Friday, February 25, 2011

Pas makin hancur, rosak...


Dipetik dari http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas-double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE

Mohamed Hafiz Nordin, satu nama yang tidak boleh dilupakan apabila begitu lantang bersuara ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, terutama pada era pemerintahan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Apa sahaja tidak betul akan ditegur sehingga timbul tanggapan Pemuda Pas tidak sehaluan dengan kepimpinan Pas negeri apabila sesetengah isu melibatkan Kerajaan Negeri disokong kepimpinan negeri.

Lebih mengejutkan apabila pada Muktamar Pemuda Pas Pulau Pinang di Balik Pulau pada 2009, Mohamed Hafiz tidak mahu dicalonkan semula sebagai ketua sebaliknya memberi laluan kepada muka baru menerajui kepimpinan.

Walaupun masih layak dari segi had umur untuk memimpin, tindakannya itu dianggap sebagai protes dengan apa yang dilakukan kepimpinan Pas negeri dan seolah-olah menunjukkan sikap merajuk kerana usahanya tidak pernah dibela oleh sesiapa pun dalam Pas.

Namun ketika ditemui, Mohamed Hafiz menafikan tindakannya untuk tidak terus memimpin Pemuda Pas Pulau Pinang disebabkan merajuk. Namun ada sebab lain menyebabkan beliau berbuat demikian dan kupasan penuh dalam sesi temu bualnya dengan Ketua Wartawan Sinar Harian (SH) Utara, Mohd Idros Mohd Ali baru-baru ini.

Ikuti bahagian pertama sesi temu bual ini.

Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara?

HAFIZ: Saya memang orang Penang (loghat negeri) dan dilahirkan di Butterworth dan memang dibesarkan di Pulau Pinang. Ayah orang Balik Pulau dan emak orang Sungai Petani tetapi lebih banyak dok di Penang. Masa kanak-kanak dan sekolah rendah banyak di Butterworth.

Bila masuk sekolah menengah, ada juga belajar di Pondok Pokok Sena, Butterworth, di Kota Bharu (Pondok Pasir Tumboh) dan dapat syahadah di Madrasah Al-Masriyah dan Madrasah An-Nadhoh sebelum menyambung pelajaran agama di Mesir.

Pada masa sekolah menengah, dah tidak banyak ambil akademik, belajar di merata tempat sehingga luar negara. Allah beri keizinan hingga saya sampai ke Madinah untuk belajar, alhamdulillah.

Bagaimana bermula penglibatan dalam Pas?

HAFIZ: Kalau dengan Pas, saya isi borang jadi ahli pada 1984 dan pada 1985 terima sijil keahlian walaupun tengah belajar. Ayah saya apabila anak-anak cukup umur, dia bagi borang dan isi, yuran dia bayar, masa umur 14 tahun dah jadi ahli.

Syarat keahlian Pas mudah iaitu hanya perlu akil baligh. Saya mula bergiat aktif sebagai ahli. Tidak lama kemudian saya memegang ahli jawatankuasa Cawangan dan Pemuda Cawangan Bagan Ajam. Saya menjadi ahli jawatankuasa Cawangan sampai sekarang.

Pada usia 17 tahun, ketika nak ambil syahadah di Madrasah Al- Masriyah, saya diserap masuk bawah Lajnah Penerangan Pas Kawasan Tasek Gelugor, pada masa itu diketuai Allahyarham Hamdan Abdul Rahman (bekas ADUN Permatang Pasir) sebagai Ketua Penerangan. Saya pun mula bergiat aktif di peringkat kawasan setelah diberi mandat.

Apabila keluar negara sambung belajar, saya berehat seketika dalam politik tetapi masih mengikuti perkembangannya dari jauh. Pada 2003 kembali ke tanah air dan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Memegang jawatan di Dewan Pemuda Negeri dan cawangan termasuk Ketua Pemuda Cawangan pada semester akhir. Pada 2007 dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Sebenarnya bermula dari Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Pas Negeri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, akhirnya Timbalan Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda.

Saya bekerja sendiri dan cari duit dengan buka kelas pengajian agama untuk kanak-kanak dan dewasa, kelas bahasa Arab atau lebih berbentuk dakwah. Saya aktif bukan sebagai ketua atau orang atasan tetapi buat kerja bermula di peringkat bawah.

