Mungkinkah ini akan terjadi?
Pada tahun 1998, dalam usaha untuk membela Anwar Ibrahim, sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka golongan Reformasi telah berusaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sedang digugat krisis poitik yang parah melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan. Rusuhan jalanan ini dibuat pada saat negara sedang berusaha mengeluarkan diri dari bahaya krisis mata wang akibat serangan spekulator mata wang asing ketika itu.
Gambaran yang hendak diberikan kepada masyarakat dunia ketika itu adalah - negara berada dalam keadaan kucar kacir, keadaan politik tidak stabil dan pelaburan asing dalam negara tidak selamat.
Tindakan ini amat tidak patriotik kerana ketika itu kerana ia ibarat mensabotaj usaha kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan ekonomi negara yang berada dalam keadaan kritikal. Matlamatnya - untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu gagal dalam usahanya untuk memulihkan ekonomi negara.
Hari ini, Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, sedang melakukan perkara yang sama. Sama ada ia dilakukan secara tanpa sedar, akibat dipergunakan atau disebabkan kepentingan peribadi tertentu - itu soal kedua. Masalahnya - kenapa perlu memberi gambaran yang salah?
Kata Ku Li seperti yang disiarkan oleh portal berita yang kononnya bebas, “Something must be wrong in this so-called Malay Land (Tanah Melayu) when they (Malays) are leaving,” tanpa memberikan sebarang fakta dan tanpa merujuk kepada keadaan negara-negara maju, di mana terdapat juga rakyat negara maju yang meninggalkan negara mereka bagi mencapai matlamat peribadi mereka. Ku Li juga gagal menyatakan kebenaran tentang begitu ramainya rakyat negara asing yang berebut-rebut mahu menjadi warga negara Malaysia.
Pada waktu yang sama Ku Li gagal menunjukkan bahawa berbeza dengan tahun 1999 di mana pemulihan ekonomi dapat dibuat dengan lebih lancar, ekonomi negara menghadapi kelembapan ada kemungkinannya disebabkan kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang (PR) dalam membangunkan negeri-negeri yang dimenangi dalam PRU-12.
Katanya, “Investors and tourists are wondering what’s happening in Malaysia, at a time when we need investments, capital and jobs for our young who are also increasingly finding it difficult...”
Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu, Kelantan - memang mengalami kelembapan sejak dulu lagi. Selain diberitahu sebelum ini bahawa pembangunan `duniawi' bukan keutamaan kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat, baru-baru ini terdapat pelbagai pendedahan yang menunjukkan ada kemungkinan amalan kronisme, tadbir urus yang lemah, korupsi dan tajaan bagi tujuan peribadi pemimpin turut menyumbang kepada kelembapan ekonomi Kelantan.
Semasa di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), data-data menunjukkan bahawa di Semenanjung Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang menerima bantuan tambahan terbesar untuk pelajar miskin. Selain jumlah penagih dadah dan jangkitan HIV, jumlah rakyat Kelantan yang keluar ke negeri-negeri lain juga adalah amat besar.
Kedah - terus tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Adakah pembangunan negeri terjejas kerana kepemimpinan negeri terlalu menumpukan usaha berpolitik, iaitu untuk menggunakan sumber negeri untuk mengekalkan populariti? Ramai rakyat Kedah yang merungut kerana tidak nampak sebarang perubahan.
Pulau Pinang - terus bergolak dari segi kepimpinan yang bersifat diktator, mirip pemikiran komunis dan chauvinis. Seperti Pulau Pinang, Selangor juga mengalami krisis kepimpinan negeri dan perebutan kuasa sesama PR yang parah. Selain itu pembangunan negeri terjejas kerana PR tidak boleh bekerja sama untuk membangunkan negeri. Di Selangor, isu rasuah, kes bunuh diri Teoh Beng Hock(?), hasil pasir yang `hilang', janji-janji yang tidak dipenuhi, isu tanah waqaf, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan pelbagai isu lagi menyebabkan pembangunan negeri terjejas.
Auta Ku Li tidak terhenti di situ saja, secara halus, dia cuba menggambarkan penolakan terhadap pelaksanaan hukum takzir dan hudud melalui kenyataan ini, "he added that the negative publicity generated by the caning of three Muslim women and controversy surrounding the use of the word “Allah” is not helping the country."
