tapi kalau saya dapat jumpa penderma yg sgt bermurah hati utk menderma kepada PM kita RM2.6B, saya merayu pada dia, utk RM 2.6B lagi untuk buka Yayasan Palestine, dan Yayasan asnaf Malaysia.
Di Timur Tengah ada lebih kurang 7 billionaire, yg paling kaya, bernilai lebih kurang USD20.4B(total assets). Andaikan hamba Allah ini lah yg menderma! kalau kadar tukaran FoRex USD1 = RM2.6 (memang tidak tepat, saya kurang bijak jika dibanding dengan tuan)dia telah membelanjakan hampir 5% dari kekayaan dia utk PM kita! Hebat! mungkin PM kita adalah idola byk billionaire-billionaire Timur Tengah.
Dengan rasa penuh hormat, ya saya memang tahu MACC masih sedang menyiasat RM2.6B itu tapi bukankah ia telah dimaklumkan secara umum oleh Menteri-menteri yang baru dilantik tu bahawa RM2.6B itu adalah derma. Jadi takpe tunggu sampai penyiasatan tamat. Sebab secara dasarnya, penerimaan sebarang derma adalah rasuah mengikut Akta MACC yang mula berkuat kuasa tahun 2009. Tetapi setakat ini, tiada pun sebarang tindakan diambil terhadap PM.
Kalau tiada tindakan undang-undang untuk PM, bestlah kita semua juga ya tak? Kalau tidak, tak aci lah tu. JIka kita kena tangkap, kita pun hulurkan wang dalam nama 'derma' saje untuk lepaskan diri dan tak perlu kita risau dituduh memberi rasuah kepada polis. Itulah erti tersirat dalam cerita saya - bukan derma untuk elak saman.
OK berkenaan RM42B. Kalau PAC kata semua in order dan takde satu sen 1MDB pun yang masuk ke dalam akaun PM, apa boleh saya buat? Telan saje lah. Tapi kenalah ingat - oleh sebab campur tangan PM dalam PAC, apa yang mereka lapurkan nanti siapa boleh percaya? Saya sudah pun hilang keyakinan dalam ketelusan pihak polis dan AG jadi saya rasa bukan mustahil selepas semua penyiasatan ini, kesimpulannya ialah PM dan 1MDB tidak bersalah. Semua OK jadi tak perlu heboh-hebohkan lagi dan buat hal.
BNM pun belum jelaskan kenapa mereka tidak mengambil tindakan kerana mengikut undang-undang Anti Money Laundering Act, penerima wang yang berjumlah besar mesti menjelaskan kepada BNM punca and tujuan wang yang diterima tersebut. Jika penjelasan itu tidak boleh diterima, penerima itu boleh didakwa dibawah akta tersebut.
Maafkan saya jika comment saya telah menyinggung perasaan sesiapa. I berjanji ini adalah post saya yang terakhir. Last word - saya yang dilahirkan di Malaysia, hanyalah simple man - bukannya nak jadi jutawan atau orang popular tetapi menaruh harapan bahawa negara ini akan tetap maju dan damai untuk setiap keluarga dan rakyat tak kira umur, bangsa atau agama.
Selamat malam to all!!
Halo Setiap Satu, saya Mrs Nie Aetu, saya ingin menggunakan media ini untuk berbagi kesaksian tentang bagaimana saya mendapat pinjaman kredit Legit online di mana saya mendapat pinjaman saya dan saya juga telah memperkenalkan teman-teman dan keluarga untuk dia yang mendapatkan pinjaman mereka juga dan bisa bersaksi untuk itu. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman online dan scammed jumlah Rp7,200,000 saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman kredit legit secara online yang tidak akan menambah rasa sakit saya, maka saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru ini mendapat pinjaman online, kita bahas tentang masalah ini dan kesimpulan kami dia mengatakan kepada saya tentang Mariam Suleiman Badan Kredit di mana dia mendapat pinjaman nya juga Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp650,000,000) dengan tingkat bunga rendah dari 2 %, pinjaman tersebut disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan di mana dibuat tentang transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 48 jam pinjaman tersebut disetorkan ke bank saya jadi saya ingin saran salah satu yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi dia melalui email: mariamsuleimanloanfirm@gmail.com Anda juga dapat menghubungi saya untuk arah melalui email: aetunie@gmail.com, dia adalah seorang wanita takut bagus dan Tuhan dan juga dia adalah jenis membangkitkan semangat terima kasih, saya berharap Anda semua berkat Tuhan.
Eaten Kok you are wrong totally. Derma dengan rasuah adalah 2 perkara berbeza. Derma adalah pemberian yg x perlukan apa2 ganjaran. Tapi rasuah diberi kerana mahukan ganjaran contohnya mahukan kontrek atau projek. Kamu ni RBA yg sengaja mahu mengelirukan orang ramai. Jijinya kamu ni hati busuk macam najis. Dalam Islam penderma diberi ganjaran pahala, manakala rasuah berdosa.
Omong, kalau penderma tu nak duit tu dimasukkan ke akaun Najib kerana x mahu ientitinya diketahui, itu salah ke? Dalam hal ini penderma is the king kerana duit dia. Hakikat ini kau x tahu, cuma main tuduh2 je. Lain kali banyakkan membaca, kau dapat dosa percuma kerana menyalahkan Najib.
saya ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarga saya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat perhatian wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya mahu menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com
sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com
Post a Comment