Balik dari luar negara, pembabitan saya mula menonjol dengan memegang Ketua Pemuda Cawangan yang sering berada atas pentas, menjadi Timbalan Ketua Pemuda selama empat tahun dan Ketua Pemuda dua tahun.

Kenapa tiba-tiba mengundurkan diri ketika berada di puncak pentas politik?

HAFIZ: Kalau nak kira umur memang dah masuk 40 tahun tetapi mengikut perlembagaan Pas masih boleh pegang jawatan. Lagi lima bulan baru cukup 40 tahun. Mungkin sekarang dah sampai masa untuk saya berterus terang.

Ramai dok tanya termasuk Ketua Pemuda Pas Pusat ketika itu, YB Salahuddin Ayub. Dia tanya dah fikir habis-habis dan betul nak berundur. Saya kata cukuplah dua tahun pegang jawatan dan nak beri laluan kepada orang muda. Saya rasa bukan kepimpinan saya tidak diperlukan di Pulau Pinang tetapi tidak boleh ikut rentak perjuangan Pas Pusat sendiri.

Sebab banyak perkara Pas Pusat buat yang bercanggah dengan tarbiah Pas itu sendiri, bukan saya ukur dengan nafsu dan naluri saya tetapi ukur dengan ilmu dan tarbiah saya dapat pada hari pertama masuk Pas dan hari terakhir sebagai Ketua Pemuda negeri.

Apa maksud saudara?

HAFIZ: Ramai kawan dan sahabat yang baru sertai Pas dan mereka berada pada era Pas sedang menang iaitu sekitar 1990-an apabila ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan ledakan akibat pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan menteri Kabinet.

Orang baru mungkin dan memang tidak faham atau dapat tarbiah seperti masa saya dapat pada 1980-an yang ditekankan dengan batas iman dan kufur serta akidah perjuangan.

Tidak seperti hari ini masuk Pas tetapi tak tahu akidah perjuangan, cuma nampak sebuah parti alternatif kepada UMNO. Mereka dedah kezaliman UMNO, orang tidak suka kepada UMNO dan nampak Pas sebagai ganti tempat UMNO.

Sedangkan dalam Pas, pimpinan parti selalu berucap atas pentas atau dalam mesyuarat bahawa Pas bukan semata-mata parti politik tetapi gerakan Islam dan dakwah.

Timbul persoalan apabila saya jadi Timbalan Ketua Pemuda negeri, saya suarakan perkara dakwah di peringkat muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Mengenai dakwah itu sendiri dalam muktamar, kita nampak berkecamuk, fikrah yang berkecamuk sebenarnya.

Dalam Pas belum nampak satu Lajnah atau jabatan dakwah yang begitu fokus kepada bukan Islam dan islah sesama orang Islam seperti mat rempit dan sebagainya.

Kalau ada pun Pas cuma cuba-cuba buat ikut aktiviti. Sebagai contoh, Pemuda Pas Pusat pernah dekati artis, Sinar (Harian) belum wujud di Pulau Pinang dan Utara. Mereka main bola sepak tetapi tidak berterusan hanya sekadar memenuhi syarat. Cuma nak bagi tahu kami dah buat program ini.

Setiap teguran yang kami buat pada peringkat Pemuda Pas Pusat, bila pimpinan Pas Pusat jawab, negeri akan kena balik. Malah saya agak ralat masa itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Haji Hadi Awang datang untuk rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat bersidang, beri semangat Pemuda mesti berani dan bersemangat.

Tetapi bila Pulau Pinang cuba nak ambil pendekatan atau kata-kata Tuan Guru Hadi iaitu ambil keberanian untuk menegur, mungkin dari sudut bahasa kasar dan yang patut kena tegur pemimpin. Saya amat kesal selepas benda itu meletup, pimpinan Pusat akan kata itu pandangan peribadi.

Ini bukan soal peribadi tetapi soal muktamar. Kalau orang faham itu muktamar, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu wakil dan pandangan Pemuda Pulau Pinang.

Sampai tahap tak boleh lupa bila Hadi kata Pemuda Pas macam beruang, sayang pada tuan dia dan tampar nyamuk sampai koyak muka tuan dia. Juga Tuan Guru Hadi ada sebut Pemuda macam buih Coca-Cola. Tarbiah datang dari Pusat supaya Pemuda berani untuk menegur. Tetapi apabila teguran dilontar, seakan tidak boleh terima pula.

