Friday, March 30, 2012

Semakin ramai sedar Pro-M adalah #ProPembangkang dan sertai #AmanKampus



Apakah Yang Diperjuangkan Oleh #AmanKampus ??? Adakah Sama Dengan Mahasiswa #ProPembangkang ??


Dah heboh satu Malaysia pasal aman kampus pasal Aman Kampus. Tapi, apa itu AMAN KAMPUS? Okay, kat sini gua hurai sikit-sikit pasal Aman Kampus. 

Dipetik dari blog sahabat gua,

Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM. Untuk selanjutnya.. Klik [SINI] !!

INFO YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG AMAN KAMPUS !!

OBJEKTIF PROGRAM AMAN KAMPUS : Mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan Antarabangsa.

LALUAN JELAJAH AMAN KAMPUS :

10-11 Mac 2012 Universiti Tun Hussein Onn
16-18 Mac 2012 Kolej Mara Kuala Nerang
22 Mac 2012 Kolej Yayasan Melaka
23 Mac 2012 UTeM
23-24 Mac 2012 UTM (JOHOR)
24-25 Mac 2012 IKBN Pagoh
29-30 Mac 2012 UUM
30-31 Mac 2012 Unimap Kampus Wang Ulu
31 Mac – 1 April 2012 USM
4-5 April 2012 TATiUC Terengganu
5-6 April 2012 PLKN Setiu
6-7 April 2012 UMK
12-13 April 2012 IKM Pekan
13-14 April 2012 Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (POLISAS)
14-15 April 2012 UITM Selangor
19-20 April 2012 ADTEC Melaka
20-21 April 2012 IPG Raja Melewar
21-22 April 2012 UNIKL-MFI
26-27 April 2012 UM
27-28 April 2012 UPM
28-29 April 2012 UTAR

Klik [SINI] untuk dapatkan peta..

TAHNIAH AMAN KAMPUS !! ANDA SEMUA BERJAYA BAWA SEMANGAT SEBENAR ASPIRASI MAHASISWA !!

No comments:

Popular Posts