Sunday, November 29, 2009

BTN mengajar saya menjadi rasis?

Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universiti Sains Malaysia (USM). Kali kedua adalah pada tahun 1993 dan yang ketiga adalah dalam tahun 1995.

Saya suka menceritakan sedikit pengalaman yang ditempuhi semasa mengikuti kursus BTN ini. Bersama 109 orang pelajar USM yang lain, saya sampai di Kem Wira Waja Janda baik (sekarang Institut Latihan UMNO (ILMU) ). Sesi pertama dimulakan dengan taklimat tentang disiplin yang perlu dipatuhi di kem. terutama dari segi kepatuhan terhadap ketepatan masa dan mengikut arahan. Sepanjang tempoh kursus, kemi dikehendaki membasuh tray makanan dan gelas sendiri serta ditunjukkan kawasan bebas merokok yang digelar Sudut Maut. Kami dimaklumkan tentang jadual yang ketat, program ceramah, sukan, latihan dalam kumpulan dan program kembara. Bagi yang beragama Islam, kami dikehendaki bersembahyang jemaah setiap waktu dan ikut serta mendengar kuliah subuh serta melakukan solat hajat dan qiyamul-lail.

Sesi kedua adalah pembahagian kepada kumpulan-kumpulan dan `ice-breaking' bagi membolehkan kami mengenali ahli-ahli kumpulan yang terdiri dari pelajar berlainan Sekolah Pengajian (Schools). Kami diminta melantik ketua kumpulan, menamakan kumpulan dan mencipta slogan. Setiap kumpulan diberikan bendera Malaysia dan diajar tata cara membawa dan menyimpannya. Kami dikehendaki berada dalam kumpulan dan membawa bendera Malaysia pada setiap masa. Sekiranya ada seorang ahli tercicir sekalipun atau lewat mengikuti program, kesemua anggota kumpulan akan didenda.

Kami diberi tanda nama yang besar dan sebiji telur ayam mentah yang kami tidak tahu apa tujuannya. Pada sesi pertama sahaja, hampir 30 orang peserta yang terpecahkan telur secara tidak sengaja; sama ada jatuh dari saku kemeja sewaktu tunduk; terpijak; pecah dalam saku seluar kerana terjatuh atau terlanggar meja. Bagi setiap yang terpecahkan telur, akan di'hadiah'kan dengan bata merah atau putih untuk dibawa ke mana sahaja. Sesiapa yang terlupa membawa telur atau batu ini, mereka juga akan didenda.

Dalam banyak program, ceramah dan kuliah subuh paling membosankan. Paling menarik adalah program kembara, permainan dalam kumpulan dan sukan. Semasa kembara malam, kami dikejutkan seawal jam satu pagi dan diminta beratur mendaki bukit yang curam. Malangnya malam itu hujan lebat dan lereng begitu licin. Pergerakan menaiki bukit amat sukar dan kami perlu saling sokong menyokong dan tarik menarik bagi membolehkan setiap peserta mendaki bersama-sama. Lebih sukar lagi, pada malam itu ada dua orang pelajar wanita yang kekejangan kaki dan terpaksa diusung sepanjang perjalanan. saya sendiri disengat tebuan, menyebabkan jari saya bengkak dan saya juga luka-luka akibat tergelicir semasa mendaki malam itu.

Apa yang saya belajar? Pengalaman penting bagi seorang anak muda yang masih tercari-cari erti kehidupan bernegara.

Dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) barulah saya fahami maksud sebenar modul yang dilalui. Telur yang diberi kepada saya pecah dan saya diberikan bata putih yang berat sebagai ganti. Ia mungkin lebih berat, tapi tidak fragile. Kata fasilitator yang membimbing LDK, "itu gambaran bahawa dalam usaha membina sebuah negara, yang susah bukan untuk menjaga pembangunan tetapi untuk menjaga pertamanya; zuriat dan kedua, modal insan (dianalogikan dengan telur ayam mentah). Sebaliknya batu yang melambangkan pembangunan, lebih mudah dijaga. Jadi sekiranya seseorang itu tidak dapat diharap untuk menjaga keturunan dan sumber manusia, maka jagalah pembangunan sebaik-baiknya."

Perjalanan mendaki bukit amat sukar. Lebih-lebih lagi pada waktu malam dan hujan lebat. Apa lagi dengan jari yang membengkak dan terpaksa mengusung peserta yang sakit. Kalau tidak saling bahu-membahu dan tarik-menarik ke atas, maka ada yang akan tercicir dan lebih buruk lagi dengan senang semua akan tergelincir. Maksudnya, proses pembinaan sebuah negara amat sukar dan tidak boleh dilakukan secara sendirian. Untuk membawa setiap orang dalam arus perdana pembangunan, termasuk yang lemah, kurang upaya dan tercedera lebih sukar lagi. Jangan pula berperangai seperti ketam batu di dalam raga yang saling tarik menarik ke bawah sehingga tiada yang berjaya keluar dari raga.

Dalam sesi kuliah subuh, kami diajar tentang prinsip-prinsip penting aspek kenegaraan dalam Islam dan bagaimana untuk membentuk pandangan dunia (world view) seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dijelaskan juga akan pengertian Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang ketika itu sedang diamalkan oleh kerajaan.

Dalam sesi ceramah, diterangkan tentang Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara, termasuk tentang keharmonian kaum yang perlu dipertahankan. Turut diterangkan adalah dasar-dasar kerajaan ketika itu seperti Dasar pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan Dasar Pengkorporatan, termasuk pelaksanaan projek-projek kerajaan seperti projek kereta nasional, pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Seluas-luas ruang diberikan kepada kami semua untuk bertanyakan soalan dan memberi pandangan dan sebagai golongan muda yang kritikal, kami memang mengambil sepenuhnya ruang tersebut (melainkan sewaktu kuliah subuh.. biasanya akibat mengantuk) untuk bertanyakan pelbagai soalan dan ada juga yang mengkritik kerajaan.

Hasilnya - selepas kursus, saya berpandangan bahawa saya mempunyai sikap cintakan negara yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Saya menginsafi bahawa amat sukar untuk membina sebuah negara dan ia mengambil masa berpuluh-puluh tahun sedangkan mengkritik itu cukup mudah. Menghancurkan negara jauh lebih mudah dan mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Saya juga belajar bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam pembinaan negara. Besar atau kecil bukan persolannya; setiap satunya penting dan kita wajar belajar menghargai setiapnya. Saya juga belajar bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab peribadi (personal responsibilities) masing-masing dan kita perlu mengambil tanggungjawab peribadi dalam membangunkan negara, biarpun tanpa ada arahan dan sebarang ganjaran. Bukankah semua ini nilai-nilai murni dan universal dalam pembinaan sahsiah dan sebuah negara?

Adakah kita diajar bersifat perkauman? Seingat saya tidak pernah sekali pun kami diajar untuk membenci kaum-kaum lain. Sebaliknya kami diajar untuk menjaga keharmonian negara dan mempertahankannya sebaik mungkin. Dalam kursus yang pertama, kedua dan ketiga, modulnya hampir sama cuma dalam ceramah, topiknya sedikit berbeza kerana seperti yang disebutkan ramai, peranan BTN adalah untuk menerangkan dasar-dasar semasa amalan kerajaan ketika itu.

Adakah ia berguna untuk pelajar? Ya, sebab ini merupakan salah satu platform untuk membentuk semangat cintakan negara dan memupuk kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan.

Adakah ia berguna untuk penjawat awam? Sepatutnya ia dijadikan kemestian. Saya tidak nampak bagaimana seorang penjawat awam boleh melaksankan tugas mereka, iaitu melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik tanpa mereka memahami dengan jelas dasar-dasar tersebut.
Jika mereka tidak bersetuju dengan dasar? Mungkin mereka wajar membezakan peranan mereka sebagai seorang pelaksana dasar dan bukan pembuat dasar. Jika mereka tidak mahu menghadirinya? Mungkin lebih elok mereka memilih profesion lain kerana ia akan menyukarkan mereka dan meletakkan mereka di dalam konflik. Mungkin ini yang berlaku hari ini dalam kerajaan dan perlu diperbaiki oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Professional.