Adakah ini bermakna Pas sudah menyimpang daripada asas perjuangannya?

HAFIZ: Saya tidak mahu kata begitu. Tetapi cuma saya tengok dari awal hingga 1980-an dan sampai akhir pegang jawatan, pimpinan Pusat di mana-mana ceramah dan program dalaman parti sering menyebut bagaimana Saidina Omar Al-Khattab ditegur dengan pedang.

Kami tak pernah bawa pedang dalam muktamar. Jadi kita tak sampai tegur secara biadab tapi cuma lantang, tegas dan berterus terang. Sesuai dengan Pas yang selalu minta kepada musuh-musuhnya agar telus dan terus telus.

Dan itu ketelusan yang cuba kita bawa peringkat negeri kepada Pemuda Pas Pusat. Pemuda Pas Pulau Pinang selalunya kami bertembung, pandangan kami ditolak, dalam muktamar cakap kami disekat.

Benda itu semua saya dok perhati dan sampai sekarang apabila Pas mula berkawan dengan parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Di sini saya nampak Pas ada sikap double standard. Ini memang kena tulis.

Tolong tulis. Pas memang ada double standard. Sebab dengan UMNO, Pas tolak bermati-matian sampai hari ini. Baru nak duduk bincang meja bulat, Pas dah beri syarat UMNO kena tukar dasar. OK, itu saya setuju dan saya terima kerana dasar UMNO bukan Islam.

Dan kerana itulah saya berada dalam Pas sejak 1980-an dahulu kerana UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam. Tetapi kenapa Pas bertegas dengan UMNO sampai hari ini macam satu kemestian kalau UMNO nak bincang kena tukar dasar.

Tetapi kenapa dengan dua parti yang hari ini jadi anggota Pakatan Rakyat (PR) terang-terang, yang terkini contoh hudud, wayang gambar berulang apabila Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) melontarkan cadangan untuk melaksanakan hudud, sekali lagi Karpal Singh menentangnya.

Dulu kata “over my dead body”. Sekarang ni dia tunjuk sekali lagi sikap sebagai seorang ahli politik DAP yang menentang hudud dilaksanakan. Kemudian (Lim) Kit Siang pun memang sokong Karpal Singh dan tidak setuju dari dulu lagi sampai sekarang begitu juga anaknya Guan Eng.

Memang tiada tertulis apa-apa iaitu dalam PR ini apabila setelah ditakdirkan mereka mengambil alih Malaysia akan laksana hudud atau undang-undang Islam, memang tiada.

Malah saya lebih kesal lagi dan kena tegur Pas Pusat, sampai hari ini kenapa satu pakatan yang sangat longgar diteruskan melebihi 10 tahun dan tidak bertulis apa-apa. Tiada satu perjanjian yang jelas yang dibuat.

Kalau kita pertikai dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu pada Islam, kita tak mahu duduk semeja, berunding dan tidak akan bekerjasama. Kenapa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dasar mereka tidak Islam dan tidak boleh tolak ansur dalam pelaksanaan hudud, Pas terima.

Saya ada fakta (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail tolak hudud melalui keratan akhbar. Anwar Ibrahim pun tidak jelas pendiriannya. Tetapi bagi saya tak jelas pun tak apa, dia bukan ahli PKR hanya penasihat.

Saya tak pandang pada Anwar tetapi pada Presiden PKR. Pemimpin DAP pun tolak hudud, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pun tak setuju. Dia marah apabila kita bangkit soal hudud. Saya masih ingat ketika muktamar Pas negeri,

kita jemput Ustaz Azman Shapawi kalau tak silap saya, pada ceramah sebelah malam itu, Azman sebut kalau PR menang, kita akan laksana hudud. Hari ini keluar surat khabar, esok Guan Eng jawab terus. Tak setuju dan tidak ada dalam perbincangan PR. -SH

Read more: http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas-double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE

20 comments:

admin_news2u said...

kongsi berita politik menarik bersama kami di http://anak-perak-online.net/forum-politik

TQ...visit us on http://anak-perak-online.net/

Anonymous said...

yg duk bising2 sebenarnya, UMNO sebernarnya stuju hukum hudud ni?

