Sunday, March 28, 2010

Perkasa, Tun Dr Mahathir dan Ku Li


Tiada siapa yang berfikir bahawa apabila DYMM Sultan Selangor membatalkan hasrat untuk merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), ia sebenarnya satu rahmat atau blessing in disguise terhadap PERKASA. Ia membuka ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan pandangan beliau dan menempatkan kedudukan beliau sekali lagi jauh di hadapan pemimpin-pemimpin sezamannya, trermasuk pemimpin yang sentiasa gagal menandingi kehebatan beliau, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (KULI).

Kuasa dan taqdir Allah SWT menetapkan bahawa walaupun PERKASA pernah dikaitkan dengan KULI, tetapi akhirnya Kuli tetap Kuli yang gagal. Sebaliknya Allah SWT telah memilih Tun Dr Mahathir yang lebih jujur dan konsisten daripada Kuli untuk dijadikan kembali menerajui perjuangan agama, bangsa dan negara.

Ironinya, di saat Tun Dr Mahathir menyatukan orang Melayu tanpa mengira parti, Kuli pula dilihat mengambil jalan berbeza, iaitu kembali menjadi pengkhianat kepada parti UMNO dan memecah belahkan orang Melayu seperti yang pernah dilakukan ketika menubuhkan Semangat 46!

Sememangnya, berbanding Kuli yang tidak mempunyai disiplin parti dan jati diri, saya mengkagumi konsistensi Tun Dr Mahathir. Pada usia 84 tahun, Tun Dr Mahathir mempunyai tenaga yang amat banyak, komited dan berdedikasi terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara serta memiliki ketajaman fikiran yang memeranjatkan banyak pihak.

Tun Dr Mahathir mengulas akan keperluan PERKASA menyatukan orang Melayu dan memperjuangkan masa depan orang Melayu tanpa perlu berasa gentar digelar sebagai rasis. Tun Dr Mahathir juga menekankan tentang keadilan orang Melayu selama ini dan kesediaan mereka untuk berkongsi negara ini serta mengingatkan rakyat Malaysia yang lain tentang sikap rasional untuk tidak menidakkan sedikit hak orang Melayu yang masih tinggal. Malah dengan berani Tun Dr Mahathir mencabar agar kajian dibuat tentang kedudukan ekonomi orang Melayu untuk melihat apa sebenarnya yang dipunyai oleh orang Melayu berbanding bukan Melayu.

Pada waktu yang sama Tun Dr Mahathir yang meyakini kemampuan Perdana Menteri Datuk Sri Naib Tun Razak, menegur UMNO agar bersifat berani dan adil untuk turut mendengar rintihan orang Melayu; bukan sekadar mendengar desakan golongan bukan Melayu!

Tun Dr Mahathir pula telah menunjukkan kepada kita maksud komited terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara. Pada usia 84 tahun, beliau hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung PERKASA dan selepas itu bergegas pula ke Awana Genting untuk bersama-sama dengan sekumpulan pelajar IPTA/IPTS yang terpilih dalam program Bicara Khas Bersama Negarawan anjuran JASA.

Selepas berdiri lebih dari satu setengah jam di atas pentas PERKASA, saya amat kagum melihat daya tahan Tun Dr Mahathir berdiri hampir dua jam di rostrum di Awana Genting berucap dan memberi pandangan beliau tentang masa depan Malaysia, seterusnya melayani soalan-soalan yang bersifat kontroversi dari para pelajar, termasuk mengenai pemisahan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman serta kes Tun Salleh Abas. Jawapan beliau bukan saja jelas mudah difahami, tetapi turut diselangi dengan jenaka yang menyebabkan ramai tidak sedar bahawa sudah hampir dua jam masa berlalu.

Semoga Allah SWT memanjangkan usia Tun Dr Mahathir dan memberikan nikmat kesihatan kepada beliau untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya Mesyuarat Agung Perkasa yang pertama ini telah mengembalikan nostalgia kita kepada Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 Mac 1946 yang menyatukan semua orang Melayu yang terpisah-pisah akibat perbezaan suku keturunan, bahasa, semangat kenegerian, darjat dan pemikiran bagi menentang penubuhan Malayan Union.

Mudah-mudahan momentum ini berterusan dan umat Melayu dapat dikejutkan dari tidur serta benar-benar memikirkan masa depan anak bangsa dan agama kita!!

8 comments:

budak-kom said...

salam bro. nak tanya soalan kontroversi skit. leh ulas pasal ketua pemuda 304 yang menyindir Perkasa baru baru ini dalam MalaysiaKini.

zulkifli said...