Jadi kenapakah kerajaan Pakatan Pembangkang takutkan BTN? Mudah - kerana walaupun kononnya mereka ini memperjuangkan kebebasan bersuara dan memperoleh maklumat, namun secara realiti dan praktisnya, mereka hanya pakatan AUTOKRATIK yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menyekat kebebasan rakyat membuat pilihan; mendapat maklumat dan berdikusi secara intelektual semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.
Disebabkan apa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat mempertahankan fitnah dan pembohongan mereka sekiranya minda rakyat dibuka dan didedahkan dengan sebanyak mungkin maklumat dan ilmu pengetahuan.

Thursday, November 26, 2009

Halang pelajar, kakitangan ikuti kursus BTN - ciri-ciri autokratik Pakatan Riot?

Salah satu novel yang menarik minat saya semasa bangku sekolah adalah satira karya George Orwell, "Animal Farm". Belilah buku ini jika terjumpa dan bacalah kerana jalan cerita yang menarik. Ia merupakan sindiran dan kritik terhadap ideologi sosialisme dan komunisme ciptaan manusia yang mempunyai banyak kelemahan. Perjuangan dimulakan oleh golongan babi yang kononnya paling bijak; yang berjanji membawa perubahan di dalam ladang; bercakap tentang soal persamaan dan keadilan. Golongan babi ini berjanji untuk membawa begitu banyak perubahan dan perjuangan ini menarik minat haiwan-haiwan ternakan lain (lembu, keldai, kuda, ayam, itik dan lain-lain) untuk sama-sama bangkit menentang manusia dan mengambil alih pentadbiran ladang. Bagaimana pun selepas mengambil alih pentadbiran ladang, persamaan yang dilaung-laungkan rupanya hanya retorik politik dan akhirnya kawanan babi ini menjadi lebih menjadi lebih teruk daripada manusia.

Mungkin ini yang sedang melanda Pakatan Pembangkang yang menjadi kerajaan di beberapa buah negeri. Halangan terhadap pelajar dan kakitangan negeri untuk mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) adalah siri oppression terkini Pakatan Pembangkang.

Janji mereka adalah membawa Harapan Baru. Bagaimanapun nampaknya seperti Tiada Harapan. Terdahulu, diberitakan DAP yang sebelum ini menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mahukan perlindungan terhadap whistleblower, mahu mengenakan tindakan OSA terhadap kakitangan kerajaan negeri yang membocorkan maklumat. Tragedi Kampung Buah Pala adalah salah satu lagi insiden penindasan yang dilaporkan. Di Selangor pula, sejumlah maklumat mengenai amalan rasuah dan perkaitan kongsi gelap dengan pemimpin tertentu DAP pernah didedahkan.

Pas mempunyai track record yang tidak begitu baik semasa mentadbir negeri Terengganu. Pas Terengganu dikaitkan dengan beberapa insiden seperti penutupan kelas tadika Kemas, pemecatan imam dan penghulu dn sejumlah isu berkaitan tadbir urus, termasuklah yang melibatkan wang zakat, agensi kerajaan negeri dan KUSZA. Di Perak, semasa Pas menerajui kerajaan negeri, tadika-tadika KEMAS juga ditutup. Di Kelantan, siri-siri pendedahan terbaru mengenai Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat, isu menantunya, pemandu Mardi yang menjadi kaya, syarikat yang menerima hak pemasangan bilboard dan konsesi balak, penajaan pakej RM 65,000 seorang dan sebagainya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran parti yang menggunakan nama Islam ini.

PKR pula mempunyai pemimpin yang sangat bermasalah. Bermula dari atas, iaitu pemimpin tertinggi yang dikaitkan dengan sejumlah salah laku - penyalah gunaan kuasa, rasuah dan kes liwat sehinggalah sejumlah pemimpin yang lain yang dikaitkan dengan salah laku moral, termasuk sehingga menyebabkan perletakan jawatan dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Di Selangor, pentadbiran negeri dilihat begitu kucar kacir dengan sejumlah isu tadbir urus, perbalahan dalaman, perbezaan dasar dan pendekatan yang semakin nyata serta janji-janji yang masih belum tertunai.
Hari ini tindakan melarang pelajar dan kakitangan kerajaan menghadiri kursus Biro Tata Negera (BTN) menambah jumlah dalam senarai oppression yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. Tindakan ini atas alasan ia menggugat perpaduan jelas menunjukkan Pakatan Pembangkang tidak mengotakan retorik mereka mengenai kebebasan membuat pilihan, kebebasan intelektual dan kebebasan penyampaian maklumat.
George Orwell dalam novelnya telah menghuraikan apa yang akan berlaku apabila ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme dan komunisme ini menjadi pegangan. Jelasnya dia betul apabila negara sosialis dan komunisme runtuh satu demi satu dan yang tinggal sekarang ini pun sudah tidak mengamalkan ideologi sosialisme atau komunisme asli lagi.

Hari ini, belum pun sampai satu penggal memerintah kerajaan negeri, rakyat telah melihat satu demi satu kejanggalan yang berlaku dan true colours Pakatan Pembangkang semakin menyerlah. Anda tidak boleh menjanjikan Harapan Baru jika penindasan dan kezaliman anda lebih teruk daripada mereka yang anda kritik.Harapan Baru atau hanya Harapan Palsu?

Wednesday, November 25, 2009

Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?

Kata orang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya tidak tahu apa definisi sosialisme, komunisme, nasionalisme dan sekularisme. Disebabkan bila dia memberi pandangan, fikirannya tidak boleh membezakan antara komunisme dengan nasionalisme dan mengatakan ianya lebih kurang serupa. Dia juga tidak faham apa maksud nasionalisme dan menyamakan perjuangan UMNO adalah nasionalisme yang disifatkannya sama dengan komunisme dan assobiyah.

Menurut orang lagi, dia pun sudah keliru tentang yang mana satu sosialisme, yang mana satu sekularisme dan yang mana satu Islam dan difikirkannya semua itu serupa dalam Pakatan Pembangkang. Mungkin juga betul kata mereka ini, kerana jika dinilai dari perkataan Nik Aziz, dia mungkin tidak benar-benar faham akan maksud perkara yang diperkatakan. Malah ada kemungkinan Nik Aziz sengaja menyembunyikan kebenaran tentang beberapa perkara termasuk tentang maksud sebenar assobiyah, ayat al-quran dan hadis yang menyeru kepada ketaatan terhadap pemerintah dan perjuangan Islam UMNO.

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara yang lebih utama. Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama. Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.

Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara.

Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yg terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa.Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain.

Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kpd tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas dan ketiga hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan.

Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan.

Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid.

Istilah Hadhari - keliru istilah, form atau substance?

Ada di kalangan rakan Facebook yang mempersoalkan tentang "kenapa UMNO mewujudkan Islam Hadhari sedangkan 1500 tahun dahulu sewaktu Perang Badar, Rasullulah saw telah memenangi perang itu tanpa kewujudan Islam Hadhari?". Saya tanyakan, adakah dia pernah membuat penyelidikan dengan maksud Islam Hadhari yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi? Seperti biasa, anak muda yang mengamalkan sifat kritikal berpilih (selectively critical) ini tidak pernah ambil peduli mengenainya.

Menurut Mohamed Sherif Bashir dalam tulisannya Islam Hadhari: Concent and Prospect, menyebut bahawa Tun Abdullah menjelaskan bahawa Islam Hadhari lebih merupakan "satu pendekatan untuk membangunkan tamadun Islam berasaskan kepada nilai-nilai terpuji dan ajaran Islam. Ia mengutamakan pengisian berbanding bentuk. Ia adalah suatu pendekatan yang praktikal dan pragmatik. Ia menekankan pembangunan yang konsisten dengan ajaran Islam dan memfokuskan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warganegara, tanpa mengira pegangan agama mereka. Pendekatan ini juga dinspirasikan oleh kepercayaan golongan Muslim Malaysia bahawa gelombang radikalisme dan ekstremisme boleh diimbangkan dan diterbalikkan melalui tadbir urus yang baik, proses demokratik yang sihat, melalui pendidikan, dan juga perkongsian yang saksama manfaat dari ekonomi pembangunan".

Jelas Islam Hadhari adalah suatu pendekatan. Ia merupakan pendekatan memperbaharui aspek pengurusan agama dan ummah. Ia bukan agama yang baru seperti yang cuba dikelirukan oleh pihak tertentu. Sheikh Ramadhan al-Bouti menyebut bahawa "pembaharuan pengurusan agama bukanlah pembaharuan agama". Pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang berteraskan kepada pembinaan tamadun bagi umat Islam, yang menepati kehendak syarak, bertujuan untuk menambahbaikkan pendekatan sedia ada tanpa merubah prinsip asas dan nilai teras dalam Islam. Pendekatan ini bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam dari belenggu kejumudan pemikiran dan kemiskinan.