Depan melayu, UMNO kata PAS dah tinggalkan negara islam sejak berkerjasama dgn DAP,TETAPI UMNO depan MCA kata PAS nak buat negara islam,
TAK PERCAYA NI PERSIDEN UMNO SENDIRI CAKAP MAI TENGOK VIDEO NI: http://www.youtube.com/watch?v=TmozDhIKzcY
DENGAR ELOK2 MASA 5:00 APA YG DICKAP.

aik, tak nampak isu judi pun swept under carpet ke? hahaha

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

siapa yg ikut Pas dr tahun 70-an tahu Pas ni byk menipu - u umoq brapa ya? :)

Anonymous said...

Nak umur berapa? isunya bukan tua@muda ,oklah kalau PAS penipu.
satu soalan blogger UMNO tak boleh jawab: isu arak,judi usaha apa UMNO buat?melarang, mengurangkan,basmi @ meredhakan saja demi MCA dan MIC?
PAS berkerjasama dgn DAP,ada usaha mengurangkan arak,judi walaupun berdepan dgn bantahan DAP,MCA
UMNO ada nak menyokong tak?,bila Krajaan klntn kaji semula,bising puak UMNO mcm monyet,sudah kena tarik ekor kot dgn MCA?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya ingin memetik kata2 hikmat tuan,
"dari dulu lagi dlm dasar,undang2 dan pendidikan dah mmg orang Islam Msia x dilarang untuk terlibat dlm kegiatan arak, judi, maksiat etc."
# dah nak 54 thn dah,masih tak boleh halang? sudahlah UMNo nilah masa untuk tukar,biaq kat depa lingkupp

bukan mcm Pas yg x reti islam, tu yg janji nak tuutp kilang arak, last2 exco Pas semua makan juga hasil arak kjaan negeri :) dah la jd munafiq sbb x tepati janji, makan lak hasil arak.
# siapa kerajaan lebih berkuasa pusat@negeri?
kuasa lesen judi arak dibawah kerajaan negeri,menghalang?jadilah isu lesen judi kerajaan kelantan,sepatutnya judiarak ni bukan negeri tertentu mengharamkannya tapi 1Malaysia haramkan.

"Ada hadis yg tunjukkan sahabat yg minum arak disuruh di pukul, zaman Omar pun ada. maksudnya apa? maksudnya zaman tu pun ada jual arak kat madinah :) u all je x faham sirah rasulullah saw dan sahabat. sebijik mcm pemimpin Pas yg x brapa bijak :)"
# faham ke buat2 tak fhm? arak tetap ada TETAPI tidak dibuat dan dijual di madinah ,malaysia? disinilah tempat buat dan tempat menjual arak.

saya meminta agar tuan tolong jelaskan islam didlm perlembagaan UMNO , apakah yang diperjuangkannya? :-)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sori, kenyataan sebenar adalah -
pendekatan UMNO bukan mcm Pas yg tak tau agama :) dari dulu lagi dlm dasar,undang2 dan pendidikan dah mmg orang Islam Msia dilarang untuk terlibat dlm kegiatan arak, judi, maksiat etc. bukan mcm Pas yg x reti islam, tu yg janji nak tutup kilang arak, last2 exco Pas semua makan juga hasil arak kjaan negeri :) dah la jd munafiq sbb x tepati janji, makan lak hasil arak. Ada hadis yg tunjukkan sahabat yg minum arak disuruh di pukul, zaman Omar pun ada. maksudnya apa? maksudnya zaman tu pun ada jual arak kat madinah :) u all je x faham sirah rasulullah saw dan sahabat. sebijik mcm pemimpin Pas yg x brapa bijak :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

heh3 u ada ke zaman tu utk tahu arak x dibuat di madinah? teknologi dulu mgkin la x de kilang, utk buat masa production mcm skrg; tp yg penting dah terbukti bahawa pd zaman rasulullah saw, sahabat dan para khalifah, arak memang ada dijual. sbb tu Pas ni x faham Islam, ekstrem x tentu pasal :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Nak faham ttg apa pentingnya kedudukan Islam dlm perlembagaan dan dasar yg diperjuangkan oleh umno boleh baca di sini - http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/hanya-pas-bukan-umno-perjuangkan-islam.html

jangan malas ya :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

nak faham ttg hancurnya Pas dlm isu arak, boleh baca di sini - http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/ulama-pas-dr-mahfoudz-menipu-dalam.html

baca ya, jgn malas :)

Anonymous said...

