Wednesday, February 24, 2010

Selamatkan Malaysia!!!!


Selamatkan Malaysia dari kepalsuan dan kepura-puraan! Selamatkan Malaysia dari hipokrasi!

Sejak kebelakangan ini kepura-puraan pembangkang semakin jelas terbongkar. Bukan orang lain, tetapi diri mereka sendiri yang membongkarnya.

Sifat chauvinis, berfikiran seperti komunis dan diktator Lim Guan Eng hangat diperkatakan oleh kepimpinan PKR di Pulau Pinang. Seperti dijangka, kemenangan Pas di Permatang Pasir tidak memberi apa-apa makna apabila wakil rakyat Pas sekadar menjadi hamPas yang tidak diperlukan oleh kerajaan `autokratik' DAP. Cubaan menghapuskan syiar Islam melalui usaha memperlahankan seruan azan, diteruskan melalui pembatalan Majlis Perarakan Maulidur Rasul. Tiba-tiba chauvinis yang sama cuba hendak bercakap tentang Middle Malaysia. Siapa nak percaya? (klik)

Di Selangor, janji Pilihan Raya hanya tinggal janji. ADUN PR yang dipersoalkan integriti moralnya, terus dibenarkan memegang jawatan tanpa perasaan bersalah. Isu timbul tentang bentuk masyarakat yang ingin dibentuk DAP dan PR, apabila kelahiran secara tidak sah melalui undang-undang diperjuangkan (klik). Penjualan arak, rumah urut serta kegiatan perjudian terus berleluasa dan Pas menjadi pak turut yang begitu taat kepada `ulil-amri' yang menghalalkan kegiatan ini; tiada penentangan yang jelas seperti sebelum ini. Hasil pasir pula ada yang dicuri `toyol' (klik) dan urus tadbir negeri dipersoalkan(klik). Kematian seorang pegawai DAP disensasikan sebegitu rupa demi menutup isu pokok - pemimpin yang korup dan rasuah!!!

Di Kelantan, asalkan memakai serban, rasuah dan kronisme menjadi halal. Pembangunan tidak pernah menjadi agenda utama negeri sehingga timbul keluhan di kalangan rakyat `balok habih, pembangune tok nampok'. Semakin ramai yang merintih kerana terpaksa merantau, semakin ramai diberitakan berada dalam senarai bantuan, dikatakan ramai juga disahkan menghidapi HIV dan menagih najis dadah. Hari ini, hak rakyat pula cuba direbut. Wang minyak bukan untuk Razaleigh, bukan untuk Nik Aziz, bukan untuk kerajaan negeri, tetapi hak rakyat - memang wajar ia dipulangkan terus kepada rakyat.

Di Kedah - memang tidak ada apa-apa perkembangan yang menonjol dari segi ekonomi, pembangunan dan taraf hidup. Yang menarik cuma ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru yang berani menegur kepimpinan yang songsang.

Di Perak - ada bekas Menteri Besar yang perasan merupakan Menteri Besar Rakyat. Dengan kerusi tercorot, jangan mimpi untuk memimpin negeri, siapa yang hendak hormat dan sekadar jadi boneka mungkin boleh. Kita ingatkan Menteri Besar perasan ini, dia menjadi Menteri Besar bukan kerana rakyat, kerana partinya mendapat kerusi tercorot dalam Pilihan Raya Umum 12. Dia jadi Menteri Besar kerana restu Tuanku Sultan atas peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri; hanya kerana dia Islam dan Melayu. Itupun kelayakannya mungkin sudah tergugur, kerana mengikut hukuman parti ekstrem, dia sudah jadi `kafir' apabila menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam di dalam sidang DUN semasa memegang kuasa. Akhirnya, puasa tak kena; mogok lapar tak kena; main lilin salah; bawa kes ke mahkamah - kalah!

Kerajaan PR susah hendak membentuk persetujuan sesama mereka. Polisi Bersama dirangka, tetapi bukan untuk dipatuhi; secara senyap dan main belakang, apabila pulang bertemu penyokong masing-masing, Polisi Bersama PR hanya untuk diletakkan di atas kertas dan bukan untuk diimani dan diamalkan. Masing-masing masih bermimpi - mimpi tentang Malaysian Malaysia; mimpi tentang `Negara Islam' yang melaksanakan hudud; mimpi tentang 16 September -'we have numbers'; yang sekali sekali disulami perkataan `can I fu@k you today' dan `are you ok?'. Susahnya untuk berpakat, sehingga untuk menghantar borang pendaftaran dan untuk menggunakan satu logo pun susah hendak bersepakat; tapi ada juga yang tidak malu untuk berbicara tentang politik muafakat!

Bukti yang jelas - semakin ramai yang hilang keyakinan terhadap PR.

Ada yang hilang keyakinan kepada Anwar Ibrahim - lebih-lebih lagi apabila difahamkan banyak bukti yang bakal diketengahkan dalam kes liwatnya kali ini. Ada yang hilang keyakinan terhadapnya kerana dah beberapa kali gagal menunaikan janji (klik).