Boleh dikatakan ia merupakan pendekatan kerajaan terdahulu, jika diaplikasikan dapat menjelaskan bahawa Islam itu sama sekali tidak bertentangan dgn kemodenan sebaliknya jika diamalkan secara betul akan memandu manusia membentuk tamadun yang maju dan tinggi nilai kemanusiaannya. Ia juga bertujuan untuk mencari kaedah penyelesaian koflik antara golongan liberalis dan konservatif.

Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim, dalam tulisannya Kenapa kita wajib mendukung konsep Islam Hadhari tajaan kerajaan, selain menghuraikan Islam Hadhari sebagai satu pendekatan, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program pembangunan yang holistik, komprehensif dan mapan serta sistematik bagi kemajuan pembangunan dan kehidupan umat Islam ke arah tamadun dan budaya yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah, turut menyebut bahawa "konsep Islam Hadhari telah dirangka berasaskan pendekatan wasatiyyah (pertengahan) Islam. Wasatiyyah adalah sifat adil (meletakkan sesuatu yang betul pada tempat dan hirakinya), seimbang dan pertengahan di antara dua ekstrem yang berbeza, iaitu trend liberalis dan konservatif-fundamentalis yang melampau."

Golongan liberalis di Malaysia ini digambarkan beliau sebagai "orang perseorangan yang kononnya dikatakan bertaraf sarjana dan pelbagai NGO yang menggunakan topeng Islam, yang berpegang kepada idealism dan semangat fahaman liberalisme sekularisme Barat, iaitu mempunyai sikap anti kepada amalan tradisi Islam silam, yang dianggap sebagai penyebab kemunduran pemikiran umat Islam; yang akibat penolakan elemen tradisi ini, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada penggunaan akal yang agak bebas, seperti mana diamalkan oleh sarjana Barat; dan pihak yang menggunakan dana yang disumbangkan oleh pemberi dana daripada barat, kononnya untuk tujuan mempromosikan konsep Hak Asasi Manusia dan pemodenan yang lebih jitu kepada masyarakat dunia."

Konservatisme melampau pula disifatkan beliau sebagai "mereka yang menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan prinsip kesederhanaan dan wasatiyyah dalam beberapa bentuk seperti fanatik melulu terhadap semua amalan tradisi sehingga melupakan usaha untuk menyiasat samada amalan tradisi itu bertepatan dengan world-view Islam sejati ataupun tidak; mengambil sikap yang memboikot semua amalan kehidupan moden dan menumpukan perhatian kepada aktiviti keakhiratan sehingga melupakan tugasan melaksanakan konsep Amar Makruf Nahi Mungkar secara seimbang; mengambil sikap yang terlalu ekstrim dalam menanggani isu pemodenan, sama ada perlu menjauhinya ataupun perlu memeranginya secara ekstrem dengan menggunakan pelbagai kaedah kekerasan. Apa yang malangnya, tindakan kekerasan ini sering dikaitkan dengan pemahaman konsep jihad yang sempit, penyakit self truth claim dan tindakan yang mengkafirkan sesama Islam. Implikasi tindakan kekerasan ini yang sering menganggap darah musuh mereka sebagai halal dan ianya dianggap sebagai tugas suci yang boleh dibanggakan. Sedangkan, kerap kali setiap aktiviti kekerasan ini akan turut terkena kepada orang awam yang tidak berdosa; dan keengganan untuk menerima pendapat orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka, kerana bagi mereka, hanya pandangan dan paradigma pemahaman mereka sahaja yang paling betul dan menafikan hal ini kepada orang lain. Secara terang-terangan mereka telah dijangkiti dengan penyakit bebalism, sifat rohani yang lemah dan degil, yang tidak mahu berubah walaupun diberikan maklumat yang betul."

Jelasnya gagasan pemikiran Islam Hadhari merupakan satu gagasan yang besar; malangnya terlalu besar sehingga ianya gagal difahami dengan baik dan jelas oleh majoriti rakyat, termasuk majoriti golongan yang berpendidikan agama, penjawat awam dan ahli politik sehingga ia gagal disambut dan diamalkan dengan baik dalam setiap aspek tindakan dan tugasan harian.

Pada waktu yang sama pihak kepemimpinan tertinggi juga gagal memberi teladan dan contoh yang sesuai sehingga ia memberi isyarat yang bertentangan kepada rakyat. Kesempatan ini kemudiannya diambil oleh pembangkang untuk dimanipulasi sehingga berjaya mewujudkan kekeliruan demi kekeliruan yang semakin menebal sehingga menimbulkan soalan "kenapa UMNO mewujudkan Islam Hadhari sedangkan 1500 tahun dahulu sewaktu Perang Badar, Rasullulah saw telah memenangi perang itu tanpa kewujudan Islam Hadhari?".

Jawapan yang paling ringkas dan mudah kepada yang bertanya adalah Islam Hadhari hanya satu istilah yg menerangkan pendekatan pembaharuan urusan agama dan urusan ummah yang sesuai dengan kemodenan dan cabaran masa kini agar umat Islam dapat bangkit semula dan membentuk tamadun yang baru. Apakah sistem perbankan Islam itu suatu yang bersalahan dengan hukum Islam? 1,500 tahun dahulu adakah istilah Perbankan Islam? Ia hanya satu istilah - seperti Parti Islam (yang malangnya dijenamakan seolah-seolah sperti 'hanya satu-satunya yang Islam). 1,500 tahun dahulu sewaktu Perang Badar, bukankah Rasullulah saw telah memenangi perang itu tanpa kewujudan parti Islam? Kenapa harus keliru antara istilah, form dan substance.

* artikel ini buat disiarkan buat pertama kalinya di klik4Malaysia.com

Tuesday, November 24, 2009

UMNO parti assobiyah?

Seorang pengunjung Facebook menyatakan kepada saya dia menolak UMNO kerana UMNO adalah parti assabiyah, iaitu parti berasaskan perkauman dan nasionalis sedangkan bagi dia adalah menjadi tanggungjawab dia menyokong parti yang mempunyai nama Islam.

Saya percaya dari cara dia bertanyakan soalan, anak muda ini sebenarnya ada mengikuti ceramah, tazkirah atau usrah pembangkang tetapi tidak cukup kritikal di dalam forum tersebut. Akhirnya ini menyebabkan dia keliru dan menjadi kritikal secara berpilih terhadap UMNO, walaupun sepatutnya dia bersifat kritikal untuk bertanya soalan di dalam ceramah, tazkirah dan usrah yang diikutinya.
Saya bertanya kepadanya, apakah maksud nasionalis dan assabiyah sama ada dia benar-benar memahaminya. Jelasnya dia gagal memberi takrifan yang baik melainkan menyatakan ia adalah rasisme dan perkauman.

Kedua saya tanyakan, bolehkah dia nyatakan dengan jelas apakah perjuangan UMNO selama ini? Dia menggeleng kerana memang dia tidak tahu. Jadi saya soalkan, bagaimana saudara boleh menyimpulkan perjuangan UMNO adalah berasaskan assabiah dan nasionalis sekiranya pertama, dia tidak benar-benar memahami maksud kedua-dua istilah tersebut dan kedua, dia tidak pernah tahu apakah perjuangan UMNO.

Jelasnya ketiadaan ilmu menyebabkan seorang anak muda yang masih tercari-cari pegangan menjadi keliru, lebih-lebih lagi bila disuapkan dengan maklumat-maklumat yang bias sifatnya dan diterima pula dari pihak pembangkang. Hanya kerana pihak pembangkang berjubah dan berserban, itu tidak bermaksud mereka menyatakan kebenaran atau tidak memanipulasi dan menyembunyikan kebenaran.

