Monday, August 6, 2012

[Akhbar Cina] Editor Sinchew kurang ilmu, gagal fahami BAFIA dan kesilapan Rafizi



Nampaknya timbalan editor Sinchew ni malas 
membuat bacaan tambahan sebelum menulis. 

(NOTA yang diterima dalam emel: Penulis ni kurang mengerti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)/ Whistleblower Protection Act 2010, atau buat-buat tak faham?

Dalam Akta - [BAHAGIAN III PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT: Pendedahan kelakuan tidak wajar "Klausa 6. (1) Seseorang boleh membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada mana-mana agensi penguatkuasaan berdasarkan kepercayaannya yang munasabah bahawa mana-mana orang telah melibatkan diri, sedang melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri dalam kelakuan tidak wajar: Dengan syarat bahawa pendedahan sedemikian tidak dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis." 

Ini bermakna sesiapa (Rafizi) yang nak mendedah apa-apa pendedahan (kelakuan tidak wajar) dikenakan syarat bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh dibuat sekira pendedahan itu dilarang oleh Undang-Undang lain, seperti BAFIA /Banking and Financial Institutions Act (Banking secrecy). Lagipun sekira sesiapa ingin mendapatkan perlindungan dibawah Akta711 ini, beliau mestilah mengikut garis panduan dan proses yang tertulis didalam Akta dan bukan sesuka hati untuk kepentingan politik. YB-YB patut tahu Akta ni sebab baru diluluskan pada tahun 2010? )

Baca juga [Video] Dosa Rafizi - mengaku tidak bersalah di mahkamah, tapi mengaku bersalah terlepas pandang BAFIA] untuk fahami kesalahan Rafizi. Keadilan bukan hak Rafizi semata-mata, tetapi juga hak pihak yang difitnah oleh Rafizi.



Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 34
1 Ogos 2012

Rafizi Harungi Sungai Rubicon
Penulis: Tay Ting Hian/ Timbalan editorial akhbar ini

Tidak tahu apa sudah terjadi, ada sahaja orang yang tidak faham suasana politik dunia hari ini, dan tidak tahu apa itu pengajaran selepas menerima kekalahan.

Contohnya isu mengheret kes Rafizi

Sudah tentu pihak kerajaan ada kuasa  mendakwa dan menuduh Rafizi ke mahkamah, ini juga dikatakan dalam masyarakat mempunyai undang-undang tertentu dan ia juga salah satu hak kuasa untuk mendakwa.

Tetapi dakwaan perlu digunakan lebih hati-hati, selain daripada tidak menjejaskan hak asasi dan kebebasan individu, ia juga perlu menjaga keadilan dalam masyarakat.

Dakwaan secara adil, sepatutnya dapat hindarkan kesangsian (Political Procecution), mendakwa Rafizi, agak susah untuk menentukan sama ada ia melanggar perkara itu.

Kenapa Rafizi kini mendapat perhatian ramai, kerana beliau telah membongkar kes NFC, nama beliau kini telah menjadi teguh dan kuat.

Dalam perjalanan isu ini, beliau telah menguasai dokumen-dokumen sulit yang asal, dengan latar belakang beliau sebagai seorang akauntan profesional, tiada masalah bagi beliau mencari isu dan perkara sebenar apa yang berlaku, dan dapat membongkar apa-apa penyelewengan penting yang berlaku di dalamnya.

Jika dibandingan apa yang berlaku di dalam negara ini, jarang sekali ada ahli-ahli politik yang begitu profesional.

Walaupun beliau berkecimpung dalam politik tidak begitu lama dan tidak begitu berpengalaman, tetapi taktik beliau dalam politik begitu bijak.

Beliau tidak keluarkan sekaligus maklumat yang beliau perolehi itu, selepas beliau lepaskan satu das meriam beliau kata itu sudah tamat; sebaliknya beliau lakukan seperti mengupas kulit bawang, kupas kulit bawang sehelai sehelai.

