Wednesday, May 12, 2010

Kes Aminulrasyid - Kit Siang terdesak!



Sejak malam Rabu minggu lepas, melalui twitter, saya telah mendesak Lim Kit Siang untuk menyatakan dengan jelas bila dan di mana, pertamanya, Ketua Polis Negara (KPN) dan kedua, Ketua Polis Selangor menyatakan dan menuduh dengan jelas bahawa mangsa, Aminulrasyid dan saksi utama, Azamuddin adalah penjenayah. Sehingga tadi, apabila ditanya soalan yang sama, Kit Siang masih gagal menunjukkan dengan jelas bila dan di mana melainkan sekadar membuat andaian.

Walaupun hasrat ibu Allahyarham adalah supaya kes Allahyarham tidak dipolitikkan, malangnya ia telah pun dipolitikkan sebegitu rupa. Malangnya tanpa keluarga Allahyarham sedari, mereka sebenarnya telah pun dipergunakan.

Kenyataan menuntut maaf semalam adalah antara buktinya. Saya berasa sedih kerana keluarga Allahyarham termakan pujuk rayu dan pandangan yang kononnya `profesional' serta membiarkan kes Allahyarham dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Kenyataan semalam untuk menuntut permohonan maaf daripada Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia adalah agak pra-matang, lebih-lebih lagi semasa panel khas siasatan sedang meneliti kes tersebut. Ia adalah nasihat yang teruk dan dilihat mempunyai kaitan dengan kempen untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Sibu. Saya percaya fakta kes dan permintaan keluarga telah pun diambil perhatian oleh panel khas yang terdiri dari sejumlah aktivis sosial serta pakar dalam bidang jenayah dan kepolisian yang lebih ikhlas motivasinya.

Sekali lagi, tanyalah Kit Siang di mana dan bila KPN dan Ketua Polis Selangor menyatakan dengan jelas bahawa Allahyarham dan rakannya adalah penjenayah. Saya percaya Kit Siang akan berputar-putar dan berpusing-pusing untuk menerangkannya kerana dia tidak mempunyai fakta dan bukti yang jelas melainkan andaian semata-mata.

Bagi menutup perasaan malu kerana tidak dapat membuktikan tuduhan ini, Kit Siang melalui twitter dan blognya telah mencuba berkali-kali memberi tekanan dan menuntut agar KPN, Ketua Polis Selangor, Jemaah Menteri dan Perdana Menteri agar meminta maaf kepada keluarga Allahyarham supaya dia tidak lagi terbeban untuk membuktikan kenyataannya yang berbau penipuan, manipulasi dan fitnah.

Ustaz saya pernah mengingatkan, apabila nyawa sudah berada di hujung rambut; syaitan akan datang membuat pelbagai tawaran. Berhati-hatilah, katanya. Teguhkan iman dan jangan sampai terpedaya sehingga mengikut jalan syaitan.

Dalam hal ini, semaklah latar belakang peguam yang ada. Jika selama ini motivasi mereka untuk melibatkan diri dalam kes ini adalah politik (bukan keikhlasan bagi membela nasib dan hak dalam erti sebenar), maka ia akan tentu saja akan dipolitikkan.

Kes Teoh Beng Hock adalah bukti nyata bagaimana ia dipolitikkan begitu sekali sehingga mayat terpaksa diautopsi semula semata-mata kerana kenyataan yang kononnya
`profesional ' berdasarkan penilaian terhadap gambar mendiang sahaja. Dijajalah gambar Teoh Beng Hock ke mana-mana sahaja, terutama semasa pilihan raya kecil - matlamatnya satu, bagi kemenangan pilihan raya. Bukan untuk membela. Akhirnya termalu sendiri apabila keyakinan 80% bahawa Teoh Beng Hock dibunuh gagal dibuktikan -http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/autopsi-kedua-teoh-beng-hock-tidak.html.

3 comments:

Mordecai Kucai said...

Dah jenayah lah tu. Walaupun ambil kereta kakak tanpa pengatahuan kakak. Kira macam curi kereta lah tu.

Kalau kakak dia report lakulah report tu.

Apalah nak bodohkan orang Malaysia.

spycatcher03 said...

DiMalaysia ni memang telah menjadi lumrah, kalau ada insiden sebegini ramai lah orang berkepentingan tumpang tunggang. Mereka tak sedar bahawa polis itu hak bersama , sama ada pemerintah atau pembangkang. Kalau ditakdirkan pembangkang yang memerintah, pasukan polis yang sama di gunakan. Pembangkang tidak mungkin membubarkan pasukan polis yang sedia ada!!!

Olih itu semua pihak harus rasional dalam hal ini. Faktanya, satu kejadian yang melibatkan kematian telah berlaku, pelakunya ialah seorang penjawat awam yang sedang bertugas. Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan telah dihadapkan ke mahkamah.

Mengapa insiden ini harus dipolimikkan sedemikian rupa dan sampai ketahap menjadi hakim dalam sesetengah keadaan. Keluarga mangsa pula menggunakan media untuk mempamirkan sikap tidak menerima hakikat kejadian dengan beberapa ragam tuntutan! Kita seharusnya biarkan 'law takes its own course' disamping pemantauan di segenap peringkat penyiasatan, pendakwaan dan penghakiman.

Memang insiden sebegini ditunggu2 olih pembangkang terutama sekali apabila melibatkan kerajaan atau jabatannya. Mereka akan menerkam persis singa lapar untuk mendapat publisiti semaksima mungkin. Yang ironis nya, apabila berlaku kepada mereka , seperti YB Tian Chua melanggar mati saorang hamba Allah, tidak pula dipolimikkan olih pihak pemerintah!!! Mungkin kerana pihak pemerintah berpegang kepada prinsip 'rule of law' dan tak perlu nak di'politise'kan .

Sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan keatas tuan punya kenderaan yang dipandu mangsa, sudah tentu mereka akan melabelkan PDRM sebagai pembalas dendam. Sedangkan kita semua tahu peruntukan undang2 memang ada untuk mendakwa kakak mangsa!!

Olih itu, let's be sober and leave it to our justice system to handle it!!

Wake UP! said...

Kit Siang memang terdesak.

Chauvinist party

Popular Posts