Dari segi takrif, ada yang menakrifkan nasionalisme sebagai satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

Nasionalisme boleh mengambil beberapa bentuk seperti nasionalisme sivik, iaitu negara yang memperolehi kesahihan politik dari aspek penyertaan aktif rakyatnya, kehendak rakyat dan perwakilan politik (berdasarkan teori Jean-Jacques Rousseau); atau nasionalisme etnik, iaitu dari aspek budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat (dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder); nasionalisme budaya, iaitu dari aspek budaya bersama dan bukannya sifat keturunan seperti warna kulit, ras dan sebagainya; nasionalisme kenegerian, iaitu variasi kepada nasionalisme sivik di mana perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan; atau nasionalisme keagamaan, iaitu bersandarkan persamaan agama, misalnya Zionisme di Israel.

Dari segi takrif, assabiyah ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Walaupun begitu dari segi hukum, terdapat hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang kekeliruan ini, iaitu "Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-assabiah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya assabiah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman." (hadis daripada Hassan, riwayat Abu Daud). Dalam riwayat lain disebut "dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Maksud assabiyah ini sama sekali tidak ditekankan terhadap aspek keturunan, sebaliknya lebih kepada kezaliman; iaitu mempertahankan kelompok walaupun nyata mereka ini melakukan kesalahan dan kezaliman.
Apakah perjuangan UMNO sebenarnya? Perjuangan UMNO secara mudah disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Ia meletakkan perjuangan agama sebagai perjuangan utama, iaitu meningkatkan syiar, memuliakan dan memelihara kedudukan Islam di dalam negara; membela, memelihara dan mengupaya anak bangsa, nilai, tradisi, seni, budaya, bahasa dan institusi yang melambangkan bangsa dan memeliharanya serta keadilan sosial terhadapnya; dan memaju dan memakmurkan negara.

Adakah perjuangan agama, bangsa dan negara ini bertunjangkan nasionalisme, rasisme dan assabiyah? Adakah ia sama dengan komunisme atau sosialisme dan sekularisme yang begitu menebal kewujudannya di dalam parti pembangkang tertentu? Atau adakah perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ini masih berada dalam lingkungan yang dibenarkan dan sebenarnya dituntut oleh Islam?

*artkel ini disiarkan untuk pertama kali di laman klik4malaysia.com

Saturday, November 21, 2009

Teraniayakah anak-anak kita yang mengikuti PPSMI?

Semalam ketika mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan peningkatan pencapaian subjek Sains sebanyak 4.7 peratus dan Matematik sebanyak 4.2 peratus. Jika saya menjadi wartawan, ada beberapa soalan yang boleh saya tanyakan mengenai keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 ini.
Soalan-soalan itu adalah;
  1. berapakah jumlah dan peratus pelajar yang menjawab menggunakan bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Dari jumlah ini, berapa peratus pula yang menjawab dalam bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT).

  2. berdasarkan peratus yang menjawab dalam bahasa Inggeris, berapa peratus yang mencapai keputusan semua A, ABC dan lemah? Bagi murid yang mejawab dalam bahasa Melayu pula, berapa peratus yang mencapai keputusan A, ABC dan Lemah?

  3. bagaimana pula pencapaian murid luar bandar berbanding bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dari segi jumlah yang mendapat semua A, ABC dan Lemah? berapa peratus daripada mereka yang menjawab dalam bahasa Inggeris untuk kedua-dua subjek tersebut? Maklumat yang diumumkan oleh Alimuddin semalam hanya menyebut bahawa jurang tersebut semakin menurun, iaitu daripada perbezaan 4.22 peratus dalam tahun 2008 kepada 3.64 peratus dalam tahun 2009.

Mungkin sekiranya soalan-soalan ini terjawab maka kita akan mendapat gambaran sebenar tentang pencapaian kohort kedua murid yang diajar dan mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menempatkan semua kajian mengenai PPSMI yang pernah dilaksanakan oleh bahagian-bahagian dalam KPM dan juga penyelidik-penyelidik di luar KPM di domain awam, bagaimanapun cadangan saya ini tidak diendahkan. Mungkinkah soalan-soalan ini juga tidak akan dijawab dan dilayan?





* Kartun - Ehsan Portal Pendidikan Utusan.

Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009 bukti anak-anak kita teraniaya?!!!


Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telah mengumumkan bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) meningkat. Jumlah mendapat semua A meningkat daripada 46,641 pada tahun 2008 kepada 48,121 pada tahun 2009. Peratus pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains juga meningkat berbanding tahun lepas.

Pencapaian Matematik meningkat sebanyak 4.2% dan Sains pula meningkat sebanyak 4.7%. Jurang pencapaian Bandar-Luar Bandar juga diumumkan semakin menurun, iaitu diambil dari segi pencapaian semua A, daripada 4.22% pada tahun 2008 kepada 3.64% pada tahun 2009. Bagaimanapun tidak diumumkan sebarang data tentang seramai mana pelajar yang menjawab dalam bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik berbanding yang menjawab dalam bahasa Melayu. (Jika ada dalam akhbar pagi ini, saya akan kemas kinikan analisis ini)
Dalam Bulletin Utama TV3 malam semalam, dilaporkan bahawa seorang murid berketurunan Melayu yang belajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan yang merupakan anak kepada seorang pemandu lori telah mencapai keputusan cemerlang 7A.

Adakah anak-anak kita teraniaya kerana dipaksa mengikuti dasar PPSMI selama ini? Atau, adakah kerajaan telah terkhilaf apabila membuat keputusan berdasarkan data kajian pihak yang sebenarnya tidak berkecuali dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana pihak tersebut sejak dari sebelum pelaksanaan telah diketahui menentang dasar ini?

Apa pun dari segi dasar, anak-anak kita ini yang mencapai keputsan cemerlang dalam UPSR 2009 walaupun sebelum ini mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kohort ini adalah kohort kedua yang mula didedahkan dengan PPSMI sejak tahun 2004. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun lepas, iaitu sehingga Tahun 5 mereka telah belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan sepatutnya masih mempelajarinya dalam bahasa tersebut tahun ini kerana dasar ini hanya akan dihentikan secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2012. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku teks dan bahan bantu mengajar yang dibekalkan dalam bahasa Inggeris.


Pada waktu yang sama, anak Melayu yang mencapai keputusan cemerlang 7A di SJKC membuktikan hipotesis bahawa anak-anak kita boleh beradaptasi dengan baik walaupun diajar dan belajar dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka. Walaupun hanya anak seorang pemandu lori, ia bukan alasan untuk tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Pada waktu yang sama juga, kita boleh perhatikan ramai anak bukan Melayu dan Bumiputera Bukan Melayu di Sabah dan Sarawak di Sekolah Kebangsaan turut mempelajari subjek-subjek UPSR ini dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka.

Benarkah dakwaan pihak tertentu bahawa keputusan peperiksaan awam termasuk UPSR telah dimanipulasikan bagi menyokong dasar PPSMI? Jika ini benar, apakah keputusan UPSR 2009 ini juga turut dimanipulasikan? Kita nantikan laporan penuh dan analisis seterusnya.

Thursday, November 19, 2009

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak gambarkan komitmen perangi rasuah

Laporan terbaru Transparency International mengenai Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) menempatkan Malaysia di tangga 56 daripada 180 buah negara; kedudukan terburuk dalam tempoh 15 tahun setakat ini. Kedudukan Malaysia ini jatuh 9 anak tangga berbanding tahun 2008, iaitu pada kedudukan ke 47. Skor CPI Malaysia juga menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini, iaitu 4.5 (daripada skor penuh 10). Sebelum ini pada tahun 2000, skor Malaysia adalah 4.8 dan pada tahun 2002, adalah 4.9. Pada tahun 2002, Malaysia berada pada kedudukan ke 33 dan semakin menurun pada tahun 2003, iaitu ke tangga 37, 2005 - ke-39, 2007 - ke-43, 2008 - ke-48.

Tentulah orang pertama yang akan menghukum kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri apabila indeks-indeks seperti ini dikeluarkan adalah pemimpin parti pembangkang, terutamanya pemimpin autokratik DAP seperti Lim Kit Siang. Lim dalam respon dan blognya menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Persuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah atas kejatuhan ini.

Kata Lim "Perlu ada penyingkiran bermula dengan perletakan jawatan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Hamdan." Kata Lim juga, "Ini adalah perkara yang memalukan negara, kesangsian terhadap SPRM dan pukulan yang amat berat terhadap Perdana Menteri baru YB Ahli Parlimen Pekan yang mengumumkan perang terhadap rasuah sebagai salah satu daripada enam KPI utama pentadbirannya."

