Thursday, March 29, 2012

505 anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) hadapi kemungkinan tindakan disiplin

KENYATAAN MEDIA
TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai

PENGAMBILAN ANGGOTA IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA) DAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) SEBAGAI ANGGOTA
SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS (SSP)
29 MAC 2012 (KHAMIS)

1. Kementerian Dalam Negeri telah mengikuti semua laporan di dalam akhbar-akhbar tempatan, media elektronik dan media sosial mengenai isu pemakaian uniform biru Polis Diraja Malaysia oleh ahli-ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sewaktu menjalankan rondaan bersama (joint patrols) di bawah inisiatif "NKRA - Omnipresence" di mana pihak PDRM membuat rondaan dengan dibantu oleh sukarelawan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) melalui pelantikan sebagai anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP).

2. Anggota RELA dan JPAM yang dilantik sebagai SSP perlu memenuhi syarat-syarat dan telah menjalani latihan dalam perkhidmatan seperti mana yang telah ditetapkan.

3. Sehingga hari ini seramai 5,737 anggota RELA dan JPAM telah dilantik sebagai SSP. Namun begitu pihak PDRM sentiasa memastikan supaya anggota RELA dan JPAM mengamalkan disiplin dan integriti yang tinggi. Oleh kerana itu, daripada jumlah ini, pihak PDRM telah dan sedang mengambil tindakan disiplin terhadap 505 anggota iaitu 391 anggota RELA dan 114 anggota JPAM.

4. Kuasa melantik anggota RELA dan JPAM sebagai SSP adalah berdasarkan Arahan Pentadbiran Bilangan 8/2010 yang dikeluarkan oleh PDRM. Di bawah arahan ini, semasa bertugas anggota RELA dan JPAM dikehendaki memakai pakaian uniform biru PDRM serta dibenarkan memakai logo RELA atau JPAM.

5. Setiap rondaan yang dilakukan akan diketuai oleh pegawai atau anggota PDRM, sementara anggota SSP daripada JPAM dan RELA terlibat dalam penugasan rondaan tersebut.

6. Program Omnipresence ini dapat mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah di kalangan rakyat, selain meluaskan engagement antara rakyat dan pasukan keselamatan. Ia juga dapat dijadikan sebagai penghalang (deterrence) kepada would-be-criminals.

7. Tambahan kepada program ini, wujud juga Rondaan 1Malaysia iaitu rondaan yang melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri serta masyarakat setempat. Ahli-ahli pasukan petugas yang terlibat ini akan memakai pakaian seragam agensi masing-masing. Tujuan Rondaan 1Malaysia ini adalah bermaksud untuk memberi nasihat serta menyedia saluran perhubungan dengan masyarakat. Program ini juga bertujuan untuk melibatkan penyertaan masyarakat setempat untuk menjaga keselamatan kawasan masing-masing. Setakat ini, program ini meliputi lebih 80 kawasan di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.

8. Dengan mengadakan program Omnipresence dan Rondaan 1Malaysia akan membantu mencapai matlamat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha Kerajaan untuk mengurangkan jenayah di samping untuk mengurangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

Semoga tahap disiplin pasukan keselamatan kita sentiasa diutamakan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

amiiin, kita doakan bersama2 :)

Popular Posts