Wednesday, February 24, 2010

Antara yang wajar dan yang tidak wajar..


Tahniah Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Khairun Tan Sri Aseh kerana sekali lagi berjaya menyelesaikan masalah gadis hilang. Kali ini seorang gadis yang dilarikan ke Lombok oleh seorang lelaki penduduk di sana. Ini merupakan kes yang kesekian kalinya. Ini bukan kes pertama yang beliau selesaikan malah telah sejumlah kes diselesaikan termasuk kes pendaftaran lewat kelahiran dan pesakit yang memerlukan penderma jantung. Bagi saya ini adalah berita yang harus diwar-warkan sebagai bukti UMNO Juara Rakyat.

Malangnya ada cerita yang sebenarnya tidak wajar diperbesar-besarkan. Namun oleh kerana ia telah diperbesar-besarkan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Dato Ahmad Maslan terpaksa menjelaskan ucapan beliau, walaupun ia sebenarnya tidak perlu jika kita semua mengerti tentang soal keutamaan.

Penjelasan Dato Ahmad Maslan seperti dipetik dari blog beliau; http://ahmadmaslan.blogspot.com/2010/02/ucapan-di-program-penerangan-umno.html

"Saya kata penerangan perlu guna 4M: Media Maya (MM), Medium Bersemuka (MB), Media Elekronik (ME), Media Cetak (MC).. Tapi, jika nak lihat 1 isu baca 1000 Blog ada 1000 pandangan.. Khuatir pembaca akan terkeliru.. secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir akan jadi 'Goblok'.. Oleh itu, saya kata baca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M.. itu saja.. seloroh.. tak kan tak boleh nak gurau kot.. kaedah ceramah untuk tarik perhatian yang ngantuk.. juga nak popularkan blog2 yang baik & jangan terpengaruh dengan blog pembangkang.. yang dikhuatiri jadi 'goblok' bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana!"

Tidak ramai yang tahu bahawa selaku Ketua Penerangan Dato Ahmad Maslan telah memberi sokongan yang begitu baik terhadap usaha meningkatkan peranan jentera UMNO dalam media baru, tetapi itulah hakikatnya. Tidak perlu untuk menghuraikan setiap satunya.

8 comments:

Unknown said...

Rahsia kenapa Kelantan dan Terengganu tidak diberi royalti minyak akhirnya dibongkar.....ingin tahu sila klik disini

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Kalau mahu teguh kepada yang the very basic - dari segi iktiqad/ keimanan sebagai seorang Muslim - agaknya yang mana satu jadi keutamaan bagi Dato' Ahmad Maslan untuk diterangkan kepada orang UMNO/ Melayu/Muslim;

- 1000 posting di blog TDM, dan 1000 posting di blog SDN yang menyerukan kepada pelestarian Demokrasi, Kapitalisme, Patriotisme, Nasionalisme [dan isme-isme lain yang senada dengannya], vs 1 posting dalam blog seorang hamba Allah yang menyerukan ke arah penegakan syariah Allah sebagai sistem pengaturan kehidupan yang kaffah?

Wallahu a'lam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Abu Faiq,

ibadah itu luas, hukum Allah juga terturun dlm 5 bidang, menerangkan itu juga sudah cukup baik berbanding menjadi spt parti Pas dan penyokongnya yg sudah x tahu apa yg hendak disokong, dan menentang apa yg hendak ditentang :)

Skandal Politik said...

Salam,

Di zaman ini peperangan di alam maya adalah antara yang terpenting.

Kekalahan di dalam PRU ke 12 sehingga menyebabkan jatuhnya 5 negeri ke tangan pembangkang disebabkan pembangkang sudah lama bertempur di alam maya sepertimana satu analisis dari pakar yang menyelidik perkara ini. Walhal dari UMNO masih kurang.

http://kjberuk.blogspot.com/

MymassaVoice said...

Salam Tun,

Saya hanya ingin menyampaikan kegusaran rakan-rakan bloggers kita berhubung beberapa perkara:

1) Mengapa pihak KDN terlalu lembap/tidak sensitif terhadap info terutamanya drpd pihak pembangkang yg sarat dgn hasutan, penghinaan terhadap sistem kerajaan (malahan agama dan akidah kita sendiri), sedangkan dalam masa yang sama para operator/bloggers kita dgn pantas disumbat ke lokap dan diambil tindakan akibat laporan polis oleh pembangkang? kita ambil contoh jefferydamien. ramai yg merasakan pihak kerajaan/umno tidak berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh dlm membela nasib beliau yg selama ini telah bermatian mempertahankan umno/bn. iye kita boleh adil, tapi kalau dia boleh kena, kenapa beratusan blog pembangkang dibiarkan tidak diambil tindakan?

2) kita juga dapat melihat sudah berapa banyak laporan polis dibuat ke atas para pemimpin pembangkang atas pelbagai sebab seperti hasutan, menghina mahkamah dan lain-lain, tetapi sehingga kini tiada seorang pun yg benar-benar dibawa ke muka pengadilan.begitu juga dgn kes2 sprm.senyap mcm tu shj.

Jadi kami sgt berharap yg tun dpt mengemukakan perkara ini kepada pihak 'tertentu' agar ianya diberikan perhatian dan tindakan yg sewajarnya. jgn sampai nnt rakyat bosan dan akhirnya melabelkan kdn sebagai lemah dan hanya berani memberi amaran shj.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Sdra TFI.. menerangkan, sekaligus menyerukan agar didukung dan dilestarikan Demokrasi, Kapitalisme, Patriotisme, Nasionalisme, [dan isme-isme lain yang senada dengannya], yang semuanya itu akhirnya menolak sistem lslam, termasuk di dalam bidang 5 hukum Allah yang mana?
Wajibkah, haramkah, mandub [sunat]-kah, atau mubah-mubah sahaja?

2 Kalau nak dimasukkan ke dalam bab ibadah, bab yang mana satu...? munakahat, mu'amalat, jenayat atau dakwah, atau yang lain-lain?

3 PAS..? Malang mereka, sebab mereka pun kabur akan jalan lurus yang sebenar ke arah kekuasasn dan kedaulatan lslam mutlak ... Mari tolong mereka... atas dasar sesama Muslim.

Wallahu a'lam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

mymassa voice - mungkin elok sdr mencari maklumat mengenai jefri damien terlebih dahulu.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

abu faiq - seronok juga klu dapt saya dengar bagaimana demokrasi, patriotisme, nasionalisme - menolak Islam. mungkin elok sdr jelaskan di sini. lebih elok jika sdr tulis utk tatapan bukan islam juga spy mereka sama2 faham.

kedua - yg saya pasti sosialisme dan kapitalisme mmg bukan sistem ekonomi yg selari dgn sistem ekonomi Islam. cuma setakat bercerita bolehlah, jika sistem ekonomi pun bukan dikuasai oleh org Islam, mungkin layaknya kita hanya utk berteori dan beretorik saja..

Popular Posts