Pada waktu yang sama, Lim juga telah cuba mensensasikan kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock pada 16 July, kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam skandal PKFZ dan pita video Lingam sebagai faktor walaupun dua daripadanya mungkin tiada kaitan langsung dengan amalan rasuah.

Lim juga telah membuat kesimpulan secara berlebih-lebihan bahawa "ini dibuktikan dengan kenyataan TI yang disertakan bersama laporan CPI 2009 tentang persepsi bahawa `hanya sedikit perkembangan dalam usaha menentang korupsi dan kurangnya kesungguhan politik untuk melaksanakan langkah-langkah anti korupsi yang berkesan, begitu juga tumpuan SPRM terhadap `ikan kecil' dan ahli politik pembangkang".

Saya percaya korupsi sememangnya berleluasa dalam negara kita. Pengalaman saya menunjukkan rasuah sememangnya berlaku dan diamalkan oleh penjawat awam terutamanya yang mengurus dan memutuskan tender pembangunan dan perolehan tanpa rasa takut dan berdosa; dan yang peliknya mereka boleh terlepas (dan ada yang terlepas kerana pernah berjiran dengan orang yang pernah berada di kedudukan yang agak kanan dalam Badan Pencegah Rasuah (BPR)). Namun begitu saya tidak nafikan masih ada sejumlah kecil penjawat awam yang sangat amanah dan merasakan bahawa kedudukan mereka di situ adalah untuk membantu dan memudah cara secara ikhlas.

Ruang dan peluang untuk mengamalkan rasuah ini sebenarnya menjadi semakin besar kepada penjawat awam dengan pelaksanaan tender terbuka. Malangnya biarpun ruang ini semakin luas untuk penjawat awam menjana pendapatan (halal?) untuk diri dan keluarga, namun ia masih gagal untuk memotivasikan mereka bagi melaksanakan program dan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) dengan cekap dan berkesan.

Pemerhatian rakan-rakan pula menunjukkan bahawa ada kemungkinan amalan korupsi lebih buruk lagi di dalam badan-badan korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Kurangnya perhatian diberikan dalam sektor ini menyebabkan ramai golongan korporat yang memperolehi `pendapatan atas pendapatan dan atas pendapatan' melalui pelbagai kaedah dan akaun perniagaan. Golongan ini dikatakan menjana pendapatan dalam diam melalui pelbagai ruang dan peluang yang terbuka atas kuasa dan jawatan mereka. Mungkin yang berada di sektor ini boleh mengesahkan kebenarannya.

Apa pun, pertamanya, masalah dengan CPI ini adalah ia merupakan indeks yang hanya mengukur persepsi. Saya tidak tahu sama ada terdapat sesiapa yang pernah melihat dan mengkaji instrumen tinjauan CPI ini dan sampelnya. Saya tidak pernah mengkajinya dan saya harap ada pihak tertentu dalam kerajaan yang menelitinya kerana instrumen dan sampel tinjauan ini boleh menghasilkan keputusan yang kurang tepat.

Kedua, dengan memahami intrumen tinjuan CPI ini, kita mungkin boleh mengetahu sektor mana sebenarnya yang benar-benar bermasalah, sama ada politik, badan korporat atau penjawat awam. Melaluinya barulah kita boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik kerana `ubat' bagi setiap sektor tidak sama. SPRM juga boleh memformulasikan `modul pendidikan dan kesedaran' yang bersesuian - tidak cukup dengan membuat kenyataan standard bahawa SPRM akan meningkatkan lagi kesedaran mengenai rasuah dan integriti setiap kali mereka ditanya mengenai CPI ini.

Ketiga, dengan memahami sampel dan saiz sampel kita mungkin boleh memahami kenapa mereka mempunyai persepsi begitu. Golongan kolar biru, peniaga dan pelajar universiti mempunyai tanggapan yang berbeza tentang rasuah bergantung kepada jumlah pendedahan dan maklumat yang mereka terima. Persepsi yang terlalu umum tidak mungkin boleh membantu usaha SPRM memberi kesedaran mengenai rasuah dan integriti.

Keempat, CPI tidak menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah. Apabila CPI tidak dapat memberi nilai yang tepat mengenai kesungguhan kerajaan dalam memerangi rasuah, ia amat terbuka untuk dipolitikkan. Kenyataan Lim misalnya, bertentangan dengan kenyataan Transparency International Malaysia (TI-M) yang mengambil maklum tentang usaha-usaha Malaysia untuk mengatasi amalan korupsi. Presiden TI-M, Paul Low menyatakan bahawa tindakan kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi tertentu, terutamanya institusi Kehakiman dan penubuhan SPRM adalah langkah kehadapan untuk negara ini.

Tidak adil untuk Lim menyalahkan Datuk Seri Najib yang baru sahaja mengambil alih kepemimpinan negara pada 3 April yang lalu dan SPRM yang masih cuba menyesuaikan diri dengan `kuasa yang terlalu besar' yang dianugerahkan kepada mereka.

Pada waktu yang sama kenyataan Lim menunjukkan beliau mencampur adukkan pelbagai perkara dan cuba memanipulasikan CPI untuk menghukum kerajaan dan SPRM. Kematian Teoh Beng Hock tidak ada kaitan dengan CPI sebaliknya lebih kepada suatu insiden yang menjejaskan siasatan yang mungkin boleh mengaitkan pihak tertentu dengan rasuah.

Sama ada 'ikan kecil' atau `ikan besar', itu bukan persoalannya kerana jika ada laporan dan sabit kesalahan, penerima rasuah adalah penerima rasuah; pemberi rasuah adalah pemberi rasuah. Dari sudut yang lain pula, berbanding ahli politik dan golongan korporat, penjawat awam mungkin kelihatan seperti `ikan kecil' di mata masyarakat, tetapi dalam proses tender terbuka dan dari aspek saiz, nilai dan jumlah projek di dalam kementerian tertentu, mereka mungkin merupakan jerung yang jauh lebih besar daripada ahli politik dan golongan korporat.

Mungkin sudah tiba masanya pihak tertentu mengkaji instrumen yang digunakan oleh TI untuk CPI. Apakah sudah tiba masanya juga digubal undang-undang untuk membolehkan merampas aset dan tunai penjawat awam dan golongan korporat yang didapati melebihi jumlah pendapatan dan ganjaran yang dinyata dan diperakukan oleh mereka sepanjang perkhidmatan mereka?

Monday, November 16, 2009

Pas sudah tersasar - Dr Mahmood Zuhdi

Pas menerima satu lagi teguran dari golongan berpendidikan agama. Jika sebelum ini daripada Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Mufti Perak Tan Sri Harrussani Zakaria, kali ini daripada Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Datuk Dr Mahmood Zuhdi.



Antara butiran penting kenyataan Dr Mahmood Zuhdi adalah;


  1. Apa yang Pas amalkan sekarang dengan merelakan diri untuk mengadakan pakatan bersama DAP dan sebagainya itu merupakan satu jalan yang salah.

  2. Saya melihat Pas dipengaruhi oleh cita- cita politik yang sangat tinggi iaitu untuk memerintah negara dalam tempoh masa secepat mungkin. Itu juga satu pendekatan yang agak ekstrem. Sedangkan tokoh-tokoh veteran Pas terdahulu tidak begitu. Mereka lebih kepada mendidik masyarakat untuk menerima perjuangan Islam. Bila masyarakat menerima perjuangan Islam secara total maka berlakulah perpaduan Islam dan Melayu. Jadi penubuhan negara Islam adalah secara evolusi.

  3. Pas perlu kembali kepada peranan asal sebagai parti Islam pembangkang yang mengadakan check and balance dalam semua perkara sama ada yang merugikan atau menguntungkan Islam dan orang Melayu.



  4. Dahulu tidak timbul soal bai'ah seperti ini.

  5. Politik kepartian bagi saya tidak penting. Yang penting parti yang boleh membawa orang Melayu Islam ke hadapan bukan berpecah belah.

  6. Kalau boleh saya menyarankan supaya Pas keluar dari pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi apa-apa faedah kepada orang Melayu dan Islam di negara ini, malah Pas semakin tersasar jauh daripada peranan asal penubuhannya.
rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Sunday, November 15, 2009

"Balak habis, pembangunan tak nampak" - mungkin ada jawapannya?

Semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai, saya ada mendedahkan rintihan salah seorang rakyat Kelantan yang mengatakan "balok habih, pembangune tok nampok" dan sepanjang beberapa hari ini kita dilambakkan dengan sejumlah maklumat yang mungkin boleh menjawab rintihan anak Kelantan tersebut.

Segalanya bermula apabila amalan kronisme Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melantik menantunya Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang dikaitkan dengan penyelewengan didedahkan. Beberapa laman blog telah menyiarkannya di sini dan juga di sini.

Rakan FB saya, saudara Eizwan menyebut dalam postingnya "pendedahan Kickdefella mengenai penyelewengan Nik Aziz & menantunya dikhabarkan menjadi punca kenapa Nik Aziz dimasukkan ke IJN pada 6hb November lepas sehari sebelum Seminat Politik PAS. Nik Aziz panik hinggakan mulut beliau penuh berdarah.. Wowww!"

Ini disusuli pula dengan pengakuan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menerima tajaan bernilai RM 65,000 sekepala untuk mengerjakan ibadat haji di muka depan akhbar Sinar.

Syarikat itu yang dikenali sebagai Abroad Technologies Sdn Bhd dan maklumat mengenai syarikat ini telah didedahkan oleh seorang lagi blogger di sini. Siapa Nordin Awang pemilik syarikat tersebut pula didedahkan di sini. Antara yang disebut tentang Abroad Technologies adalah “Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan. Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz)".

Tentang Nordin Awang pula, disebut bahawa "beliau adalah Pengarah kepada Great Estern Mills Bhd (GEM), yg ditubuhkan serta bergabung SEAL Inc. Bhd, syarikat asal Pulau Pinang. Selain itu beliau juga adalah Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK), anak syarikat Kerajaan Negeri di mana Nik Aziz adalah Pengerusinya.Pada tahun 2005, GEM telah dianugerahkan konsesi balak seluas 4048 ha (lebih kurang 10,000 ekar) oleh Kerajaan Negeri. SEDC Kelantan yg menandatangani kosesi itu pada 14.3.2004, berdasarkan kpd rekod. Konsesi ini dipercayai bernilai RM20 juta."

Satu lagi pendedahan penting mengenai Nordin dan Abroad Technologies dibuat oleh blogger Rocky Bru, "Ah, Nudin Awang, the RM65k man!" Dalam tulisannya Rocky antara lain menyebut, "Despite its timber concessions GEM, somehow, managed to stay an unprofitable venture. There are whispers about hiving off profits to SEAL Inc, but it's something that needs to be proven. But profitable or not, it hasn't stopped the Kelantan government from awarding generous concessions to GEM.According to my sources, it is Nudin's task as director to ensure that the concessions keep coming from the Kelantan PAS government to GEM. And he's been doing quite a good job. In 2005 alone the unprofitable venture was given a timber concession area of some 4048 ha (about 10,000 acres) by the state government. The Kelantan SEDC signed the timber concessions on 14/3/2004, according to records. The concession is said to be worth easily in excess of RM20 million, which should make GEM a profitable company but it's somehow not."

Akan selesaikah misteri `balok habih pembangune tok nampok"? Kita nantikan episod seterusnya..

Thursday, November 12, 2009

Isu Bai'ah - Siapa Penipu Rakyat?

Siapa penipu sebenarnya?

Khalid Samad (Khalid Gereja)? Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hadi Awang dan Nik Aziz?

Video yang dirakam menunjukkan ahli-ahli Yang Berhormat Pas memang melakukah bai'ah jahiliah ini. klik untuk paparan video di sini.


"Pas telah membuat bai'ah, kami ahli Yang Berhormat Pas, jika lompat parti, isteri tertalak tiga..."
Lihat juga gambar Ahli Parlimen Parit Buntar ,Mujahid Yusuf Rawa yang dipetik dari sebuah laman blog posting bertarikh 21 Februari 2008 menunjukkan majlis penyampaian tauliah kepada bakal-bakal calun PAS bagi kawasan Parlimen dan DUN di Perak sebelum pilihanraya umum 8 Mac oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ust Ahmad Awang.




Laman blog berkenaan berkata semasa majlis berkenaan Ahmad Awang telah menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua bakal-bakal calun yang akan bertanding pada PRU ke-12. PAS meletakkan 7 calun bagi kerusi Parlimen dan 21 calun peringkat DUN.Menurutnya sebelum penyampaian watikah dilakukan, Ahmad Awang telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz ‘bai’ah’ yang perlu dilakukan oleh semua calun pada majlis itu.

Menurut Ahmad Awang, lafaz bai’ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan; dimana tiada seorang pun yang berani ‘melompat’ walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan. Laporan blog itu tidak menyebut secara khusus butiran lafaz baiah yang dilafaz itu.Bagaimanapun satu sumber yang layak dipercayai telah menghubungi Agendadaily Rabu memberitahu dia ada dalam bentuk rakaman video pengakuan terbuka seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak PAS mengenai adanya baiah cerai talak tiga isteri jika lompat parti. Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

psst - ehh `politik baru' Mujahid Rawa ke tu? nampak macam politik lama je, politik zaman jahiliah. Satu lagi perkara Mujahid, kata kawan-kawan yang belajar agama, Mujahid dan Ahmad Awang tak belajar hadis dan sirah ke, "buat bai'ah tu macam baca ikrar ke?" kata mereka.

Kenyataan Khaled Samad bukti Pas parti assobiyah

Pas bukan parti Islam, sebaliknya hanya parti assobiyah. Assobiyah kepartian Pas jelas dalam isu amalan bai'ah talak tiga apabila ramai yang cuba mempertahankan amalan tersebut dan berusaha menyembunyikan hakikat sebenar.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khaled Abdul Samad dilaporkan mempertahankan kenyataannya berhubung baiah cerai talak tiga dalam Pas. Khaled yang juga ahli Lujnah Politik Pas Pusat, menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti berhubung pendedahannya itu kerana Pas mengamalkan kebebasan bersuara. Bagaimanapun dia mengakui kesilapannya membuat pendedahan itu sehingga cetuskan kekecohan. "Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan baiah kerana ia antara saya dengan Allah. Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri."

Ada beberapa bacaan politik yang boleh dibuat dari kenyataan Khalid Samad (Khalid Gereja) ini.
  1. jika Khalid berpendapat dia sepatutnya mendiamkan diri walaupun amalan ini adalah amalan yang jelas tidak Islamik dan berunsur jahiliah, maksudnya terdapat kemungkinan ada sejumlah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di dalam Pas yg selama ini mendiamkan diri walaupun amalan dalam Pas jelas tidak Islamik.
  2. jika Khalid berani bersumpah bahawa apa yang dikatakan adalah benar - maksudnya jelas bahawa Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan sejumlah pemimpin kanan Pas yang lain adalah pembohong yang nyata - dan ini meletakkan mereka sebaris dengan golongan yang fasiq dan menyembunyikan kebenaran. Mereka tidak melaksanakan apa yang difirmankan oleh Allah swt dlm surah al-Baqarah ayat 42, "dan janganlah kamu campurkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya."

  3. Sikap Khaled adalah sikap yang selari dengan kehendak Islam, tetapi dia menyesalinya dan merasakan dia sepatutnya hanya berdiam diri. Jika amalan ini berlaku maka sebenarnya ramai golongan agama di dalam Pas, baik lelaki dan perempuan yang tidak berani bercakap benar selari dengan saranan Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh at-Tabari, "katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit" dan bertindak menyembunyikannya serta mempertahankannya atas dasar assobiyah kepartian.

  4. ramai pemimpin Pas yang sebenarnya tidak berilmu walaupun duduk dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Tanpa ilmu, mereka ini dengan mudah ditakut-takutkan dengan segala macam `tahyul' oleh tok guru dan naqib usrah mereka seterusnya diperlembukan oleh pemimpin mereka. Nampaknya apabila mereka dikembalikan untuk mengamalkan amalan jahiliah pun, mereka masih tidak menyedarinya dan mematuhinya. Tahap pengetahuan agama yang rendah ini amat jelas dalam kes bai'ah atau dalam kes bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaludin yang tidak tahu membezakan sama ada Islamik atau tidak, bila dia melakukan candle virgil dan mogok lapar, berbanding solat hajat dan puasa sunat.

Seorang pemikir Islam pernah berkata, jangan jadi ibarat yang keldai yang kepenatan kerana memikul kitab di belakangnya kerana beratnya, bukan kerana ilmunya.