Ada yang sudah berpatah arang dengan Ketua Menteri chauvinis, berfikiran seperti komunis dan diktator, Lim Guan Eng (klik).

Ada yang sudah meyampah dengan Nik Aziz Nik Mat yang cakap tak serupa bikin (klik).

Ada yang sedang berusaha menjatuhkan Khalid Ibrahim. Malah AJK bahagiannya sendiri hilang kepercayaan terhadap dirinya (klik).

Penipuan, kepuraan, main belakang, hipokrasi adalah mainan politik mereka. Dalam keadaan BN menghadapi kesukaran mengurus kejayaan; PR yang masih belum ada kejayaan; bergelut dengan isu mengurus kepercayaan, bukan hanya kepercayaan rakyat terhadap mereka, tetapi kepercayaan `rakan' pakatan haram mereka terhadap diri mereka sendiri!!!!!

Hanya satu saja cara - tolak mereka dan Selamatkan Malaysia!!!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Berdasarkan list keburukan PR yang tuan senaraikan tu, inilah masa yang sesuai untuk mengadakan PRU 13 untuk BN dapatkan mandat yang lebih besar. Apa nak tunggu lagi nanti terlepas pulak peluang keemasan ini. Kalau lambat-lambat nanti PR perbaiki kelemahan dan dapat isu yang lebih baik?

Tapi adakah rakyat pun berfikiran seperti mana tuan sbg pemimpin Umno fikirkan? DS Najib ada berani bubarkan parlimen?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

rakyat yang sedar dan celik mata dan hatinya akan nampak penipuan ini; rakyat itu perkara yg lain; yg lebih utama di sini adakah sdr berfikiran spt itu atau masih tertutup lagi utk melihat kebenaran? :)

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Kepalsuan, hipokrasi, kepura-puraan, autokratik, chauvinis, cubaan menghapuskan syiar lslam, kemerosotan moral dan integriti para politikus, pelbagai maksiat [judi, arak], 'ULIL AMRI' KAFIR, parti berbasis umat lslam menjadi pak turut kepada penguasa kufur,
toyol yang mencuri harta rakyat & negara, pemimpin korup dan rasuah, dan lagi ... dan lagi... yang seumpamanya... perlakuan dalam berpolitik yang TIDAK ADA WALAU SATU PUN YANG SECOCOK DENGAN SISTEM HUKUM ISLAM... tapi merecup di negeri-negeri umat Islam... ada di Malaysia, ada di lndonesia, ada di Pakistan, ada di Mesir - apatah lagi di negeri-negeri kufur yang memang telah meragui agama dan Tuhan masing-masing.

2 Buah daripada sistem politik apakah semuanya ini? Kita di Malaysia ini bukan di dalam sistem Sosialis/Komunis, bukan? Bukan juga diatur di dalam Sistem hukum lslam, ya?

3 Itulah DEMOKRASI - PENDUKUNG, PENJAMIN dan PENAGUGERAH KEBEBASAN, sekaligus pemberi KEDAULATAN dan KEKUASAAN kepada manusia... TANPA CAMPUR TANGAN AGAMA [TUHAN] atau ALLAH [bagi yang Muslim] - adalah seluas-luas medan bagi manusia memuaskan kehendak jasmani dan nafsu ... kerana di dalam Demokrasi, tuntunan, sekatan, dan ketetapan-ketetapan hukum agama [Tuhan] TIDAK ADA. Demokrasi hanya mengizinkan Tuhan [agama] wujud di dalam diri individu. Di dalam Demokrasi TIDAK ADA sistem daripada Tuhan [agama]. Segalanya daripada manusia, oleh manusia, untuk manusia... tanpa sekatan, kerana sekatan yang hakiki hanya sekatan natijah daripada beriman kepada hukum-hukum agama. Sedangkan konsep begitu tidak pernah dipakejkan di dlam ideologi Demokrasi.

4 Demokrasi - seluruh kedaulatan membuat undang-undang & kekuasaan melaksanakan undang-undang ada di benak dan tangan manusia. Sama ada Muslim, Kristian, Buddhis, Hindu, dll... agama Anda TIDAK ADA SUARA di dewan lagislatif [juga di dewan judikatif]. Yang berkuasa adalah benak manusia dan undi majoriti dua pertiga. Kalau di tempat kita ini Sistem lslam [yang dikebiri] tersudut di mahkamah syariah semata, terpisah daripada yang non-Muslim, sedangkan makhluk ciptaan Allah ini pun masih wajib diikat oleh penguasa Muslim dengan hukum Allah [selain dalam perkara kepercayaan & makan-minum]

5 Demikian sekelumit gambaran tentang kebobrokan demokrasi; belum lagi sumbernya, intipatinya, konsekuensinya, derivatnya, dll...itu pada lain kali, insya Allah.

Wallahu a'lam.

june said...

DI kEDAH,

Kerabat DiRaja pun dah turun padang bagi menyelesaikan isu kemiskinan..nampaknye kerajaan negeri sekarang sudah tak mampu bantu rakyat barangkali ;)

Jangan malu nak keluar.... :)

Popular Posts