Thursday, May 15, 2014

#PemilihanPKR: Khalid dahului Azmin 59 undi sebab rasuah atau Azmin dibenci di Selangor?



Jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian.


Abdul Khalid mula pintas Azmin 59 undi?
Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 MEI: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan mula memintas penyandang jawatan berkenaan, Mohamed Azmin Ali dengan kelebihan 59 undi.

Menurut sumber Selangor Kini, jumlah tidak rasmi terkini Pemilihan PKR 2014, Abdul Khalid memperoleh 11,837, Azmin (11,778) dan Saifuddin Nasution 7,624 undian.

Keputusan berkenaan diperoleh selepas selesai pengiraan di dua cabang, Sepang dan Kuala Langat dan secara tidak rasmi bagi Sepang Abdul Khalid memperoleh 594 undi, diikuti Azmin 210 dan Saifuddin tujuh undi.

Abdul KhalidBagi Cabang Kuala Langat pula, Abd Khalid memperoleh 392 undi; Mohamed Azmin, 247 dan Saifuddin lapan undian.

Setakat ini, Abdul Khalid dilihat terus menguasai di semua cabang di Selangor.

Sementara itu, kelewatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan keputusan terkini menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan ahli berhubung kredibiliti dan kecekapan badan itu menguruskan pemilihan parti.

Sebelum ini, pengawas pemilihan yang dilantik JPP turut dikritik ketika mengendalikan proses pengundian dijalankan.

Semakan Selangor Kini di laman sesawang rasmi PKR, kali terakhir kedudukan undian dikemaskini hanya membabitkan keputusan peringkat Perak.

Keputusan membabitkan peringkat Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masih belum dipamerkan lagi.


No comments:

Popular Posts