Tuesday, November 10, 2009

Siri Membangun Bersama Syaitan - Bai'ah Taklik Pas

Kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar mengehendaki pemimpin parti itu melafazkan bai'ah taklik, iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti. Itu jugalah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Jika itu benar maka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang pemimpin Pas yang mengakui bahawa wujud bai'ah taklik bagi wakil rakyat Pas adalah penipu dan fasiq. Jika sebaliknya, maka Salahuddin dan Mahfuz adalah fasiq dan penipu. Siapakah di antara mereka yang menipu sebenarnya?

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat yang dilabelkan sebagai agen Anwar Ibrahim dan pernah didakwa mengamalkan rasuah politik, Husam Musa pula mempertahankan bai'ah ini dengan menyifatkan bai'ah ini penting bagi mempertahankan amanah. Kata Husam, tidak ada hukum yang menyatakan bahawa bai'ah itu salah dan beliau sendiri secara sukarela menerimanya kerana tidak mahu beralih arah ke parti lain.
Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan bai'ah taklik ini "mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian." Kata beliau, pada mulanya beliau tidak percaya dengan laporan media tetapi terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu. "Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan. Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya.
Zulkifli juga berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut menunjukkan penentangan terhadap tindakan Pas menggunakan bai'ah talak ini kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita. Katanya, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terbabit dalam perjuangan parti itu.

Benarkah kata-kata ustaz-ustaz Pas bahawa ia tidak menyalahi hukum?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik. Katanya, amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. "Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan."

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah taklik ini sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam. "Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa. Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur," katanya.

Bagaimanakah bentuk bai'ah masyarakat Yathrib dengan Rasulullah saw di Bukit Aqabah? Adakah isi kandungan bai'ah tersebut sama dengan kandungan bai'ah talak Pas? Ini merupakan kandungan bai'ah mereka kepada Rasulullah saw;
  1. Kami tidak akan menyekutukan Allah yang Maha Esa
  2. Kami tidak akan mencuri, melakukan zina, membunuh anak-anak dan bercakap bohong
  3. Kami tidak akan menolak perkara-perkara baik
  4. Kami akan mengikut perintah Muhammad Rasulullah baik semasa susah mahupun semasa senang
Dalam bai'ah aqabah kedua pula seperti diriwayatkan oleh Kaab bin Malik Al-Ansari, Rasulullah saw berucap dengan membaca ayat-ayat al-Quran di samping menyeru ke jalan Allah dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: "Aku menuntutkan baiah dari kamu supaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu".

al-Bara' bin Ma' rur memegang tangan Rasulullah dengan berkata: "Ya, demi yang mengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami pertahankan tuan hamba seperti mana kami mempertahankan wanita-wanita kami, dengan itu kami berbaiahlah dengan kamu wahai Rasulullah, demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat, ciri ini kami warisi sejak turun temurun".

Semasa al-Bara' sedang berbicara, tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah dengan katanya: "Wahai Rasulullah, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami."

Jawab Rasulullah diiringi dengan senyum, "Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai."

Jelasnya bai'ah Rasulullah mencerminkan kemurnian perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt, mempertahan dan melindungi Rasul-Nya dan bersifat dua hala dan keadilan dua hubungan, iaitu antara rakyat dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Sedangkan bai'ah Pas? Jelas mengembalikan manusia dan martabat wanita ke zaman jahiliah dan nyata tidak bersandarkan ajaran Islam.

Siapa bercakap benar dan siapakah PENIPU? siapakah yang FASIQ di antara mereka? Ini adalah akibat apabila Mursidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat menghalalkan persahabatan dengan syaitan. Hakikatnya hari ini pengikut-pengikutnya sudah kembali ke zaman jahiliah dan Membangun Bersama Syaitan. Pas for ALL, take beer!!!!!

Saturday, November 7, 2009

Merealisasikan idea Satu Sekolah Untuk Semua

Rata-rata ramai yang menyambut baik idea Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana hasratnya mulia, iaitu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Bangsa Malaysia dan amat selari dengan hasrat 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pakar Sejarah Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, misalnya menyifatkan sistem persekolahan pelbagai aliran ini sebagai tinggalan penjajah dan tidak lagi sesuai untuk dikekalkan sekiranya matlamat 1Malaysia ingin dicapai. Menurut beliau pihak British membenarkan kaum imigran membuka sekolah mereka sendiri kerana mereka tidak bercadang untuk menetap di negara ini.

Aktivis SSS pula menyifatkan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sebagai bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang mesti digunakan sebagai bahasa rasmi. SSS juga berpandangan bahawa bahasa Mandarin bukan bahasa ibunda kaum Cina di Malaysia, sebaliknya bahasa kebangsaan Negara China, manakala bahasa Tamil pula bukan bahasa ibunda masyarakat India di negara ini, sebaliknya merupakan bahasa rasmi Tamil Nadu.

Bagi mereka yang menentang hasrat SSS ini, penentangan mereka adalah kerana mereka mahu mempertahankan sistem persekolahan, kebudayaan dan bahasa yang dianggap sebagai bahasa Ibunda kaum mereka di negara ini. Ada juga yang menentang atas dasar pendemokrasian pendidikan, di mana ia membenarkan ibu bapa membuat pilihan.

Khoo Kay Kim tepat menyatakan bahawa pendirian asal British membenarkan sekolah kaum imigran adalah kerana berpandangan mereka tidak mahu menetap di negara ini. Disebabkan itu pendirian ini berubah dalam Laporan Barnes 1951 yang mencadangkan hanya dua jenis sekolah ditubuhkan, iaitu aliran kebangsaan dan dwi-bahasa. Begitu pun Laporan Fenn-Wu 1952 mencadangkan agar aliran vernakular ini dikekalkan.

Penyata Razak 1956 telah mengambil jalan tengah dan terwujudlah satu sistem pendidikan atas dasar kompromi. Walaupun begitu matlamat Penyata Razak ini amat jelas, iaitu untuk menyatukan anak-anak berlainan kaum di bawah satu sistem pendidikan (dan sukatan pelajaran), iaitu sistem pendidikan kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar. Selepas 52 tahun merdeka hari ini dilihat sistem persekolahan pelbagai aliran ini kurang berkesan dalam membentuk perpaduan yang kukuh dalam masyarakat dan disebabkan itu gerakan SSS ini dimulakan.
Pastinya gerakan SSS ini akan menyentuh sensitiviti golongan tertentu. Disebabkan itu Datuk Seri Najib mengingatkan bahawa tujuan untuk mewujudkan sistem persekolahan aliran ini amat bagus kerana matlamatnya untuk mengukuhkan perpaduan, tetapi ia tidak bermakna sekiranya ia menimbulkan ketegangan kaum.

Ingatan Perdana Menteri ini betul, tapi jika matlamatnya mulia dan majoriti rakyat menyambutnya dengan baik, maka tidak salah untuk kita memikirkan jalan untuk merealisasikannya lebih-lebih lagi ketika ini majoriti anak-anak kita berada di Sekolah Kebangsaan (SK), iaitu sekitar 75 peratus di sekolah rendah dan 86 peratus di sekolah menengah. Mungkin sedikit lagi kesungguhan diperlukan untuk menjadikan sekitar 25 peratus lagi murid di sekolah rendah dan 14 peratus lagi di sekolah menengah berada dalam hanya satu aliran persekolahan.

Jika kita bercakap tentang pendemokrasian pendidikan, kita memahami kenapa setiap pihak tidak mahu mengalah dan mahukan yang paling ekstrem untuk aliran persekolahan yang mereka kehendaki. Bagaimanapun adakah kita mahu kompromikan matlamat kenegaraan? Akhirnya hanya yang sanggup berkorban atau yang tidak mampu sahaja yang akan berada dalam sistem kebangsaan.

Terdapat beberapa kaedah yang sedang dipraktikkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 bagi memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan.

Pertama, melalui kaedah memujuk melalui Teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan. Ini merupakan pendekatan lama, yang diberi nafas baru dan dijadikan lebih berfokus berbanding pendekatan lama. Dalam teras ini, usaha ditumpukan untuk meningkatkan daya tarikan SK melalui penambahbaikan infrastruktur, penawaran program yang menepati keinginan ibu bapa seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil, penawaran program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF), penambahbaikan program dan kurikulum seperti pengajaran Bahasa Inggeris, meningkatkan kualiti dan keupayaan pentadbir sekolah dan guru, membangunkan budaya cemerlang dan menjadikan SK lebih beraspirasi nasional.