Takkan TUN Faisal nak kritik TUN Mahathir.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 '...sedikit hak orang Melayu yang masih tinggal...?

2 'sedikit ...yang masih tinggal...? Kenapa tinggl sedikit? Ke mana sudah perginya bahagian yang banyak? Disimpan atau sudah diberikan kepada orang lain? Atau gagal dipertahankan ketika hak itu mahu dirampas oleh orang lain?

3 Oleh kerana selama lebih 52 tahun UMNO mengaku memperjuang & mempertahankan hak orang Melayu, dan sekarang hak itu sudah tinggal sedikit, nyata sekali di mana-mana di sepnjang tempoh tersebut janji itu gagal dipikul dan ditunaikan dengan sebenar-benarnya, sehingga perlu ditubuhkan Perkasa. Apakah istilah yang paling tepat bagi kegagalan menjaga hak?

4 Jika Dr M mencabar agar dibuat kajian dalam bidang ekonomi untuk melihat dengan benar apa yang telah Melayu punyai dan apa yang tidak, perlu juga dibuat kajian tentang para pemimpin dan era kepimpinan Melayu - berserta dasar-dasarnya - yang mana berjaya dan yang mana gagal mempertahankan hak-hak orang Melayu sepanjang tempoh itu sehingga sedikit sahaja yang tinggal sekarang. Bukan sahaja ini dapat dijadikan rujukan bagi para pemimpin Melayu akan datng, tetapi perlu ada tolok ukur [bench mark] sebagai landasan yang standard sama ada untuk menukar atau mengekalkan sesuatu kepemimpinan demi mempastikan hak Melayu sentiasa dipertahankan.

5 Telah terlalu lama bangsa ini dicucuk hidung oleh para pemimpin daripada kaumnya sendiri yg lebih banyak memimpin dengan membuat persepsinya dan kerenah sendiri tentang hajat & kehendak bangsanya, sekalipun menyebabkan sebahagian besar drp bangsanya itu akhirnya meredam kebencian, sakit hati dan terasa dikhianati. Apakah undi dalam PRU yang lalu belum cukup membuka mata fikir?

6 Kepemimpinan yang mewakili kekuasaan Melayu kini kena benar-benar sedar bahawa dunia Melayu TIDAK TERKECUALI drp kebangkitan semangat & jiwa lslam yang kian mengental akibat dasar-dasar tamadun Kristian-Barat yg represif terhadap lslam spt dgn penaklukan ke atas banyak negeri umat lslam, dasar war on terrorism [baca: perahg terhadap lslam], kekejaman dan penghinaan ke atas lslam dan umatnya di merata dunia lslam, perlecehan terhadap Rasulullah SAW dsb, yang semuanya ini menagih umat lslam kepada suatu kepimpinan yang dilihat dan dirasakan rapat dan intim kepada penegakan syariat lslam, bukan kepimpinan yang hanya sekadar menghidupkan nuansa lslam.

7 Jika UMNO hendak menuju kpd transformasi, ke situlah hala tujunya. Begitu juga Perkasa.

Wallahu a'lam.

Alumni Sek Men Keb Dato Jaafar JB said...

Assalammulaikum ....tahniah di atas pandangan saudara ..kami amat bersetuju dengan kupasan ini ...www.agendabangsa.com

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sbb apa sikit? sbb org Pas tak suka nak pertahankan :)Masalahnya Pas hanya bersifat hipokrit, sentimen melayu dimainkan di kampung2 tp di depan bukan melayu lain pulak game Pas, sampai yg Islam pun tak nak dipertahankan :)

mmg tak byk pun yg org melayu minta, sekadar yg adil utk pastikan anak bangsa tak ketinggalan, ttp kalau yg sedikit tu pun nak di ambil - tentulah tidak adil kpd mereka. Alhamdulillah DEB telah berjaya membantu merapatkan jurang antara kaum, mungkin ayah mak, adik beradik abu faiq pun mendapat faedah drpd DEB. tak nak mengaku? mungkin elok bagi alamat rumah dan kita tengok berapa ramai adik beradik abu faiq yg dibantu kerajaan dan berapa byk faedah yg dah mak ayah abu faiq dapat selama ini.. :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ya, undi masa PRU 2008 telah membuka mata fikir - sebab itu jgn undi PR - jangan undi PAS dan PKR lagi, cukup2lah :)

jiwa rakyat said...

mahathir sendiri pun kata orang Melayu dah tak mahu UMNO lagi... so pilihanraya umum ke 13 UMNO tinggal batu nisan je la..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

jiwa rakyat,

budak2 PR mmg tak berapa faham bahasa kiasan, sindiran - slow :) sebab itu senang kena tipu dengan Anwar :)

Popular Posts