Auta Ku Li berterusan apabila menyatakan, "even the non-Muslims are being hauled up for holding hands and cited a case where Islamic authorities barged into a room where a foreign couple was staying."
Auta Ku Li lagi, "despite the recent assurances on the crime rate coming down, people are still insecure about their safety. Even my wife is afraid to go out!"
Tidak ada bezanya Ku Li dengan gerakan Reformis Jalanan 1998. Kenyataannya hanya untuk mensabotaj usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan oleh Datuk seri Najib Tun Razak. Kemungkinan dia sedar, ini adalah penggal terakhir untuk menjadi Perdana Menteri dan mengaut kepentingan peribadi yang diinginkan.
Kata Ku Li dia masih setia kepada UMNO. Kata kita, "setia itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata." Dari perkataan dan perbuatannya (dan track recordnya) (klik), Ku Li bukan orang yang SETIA atau faham akan maksud perkataan SETIA. Ku Li hanya pengkhianat dan a sore loser!
Selamatkan Malaysia!!!! Selamatkan Malaysia dari pengkhianat yang bernama Tengku Razaleigh ini.
* Lim Kit Siang - sila jangan guna tagline Selamatkan Malaysia. Saya telah gunakan terlebih dulu. Sudah tidak ada idea lainkah? May be you're too old for new idea. Carilah idea lain seperti Middle Malaysia yang susah hendak diterjemah dan dimengertikan.
18 comments:
Salam Tun Faisal,
You're spot on!
Ketaatan melibatkan perkataan dan perbuatan.
Dalam kes kuli, setakat cakap jek taat, ada yg lain?
Jgn dilupa, kuli adalah orang yang sama yg menyebabkan umno diharamkan dulu.
Pandangan saya: Kalao orang kelantan mahukan duit royalti, depa kena make sure BN memerintah negeri. kalo dak, sori lah.
Dah lama BN/Kerajaan pusat membantu, tapi undi masih lagik kat PAS.
Lagipun, dengan kes rasuah, kronisme, nepotisme orang2 PAS kelantan, lagi elok biar UMNO sendiri yang handle duit royalti, tak yah guna kerajaan negeri PAS.
Terima kasih.
Syed
Salam Tun Faisal,
Berkenaan pandangan saudara terhadap Ku Li, saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan pendapat dan pandangan saudara tentang beliau. Saya sekadar ingin berkongsi (sekiranya saudara tidak tahu) atau mengingatkan (sekiranya saudara terlupa) beberapa fakta tentang Ku Li.
(a) Beliau merupakan salah seorang important figure dalam mengasaskan Petronas. Saya fikir tak perlu lah saya nyatakan apa sumbangan Petronas terhadap Malaysia.
(b) Beliau merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam kemenangan UMNO di Kelantan pada pilihan raya 1978
(c) Pengasasan Bank Bumiputra. Malangnya Bank Bumiputra dah bertukar menjadi CIMB. Salah siapa agaknya smpai jadi begitu?
Saya berharap saudara juga melihat kembali statistik perkembangan ekonomi negara semasa Ku Li menjadi Menteri Kewangan dahulu.
Saya bukanlah penyokong atau sesiapa pun yang mempunyai kepentingan dalam politik Ku Li, malahan saya lahir 50 tahun selepas Ku Li dilahirkan. Saya berasa agak dukacita melihat seorang yang bertaraf negarawan, dilihat pada sisi gelap politiknya sahaja sedangkan dalam sejarah politik Malaysia, ramai lagi yang bermain dengan cara lebih kotor. Saya berharap agar saudara bersikap lebih adil terhadap "orang tua" yang bertaraf negarawan ini. Sekian, salam hormat.
Salam bro, kekadang susah juga hendak memperkatakannya bagaimana yg di komen oleh MR...... perlu diingat juga, walau pun Ku Li pernah berjasa mungkin dlm negara, tetapi beliau juga telah memporakperandakan parti bermula dengan penentangannya ke atas Tun Mahathir masa itu sehingga UMNO terbatal serta Kelantan terus ditawan PAS....
Kalau Ku Li pada masa itu, ikhlas dengan perjuangan UMNO, waima apa sahaja pergolakkan yg berlaku, Ku Li tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa. Ku Li juga seorang Menteri Kewangan yg paling mewah di pejabatnya pada waktu itu... itulah ganjaran pada beliau.