Kedua, melalui program-program yang dapat memupuk perpaduan seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi kelompok-kelompok sekolah yang didominasikan oleh satu kaum.

Namun kaedah ini dianggap satu kaedah yang kurang radikal, kurang efektif dan mempunyai pelbagai masalah pelaksanaan. Misalnya, RIMUP kelihatan kurang menyerlah tahun ini, kemungkinan kefahaman dan kesungguhan mengenainya semakin menurun di kalangan warga KPM.

Justeru mungkin satu kaedah yang lebih radikal diperlukan.

Salah satu kaedah yang pernah digunakan dulu tetapi tidak diteruskan adalah pembangunan Sekolah Wawasan. Ia tidak diteruskan dalam PIPP kerana tidak ada kesungguhan dari pihak yang mempertahankan SJKC. Terdapat enam buah Sekolah Wawasan, bagaimanapun hanya satu sahaja yang melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah. Bakinya hanya melibatkan SK dan SJKT.

Kaedah kedua yang pernah digunakan dan amat berkesan adalah dengan meminda Akta Pendidikan, misalnya pindaan yang dibuat dalam Akta Pendidikan 1991 yang menjadikan semua sekolah menengah berstatus SK. Begitu pun usaha ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat menengah dan tidak dapat dilaksanakan di peringkat rendah kerana terdapat banyak tentangan.

Kaedah yang belum pernah dicuba adalah untuk menetapkan `road-map’ dan sasaran untuk menukar status SJK kepada SK menjelang tahun sasaran tertentu terutamanya SJK yang sudah semakin hilang tarikan, terlalu dhaif dan berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Dimaklumkan terdapat sekitar 36 peratus atau 460 buah SJKC yang berstatus SKM dan 66 buah daripadanya berada di dalam bandar. Dikatakan juga, berbanding SJKC, lebih banyak SJKT yang berstatus SKM ini. Ini terpakai untuk sekolah vernakular yang lain juga.

Jika ini merupakan sasarannya, maka perlu ada kesungguhan politik dari segi pertama, untuk menghentikan sebarang permintaan untuk menambah jumlah sekolah vernakular; kedua, permintaan menggantikan sekolah vernakular yang bertaraf SKM dan tiada tarikan. Ketiganya, perlu ada kesungguhan untuk meningkatkan kualiti SK yang berada dalam kawasan yang mempunyai populasi campuran.

Mampukah ia dilaksanakan atau mahukah kita melaksanakannya?

Wednesday, November 4, 2009

Dr Asri - satu usaha `character assasination'?

Saya dimaklumkan ramai yang memberikan ceramah di merata tempat di surau dan masjid di dalam negeri Selangor. Malah ada yang mendakwa bahawa sejumlah pemimpin Pas yang memberi ceramah agama dan membaca khutbah di masjid-masjid dalam negeri Selangor juga tidak pernah diberikan sebarang tauliah. Dimaklumkan juga ada pemimpin pembangkang yang BUKAN ISLAM turut diberi `tauliah' untuk berceramah di sebuah masjid di negeri Selangor (gambar - Dr Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor memberi ceramah di dalam masjid - klik). Benar atau tidak, wallahu a'alam kerana tiada sesiapa pun mempersoalkan kewujudan tauliah pemimpin-pemimpin Pas yang berceramah ini atas dasar tidak mahu mencari gaduh. Bagi ramai yang tidak mahu mendengar tazkirah, ceramah dan khutbah oleh pemimpin politik pembangkang ini, mereka seringnya mengambil pendekatan untuk tidak ke masjid atau surau tersebut sebaliknya memilih untuk ke masjid dan surau yang lebih menenangkan.

Bagaimanapun jika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu menjadi telus, maka mereka perlu mengeluarkan senarai semua individu yang telah diberikan tauliah oleh mereka terutamanya pemimpin-pemimpin kanan Pas yang sering memberikan ceramah di dalam negeri Selangor sejak ia diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Beranikah mereka? Kita mencabar Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi untuk SEGERA membuat pendedahan ini jika dia berani!



Kenapakah tindakan JAIS ini dipersoalkan? Saya percaya kerana masyarakat sukar menerima penahanan seorang intelektual dan tokoh agama seperti Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Dr Asri dilihat oleh ramai di dalam masyarakat sebagai seorang ulama yang lebih berkecuali dan berintegriti berbanding agamawan yang telah tercemar di dalam Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan pandangan bahawa Tuhan juga mencarut, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan amanat yang dijadikan `lesen' bagi Pas meng'kafir'kan UMNO atau Ustaz Taib Azimuddin yang didakwa tidak bercakap benar untuk mendedahkan pengakuan mangsa liwat seorang pemimpin pembangkang.

Saya mengenali Dr Asri lebih 20 tahun dahulu. Ketika itu saya melihat beliau mempunyai pandangan yang mirip kepada Pas. Idola beliau ketika itu mungkin Hj Hadi kerana cara berceramah dan lenggok suara beliau ketika itu pun sudah seperti Hj Hadi. Namun mungkin selepas bertahun-tahun mendalami ilmu, beliau menyedari fiqrah beliau sudah tidak sehaluan lagi dengan Pas dan beliau sendiri mempunyai pandangan yang nampaknya agak berbeza dengan pandangan majoriti golongan agamawan di dalam Pas.

Bagi ramai rakyat, Dr Asri dilihat sebagai golongan ulama muda yang berani menyanggah kepalsuan; tidak seperti ramai golongan agamawan di dalam Pas yang majoritinya menyembunyikan kebenaran atas dasar assobiyah kepartian atau seperti golongan agamawan dalam kerajaan yang tidak mahu menyanggah pemimpin pembangkang mungkin kerana tidak yakin dengan ilmu sendiri atau takut diperli, disindir atau dimaki oleh pemimpin dan pengikut parti pembangkang.

Pandangan Dr Asri banyak membongkar kepalsuan pemimpin pembangkang seperti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersumpah menafikan perbuatan liwatnya dengan menggunakan hujah agama yang dhaif. Dr Asri juga dilihat sebagai sering menegur salah laku agamawan dalam Pas seperti menegur metodologi dakwah mereka dengan teguran bahawa "jika orang menolak pandangan mereka, tidak bermaksud orang menolak Islam." Di samping itu, tulisan-tulisan Dr Asri juga banyak yang merungkai salah faham para `penghukum' di dalam Pas mengenai tafsiran mereka terhadap takrifan Negara Islam, pelaksanaan hukum Hudud dan Takzir serta pendekatan-pendekatan yang tidak kena yang diamalkan oleh pemimpin Pas.

Terakhir - beliau menegur tentang krisis dalaman Pas dan mempersoalkan kerjasama di antara Pas dengan sekutu-sekutu di dalam Pakatan Pembangkang. Selepas teguran itu, dimaklumkan di dalam blognya pada 30 Oktober 2009 bahawa dia dikunjungi oleh Ketua Dewan Ulama Pas Dato' Haron Taib untuk menjemput beliau menyertai perjuangan Pas. Selepas itu pada 2 November 2009, Dr Asri ditahan oleh JAIS.

Peliknya - sebelum Dr Asri ditahan, khabar bahawa beliau mungkin akan ditahan telah diketahui oleh rakan-rakan blogger. Sebaik sahaja beliau ditahan, pemimpin pembangkang merupakan antara yang pertama berada dengan beliau. Tidak berapa lama selepas itu, di alam blogsfera, Kerajaan Pusat telah difitnah sebagai mengeluarkan arahan untuk menangkap Dr Asri melalui JAIS. Dr Asri juga telah diserang dengan pelbagai tuduhan yang mencemarkan nama beliau termasuklah dengan tuduhan bahawa beliau membawa ajaran sesat, mengamalkan faham Wahabi (yang digambarkan sebagai sesat dan memecah belahkan) dan menggunakan sijil palsu (penjelasan daripada Dr Asri tentang sijil palsu di sini).

Adakah ini satu lagi kaedah membunuh karektor atau "character assasination" yang giat diamalkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti Dr Asri yang kritikal terhadap mereka? Wallahu a'alam.

Popular Posts