Sunday, May 16, 2010

Model Baru Petronas - masih ada yang tidak yakin dengan kemampuan anak bangsa sendiri?

Persara MISC Bhd Dato' Shamsul Azhar Abbas kini diangkat sebagai CEO Petronas

Saya merasa meluat apabila ada rakyat Malaysia yang tidak yakin dengan kemampuan anak bangsanya sendiri. Lebih-lebih lagi apabila menerajui salah sebuah dari syarikat yang terbesar di dalam negara yang diketahui telah beroperasi lebih 30 tahun yang dulu dan telah menghantar sejumlah anak bangsanya mendalami pengalaman di peringkat antarabangsa.

Bagaimana pun inilah kenyataan yang boleh disimpulkan mengenai Dato’ Shamsul Azhar Abbas yang mengambil alih pentadbiran Petronas daripada Tan Sri Hassan Merican pada bulan Februari 2010 kerana PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak enggan menyambung kontrak perkhidmatan Presiden dan CEO Petronas berdasarkan tulisan blogger Big Dog, dalam artikelnya - MODEL BARU PETRONAS - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/13/model-baru-petronas/

Dalam artikel itu disebut:
"Beliau yang dikatakan telah berbincang dengan PM Dato’ Seri Najib, mengariskan beberapa pendekatan baru bagaimana Petronas akan beroperasi, walaupun sebenarnya merupakan sebuah GLC milik penuh negara. Perubahan yang paling ketara yang sudah pun terlaksana pada hari ini ialah komposisi ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors - BOD). Hanya 2 wakil Kerajaan akan berada dalam BOD disamping kesemua Naib Presiden Eksekutif. Shamsul juga dikatakan menyebut bahawa PM Dato’ Seri Najib merestui BOD terdiri dari warga asing."

"Satu perkara yang menarik ialah Shamsul juga dikatakan menegaskan bahawa PM Dato’ Seri Najib juga bersetuju sekiranya jawatan Presiden dan CEO Petronas itu dijawat oleh professional dari luar negara, sebagai contoh mereka dari Exxon atau Shell."

Kesimpulan saya mudah, sama ada Perdana Menteri yang mempunyai minda terjajah dan tidak yakin dengan kemampuan dan pengalaman anak bangsanya, atau ini satu lagi kes manusia yang tidak bertanggung jawab menggunakan sewenang-wenangnya nama Perdana Menteri bagi memberi justifikasi terhadap dasar, tindakan yang sikapnya yang tidak meyakini kemampuan anak bangsa Malaysia sendiri.

Jarang sekali kita lihat perkara ini berlaku dalam syarikat-syarikat di luar negara, termasuk dari Korea Selatan. Seboleh-bolehnya, walau tidak mampu berbahasa Inggeris, mereka akan berusaha meletakkan anak bangsa Korea juga untuk menerajui jawatan-jawatan penting dan mendedahkan mereka dengan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Jika benar ini cerminan dari sikap dan jati diri Perdana Menteri, maka terus terang, saya terpaksa menyatakan yang saya kurang yakin dengan Model Ekonomi Baru (MEB) kerana ada GLC yang telah mengkompromikan kepentingan anak bangsa Malaysia dalam satu bidang yang selama ini menjadi kekuatan kepada kita. Saya tidak nampak bagaimana sikap begini akan menguntungkan anak bangsa Malaysia dalam bidang-bidang baru yang akan diterokai ataupun dalam bidang-bidang utama dalam NKEA dalam Model Ekonomi Baru.

Mungkin Perdana Menteri boleh memikirkan untuk menggantikan Shamsul Azhar dengan profesional luar dari Shell atau Exxon, kerana bagi saya dia tidak layak duduk di sana pun sebagai mewakili rakyat Malaysia dan dia tidak layak juga sebagai mewakili warga kerja yang telah lama berada dalam Petronas dengan pemikiran sebegitu rupa!

Agaknya berapa ramai lagi mereka yang menjawat jawatan tinggi dalam GLC yang tidak mempunyai jati diri dan agenda bangsa serta semangat patriotik seperti Shamsul Azhar ini? Eloklah digantikan mereka ini kerana mereka akan gagal menyempurnakan peranan dan tanggungjawab mereka dari segi dasar yang diperjuangkan oleh kepimpinan negara selama ini!

6 comments:

Abu Faiq said...

Salam,

1 Seorang perdana menteri itu CEO sebuah pemerintahan negara. lni PM standard apa kalau boleh dikelentong oleh hanya seorang CEO sebuah syarikat... yg dah pencen pun..?