Kalau Ku Li juga masih setia dan sayang pada UMNO masa ini, mengapa harus bersekongkol dengan PAS untuk menikam kepimpinan Najib dari belakang...
Ku Li tetap taat dan setia dengan Umno yang lama yang ditubuhkan pada tahun 1946. Tak terniat di hati Ku Li untuk menyebabkan pengharaman Umno. Dari segi sejarah, siapa yang paling beruntung bila Umno diharamkan? Jawapan yang paling nyata dan tepat adalah Tun Mahathir sebab atas sebab pengharaman Umnolah beliau dapat menghalau musuh politiknya dari parti. Siapa yang lebih licik?
kalau Ku Li jujur, kenapa dia menipu dan temberang dgn cerita2 seperti itu? adakah dia hendak mensabotaj usaha DS Najib? kenapa susah sgt hendak menjaga disiplin?
assalam... Sekiranya ku li ini seorang yang setia pada parti UMNO dulunya, dan penah membuat berbagai usaha membantu dalam membangunkan negara, mengapa harus dia berubah hati sekarang? jika dia dah cukup mewah, kenapa dia nak royalti lagi sekarang? takleh tengok duit? kalau dulu kau taat, sekarang kau belot, ade 2 je punca selalunya, sama-ada kau dah start tamak, atau kau nak gulingkan ketua yg kau pura-pura sanjung dahulu. Apa bezanya dulu dan sekarang? nape nak dok heboh kat luar yg kita ni macam tengah huru hara? dulu aku dapat cari makan, sekarang pun aku masih dapat cari makan, ade peningkatan lagi rasanya.
Apapun alasannya
1. jangan menipu
2. ikut disiplin parti, ulil amri adalah DS Najib, jika tidak boleh beri ketaatan, mungkin elok mufarraqah saja, tp kenapa perlu menipu?
ni la budaya 'yes man' UMNO...
UMNO perlu dilihat dapat mengendalikan perbezaan pendapat dgn bagus...pandangan Ku Li patut diambil iktibar...Tun Mahathir pun x kritik Ku Li sekarang.....
kalo takat KJ atau nazree aziz yg x sependapat dgn najib, x kisah sgt, memang tahap rendah jek diorng ni, tapi ini KU Li...level lain dah, takat tun faisal yg berhingus lagi ni, xyah la nak suruh sebut Ulil amri ke apa...Ku Li berprinsip...he did know what he was talking about...
ada sebab kenapa Tun Razak (ya ayah najib sendiri) lantik Ku Li jadi pengerusi petronas....
walaupun Ku Li dapat satu saja pencalonan, tapi perlu diingat, Ku Li ada pengaruh dia tersendiri...UMNO perlu berhati-hati menangani isu Ku Li, dan perlu bijak, supaya budaya 'Yes Man' dan cantas dalam UMNO jika x sependapat.....
nak berbahas, nak beri pandangan, ku li dah diberi masa yg panjang utk berbuat demikian; tp apabila keputusan telah dibuat, kenalah taat kpd pemimpin; kira ok la, sbb kita minta taat kpd ulil amri saja - tak mcm Pas - kena bai'ah talaq 3 :)
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yg melayari blog ini,
1 Buknkah ada fraksi di sini? Sayangnya, kedua2-nya drp klngan sesma Muslim; brtelgah dgn sengit, hngga snggup mnyerukan mufaraqah; [dgn mmaknainya scra smbarangan], atas prkara yg BUKAN HAQ; yg BUKAN demi 'KEBENARAN'; bahkan atas hal yg SANGAT DILARANG olh ajarn agama yang sama2 mereka anuti - "...wa laa tafarraquu".
2 Kenapa brtlagah? Kenapa "wa laa tafarraquu" itu lnsung tdak memberi bekas, tdak brkesan wlau sdikit dlm benak, shngga brcakran dlm brpolitik [mcam nak putuskan silaturrahmi],
3 Tidak lain, krana sama2 tlah benar2 TERTIPU? Oleh siapa? Oleh sebuah ideologi berpolitik yg disuntikan musuh2 lslam dan musuh2 umt lslam ke dlm benak & kini tlah brsarang di dlm jiwa mnjadi sebuah keimanan; ideologi yg mmisahkan agma dari urusan khidupan. ltulah SEKULARISME, yg mlhirkan pula Demokrasi.