UMNO adalah pejuang nasionalisme yang hasil fikiran musuh islam dan islam kosmetik? tak setuju, sila baca :-)
http://wwwahmadakmal.blogspot.com/2011/04/jawapan-dari-komen.html

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sejak bila ntah umno perjuang nasionalisme la pulak? Perjuangan umno adalah perjuangan agama, bangsa Dan negara. Bukan mcm pas yg perjuang sosialisme, pluralisme, usaha memurtadkan umat Islam secara halus dan iktiqad tuhan itu samseng dan maha mencarut. Sokong pula peliwat dan penzina. Apa nak je pas ni?

Anonymous said...

"Perjuangan umno adalah perjuangan agama, bangsa Dan negara"
Aiik,sejak bila pandai tukar slogan? dulu perjuangan Bangsa,Agama dan Negara, lain tu maksudnya.

Ni Sahih tak baca artikel http://wwwahmadakmal.blogspot.com/2011/04/jawapan-dari-komen.html
Tu la lain kali baca dulu,jangan semberono je berkomen! :-)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Umno Bukan mcm pas, siap tukar prinsip. Skrg dah sokong sosialisme, pluralisme, sokong usaha murtadkan umat Islam secara halus, tolak hudud, tolak negara islam, umno konsisten dr dulu. Berjuang Demi agama, bangsa dan negara. Bukan cam pas, berjuang demi peliwat dan gila kuasa. Sanggup je balaci dap Dan pkr semata2 nak kuasa. Akhirnya Allah hukum cash, setakat mampu je boneka di perak, kuda di selangor, tunggul di kedah, parasit di kelantan Dan hamPas di penang. :)

Ulama pas pun jenis penipu, u apa lg, lg byk la menipu. Tgk jenis2 ulama pas yg menipu kat sini http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/ulama-pas-dr-mahfoudz-menipu-dalam.html

Klu ulama pun menipu, apa lg balaci pas :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dah habis modal kah sedara, dulu hentam PAS,taliban ekstrimis sekarang guna Nik Aziz,Hj Hadi ,dap. Jadi TUN DR SPIN pandai-pandai la,jgn IQ tahap budak tadika KEMAS .

Kalau najib berserban berjubah meleret sampai sapu taik ayam apa aku kisah.. perjuangan tak betul.

UMNO depan melayu kata PAS"Skrg dah sokong sosialisme, pluralisme, sokong usaha murtadkan umat Islam secara halus, tolak hudud, tolak negara islam"
Depan MCA kalau PAS memerintah, PAS akan laksanakan hudud dan negara islam
Sapa cakap?yg berhormat Presiden UMNO yg berkata,ni link video:
http://www.youtube.com/watch?v=TmozDhIKzcY
siap hina negara islam pulak tu !

Kalau berani banding "ISLAM" dalam perlembagaan UMNO dan PAS bukan pemimpin,lebih terang dan jelas mana aspek yg ingin diperjuangkan.

setakat nak hina TG Nik Aziz dan TG Hj HAdi apalah sangat dengan ROSMAH Tuuuu..

Anonymous said...

* Orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana didorong oleh sifat hasad ataupun marah

* orang serperti ini jikalau engkau berikan kepadanya jawapan yang paling baik dan paling fasih dan paling nyata,maka sebenarnya jawapan itu hanya menimbulkan kemarahan dan permusuhan serta kedengkiannya sahaja.maka yang paling baik orang yang seperti ini bahawa engkau tidak perlu menjawabnya.

(Kitab Ayyuhal Aulad~ Al Imam Hujjatul Islam MS 59-60).

Inilah jawapan terbaik untuk Manusia seperti TUN DR SPIN wal putaq alam.
Dasar pejuang nasionalisme beragamakan islam kosmetik
~wasalam~

Tun Tun Bak said...

aik...???? Ada lagi orang sokong umNO?

Syazwan Halim said...

uik?come on.Ahmad Akmal pndai guna kitab .
Tutup la kilang carlsberg dalam masa 5 tahun di s.alam.mampu ke tak?ke nak tunggu 54 taun?
Stop la ,club2 malam terus?tapi las kali ckp,orang islam dilarang masuk.
belum lagi hukum hudud dilaksanakan.
pagi2,subuh2,dok dengaq dkat masjid,orang dok perburuk2kan pasal umno dkat kuliah subuh..apa da..
go go ahmad akmal.teruskan IQ anda yang tinggi hebat tu. :)

Popular Posts