Nik Aziz Nik Mat hanya seorang politikus. Seperti amalan politikus lainnya, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan bersifat assabiyah apabila menyatakan perayaan Maulidur Rasul tiada fadilat.
Untuk pengetahuan kita, perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Ia telah dihentikan dan dihidupkan di bawah kerajaan yang berbeza mengikut interpretasi mereka tentang bid'ah dan bid'ah hasanah; dan tentang keperluannya dalam suasana semasa masyarakat Islam.
Dicatatkan bahawa pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.
Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Yusof al-Qardawi.
Imam Jalaluddin Sayuti menyebut; "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".
Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan pula menyebut: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat."
Kata Yusuf al-Qardawi "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan."
Beliau bagaiman pun menyatakan bahawa - "generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup."
Begitu pun beliau mengingatkan, "Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."
Dalam negara ini, pemerintah utama, iaitu ulil amri bagi negara ini dan Ketua Agama Islam Persekutuan, iaitu Yang Di Pertuan Agong telah menerima pandangan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah sesuatu yang diharuskan. Ia diterjemahkan dalam pelbagai bentuk majlis sambutan, termasuk Majlis Perarakan. Ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.
Terpulang kepada sesiapa untuk melaksanakan; bagi yang tidak mahu melaksanakan, ia tidak dipaksa; bagi yang hendak melaksanakannya; mereka tidak sekali-kali DILARANG!.
Bagi sesetengah orang, dalam suasana umat Islam berpecah belah dan lemah di dalam negara ini, ia wajar dilaksanakan bagi menunjukkan kekuatan ummah, mengembalikan kesatuan umat Islam dan mengingatkan seramai mungkin umat Islam terhadap perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan agama dan pemerintahan Islam di muka bumi.
Malangnya bagi kerajaan Pulau Pinang, entah mengapa ada surat yang mengarahkan ia dibatalkan. Apa motif di sebalik larangan ini? Adakah pandangan umat Islam Pulau Pinang dirujuk atau ini satu lagi contoh pendekatan DAP dalam membuat keputusan, iaitu dengan meminggirkan rakyat?
Bagi politikus bernama Nik Aziz - berhimpun bagi menyambut kelahiran Rasulullah SAW dan memperingati perjuangannya menegakkan agama Islam dan pemerintahan Islam adalah suatu yang tidak berfadilat. Tetapi, mungkin apabila budak-budak Penipu Rakyat (PR) berhimpun menyokong Anwar, memperingati kematian Teoh Beng Hock, menyokong Elizabeth Wong - itu lebih afdal dan berfadilat!
6 comments:
Salam Tun, itulah fatwa Nik Aziz setiap kali nak menyokong karenah DAP....... agama pun sanggup dia sanggup putarbelit....
Ulamak dunia yang akan menjadi bahan apa neraka begitu lah.
Dia sendiri tidak mengerti bagaimana mengasihi Allah dan rasulnya.
Dari kenyataannya sah dia pun tidak mengasihi rasulnya. Percaya saja... kasih tak da...
Nampaknya N.ajis kena belajar lagi... tak cukup lagi tu.
Kita tak perlu persoalkan apa juga tindakan tok ajis tu sebab dia bercakap berlandaskan politik ..so apa juga tindakan yang dilakukan mesti ada hubung kait dengan politik dan memberi kelebihan kapada dia.
Sebab tu la pabila sesuatu perkara yang dilakukan oleh puak nya bertentangan dengan agama dan kebiasaan akan dihalalkan oleh nik ajis..pada dia asalkan perbuatan itu dapat menarik orang ramai daripada menyokong puak nya dia akan menghalalkan perlakuan tersebut.
Nik Ajis dah menjadi liability kpd PAS. Setiap kali buka mulut aje pasti ada yg x kena. Dah nyanyuk maklum lah. So lebih baik diam saja dan selesaikan masaalah rakyat kelantan yg nak cr peluang kerja dan x payah nak berhijrah ke negeri lain cr keje. Presiden PAS takut ke?
tq kwn2, itulah sebenarnya wajah nik aziz. sbb itu sukar kita nak beri sokongan kpd org yg mcm ni. bila dia suruh MP PKR yg jd ahli bebas letak jwtan; dia sendiri lupa yg sebelum ni utk yg dr BN lompat ke PR, x pulak disuruh letak jwtn; double standard & x de integriti
Assalaamu 'alaikum sdra FTI & yang melayari blog ini,
1 Rutin tahunan itu tiba lagi - untuk kesekian kalinya : Sambutan Maulidur Rasul - saatnya bagi umat Muslim menzahirkan rasa hormat, kecintaan & membesarkan Rasulullah SAW - sambutan yang bahkan tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda SAW sendiri, sedangkan kecintaan mereka terhadap insan termulia penebar rahmat Allah ke seluruh alam ini tidak akan pernah ada sesiapa lain yang mampu menyamai, apatah lagi menandingi.
2 Ceramah & forum di mana-mana; mengungkap kembali untuk kesekian kalinya juga - sirah perjuangan, akhlak, ajaran [peribadatan], dan segala buah manis daripada seluruh perjalanan dakwah baginda SAW - hal-hal yang selalu diseru dan diulang-ucapkan sekalipun pada bulan-bulan di luar Rabiul Awwal.
3 Wajar, kerana umat Muslim kini - sekalipun sudah tidak mempunyai peluang melihat dan merasai hidup sebagaimana pada zaman Rasulullah SAW apabila lslam telah baginda SAW terjemahkan dengan secara keseluruhan [kaffah] sebagai sistem YANG MENGATUR kehidupan - tetap masih mahu menepati seruan Allah [maksudnya], "Katakanlah [wahai Muhammad], "Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu sekalian dan mengampuni dosa-dosa kamu. [lngatlah], Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al-Quran, Ali lmran (3): 31].
4 Namun, '..ikutilah aku..' di dalam ayat di atas, apakah hanya terbatas mengikuti baginda SAW di dalam hal-hal akhlak, peribadatan ritual khusus sahaja seperti solat, puasa, haji, zakat, sedekat dan sebagainya?... Sedangkan Rasulullah SAW telah menjadikan lslam sebagai sistem yang mengatur seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hal sperti istinjak, sampai kepada sebesar-besar dan seutama-utama perkara - BERNEGARA dan BERPEMERINTAHAN - yang semuanya itu dilaksanakan di atas landasan hukum-hukum yang bersumber daripada al-Quran.
5 Demikianlah fungsi lslam yang Allah kehendaki kita zahirkan; tentulah dipimpin oleh ulil amri yang sebenar-benarnya, iaitu penguasa lslam yang memerintah dengan hukum-hukum Allah [ayari'at]
sebagaimana yang Nabi-Nya telah contoh-teladankan.
6 Sudah sampai saatnya Sambutan Mualidur Rasul ini dijadikan medan dakwah ke arah HIDUP DENGAN ISLAM SEBAGAI DEEN [SISTEM] CARA KAFFAH - seiring dakwah kpada peribadatan ritual - demi menyelamatkan kehidupan sekarang ini yng semakin menyimpang jauh dari maksud firman Allah, "...sesungguhnya, agama/deen [sistem hidup] di sisi-Ku hanya lslam".
Wallahu a'lam.
Post a Comment