4 Apakh jaminan drp Demokarsi? Kebebasn Berpendapat [misalnya, 'ulil amri' - istilah drp al-Quran diberi makna yg bukan2], Kebebasn berperilaku [misalnya, perm akil/ baligh tak mau bertudung], Kebebasn beragama [misalnya, tukar-tukar agama], Kebebasn Brkepemlikan [misalnya, mrompak hrta rakyat/negara].
5 Kecohnya, apbila pnganut demokrasi mnnggukan kebebasnnya,
orang demokrsi jga yg mengekang.
Haru-biru ini hnya diselesaikan olh satu ideologi yg paling benar - IDEOLOGI ISLAM.
6 Jelas, si penipu dituduh menipu oleh yg menuduhnya menipu kerana sama-sama kena tipu. Jadi, siapa paling penipu? Sekularisme-Demokrasi.
7 Tapi jangan pandang ringan, tipuan Sekular-Demokrsai ini ada akibatnya terhadap akidah.
Wallahu a'lam.
Yang sepatutnya anda tulis mari kita selamatkan UMNO bukannya selamatkan MALAYSIA.Adakah Malaysia sudah tidak selamat???.Jawapnya Malaysia masih selamat.
Kasihan,rupanya UmNO pun bermasalah!!!.Gara2 Tengku Razaleigh umno dalam dilema bak kata pepatah "Ditelan mati emak diluah mati bapa".
Abu Faiq, cuba ckp berlandaskan fakta - mari kita fokuskan kpd kenyataan Ku Li - adakah dia menipu?
UMNO bukan sahaja perlu bijak untuk menangani masalh ini, malah 'perlu' nampak bijak....
bagi saya jika layak dapat royalti, beri sahaja, malah lebih baik untuk sokongan UMNO...
sekadar pendapat..
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
1 'Ku Li penipu?". Demikian soalan Anda. Dan respons saya bukan untuk menjawab soalan itu.
2 Sila ulang-baca para [6] respons saya. Maknanya, apa pun salah-benar pandangan Ku Li drp kacamata beliau yang Anda utarakan di dalam posting Anda, dan apa juga salah-benar penilaian Anda terhadap pandangan beliau drp kacamata Anda, pada saya kedua-duanya masih sama-sama duduk terperangkap di dalam kerangka TIPUAN ideologi Sekularisme-Demokrasi.
3 Sebagai Muslim, fokus saya ialah: Benar atau tidak Sekularisme-Demokrasi telah menyelewengkan fokus politik umat lslam dari IDOELOGI ISLAM?
Wallahu a'lam.
yat,
berdasarkan peruntukan undang2 yg ada, kerajaan percaya bahawa kerajaan negeri tidak layak menerima royalti tersebut; sebab itu pemimpin2 umno meminta ia diselesaikan di mahkamah, bukan dengan cara Ku Li sekarang. Tapi pokok persoalan artikel ini bukan soal royalti, tp soal Ku Li yang cuba memeprdaya rakyat dan memberikan gamabaran yang salah ttg negara melalui wawancaranya dgn malaysian insider. sebab itu sdr kena baca betul2 artikel ini.
untuk lebih realistik, saya cadangkan sdr. Tun baca tulisan Dato' Mohd Ariff Sabri di blog beliau: http://sakmongkol.blogspot.com/2010/03/royalty-minyak-boleh-cakap.html . Pendapat beliau lebih bernas dan mendalami isi hati rakyat bawahan yang lebih ramai berbanding tuan yang lebih kepada pandangan orang atasan.
BKK,
Datuk Ariff Sabri? Saya kenal Datuk Ariff Sabri di konvensyen UMNO Pahang, mungkin golongan rakyat yang dia jumpa tidak cukup mengakar ke bawah. Saya masih golongan marhein yg tiada gelaran, masih minum di kedai kopi tepi jalan dan boleh duduk utk jangka masa yg pjg, tidur sebilik dgn peserta kursus ; sedangkan dia sudah menjadi datuk :) mungkin dia tak cukup faham jiwa org muda yg marahkan razaleigh :)
Post a Comment