Setiap lapis kulit bawang yang dikupas, pihak NFC mahupun pihak parti-parti poltik akan tampil, sebenarnya mereka itu semuanya termasuk ke dalam perangkap, kerana Rafizi hanya kupas sehelai sahaja kulit bawang itu, kata-kata yang dilontarkan oleh parti politik terjerumus ke dalam lubang perangkap semakin dalam.

Oleh kerana Rafizi membongkar rahsia, menyebabkan pengerusi NFC  Mohamad Salleh didakwa, dan Shahrizat juga kehilangan jawatan menteri.

Tindakan Rafizi terhadap NFC menyebabkan orang ramai celik mata, melihat bintang politik baru telah muncul.

Hari ini pihak kerajaan ambil skandal ini dan mendakwa Rafizi kerana telah membocorkan rahsia, jika beliau disabitkan kesalahan, beliau akan didenda sebanyak 3 juta ringgit serta 3 tahun penjara.

Masalahnya sekarang ini, mungkin Rafizi terllibat dengan membocorkan rahsia, tetapi jika membocorkan rahsia itu untuk kepentingan awam dan orang ramai, adakah beliau perlu didakwa?

Adakah dakwaan ini telah melanggar akta (Whistle-blower Protection Act 2010)?

Mempertahankan akta (Whistle-blower Protection Act 2010) wujud kerana pihak kerajaan mahu mencegah rasuah. Di bawah akta ini, orang yang melapor dan membongkar penyelewengan dianggap Whistle-blower, mereka boleh terlepas dari dakwaan kes jenayah dan kesalahan.

Apabila Rafizi membongkar kes penyelewengan di NFC, sepatutnya ia menepati akta (Whistle-blower Protection Act 2010); sepatutnya beliau dilindungi, sebaliknya bukan didakwa.
Dari segi politik, jika Rafizi di dakwa itu adalah satu tindakan yang bodoh.

Rafizi adalah Imej baru dan pemimpin generasi baru bagi PKR, beliau tiada latar belakang dari UMNO, dan tiada sebarang skandal pada dirinya, dan beliau juga tiada kaitan dengan saudara mara yang berkecimpung dalam politik; jika dibandingkan orang seperti ini amat jarang berlaku dalam PKR.

2 bulan lepas, beliau secara terbuka berdebat dengan Khairy Jamaluddin, mereka berdua keluarkan kenyataan yang berasas dan angka-angka yang tepat, berdebat begitu hebat sekali, selain daripada berdebat mereka juga tampilkan beberapa isu yang lucu dan segar.

Selepas melihat perdebatan itu, jika dibandingkan perdebatan antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek, seorang rakan yang tidak berpihak mana-mana parti menilaikan perdebatan Rafizi dan Khairy umpama perdebatan tahap Oxford Universiti, perdebatan Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek seperti di tahap sekolah menengah sahaja.

Penilaian seperti ini, kita tidak boleh kata apa-apa.

Bagi seseorang namanya yang sedang menaik seperti bintang dalam politik, ia hanya menyebabkan tindak balas tinggi dari masyarakat, ia hanya akan tambah nilai kepada nama mereka serta meningkatkan bilangan penyokong-penyokong mereka.

Bagi Rafizi, beliau sama seperti Khairy Jamaludin yang mengharungi sungai Rubicon, mereka tidak akan undur diri berpatah balik; jika kita dakwa dia, nama dia akan lebih cepat maju jauh ke hadapan.


4 comments:

Anonymous said...

jelas editor ini menulis bersandarkan kefahaman dan keadaan politik semata-mata tetapi tidak berlandaskan lain-lain fakta.

kalau itulah halnya maka, biarlah massa menentukan siapa yang benar, bersalah dan teraniaya yakni bukan media.

Pemerhati

Anonymous said...

Macam mana dia boleh jadi editor? Terserlah ketidakkecekapan beliau... atau Sinchew memang tidak neutral...nampak macam membela pengkhianat jer...

Anonymous said...

editor macam ini kalau di Barat adalah editor yang sentiasa menyokong new world order wal hal NWO terang-terang tidak ikut law sebaliknya gunakan pendekatan matlamat halalkan cara.

Unknown said...

blog terbaru dari saya http://anti-belot.blogspot.com/

Popular Posts