Wednesday, March 10, 2010

Qazaf - salah kaedah untuk lepaskan pesalah?


Terima kasih kepada Ustaz Moden dan Panglima Perang Cyber kerana telah berkongsi maklumat mengenai soal Qazaf ini. Maklumat ini penting kerana terdapat golongan tertentu yang berusaha menyalah gunakan pengertian Qazaf dan kaedahnya bagi membebaskan Anwar Ibrahim. Maklumat ini juga penting untuk menyelamatkan umat Islam, terutamanya yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam dari terus dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab seperti terkelirunya mereka dengan sosialisme dan menganggapnya sama dengan ajaran Islam.

Selain dari Soal Jawab di bawah, pembaca juga boleh mendengar pandangan mengenai isu Qazaf dan Mubahalah di sini (klik) , di sini (klik) dan di sini (klik).

Edisi Liwat : Penjelasan isu Qazaf

Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden dan atas nama jihad untuk menegakkan kebenaran dan memerangi kejahilan dalam Islam, saudara/i digalakkan untuk menyebar luaskan penjelasan ini.

Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk " Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.

Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.

Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Harap kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan penjelasan ini..

Terima kasih.


Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf (4). Hukumannya ialah ta’zir (5).

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi (6). Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat (7), bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti (8) yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah?, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹°.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹4 atau dia mengakuinya¹5. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹6 hukuman¹7 dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹8 apabila terbukti bahawa dia¹? memaksa dan mendesaknya²° [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²4 [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²5, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²6 secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²7.

Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²8. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³° orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³4 jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³5 disebabkan tuduhannya ke atasnya³6”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³7, bagaimana dengan tertuduh?

Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³8. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³?; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol4°.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak4¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.

______________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293

10 comments:

Kay Du Lac said...

Takkan yang kena rogol nak bawak saksi... Dah kena rogol. Kalau ada saksi, mari kita sama-sama pukul saksi itu kerana hanya melihat orang kena rogol...

Suruh Anwar buat sumpah mubahalah. Dapat selesai semua masalah. Mesti lebih ramai orang akan sokong Anwar jika dia bersumpah.

Tapi sampai sekarang masih takmo bersumpah. Tak dak berani ka...?

Suara Baru said...

www.pemudakapar.blogspot.com..mohon kebenaran untuk copy artikel ini..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Kay Du Lac

sebab tu kita kata kaedah tu tak kena tempat :)

Suara baru,

silakan, sebarkan kpd seramai mungkin :)

Kay Du Lac said...

Anda sudah tonton Fatwa Mutakhir Yusof Qaradawi?

Soalan diajukan berat sebelah. Mungkin tiada penjelasan kepada Yusof tentang apa yang benar-benar berlaku.

Sebagai contoh, Yusof menyebut tentang fitnah. Tidakkah Anwar juga telah menfitnah PM dan isteri yang dituduh tanpa sebarang bukti?

Ada beberapa perkara lagi yang perlu diketengahkan.

Unknown said...

4 saksi untuk mewakili saiful dh cukup:-

1. ALLAH SBT-MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI

2. PARA MALAIKAT DI KIRI KANAN SAIFUL

3. SYAITAN PADA DIRI ANWAR ( CIFUT )

4. JIN SAMADA JIN JAHAT OR BAIK ADIK BERADIK DENGAN MAMBANG BONTOT

maka jalan terbaik CIFUT kena bersumpah

zulkifli said...

asreen said...

4 saksi untuk mewakili saiful dh cukup:-

1. ALLAH SBT-MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI

2. PARA MALAIKAT DI KIRI KANAN SAIFUL

3. SYAITAN PADA DIRI ANWAR ( CIFUT )

4. JIN SAMADA JIN JAHAT OR BAIK ADIK BERADIK DENGAN MAMBANG BONTOT

maka jalan terbaik CIFUT kena bersumpah

Ini tulisan orang yang amat kurang daya fikir analitikal, dan nampak sangat kurang cerdik akalnya.

Ini lah contoh pemikiran dan pendapat yang menjatuhkan mertabat si penulisnya. Malang sekali kalau penulis ini orang melayu mengaku Islam.

Saya nasihatkan penulis komen belajar dengan mendalam konsep sumpah dalam Islam.

Panglima Perang Cyber said...

terima kasih atas sokongan Tun utk isu qazaf.

saya hanya menyampaikan agar ia beredar di kalangan rakyat.

fokus hanya satu - kita dedahkan siapa anwar dan penipuannya.

terkini zulkifli nordin pun dah tak jadi peguam anwar lagi.

harap kita dah 3 langkah di hadapan mereka.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Sungguh benar segala sesuatu yg datang drp lslam; termasuk hukum qazaf, liwat, zina & mubahalah ini, sehingga SUNGGUH TIDAK AKAN DIDAPATI KEADILAN YANG HAKIKI selain dripada keadlian lslam, kerana hukuman [uqubat] selain drp hukuman syara' sama sekali TIDAK DAPAT menghapuskan dosa kesalahan, walau sebesar mana denda atau selama mana pun tempoh pemenjaraan yang dikenakan [atau jika kedua-duanya sekali].

2 Namun, apakah akal & hati-hati para penganutnya telah benar-benar yakin akan hukum drpda Zat Maha Benar Pembuat Hukum, lalu rela & redha berhukum HANYA dengan hukum-hukum-Nya, ATAU bahkan ada hukum yang selain hukum-Nya yang mereka masih bersandar kepadanya? Jika demikian, sungguh teramat beku & dan kaku hati-hati mereka untuk
meyakini hukum-Nya. Dan itu sendiri telah menjadi suatu doa yang sangat besar - krana telah menyirikkan hukum-hukum-Nya dengan hukum lain, iaitu hukum buatan manusia. [Lihat kejanggalan Akta Kesalahan Jenayah Syariah [Wil. Persekutuan] 1997 Seksyan IV Kesalahan Yg Berhunung Dengan Kesusilaan Sek. 25, berbanding ijtihad Imam Shafi'e, Imam Hambali, Imam Malik & bahkan anak2 murid besar lmam Abu Hanifa sendiri, serta maksud ayat al-Quran Surah an-Nuur, ayat 63 - seolah-olah Mahkamah Syariah Wil. Persekutuan mempunyai hujah yang lebih kuat drpada semua itu].

3 Pada akhirnya, niat baik pejelasan oleh Ustaz Moden ini tak ubah sesi belajar memasak nasi beriyani gam, tetapi apabila tiba waktu makan, semuanya selesa, senang dan seronok sekadar dengan sekeping hamburger seorang.

Wallahu a'lam.

Wong Pencen said...

Dan Ustaz Moden ini pastinya lebih hebat ilmunya berbanding dengan institusi kehakiman syariah di Malaysia. Maka dengan penjelasan dari Ustaz Moden ini sahaja sudah cukup untuk menjatuhkan hukum bukan sahaja terhadap orang yang membawa kes ini ke mahkamah malah mahkamah itu sendiri.

Dengan kehebatan setara ini, saya sangat berharap Ustaz Moden dapat tampil ke halayak untuk berkongsi ilmu ISLAM dengan keseluruhan rakyat, termasuk para mufti beserta hakim-hakim mahkamah syariah dan peguam-peguam syari'e.

Dengan kehebatan setara ini tidak sewajarnya Ustaz Moden ini berselindung.

Alfonso2009 said...

Nampaknya satu demi satu alasan diberi. Tujuannya tidak lain agar kes ini berpanjangan. Peguam yang mewakilinya pun dah tarik diri.

Popular Posts