Saya percaya dari cara dia bertanyakan soalan, anak muda ini sebenarnya ada mengikuti ceramah, tazkirah atau usrah pembangkang tetapi tidak cukup kritikal di dalam forum tersebut. Akhirnya ini menyebabkan dia keliru dan menjadi kritikal secara berpilih terhadap UMNO, walaupun sepatutnya dia bersifat kritikal untuk bertanya soalan di dalam ceramah, tazkirah dan usrah yang diikutinya.
Saya bertanya kepadanya, apakah maksud nasionalis dan assabiyah sama ada dia benar-benar memahaminya. Jelasnya dia gagal memberi takrifan yang baik melainkan menyatakan ia adalah rasisme dan perkauman.
Kedua saya tanyakan, bolehkah dia nyatakan dengan jelas apakah perjuangan UMNO selama ini? Dia menggeleng kerana memang dia tidak tahu. Jadi saya soalkan, bagaimana saudara boleh menyimpulkan perjuangan UMNO adalah berasaskan assabiah dan nasionalis sekiranya pertama, dia tidak benar-benar memahami maksud kedua-dua istilah tersebut dan kedua, dia tidak pernah tahu apakah perjuangan UMNO.
Jelasnya ketiadaan ilmu menyebabkan seorang anak muda yang masih tercari-cari pegangan menjadi keliru, lebih-lebih lagi bila disuapkan dengan maklumat-maklumat yang bias sifatnya dan diterima pula dari pihak pembangkang. Hanya kerana pihak pembangkang berjubah dan berserban, itu tidak bermaksud mereka menyatakan kebenaran atau tidak memanipulasi dan menyembunyikan kebenaran.
Dari segi takrif, ada yang menakrifkan nasionalisme sebagai satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.
Nasionalisme boleh mengambil beberapa bentuk seperti nasionalisme sivik, iaitu negara yang memperolehi kesahihan politik dari aspek penyertaan aktif rakyatnya, kehendak rakyat dan perwakilan politik (berdasarkan teori Jean-Jacques Rousseau); atau nasionalisme etnik, iaitu dari aspek budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat (dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder); nasionalisme budaya, iaitu dari aspek budaya bersama dan bukannya sifat keturunan seperti warna kulit, ras dan sebagainya; nasionalisme kenegerian, iaitu variasi kepada nasionalisme sivik di mana perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan; atau nasionalisme keagamaan, iaitu bersandarkan persamaan agama, misalnya Zionisme di Israel.
Dari segi takrif, assabiyah ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Walaupun begitu dari segi hukum, terdapat hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang kekeliruan ini, iaitu "Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-assabiah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya assabiah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman." (hadis daripada Hassan, riwayat Abu Daud). Dalam riwayat lain disebut "dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Maksud assabiyah ini sama sekali tidak ditekankan terhadap aspek keturunan, sebaliknya lebih kepada kezaliman; iaitu mempertahankan kelompok walaupun nyata mereka ini melakukan kesalahan dan kezaliman.
Apakah perjuangan UMNO sebenarnya? Perjuangan UMNO secara mudah disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Ia meletakkan perjuangan agama sebagai perjuangan utama, iaitu meningkatkan syiar, memuliakan dan memelihara kedudukan Islam di dalam negara; membela, memelihara dan mengupaya anak bangsa, nilai, tradisi, seni, budaya, bahasa dan institusi yang melambangkan bangsa dan memeliharanya serta keadilan sosial terhadapnya; dan memaju dan memakmurkan negara.
Adakah perjuangan agama, bangsa dan negara ini bertunjangkan nasionalisme, rasisme dan assabiyah? Adakah ia sama dengan komunisme atau sosialisme dan sekularisme yang begitu menebal kewujudannya di dalam parti pembangkang tertentu? Atau adakah perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ini masih berada dalam lingkungan yang dibenarkan dan sebenarnya dituntut oleh Islam?
*artkel ini disiarkan untuk pertama kali di laman klik4malaysia.com
7 comments:
Itulah stendet ngko, copy and paste dari blog orang lain. Sebijik macam blog parpukari.
tq dollah kerana sudi membaca blog yg tak de standard ni.. ha ha ha :D
faisal,
sy juga tk setuju utk mengatakn UMNO parti bersifat rasis kebangsaan. ini kerana saya mempunyai ramai rakan berbangsa India, keluarga berasal dr tanah besar India, bertutur bahasa Tamil, beragama Islam tetapi menjawat jwtan tinggi dlm UMNO. dgn kata lain UMNO majmuk dgn. tidak termasuk yg berasal dr Yaman, Pakistan dsb. dgn kata lain pelbagai bangsa dunia!
HD
Tun,
Semasa belajar di KIK dulu saya pernah bertanya kepada Ustaz yang mengajar PAIT. Apakah takrifan ASSOBIYAH? Beliau berkata apabila kita mengagungkan bangsa kita dan menindas bangsa lain itulah ASSOBIYAH!!!, cinta kepada bangsa adalah patriotisme dan tidak ada kena mengena dengan ASSOBIYAH.
Malangnya PAS telah memutarbelitkan hal ini demi survival politik mereka. Dan Naqib2 Usrah juga telah dilatih untuk brainwash perkataan ASSOBIYAH itu mesti dinyatakan dengan UMNO. Semasa di KIK saya dipinggirkan oleh puak2 pro PAS atas dasar kerana saya terlibat dengan golongan IRC. What a shame.
layari blog saya http://antihipokrit.blogspot.comre
tq antihipokrit,
sebenarnya itulah yg kita belajar -tidak pernah sekalipun ditekankan assobiyah tu di atas fitrah sayang dan kasihkan darah daging dan keturunan sendiri, ttp ditekankan di atas KEZALIMAN. itu yg kita belajar, malangnya ramai yg belajar agama dalam Pas sengaja menyembunyikan kebenaran ini.. :)
hairel dean, sebenarnya UMNO bukan rasis dalam pengertian assobiyah, nanti kita bincang dan bahaskan dlm tulisan akan datang.. :)
Tun Faisal,
Tahniah di ucapkan kepada saudara kerana kepandaian saudara mematahkan serangan2 ilmiah dari pihak pembangkang, pemimpin yang lantang dan pandai serta tajam akal fikiran seperti saudaralah yang kita perlukan dalam meningkatkan kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.
tq Q-Sha 57, marilah kita melakukannya bersama-sama... salam perjuangan .. :)
Post a Comment