Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khaled Abdul Samad dilaporkan mempertahankan kenyataannya berhubung baiah cerai talak tiga dalam Pas. Khaled yang juga ahli Lujnah Politik Pas Pusat, menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti berhubung pendedahannya itu kerana Pas mengamalkan kebebasan bersuara. Bagaimanapun dia mengakui kesilapannya membuat pendedahan itu sehingga cetuskan kekecohan. "Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan baiah kerana ia antara saya dengan Allah. Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri."
Ada beberapa bacaan politik yang boleh dibuat dari kenyataan Khalid Samad (Khalid Gereja) ini.
- jika Khalid berpendapat dia sepatutnya mendiamkan diri walaupun amalan ini adalah amalan yang jelas tidak Islamik dan berunsur jahiliah, maksudnya terdapat kemungkinan ada sejumlah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di dalam Pas yg selama ini mendiamkan diri walaupun amalan dalam Pas jelas tidak Islamik.
- jika Khalid berani bersumpah bahawa apa yang dikatakan adalah benar - maksudnya jelas bahawa Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan sejumlah pemimpin kanan Pas yang lain adalah pembohong yang nyata - dan ini meletakkan mereka sebaris dengan golongan yang fasiq dan menyembunyikan kebenaran. Mereka tidak melaksanakan apa yang difirmankan oleh Allah swt dlm surah al-Baqarah ayat 42, "dan janganlah kamu campurkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya."
- Sikap Khaled adalah sikap yang selari dengan kehendak Islam, tetapi dia menyesalinya dan merasakan dia sepatutnya hanya berdiam diri. Jika amalan ini berlaku maka sebenarnya ramai golongan agama di dalam Pas, baik lelaki dan perempuan yang tidak berani bercakap benar selari dengan saranan Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh at-Tabari, "katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit" dan bertindak menyembunyikannya serta mempertahankannya atas dasar assobiyah kepartian.
- ramai pemimpin Pas yang sebenarnya tidak berilmu walaupun duduk dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Tanpa ilmu, mereka ini dengan mudah ditakut-takutkan dengan segala macam `tahyul' oleh tok guru dan naqib usrah mereka seterusnya diperlembukan oleh pemimpin mereka. Nampaknya apabila mereka dikembalikan untuk mengamalkan amalan jahiliah pun, mereka masih tidak menyedarinya dan mematuhinya. Tahap pengetahuan agama yang rendah ini amat jelas dalam kes bai'ah atau dalam kes bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaludin yang tidak tahu membezakan sama ada Islamik atau tidak, bila dia melakukan candle virgil dan mogok lapar, berbanding solat hajat dan puasa sunat.
Seorang pemikir Islam pernah berkata, jangan jadi ibarat yang keldai yang kepenatan kerana memikul kitab di belakangnya kerana beratnya, bukan kerana ilmunya.
No comments:
Post a Comment