2 "...kerana bagi saya dia tidak layak duduk di sana sebagai mewakili rakyat Malaysia ...".

Kalau Shamsul yg boleh kelentong Najid, Anda kata tak layak, Najib lebih2 lagi tidak layak duduk di sana. Tdak layak ertinya - buang!
Buang kedua-duanya. Dan Najib tentu sekali lebih didahulukan dan lebih diutamakan utk dibuang.

Luncai dengan labu...!

3 Oh ya.. kebodohan ini masuk atau tidak ke dlm agenda pemikiran & pandangan masa depan sayap .. sayap apa tu.. pemuda o ha pemuda UMNO, pemuda amno..? Nak jadi sayap biar macam sayap helang, terbang tinggi mamantau luas & jauh. Jangan jadi sayap nasar, cuma jadi tempat sorokkan kepala, dan terbang bila terhidu bangkai.. atau sekadar jadi sayap kedidi- cuma untuk mengipas-ngipas saja.

4 Nasib baik ada Anda, sayup2 pun masih ada bunyi.. Tak apa, walaupun mencla-mencle [tanya pada mana2 wak jawa apa ini]; sama cap dgn orang2 drp parti2 yg Anda benci itu.

Unknown said...

Hello Bro..PM pun x yakin dengan rakyat Malaysia sampai kena lantik APCO jadi penasihat kerajaan..Apa lagi Bro keluar UMNO sj...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

abu faiq dan phen,

standard DS Najib jauh lebih tinggi dr NIk Aziz yg ada tuhan maha mencarut, almenantunya kaki sapu dan kena tipu dgn erdogan :), lebih tinggi dr al-juburi, lebih tinggi dr Hadi yg skrg dah x boleh berrckp lebih dr suara DAP dan Anwar :) tak salah pun klu ada APCO, klu ia sgt2 berjaya menyebabkan penipuan & fitnah pembankang di luar negara selama ini terbongkar :) byk bezanya skrg ha ha ha

wlupun ada kelemahan dlm umno, tp dlm agenda memartabatkan agama, bangsa dan negara - jwpnnya masih bukan pd PAS-PKR apalagi DAP.

Hanya mereka yg buta hati dan fikiran sj percaya perjuangan menangakkan agama dan bangsa akan jd lebih baik bila Pas bekerjasama dgn sosialis PKR dan sosialis-chauvinis DAP - :D

Unknown said...

Rakyat Malaysia sangat kecewa bila mempunyai seorng PM terlibat dlm kes pembunuhan..Kalo x slh melantik APCO apa hal pulak saudara nak kecewa dengan melantik warga asing menjadi CEO Petronas kalau ianya dpt melonjak lagi prestasi Petronas. Cakap berbelit2!! Kalau hendak nak mertabatkan Agama lesen judi dihapuskan terus bukan ditambah lagi. Beginikah parti yg nak memertabatkan Agama kalau judi dibenarkan di dalam negara Islam?? Lepas ni halalkan pulak pusat pelacuran..hahahaha...Rakyat yg bangang sj yg x dpt menilai kemungkaran UMNO...UMNO dah menipu melayu selama 50 tahun dah bro...

Abu Faiq said...

Salam,

1 Hujah Anda makan diri sendiri ya? ..ltulah ... duduk lama2 lagi dgn Umno ...

2 Tiba2 saja Nik Aziz la..Hadi laa...Dap laa.. Anwar laa..agama la.. bahasa ...

kesian awak..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

kalau setakat cerita yg tak dapat dibuktikan siapa nak kisah, lagipun umat islam majoriti percaya DS Najib tidak bersalah selepas dia bersumpah berkali2 :) hanya yg tak berapa faham ajaran islam je yang masih tak percaya :)

tak ada hujah yang makan diri pun - UMNO bukan mcm budak2 Pas yg takut nak menyanggah nik aziz sehingga sanggup jd sesat kerana beriman tuhan itu maha mencarut :) sanggup pulak mempertahankan amalan haram nik aziz dan keluarganya yang sanggup pergi haji atas tajaan pihak berkepentingan :)

saya yakin pembangkang sengaja menjadikan APCO kambing hitam kerana banyak tembelang dan penipuan pembangkang di luar negara telah terbongkar hari ini. jangan marah2 kerana tidak lagi dapat memfitnah di luar negara - patut rasa bersyukur kerana negara dah menjadi semakin aman dan diyakini oleh komuniti dunia :)

Popular Posts